JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, June 22, 2009

Tulis nama atas batu...

Menjadi orang yang kalah dan teraniaya oleh sahabat sendiri bukanlah isu yang luar biasa. Saya pernah merasai....dan ramai juga sahabat saya yang lain juga pernah merasai. Itu adalah rencah asam garam kehidupan. Perkara2 macam inilah yang menjadikan kita lebih kuat, tabah dan lebih mengenali ragam manusia. Kekadang saya sendiri lupa....Allah menganugerahkan saya sebilangan besar sahabat yang berhati mulia,penyayang dan sentiasa bersama dalam apa jua keadaan. Kenapa saya perlu bersedih dengan karenah dua tiga orang manusia yang berperangai sebaliknya.? Terlalu besar nikmat Allah pada saya....kenapa perlu saya fikirkan seperkara kecil yang mendukacitakan saya??? Adalah tidak wajar saya bertindak begitu bukan?



Kembali semula ke dunia persekolahan pada hari ini betul2 melapangkan hati saya. Bertemu dengan barisan sahabat yang sentiasa memahami, mendengar dan memberi perhatian........hidup kembali rasanya hati saya yang selama ini meruntun kesedihan. Masih ramai manusia baik di sekeliling saya....kenapa perlu saya rasa kecewa? Syukur ya Allah....rupanya limpahan kasih rahmatMu terlalu luas....! Lagipun, saya tidak akan bertemu dengan 'manusia' yang mengecewakan saya itu untuk satu tempoh yang lama kerana mereka bukan dari kalangan warga sekolah saya....so, don't be sad!!!


Saya cuba untuk melupakannya. Kemaafan juga telah saya berikan....cuma menunggu masa untuk melupakannya sahaja. Bak kata Chimera, kentang dan buah pisang tidak boleh dibawa ke mana sahaja kerana ianya pasti busuk....bak kata Tirana, saya perlu cuba mencari hikmah positif di sebalik apa yang berlaku.....semua ini saya fikirkan dengan mendalam....dan mencuba juga petua ASE1 yang mencadangkan saya mencari kekuatan melalui kemaafan dan solat tahajjud. Terima kasih kepada semua rakan yang lain seperti Arazma, Oneluvsue, Dida, ainShahajar, Adeqya84, Aie Bahri,RHEA, Ummumishkah dan NoRuLLisZa yang memujuk dan menenangkan jiwa saya.....Melupakannya buat masa ini??? Mungkin agak mustahil secepat itu kerana kita ingat tentang cerita memaku pagar setiap kali kita marah? Walaupun seseorang telah mencabut paku apabila kemarahannya reda (bermakna dia memaafkan) tetapi kesan paku yang tertusuk dalam tetap berbekas juga.....mana boleh hilang langsung. Masa dan ketika sahajalah yang diperlukan untuk kita betul2 tenang.


Ada lagi cerita yang berkait dengan antry saya kali ini. Ianya berkisah tentang dua orang sahabat yang berjalan di padang pasir. Sambil berjalan mereka berbual.....dan entah bagaimana mereka bergaduh kerana berselisih pendapat. Salah seorang daripada mereka telah menampar pipi sahabatnya yang seorang lagi kerana terlalu marah. Sahabatnya yang telah ditampar dengan penuh rasa sedih dan kecewa telah menulis di atas padang pasir dengan perkataan ini...."SAHABAT AKU TELAH MENAMPAR AKU PADA HARI INI"


Mereka meneruskan perjalanan.....sehingga tiba di sebuah lembah oasis yang indah menghijau. Terdapat sebuah kolam air yang jernih dan bersih airnya. Dek kerana terlalu letih dan kepenatan, sahabat yang kena tampar tadi telah terus terjun ke dalam kolam tanpa memikirkan tentang dirinya yang tidak tahu berenang. Dia terkapai2 kelemasan dan rakan yang telah menamparnya tadi telah berjaya menyelamatkannya.


Rakan tadi dengan rasa penuh kesyukuran telah mengukir sesuatu di atas batu yang terdapat di situ. Dia mengukir "SAHABAT AKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU PADA HARI INI"


"Mengapa tadi kamu menulis namaku di atas pasir dan sekarang kamu bersusah payah pula mengukir nama aku di atas batu?" tanya sahabat yang telah menamparnya dan menyelamatkannya dari lemas tadi.


"Apabila seseorang menyakiti kamu hendaklah kamu menulis namanya di atas pasir kerana angin kemaafan akan memadamkannya suatu hari nanti. Apabila seseorang telah membuat bakti kepada kamu hendaklah kamu mengukir namanya di atas batu kerana tidak akan ada sejenis angin pun yang akan memadamkannya walaupun ribut taufan....ia akan kekal sehingga akhir hayat." jelas sahabat tadi.


Jadi apalah salahnya saya cadangkan di sini bahawa....marilah sama-sama kita mengukir nama2 sahabat baik kita yang telah banyak berjasa kepada kita di atas seketul batu. Ataupun lebih baik kalau kita memahatnya dalam hati kita.....agar ianya tersimpan lebih lama di dunia dan juga di akhirat.



Bagi mereka yang telah mengecewakan kita hendaklah kita buang jauh2 batu ukiran nama mereka yang selama ini kita simpan....then kita sediakan batu baru yang lain untuk kita tulis sebarang nama baru yang mungkin hadir dalam hidup kita.....bolehkah kita buat begitu??? Kalau kita disakiti oleh kerana sesuatu perkara yang berkaitan perkara remeh temeh mungkin mudah kita lupakan...tetapi kalau sesuatu yang melibatkan kepercayaan dan kesetiaan....mungkin mengambil masa terlalu lama untuk sembuh seperti sedia kala. Tetap akan berparut juga....mungkin takdir yang akan merubah segalanya.

