"Assalamualaikum.........boleh ke saya masuk!!!!"
Suatu hari seorang wanita budiman melihat ada tiga orang lelaki tua yang agak uzur berada di tepi pintu pagar rumahnya. Lelaki itu amat asing ... dan dia tidak mengenali walau seorang pun daripada mereka. Namun begitu hatinya luluh kerana kelihatan ketiga-tiga lelaki itu amat naif dan mesti dalam kelaparan.
"Saya tidak mengenali kalian...tetapi silalah masuk kerana saya pasti kalian bertiga semestinya lapar. Saya akan sediakan makanan untuk kalian bertiga....silalah..." wanita budiman itu menawarkan pertolongan.
"Suami anda ada di rumah?? Kami akan masuk sekiranya suami puan ada di rumah..." salah seorang lelaki tersebut memberikan jawapan dengan penuh rasa hormat.
Apabila suami wanita budiman itu kembali dari tempat kerja dia terus menceritakan apa yang telah berlaku. "Pergilah jemput mereka masuk....katakan bahawa saya telah memberi izin." kata si suami.
"Nama saya 'Kekayaan', yang ini pula 'Kejayaan' dan yang ini pula 'Kasih sayang'. Kami tidak boleh masuk serentak. Sila puan berbincang dahulu dengan suami puan, yang mana di antara kami bertiga yang sepatutnya masuk dahulu" lelaki tadi meminta mereka membuat pilihan setelah dijemput masuk untuk kali keduanya.
Suami wanita itu berasa amat gembira. Dia terus memilih 'Kekayaan'....katanya biar 'Kekayaan' memberi sinar yang baru dalam rumah mereka. 'Kekayaan' adalah segalanya dalam dunia ini.
Wanita budiman tidak pula bersetuju. Dia memilih 'Kejayaan'. Baginya 'Kejayaan' adalah punca seseorang itu mendapat kekayaan. Orang yang berjaya biasanya akan memperolehi kekayaan.
Anak perempuan mereka yang mendengar perbualan ibu dan ayahnya pula mencelah......dia memilih 'Kasih Sayang'. Padanya 'Kasih Sayang' amat penting dalam hidup mengatasi kekayaan dan kejayaan.
Demi menghormati pendapat anak perempuan mereka....mereka bertiga akhirnya bersetuju untuk menjemput lelaki tua yang bernama 'Kasih Sayang'. Apabila 'Kasih Sayang' masuk....kedua lelaki iaitu 'Kejayaan' dan 'Kekayaan' pun mengekori sekali.
"Mengapa kamu berdua masuk ke rumah saya...sedangkan saya hanya menjemput seorang sahaja?" tanya wanita budiman tersebut dengan penuh kehairanan.
"Kalau anda semua memilih 'Kekayaan' atau 'Kejayaan', yang dua lagi akan tinggal di luar. Tetapi disebabkan anda memilih 'Kasih Sayang', maka kami berdua akan turut sama mengikutnya. Di mana ada 'Kasih Sayang' , maka di situlah adanya 'Kekayaan' dan 'Kejayaan'. Tahniah kerana anda semua telah membuat pilihan yang tepat dalam hidup kalian......"
"Apabila anda memilih 'Kasih Sayang'.....di saat anda dalam kesakitan, dia akan menjadi penawar untuk anda segera sembuh, ...di saat anda kehilangan semangat , dia akan membina keyakinan diri anda untuk berani menghadapi kesusahan hidup,...di saat anda keletihan, kelelahan, dia akan memahami, sabar dan mengembalikan kekutan diri yang hilang,....di saat anda ketakutan, dia akan memberi keberanian kepada anda....sesungguhnya anda semua telah membuat pilihan yang tepat!!!"
Apabila anda membaca cerita ini...anda juga ada dua pilihan: Pertama......lupakan cerita ini. Kedua.....jemputlah 'Kasih Sayang' untuk hidup bersama anda dengan berkongsi cerita ini bersama rakan-rakan anda yang lain.......
Asyiq: Sekadar memanjangkan email rakan2 untuk dikongsi bersama anda semua. Jenuh juga saya menterjemahkannya sebab artikel asal dalam Bahasa inggeris. Bunyi ayat tertentu macam tak sedap jer...tapi ok la....asalkan mesej yang nak disampaikan boleh difahami semua. Saya bersetuju untuk menjemput 'Kasih Sayang' untuk tinggal di dalam rumah saya....anda pula macam mana??
Peace to all!!!
