JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, June 10, 2009

Berat ke gelas ni??


Suatu hari seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil memegang segelas air jernih. Dia bertanya kepada anak muridnya "Cuba kamu teka berapa berat gelas ini..???"


Murid yang berada dihadapan sekali menjawab, "50 gram cikgu..."


Guru tersebut hanya tersenyum dan bertanya lagi soalan yang sama kepada anak muridnya yang lain.


Kedengaran jawapan yang berbeza-beza dari anak muridnya yang ramai itu. Ada yang menjawab 150 gram, ada yang menjawab 200 gram, ada yang menjawab 400 gram......


Guru itu menjawab, "Jawapan kamu ada yang betul dan ada yang salah...Sebenarnya, berat gelas ini bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya...."


Guru itu menyambung lagi, "Kalau kamu memegangnya selama satu minit, mungkin tak menjadi masalah. Kalau kamu memegangnya selama satu jam tangan kamu akan rasa lenguh dan sakit. Kalau kamu memegangnya selama sehari semalam....mungkin kamu akan diusung ke hospital!"


Sambung guru itu lagi, "Berat segelas air ini tak akan berubah. Tetapi semakin lama kamu memegang gelas ini maka kamu akan merasa semakin berat. Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan dahulu gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit sebelum menyambungnya kembali."


"Begitu juga dengan kehidupan kita sehari-hari. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita tidak berupaya menyelesaikannya, rehat sebentar dan lupakan masalah itu seketika."


"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali."



Bila terbaca cerita ini saya teringat masa saya di sekolah rendah dulu. Ada seorang cikgu tu dia suka denda pelajar bising dengan mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas beberapa minit. Saya pun pernah kena...hehe. Lenguhnya bukan kepalang. Kalau tidak akur....ditambah lagi masa dendaan tersebut. Aduhai...budak sekolah rendah kalau diam tu maknanya "demam" la...kalau sihat sure bising punya.


Cerita di atas mengajar kita bagaimana untuk menangani sesuatu masalah. Kalau masalah tu boleh selesai....selesaikanlah dengan kadar yang segera. Tetapi kalau tak mampu....lupakan seketika, tarik nafas, tenangkan fikiran sebelum kembali memikirkan jalan penyelesaiannya.


Mudah aje orang bijak pandai memberi pandangan. Kalau masalah itu kecil bolehlah dilupakan buat sementara waktu...tetapi kalau masalah besar, aduhai....macam mana nak lupakan. Dalam tidur pun termimpikan dia...silap-silap tidur pun tak lena.


Kenalah bertanya kepada orang bijak pandai....kemahiran untuk melupakan masalah....seperti mengeluarkan beberapa biji guli dari gelas yang berisi pasir.....ambil satu-satu....dan asingkan sebelum memasukkannya semula. Kemahiran itu yang saya tak ada. Ada sesiapa yang boleh beri pandangan??? Kak Tirana mesti tahu jawapannya.


Banyak dah teori saya belajar tapi praktikalnya belum tentu LULUS...hehe.

12 comments:

Fadhlah said...

stuju2...saya pon penah gak kena denda tunjuk bulu ketiak tu...

Unknown said...

cgu..

saya pernah menulis cerita ni
dan saya pernah kongsikna dengan ramai yg lain.

tahniah kerana terus berkongsi cerita begini...
kerana hidup tidak sekadar berlalu....

AiE bAhRi said...

kak,
tq berkongsi cerita ni..

good entri untuk sama2 kit ambil sbg pengajaran

Ummu Mishkah said...

betul kata cikgu tu..
berat gelas takkan berubah, tapi kita yang menanggung kan rasa beratnya.. dalam sungguh mesejnya!

ASYIQ said...

Fadhlah --- saya ingat cikgu tu sampai bila2. Bukan dendam pun...cuma berterima kasih krn mengajar saya bahawa "dok diam2 dalam kelas!!!!" hehe.