Dan....rasanya apabila saya dah buang batu lama jauh2....
adakah rajin pula saya pergi untuk mencarinya semula
suatu hari nanti kerana disebabkan saya boleh menerimanya kembali?
Rasanya tak mungkin kerana
saya terlalu sibuk menulis nama2 sahabat baru
yang muncul dalam hidup saya sekarang..........


15 comments:

Anonymous said...

Nama asyik ada tertera di dalam hati saya...jangan tak percaya...Salam persahabatan yang tiada penghujungnya..

ASYIQ said...

Terima kasih kak yan. Semestinya nama kak yan pun sudah tertera di batu2 "new name" tu....tengah sibuk menulis nama2 sahabat baru di dunia maya......

ainShahajar said...

dalam persahabatan..memang ada pahitnya..dan manisnya..masamnya..kan

best cite tuh

ain pun tgh dikecewakan..dan selalu pikir..kejap je nih..kejap je..

yang jauh dari kita masa silam..dn yg dekat dgn kita kematian =)

Tirana said...

Ada orang kata...I can forgive but cannot forget. Sesuatu yang pahit memang sukar dilupakan begitu juga yang manis. Andai kemaafan diberi dengan keikhlasan, kak tirana percaya walaupun kita tak boleh lupa apa yang telah berlaku tapi ia tidak akan meninggalkan bekas lagi di hati..It won't affect our normal life..InsyaAllah.

al amin said...

apabila kita memaafkan seseorang,namun kita masih tidak dapat melupakan kesalahannya, itu bererti hati kita perlu menjalani latihan rohani,sebagaimana dianjurkan oleh orang sufi.

sekian terima kasih.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

semua perkara sedih yg berlaku perlukan masa untuk melupakannya...jadi....


chaiyok kak asyiq :D fighting!! fighting!!

Allah bersama dgn org2 yg sabar...

ASYIQ said...

Ain --->>yang jauh dari kita masa silam..dn yg dekat dgn kita kematian =)

Thanks...akak suka kenyataan ini!!!


Tirana --->> Betul kak, perkara ini sudah pastinya tidak memberi kesan kpd seluruh kehidupan kita......mungkin tak boleh lupa tapi sudah pastinya luka tersebut akan sembuh dgn pelbagai penawar yang ada...kan?


Al-Amin --->> Nanti tolong ajarkan tau...saya mmg tak ada tok guru yang boleh ngajar bab itu....hihi. Kalau ada org volunteer mmg syukurlah....

ASYIQ said...

LiSza,

Caiyok...caiyok....rasa duduk di stadium nyokong Lee Chong Wei pulak....hihi.

InsyaAllah...walaupun luka masih ada tapi rasanya akak dh ok...hidup mesti diteruskan.! Masih byk benda lain yg mengembirakan untuk dikenang...

Akak dah tulis nama Lis dkt batu "new name" tu tau!

~Cinta Cukulet~ said...

semoga luka di hati kak asyiq akan sembuh..masih ramai yang mahu mengubatinya huhu :)

Keri AlHaj said...

Alhamdulillah... senang hati dengar akak dah ok... betul... pisang ke , kentang ke... baiklah digoreng makan, dari dibawa merayap ke mana saje.

forgive and can't forget... saya pernah terbaca, ianya umpama sebijik icebergh kat lautan luas... di muka laut nampak kecik je... tapi di bahagian dasar ada bongkah besar yang boleh karamkan titanic... yg kelihatan (forgive) nampak indah dan selamat... tapi yang tersembunyi (can't forget) terlalu bahaya untuk kapal-kapal besar yag lalu.... (saya selalu mahu ambik pengajaran dari apa yg saya baca tersebut... tapi setakat ni masih tak beri apa-apa hasil)... Saya manusia biasa je... - tapi percayalah, masa akan sembuhkan segala luka...

oh ya... saya memang telah lama memahat nama-nama sahabat baik di hati... yg baik-baik jelah kann... hehehe...

Ummu Mishkah said...

alhamdulillah.. masih ada yang layak kita bergelar sahabat... fokuskan pada mereka kay kak asyiq!

smurf said...

ASYIQ ..

kemaafan itu satu dendam yg terindah ..

KEJAHATAN DI BALAS KEJAHATAN ,
ITU DENDAM
KEBAIKAN D BALAS KEBAIKAN ,
ITU BIASA
KEBAIKAN D BALAS KEJAHATAN ,
ITU ZALIM
KEJAHATAN D BALAS KEBAIKAN ,
ITU MULIA ...

Na Shari said...

Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu....

Akak,
Na yakin, nama Na dah ditulis atas batu akak kan?

heheheh

ASYIQ said...

CintaCukulat ---> masih ramai kan...termasuklah ada sorang budak kg tu...hihi. Akak pahat dah nama adik kat batu tu...


Chimera ---> Dalam maknanya tu...nampak ok tapi kat dalam masih parah. Takes time la kan....


Ummumishkah ---> Berikan tumpuan 200%. Hargai kehadiran mereka.


ASE1 ---> "Kemaafan satu dendam yang terindah" Dah lama tak dengar ayat ni...begitu fofular di era 80 an!


Na Shari ---> Betul Na, semua nama yang ada di sini akak telah memahatnya pada batu "new name" tersebut.

* adeqya8284 * said...

Salam Cu,
Selalu saya baca cerita paku dan pisang jer..kali ni saya baca cerita pasal batu lak...nice story...saya pun kena buang satu batu yang dah melemahkan jiwa dan raga sy sekarang..sy kena cari batu2 lain...batu2 yang berwarna-warni untuk mewarnai kehidupan saya nanti..thanks cu..really nice story...

Pengikut ASYIQ