JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, February 16, 2009

Hati ooooh hati....



~Susah sungguh nak kawal hati. Sering beristighfar pun dia asyik berkata-kata. Apatah lagi dalam keadaan aku alpa....lagilah dia terbang merata-rata. Susah sungguh rupanya nak jadi baik ni. Paling jahat hati ni sering bersyak wasangka. Syak itu...syak ini...penat sungguh bersyak wasangka. Macam mana la aku nak kawal hati. Zikir pun kadang-kadang tak khusyuk~

Kata Imam Ghazali hati ada empat sifat....sifat buas, sifat binatang, sifat syaitan dan sifat tuhan. Apabila hati dikuasai oleh perasaan marah ia melahirkan sifat buas seumpama sifat binatang. Time nilah kita `mengamukkkk`.....

Apabila hati dikuasai oleh syahwat pula lahirlah sifat binatang. Pada masa itu terserlah kerakusan,ketamakan,keangkuhan dan mementingkan diri sendiri. Contohnya ada dalam diri Qarun. Dalam diri kita pun..... aduh.!!!! Nafsu syahwat menutup pemikiran serta hati sehingga menjadi buta dari kebenaran.

Apabila hati kita dikuasai oleh sifat-sifat ketuhanan dia mencari kemuliaan, kekuasaan, kemerdekaan serta kehebatan. Nafsu ini dapat mendorong kita untuk membina kemuliaan jika ilmu dan aqidah Islam kita mantap. Tetapi andai kata dipengaruhi pula oleh syaitan...jadilah seperti Firaun laknatullah.

Semakin teruk manusia menguasai sifat-sifat ini maka semakin pudarlah sinar di hati dan semakin lama menjadi semakin hitam. Pada ketika ini individu itu terlindung dari hidayah Allah........ia persis karat yang menyelaputi besi.

Hati perlu digilap supaya terus bersinar. Andai kata ia diabaikan ia akan terus MATI.

Menurut alim ulamak, ada lapan perkara yang mematikan hati....

1. Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak Allah.

2. Membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan suruhannya.

3. Mencintai Nabi tetapi tidak mematuhi sunnahnya.

4. Takutkan mati tetapi masih menangguhkan taubat dan tidak bersedia menghadapinya.

5. Mengetahui syaitan adalah musuh kita tetapi ghairah mengikut kehendaknya.

6. Takutkan neraka tetapi masih melakukan maksiat.

7. Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh.

8. Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.

Aduh.....mengenangkan semua ini terasa diri ini masih jauh dariMu Ya Allah......

Firman Allah: " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan kurniakan rezki dari arah yang tidak disangka-sangka
kepadanya" ( Surah at Talak ayat 2-3.)

Mengikut Abul Laith as-Samarqandi, lima penawar yang dapat membersih dan membimbing hati ialah:

1. Bergaul dengan orang-orang yang berakhlak mulia.

2. Sentiasa membaca al-Quran.

3. Memelihara perut dari makanan haram.

4. Melakukan solat malam.

5. Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah terutamanya pada waktu subuh.


~Nampak gayanya aku tak boleh tunggu lagi. Aku kena mujahadah. Aku kena berusaha mengamalkan kelima-lima perkara di atas. Aku kena paksa diri aku. Kalau tidak bila lagi.?? Semakin hari semakin dekat langkahku menuju `kematian`. Bantulah aku Ya Allah.~



3 comments:

Al Sauki said...

sesungguhnya pada diri kita ada seketul daging
yang dipanggil hati.

pemakananya adalah zikrullah.

kata saidina omar barang sedetik jika aku melupai Allah maka aku hukum diriku kafir.

renungilah letak duduk diri kita.

kancan kirana said...

walaupun usia blog anda sehari dua,
tetapi catatannya mempunyai nilai tersendiri,

tahniah untuk anda.

syabas.

tq.

ASYIQ said...

al-sauki,
Terima kasih atas galakkan.

kancan kirana,
tq. Selalulah dtg bertandang...

Pengikut ASYIQ