JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan Langit (3)


Assalamualaikum...saya ingin menyambung cerita tentang kerajaan iblis dan syaitan. Dalam entry yang lalu saya ada menceritakan tentang anak-anak iblis yang merupakan menteri-menteri kanannya yang utama...yang sekarang ini sedang bertungkus lumus bekerja siang dan malam tanpa putus asa untuk "menjahanamkan" keturunan Bani Adam. Kenapa saya gunakan perkataan "menjahanamkan?" walaupun nampak agak kasar di situ. Saya rasa penggunaan ayat ini paling tepat kerana iblis dalam merencanakan agenda untuk menyesatkan manusia tujuan utamanya ialah untuk memasukkan kita ke dalam neraka jahannam bersama dengannya nanti.....jadi penggunaan ayat "menjahanamkan manusia" adalah yang amat tepat pada pandangan saya.



Kali ini saya ingin membincangkan tentang beberapa kaedah dan cara yang digunakan oleh mereka untuk menyesatkan cucu cicit keturunan Bani Adam. Sewaktu kita menghadiri kuliyah agama/ceramah agama/tazkirah atau apa sahaja yang membawa maksud menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah syaitan ini menggunakan tiga senjata utama untuk menganggu manusia. Senjata tersebut ialah CELAK, GINCU dan TONGKAT. Lucu bunyinya....tapi inilah helah jahat mereka. Bagaimana caranya??



Syaitan akan menggunakan CELAK untuk mencelak mata pendengar ceramah atau khutbah sehingga mereka akan merasa mengantuk lalu tertidur. Apa yang dibincangkan oleh penceramah hilang melayang-layang di angin lalu. Beratnya mata susah untuk digambarkan....kalau letak batang mancis pun mesti batang mancis itu pun turut patah dek menanggung beratnya rasa mengantuk tersebut... (terbayang kisah Tom and Jerry yang menggunakan kaedah batang mancis untuk elak dari mengantuk...). Pada ketika kita terlelap itu...tersenyum banggalah si anak-anak syaitan yang gemuk dan kurus meraikan kejayaan mereka. Nak elak mengantuk????


Pada saya kalau keinginan kita kuat untuk mencari ilmu pasti kita tidak mengantuk. Sebelum pergi mendengar ceramah pastikan perut dalam keadaan yang sejahtera...maksudnya jangan terlalu lapar dan jangan terlalu kenyang. Perut yang terlalu kenyang boleh menyebabkan mata mengantuk. Badan juga seboleh-bolehnya dalam keadaan bersih dan segar (kalau boleh beraroma harum) supaya badan kita bersedia untuk menerima ilmu....seperti mana amalan ulamak terdahulu semasa nak menuntut ilmu. Satu lagi tanda keinginan kuat untuk belajar ialah membawa buku dan pen untuk mencatat....insyaAllah kita tak akan kena senjata syaitan ini. Jangan sekali-kali menyalahkan penceramah pulak....tak pandai berceramah la, tak pandai buat lawak la....kalau macam tu sampai bila pun masalah tidak selesai.



Syaitan akan menggunakan GINCU untuk mengincu bibir-bibir pendengar ceramah untuk berbual dengan rakan di sebelah. Kadang-kadang topik yang dibincangkan itu tak penting mana pun...maksudnya boleh dibincangkan kemudian. Bukan perkara yang melibatkan hidup dan mati! Paling mengecewakan kalau yang dibincangkan itu soal keduniaan yang agak remeh temeh....berkaitan dengan rumahtangga orang....berkaitan jahatnya anak orang itu, anak orang ini....apa yang disyarahkan oleh penceramah langsung hilang juga...melayang-layang dibawa angin lalu. Rugilah masa kita tidak memanfaatkan sepenuhnya.


Tips yang agak berguna ialah duduk berjauhan dengan kenalan rapat kita. Tapi semua pendengar ceramah itu kawan kita.....mana boleh. Ok...kalau gitu sibukkan diri mencatat bahan-bahan ceramah yang kita dengar, pasti orang yang memulakan perbualan pun akan segan untuk berbual dengan kita. Bukan lama pun...paling lama dua jam. Habis ceramah....cakaplah apa yang terpendam tadi. Luahkan segalanya....



Orang perempuan ni kalau nak mendengar khutbah pun setahun dua kali. Itu pun kalau masa nak solat aidilfitri dan aidiladha suci dari haid dan nifas. Apabila nak menunaikan solat sunat aidilfitri dan solat sunat aidiladha biasanya di kampung. Tak pernah lagi seumur hidup beraya di tempat mencari rezeki ni. Yang agak mengecewakan saya ialah apabila selesai solat, jemaah akan terus melipat telekung dan mula berbual dengan jemaah yang lain (saya maksudkan jemaah perempuan yang berada di balik tabir....) Khutbah yang dibaca oleh khatib langsung tidak diambil perhatian. Maklumlah...yang datang berjemaah tu anak saudara dia, mak saudara dia, sepupu dia, adik dia (yang setahun sekali balik kampung....). Kononnya dah tak sempat mendengar khutbah...nak bersalam dan berpeluk setahun sekali itu yang lebih penting! Aduhai....budaya ini perlu diperbetulkan. Selalunya saya akan memberi ingatan kepada semua kaum kerabat yang mengikut saya menunaikan solat sunat supaya prihatin dengan perkara ini. Dengar dulu isi khutbah yang dibacakan oleh khatib. Fahami dan hayati....selepas selesai semuanya barulah kita bersalam-salaman.


