JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, February 23, 2009

Helang Yang Berani




Cerita ini adalah sebuah cerita lama. Dalam slot-slot motivasi zaman saya di universiti lagi, cerita ini sering diperdengarkan. Cuma apabila sudah berblog ni, saya nak rakamkan kisah ini di sini....supaya ianya juga boleh dikongsi bersama oleh pembaca-pembaca sekalian.

Burung helang adalah seekor burung yang berani. Kita juga disarankan untuk berani seperti burung helang. Ada beberapa ciri keberanian yang dimiliki oleh burung helang:
Pertama: Berani tinggal di tempat yang tinggi, beribu ribu kaki dari bumi. Burung lain yang kecil hidup di tempat yang rendah dan hampir dengan manusia. Justeru itu mereka sentiasa hidup dalam ketakutan berbanding dengan helang yang lebih bebas.
Moralnya: Manusia perlu hidup seperti helang dengan membina maruah yang tinggi dan disegani oleh orang lain, bukan seawalnya kita mengalah dan ketandusan maruah diri. Hidup mesti bermaruah.
Kedua: Pengalaman hidup helang sangat tinggi risikonya. Setelah ia dilahirkan oleh ibunya, ibunya akan memberi sedikit sahaja makanan dan apabila kering sahaja bulunya ia akan terus ditendang keluar dari sarang untuk terus hidup. Antara hidup dan mati anak helang terpaksa mengepakkan sayapnya dan bertatih untuk terbang . Ibu helang seolah-olah yakin anaknya boleh berdikari.
Berbanding dengan anak burung kecil yang lain. Mereka akan disuap oleh ibunya makanan sehingga tumbuh bulu. Kemudian akan diajar terbang dari dekat kepada jauh sehinggalah mahir.
Moralnya: Manusia mesti yakin dengan diri sendiri. Kita perlu mendidik anak kita dengan sifat berani menghadapi risiko dan berusaha sedaya upaya menghadapi cabaran dan sering berwaspada, bukan dengan kemanjaan yang berlebih-lebihan dan menakut-nakutkan mereka dengan risiko kegagalan.
Ketiga: Helang berani menghadapi cabaran. Ketika hari hujan dan ribut petir dia akan terbang berlegar-legar seolah-olah suka menghadapi suasana menakutkan itu sedangkan burung-burung kecil yang lain semuanya lari menyembunyikan diri ke dalam sarang.
Moralnya: Kebanyakan manusia yang gagal bukan kerana gagal menghadapi cabaran tetapi mereka dari awal lagi sudah takut dan lari dari menghadapi cabaran.
Begitulah Allah menjadikan segala sesuatu di atas muka bumi sebagai contoh dan perbandingan supaya kita sentiasa berfikir bagi membina personaliti. Ada juga perkara yang buruknya tentang helang terutamanya dari sifat kesombongan yang dimilikinya tetapi sebagai manusia biasa kita hendaklah menilai dan mengambil pengajaran yang baik sahaja. Subhanallah.....


2 comments:

- jinggo - said...

kerana kita disini - bukan untuk dihukum : kita disini untuk belajar dan diajar...

alam banyak mengajar kita

kisah helang amat menarik - saya akan kongsikan dengan pelatih saya....

ASYIQ said...

Jinggo,
terima kasih sudi bertandang..

Semoga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu..

Pengikut ASYIQ