JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, February 15, 2009

Antara Madinah dan New York...




Lebih kurang seribu tahun yang lalu di Madinah...........

Dalam sebuah hadis, Anas bin Malik meriwayatkan, "Waktu turunnya ayat pengharaman arak, aku sedang mengedarkan arak di rumah Abu Talhah. Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki di halaman rumah berkata; "wahai kawan-kawan, mulai hari ini arak diharamkan". Abu Talhah berkata, "Keluar cepat dan tumpahkan arak" Aku pun menumpahkan kesemua arak yang ada ketika itu. Ada seorang kawanku yang sedang meletakkan cawan di bibir untuk meneguk arak, terus mencampakkan cawan tersebut apabila mendengar ayat pengharaman arak. Itulah kali terakhir beliau menyentuh arak"

Lebih kurang sembilan puluh tahun yang lalu di New York..........

Pada tahun 1919, Akta Volstead diluluskan di Amerika. Dengan itu semua aktiviti yang berkaitan dengan minuman dan penjualan arak diharamkan di Amerika. Walaubagaimanapun selepas akta itu dikuatkuasakan, minuman dan penjualan arak semakin berleluasa. Kes rasuah di kalangan penguatkuasa semakin meningkat. Kematian yang berpunca dari arak meningkat dari 1064 kes pada 1920 meningkat kepada 4154 pada tahun 1925. Penangkapan pemandu mabuk juga meningkat dari 41% kepada 81%. Akhirnya pada tahun 1933 akta itu dipinda dan mengizinkan penjualan arak semula di sana.

Kenapa kedua-dua perkara ini boleh berlaku????

Fikir-fikirkan....



2 comments:

al amin said...

TULISAN MEKE HEBAT TEMAN TABIK SPRING

asyiq said...

al amin,
ikhlas ke tuh....tadi usik lain pulak.
Dah lama tak menulis....zaman-zaman SPM jer blajo Bahasa Melayu...pas tu blajo arab je.!!!!

Pengikut ASYIQ