Senjata ketiga yang digunakan oleh syaitan ialah TONGKAT. Tongkat ini digunakan untuk mengetuk lutut, kaki, anggota yang lain supaya tak duduk diam mendengar ceramah dan syarahan. Ini untuk menimbulkan sedikit kekacauan kepada ahli jemaah yang lain....supaya turut sama hilang fokus terhadap apa yang sedang dibincangkan oleh tok guru di hadapan.


Anak murid saya pernah bertanya....apakah tiga senjata ini digunakan oleh syaitan hanya di masjid dan surau sahaja. Bagaimana pula yang berada di dalam kelas? Pada saya sama sahaja...dimana ada majlis ilmu di situlah ada syaitan menumpang duduk. Kalau belajar matematik pun, ilmu itu berguna untuk kehidupan manusia di dunia. Sebarang bentuk ilmu yang bermanfaat untuk manusia syaitan akan benci. Bayangkan kalau manusia buta ilmu kira mengira...amat mudah mereka untuk ditipu oleh orang lain. Apabila ditipu...akan wujudnya perbalahan, pergaduhan, benci membenci, hasad dengki, prasangka buruk dan macam-macam lagi. Bukankah itu semua petanda-petanda bahawa syaitan sudah menang dalam merencanakan agendanya. Begitu juga kalau kita belajar sains...orang yang buta sains mereka tidak akan merasa kehebatan kekuasaan Allah. Bukankah orang yang tidak merasa kehebatan Allah akan lemah imannya. Orang yang lemah iman akan lebih mudah dikuasai oleh syaitan. Justeru itu semua usaha baik untuk merapatkan hubungan antara manusia dan Allah akan disekat oleh syaitan. Tak begitu???



Syaitan sebenarnya sentiasa berusaha naik ke langit untuk mengintai arasy Allah...yakni kerajaan Allah yang berada di langit. Usaha mereka ini akan disekat oleh Allah dengan menciptakan asteroid, meteor atau meterid) untuk menghalang mereka mengetahui akan perancangan masa depan Allah ke atas mana-mana makhlukNya. Namun begitu kadang ada juga beberapa perkara yang terlepas kepada pengetahuan mereka. Syaitan-syaitan ini pula akan berurusan dengan beberapa golongan manusia yang menjadi pengamal ilmu sihir atau ilmu hitam,tukang tilik nasib,....dengan menjadi rakan karib mereka. Itulah sebabnya kekadang mereka ini boleh mengetahui beberapa perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Bila keadaan ini berlaku....manusia akan lebih mudah terpesong akidah. Mereka lebih mempercayai manusia ini dari mempercayai Allah....ini yang dikatakan SYIRIK. Itulah sebabnya berubat dengan pengamal ilmu hitam hukumnya HARAM.



Syaitan akan mencari orang yang lemah iman, longgar pegangan agama untuk menjadi "rumah" bagi mereka. Kita hendaklah sentiasa mencari ilmu dan suka mendengar ilmu, beramal dengan suruhan Allah, mengamalkan zikir-zikir tertentu sehari-hari, mengaji al-Quran setiap hari untuk mengelak dari gangguan syaitan. Kalau sekiranya kita ada menghadapi gangguan-gangguan syaitan dan memerlukan rawatan khusus eloklah kita mendapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan Islam yang terbaik. Wallahua`lam.


6 comments:

Dida... said...

Salam kak...

Thanks ya share artikel ni.. kebetulan saya nak gi kelas bahasa & Al-Quran ni..

Mmg betul kdg2 kita akan berasa mengantuk.. dan ramai jgk yg berbual masa ustazah mengajar kat depan..

rupa2nya sang syaitan dok menyelit sama.. tp time bacaan Al-Quran.. Alhamdulillah.. semua khusyuk je sy tengok...

Tirana said...

Terimakasih kerana berkongsi ilmu...Syaitan itu ada di mana-mana...sebab itu kita kena ada pertahanan yang kuat untuk menentang syaitan.

Fadhlah said...

thanks..kat pendang sana..kaum hawa pon datang dengar khutbah sekali pada harui jumaat...cuma depa tu sembahyang zohor jer la...ramai gak kaum hawa yang join..

ASYIQ said...

Dida,

Alhamdulillah sentiasa ada peluang utk menambah ilmu yea...selamat belajar. pastikan majlis ilmu kali ini kita tidak diganggu oleh syaitan2 ni...

ASYIQ said...

Kak Tirana,

Moga kita ada kekuatan itu ye kak. Sama2 kita menyelongkar kejahatan makhluk yg bernama syaitan ni. Tak kenal maka tak benci...hihi.

ASYIQ said...

Fadhlah,

Bagus budaya tu yea..elok kalau kita sama2 amalkan. Tetapi kekadang nmpk jg masalahnya....

Ruang masjid utk muslimat dibuka utk solat jumaat....x tau nk duduk kt mana.

Pengikut ASYIQ