JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, February 22, 2009

Cinta Sejati atau Cinta Buta???


Saya buat entry ni khusus untuk respon tajuk `Cinta Sejati` dari rakan blog `Tirana`. Apabila terbaca kisah tu saya teringat satu kisah lawak dari majalah Mastika suatu ketika dulu...keluaran tahun bila pun saya dah tak ingat tetapi cerita ni selalu dijadikan bahan lawak jenaka sewaktu bersantai bersama keluarga.....

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Ali pemilik restoran pergi kepada lelaki tersebut dan menghulurkan menu.

Lelaki buta: "Encik, saya ni buta. Saya tidak boleh membaca menu tu. Tolong bawakan saya sudu kotor yang telah digunakan di restoran ini. Dari situ saya akan tahu apa masakan enak yang ada di restoran ini."

Apabila Ali memberikan beberapa batang sudu kotor kepadanya, lelaki buta itu terus mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu dan terus memesan...."saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap dan....." Terkejut Ali, kerana semua menu yang disebutkan adalah masakan istimewa di restorannya.

Pada hari yang keduanya si lelaki buta datang lagi. Hanya ada sebatang sudu kotor sahaja di restorannya yang belum dibasuh. Lelaki buta itu mencium sudu tersebut dan memesan menu..."kerabu mangga, ikan siakap tiga rasa dan sayur kailan goreng ikan masin..."

Begitulah keadaan si buta apabila dia datang ke restoran tersebut untuk mengisi perut. Sehinggalah pada satu ketika si buta datang pada awal pagi sebelum ada pengunjung lain yang datang.

Tiba-tiba Ali terfikir untuk mengenakan si lelaki buta tersebut. Dia pergi ke dapur dan menghampiri si isterinya yang menjadi tukang masak di restorannya.

"Yati, kau garukan sudu ini di ketiak awak tu". Isterinya, Yati terkejut. "Apalah abang ni...mengarut saje" kata Yati agak bingung. "Alah..ini untuk kemajuan restoran kita..." Yati pun menenyeh sudu tersebut di ketiaknya yang berpeluh-peluh...

Ali membawa sudu berkenaan kepada lelaki buta tersebut. Si lelaki buta mencium sudu berkenaa. Mukanya berubah. Hidungnya kembang kempis. Dia bangun dan menoleh ke arah Ali lalu berkata.....

"Saya tak sangka mak we lama saya Yati bekerja di sini....boleh saya jumpa dia encik!!!

Boleh tak cerita ni kita ibaratkan sebuah cinta sejati atau cinta buta?????

2 comments:

Tirana said...

hehehe..Asyiq..ini cinta orang buta.

ASYIQ said...

Tirana,
Saya pun dh agak Tirana akan jawab lagu tuh...hehehe.

Saya kagum ngan ilmu Tirana. Byk tul crita yang menarik...follower tetap ni tau.

Nk kenal Tirana lebih dekat..hmmmm.

Pengikut ASYIQ