14 comments:
of course kasih sayang!
comperm..copy paste yer..
malangnya kasih sayang takde dlm rumah sy.. :( huhu
Kaum perempuan mmg utamakan kasih sayang... sbb perempuan ni terkenal dgn jiwa penyayang.. kan..kan..
hisshhh.. memula masuk, nmpak buaya lak.. tetamu 'istimewa' gak tu.. hehe..
Kasih sayang adalah punca segala kejayaan dan kekayaan..
Yup..semuanya memerlukan kasih sayang..
Tq kak, sbb share diz story dan sanggup tarjim kan ke bahasa melayu..hehehe
Ummumishkah --- orang perempuan biasanya memilih kasih sayang. Kita boleh hidup dengan kasih sayang...tetap utuh w`pun kekayaan tak setara mana. hihi.
Fadhlah --- boleh saje..silakan berkongsi dgn rakan2 yg lain. Orang yg ramai follower lagi dialu2kn..senang skit utk mesej ni disebarkan.
Paan Lee --- u r wellcome here my dear! Selalulah dtg blog akak...insyaAllah anda akan dilayan seperti keluarga sendiri. Hidup mesti diteruskan walau dlm keadaan apa sekali pun. Mesti ada hikmah disebaliknya.
Dida --- haaa..takut tengok buaya tu yea. Sebagai peringatan bahawa ksh syg yang dibawa oleh buaya darat takkan kekal lama...hihihi.
Aie --- bolehlah sikit2 dik....kalau cerita yg bwk pengajaran bolehlah kita share sama2. Pak usu yg disayangi dh balik ke jumpa anak buah?? Mesti dia org sukeeeeeee.
alhamdulillah...tgk awai2...saya pun pilih cam ank perempuan tu..hehe...
kak..saya dah benarkan kasih sayang untuk menghadiri hati ini...doakan saya :D (faham kan maksud saya, sblm ni, sy tutup hati)
cgu
saya akui itu memang betul.
saya alami secara praktikal.
KASIH SAYANG
tidak ada 2 nya
terima kasih kerana mengingati....
kalau kita membaca cerita ni, pilihan kita mungkin 'kasih sayang'... tapi secara jujurnya saya akui, kalau saya benar2 lalui situasi tu... pilihan saya... mungkin 'kekayaan'... hahahahah... mungkin tu cara pemikiran orang lelaki... bujang pulak tu...
tapi... saya rasa sebab saya memang dipenuhi rasa kasih sayang kot... sebab tu saya pilih kekayaan... heheheheheh...
apa-apa pun, apa lagi yg lebih bernilai berbanding rasa kasih sayang... sebab kasih sayang, si ayah ibu sanggup berpenat lelah manggadai nyawa sekalipun, untuk mancari 'kekayaan' untuk diberi pada seisi keluarga... kerana kasih sayang juga si ayah dan ibu sanggup korbankan apa saje demi memberi 'kebahagiaan' kepada anak-anak...
semua kerana kasih sayang...
Best nye N3 nih...
Kasih sayang memang perlu untuk diisikan dalam rumah....selain daripada perabot dan segala macam..
p/s TQ N3 yg best...jemput ar makan kopok lekor atas meja tu...huhuhuh
Salam kasih sayang untuk AsyiQ..hehehe..
ye.. setuju.. 'kasih sayang' telah memberi sinar baru dalam hidup rhea.. alhamdulillah..
Ohh, macam tu rupanya.
LisZa ---> Alahai...faham sesangat. tahniah, moga kebahagiaan terus bersamamu dik! Akak sentiasa doakan yang terbaik....
Jinggo ---> Siapalah kita dan dunia ini tanpa kasih sayang, tapi kalau dah ditakdirkan kita berpenat lelah mencarinya tidak seperti orang lain...kita sepatutnya pasrah kerana takdir kita memang tak serupa. ^--^
Chimera ---> Mungkin juga ada orang yang berjaya mencari kasih sayang dengan kekayaan....segalanya tak mustahil. Tapi Putera Negeri Kelantan nampaknya gagal mencari kasih sayang melalui kekayaan. Hurmmmm....
Aaryani ---> Nyum..nyum..nyum..mintak tambah kepok lekor bleh??? Huwaaaaa....
Tirana ---> Kasih sayangmu ku terima....alahai!!! Hihi.
Rhea ---> Terima kasih krn sudi singgah dan tinggalkan jejak. Tahniah krn Rhea sudah mempunyai kasih sayang...bertuah tu.
Farid Rashidi ---> haha...ingatkan kisah buaya darat mana la tadi kan???
Post a Comment