JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, February 20, 2009

Sekadar renungan...

Hidup kita sering dihadapkan dengan cabaran dan ujian. Cabaran dan ujianlah yang banyak mematangkan kita sebagai manusia. Cabaran dan ujianlah yang menjadikan hidup kita lebih ber`pengalaman`.

Namun begitu kita memerlukan kekuatan iman dan taqwa dalam menghadapi cabaran dan ujian. Kalau kita tergelincir dari landasan iman dan taqwa pasti kita akan menemui kekecewaan dalam hidup...jiwa resah, hati kacau dan hidup pun sengsara.

Imam Ghazali menggariskan empat ujian dan cabaran yang sering menghalang manusia dari mendekatkan diri kepada Allah. Ujian dan cabaran itu ialah....

1. Dunia

2. Manusia

3. Hawa nafsu

4. Syaitan

Dunia? Keindahannya tidak terperi. Ramai orang hanyut kerana dunia. Sanggup menipu, sanggup rasuah, sanggup berbunuh-bunuh dan macam-macam lagi kerana dunia. Pangkat di dunia juga dikejar macam la kita hidup selama-lamanya di dunia ini. Kita selalu tak sedar yang kita sudah tertipu. Macam-macam kita kena tipu. Qarun pun kena tipu, Firaun pun kena tipu, Abu Lahab pun kena tipu..... kita pun kena tipu. Dalam internet ni pun banyak yang menipu...

Manusia? Mereka juga penghalang utama kita untuk bahagia. Rakan yang dengki, jiran yang khianat, tukang sihir yang sentiasa mencari mangsa, bos yang pilih kasih, suami yang tidak bertanggungjawab, anak-anak yang derhaka dan macam-macam lagi.

Hawa nafsu? Ini dah memang termaktub dalam kitab. Kita bukan nak buang hawa nafsu tetapi kita nak mengawalnya. Nak mengawalnya memerlukan ilmu, amal, ibadat yang istiqamah di samping bi`ah atau suasana persekitaran yang positif. Lihat betapa ramai manusia yang kalah dengan hawa nafsu...ada isteri yang halal di rumah dikejarnya perempuan simpanan di luar. Kalau kahwin ikut syariat tak apa tapi sekadar `melanggan`.... kerana nafsu selagi dilayan ia akan semakin rakus.

Syaitan? Memang dia dah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan seramai mungkin manusia. Supaya kelak dia dapat masuk neraka ramai-ramai dengan kita. Semakin penghujung zaman, syaitan semakin banyak. Syaitan di merata tempat...yang paling bahaya yang bertahta di hati.....melekat.

Marilah sama-sama kita insafi perkara ini...supaya kita sentiasa berawas dengan ujian dan cabaran yang kita hadapi setiap hari. Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya yang salih.

Gambar: Apakah yang difikirkan oleh `Awang` ni???? Dia juga ada ujian dan cabaran ke???

No comments:

Pengikut ASYIQ