Jinggo --- biasalah tu...benda baik elok dikongsi dengan ramai orang......hurmmm.


Aie --- ok...ada cerita lain akak akn paparkn di sini. Sesama kita ambil pengajaran yek...


Ummumishkah --- itulah akak ckp, mmg dalam mesejnya cuma nk praktik jer akak kurang mahir.....alahai. Tolong2lah beri input kay....

Anonymous said...

kalau kiter pegang gelas tuh lame2 ,mmg berat. kalau letak atas alat penimbang tetap samer.....berbezakan.....
cerita ibu mmg bagus...
kakngah suker bacer cerita ibu...

from,
kakngah

Tirana said...

Hello...nama kak tirana pulak yang naik ye..hehehe..

Masalah, semakin kita lari..semakin dia mengejar kita..so face it...Belajar memandang masalah dari pelbagai sudut. Jika tak boleh selesaikan melalui sudut A, kita try sudut B and so on. Ye..kadang2 kita perlu berhenti untuk menarik nafas dan mengembalikan kekuatan tapi jangan berhenti terus kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah. Allah turunkan sesuatu ujian dan dugaan sekali dengan solutionnya cuma solution itu, kita terpaksa berusaha sedikit untuk mendapatkannya.

ASYIQ said...

Tirana,

Btul kak...terima kasih atas pandangan akak. Kena byk cari pengalaman utk menghadapi kehidupan. Semakin berumur semakin mencabar sbb kita kena fikir sama semua masalah ahli dalam keluarga kita.....

Bayangkan kalau orang lain yg punya lagi tanggungjawab yang besar...lagilah berat perkara yang perlu difikirkannya. Namun kadang2 pengalam kita boleh membantu...

Lun said...

mcm mana pula org yg mengndung? lgi berat

ASYIQ said...

Lun,

Org mengandung...tak rasa berat mana pun, cuma rasa badan gemuk aje..haha.
TQ sbb sudi dtg sini...salam kenal!!

Keri AlHaj said...

pd tafsiran saya... cerita ni bukan berkaitan dgn masalah... tapi berkaitan dgn kerja harian kita...
kalau kita buat kerja secara terus-terusan... tanpa rehat, atau bercuti... lama-lama kita akan kepenatan... kerja2 pejabat bawak balik kerumah... memang tensen kepala... so, kerja tu kerjalah. sampai masa kena letakkan gelas... letakkanlah. esok boleh sambung semula... jgn sampai penat, cepat sakit badamn nanti... cepat tua....

tentang masalah... ibaratkan dia umpama daun pohon nangka di halaman rumah yang berbuah dan kita menjual buahnya utk dptkan duit dan beli makanan.... setiap hari daun-daun nya gugur... dan kita sapu untuk bersihkannya.... esok daun yg lain pula tetap akan gugur... berterus-terusan...

cara nak atasinya, paling mudah... tebang pkok tersebut... tapi bila ditebang kita tak akan ada sumber pandapatan lagi dan kita akan kelaparan...

jadi hadapilah sewajarnya... berihkan seperti biasa daun2 tersebut... dan lama-lama dia akan menjadi satu kebiasaan yg rutin... bila sehari kita tak perlu menyapu daun nangka yg gugur lagi... kita tak akan rasa lega... tapi akan rasa ada satu kekurangan pd rutin harian kita....

errrr... boleh faham tu kan... tak berbelit-belit kan....

ASYIQ said...

Chimera,

Faham...faham. Cuma akak ni selalunya jenis yang susah sangat nak lupakan masalah. Nak lupa sekejap tak boleh...terbawak2 sampai ke dalam mimpi.

Itu sebabnya orang selalu cakap...orang macam akak ni susah nak gemuk. Susah nak gemuk tak apa...yang takutnya pulak mudah dapat penyakit.

TQ krn sudi beri pandangan.

Pengikut ASYIQ