"Saya tidak percaya bahawa Tuhan itu wujud"
"Kenapa awak berpendirian begitu" tanya pelanggan lelaki itu dengan nada kehairanan.
"Sekiranya Tuhan itu wujud, kenapa masih ada orang menderita kerana menanggung penyakit yang melarat, kenapa masih terdapat ramai kanak-kanak terbiar yang tidak mendapat perhatian yang sepatutnya, kenapa masih ramai manusia yang sengsara dan derita. Bukankah Tuhan sepatutnya Maha Penyayang.....kenapa Dia tidak mencurahkan kasih sayangNya kepada semua manusia??? Jadi, pada pendapat saya Tuhan memang tidak wujud"
Pelanggan lelaki tadi terdiam sejenak. Dia enggan bertingkah pendapat dengan si tukang gunting rambut...bimbang pula akan timbul pergaduhan. Pelanggan lelaki tadi terus meninggalkan kedai setelah rambutnya siap dipotong. Apabila dia keluar dari kedai tersebut, dia melihat terlalu ramai orang yang berambut panjang, mempunyai janggut yang tidak diurus. Mereka kelihatan terlalu selekeh dan amat kotor. Lelaki tadi terus masuk semula ke dalam kedai gunting rambut tersebut.
"Awak tahu tak bahawa pada saya si tukang rambut tidak wujud di bandar ini"
"Apa yang awak merepek ni...saya ada di sini, malah saya baru tadi memotong rambut dan janggut awak" jawab si tukang gunting rambut agak kehairanan.
"Tidak...awak tidak wujud. Kalau awak wujud kenapa terlalu ramai orang di luar
"Ohhh...itu bukan salah saya. Saya ada je di sini...mereka selekeh dan kotor kerana mereka tidak datang berjumpa saya untuk digunting dan dicukur janggut mereka....Itu bukan salah saya"
Si lelaki tadi tersenyum...."Itulah jawapan kepada persoalan awak sebentar tadi. Manusia derita dan melarat kerana mereka tidak kembali kepada ajaran dan perintah Tuhan....Tuhan wujud sebenarnya".
^^^^^^^^^
Asyiq: Cerita ini sebenarnya dalam versi Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh kak Tirana dalam blognya The Precious Moment. Dengan izin kak Tirana saya siarkan semula di dalam blog saya setelah menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Sekalung penghargaan untuk kak Tirana.
9 comments:
cgu.
menariknya N3 ni.
saya akan kongsikan dengan pelatih saya minggu ni
semuga kalau ada APA2 balasan dariNya - kita kongsikan.......
yer pernah baca dlm blog kak tirana... simboliknya jawapan tu kan?
hehehe...insyaAllah boleh baca...
camnila manusia...suka sgt nak salahkan org lain..suka sgt nak kata itu ini...susah sgt nak menerima kenyataan...n etc...
yg paling penting, kita tgk balik diri kita...muhasabah semula apa yg kita lakukan...dan buangkan sifat degil..tgk saje sejarah islam..ramai yg tau ttg islam...tp,sebab kedegilan mereka, mereka terus dalam ajaran yg sesat..
wallahu'alam
Jinggo ---> Silakan...semoga ada manfaatnya.
Ummumishkah ---> Kredit utk kak Tirana yea...
Tirana ---> Dah diedit semula kak...alhamdulillah boleh..hihi.
LisZa ---> Itulah manusia, jarang sekali kita kembali kepada diri mencari kesilapan sendiri.
Kak AsyiQ...
Sesungguhnya sekiranya ada yang mempertikaikan akan kewujudan Allah.. maka ketika itu juga DIA akan tunjukkan kepada si Jahil bahawa DIA sememangnya wujud.. cuma kita kena mengaitkan kewujudanNya dengan adanya ALAM ini & kejadian2 yang berlalu di muka bumi ini seperti wujudnya siang & malam.. angin & pelbagai lagi...
Moga kita sentiasa berpegang pada 6 rukun iman... Percaya kepada Allah, Percaya kepada Al-Quran, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada Rasul, Percaya kepada hari Kiamat dan Percaya kepada Qada' & Qadar...
Asyik
N3 yg sangat menarik, TQ sharin..saya dah baca beberapa kali..len kali kongsikan lagi..
saya dah pernah baca citer ni... dr blog kak Tirana lah jugak... hahah.
itulah hakikat kehidupan kita. Tak akan nampak kesalahan sendiri... apa-apa keburukan mesti nak cari kesalahan org lain dulu... bila diberi ujian berat sikit, mulalah sangka buruk dgn Tuhan.
cara terbaik nak selesaikan masalah dan kerumitan - Hampiri Tuhan... mintak tolong dari Dia... Ini tak?? tetap sombong...
Dida ---> Betul sangat tu...asas aqidah yang kukuh.
aaryani ---> Sama2 kak...tapi kalau asyik bercerita je borink gak kan...kena selit juga dgn benda2 lain..hihi.
Chime ---> Sifat manusia mmg mcm tu...keluh kesah dgn apa shj yg berlaku dlm hidup kita. Tak pernah puas kan???
Post a Comment