Hari ini hampir pukul 5.00 petang baru sampai ke rumah. Petang tadi selepas sekolah dari pukul 2.00 hingga pukul 4.30 saya memberikan Ceramah Teknik Menjawab SPM (Pendidikan Islam - Kertas 1 dan Kertas 2)....di sekolah saya sendiri. Bukan tak mahu menjemput penceramah dari sekolah lain tetapi atas arahan Pengetua kami akur untuk menggunakan sendiri tenaga kemahiran yang ada di sekolah sendiri. Rasanya lebih mudah kerana saya lebih mengenali murid saya...kekuatan dan kelemahan mereka. Jadi, penyampaian kita lebih berfokus kepada keadaan dan situasi mereka. Lagi pun....sebagai sekolah missionary kami memang kekurangan belanja...guna tenaga dalaman boleh 'berlebih kurang' saja...yang penting matlamat tercapai. Sudah empat tahun berturut2 sekolah saya mencapai 100% lulus Pendidikan Islam SPM dan PMR. Saya gunalah kemahiran saya sebagai Pemeriksa K ertas SPM selama lebih 10 tahun untuk membantu mereka....alhamdulillah.
Namun begitu terdapat juga murid-murid saya yang perlukan motivasi yang berterusan. Sebenarnya mereka mampu tetapi sentiasa perlu dipupuk. Kalaulah mereka amat faham...apa yang lakukan sekarang adalah demi masa hadapan mereka...semestinya mereka akan bersungguh-sungguh. Kalau saya dulu macam tu la...emak selalu pesan, kalau nak hidup susah macam sekarang (zaman kecil2) tak usahlah belajar...ayat negatif yang digunakan.....daripada melarang baik menyuruh kan????
Kita pun disebabkan takut mewarisi kesusahan...berusahalah bersungguh-sungguh walaupun hanya menjadi seorang guru. Tetapi budak2 sekarang...tambahan murid sekolah saya ni latarbelakang keluarga memang dah senang. Tidur dalam bilik air-cond, datang ke sekolah pun dihantar oleh kereta mercedez, kat rumah ada bibik yang membantu dan ayah pun dah war2kan.....dapat macam mana result pun nanti ayah mereka akan hantar belajar di kolej ternama....pilih saja apa jurusan yang hendak....jadi, buat apa lagi susahkan diri untuk bersengkang mata???? Study ala kadar pun dah ok...kekayaan keluarga makan pun tak habis.
Namun begitu bukan 100% murid saya yang hidup mewah.....ramai juga yang masih hidup cara sederhana...dan ada juga yang dalam kategori miskin macam saya dulu. Namun begitu semangat mereka tak sama macam saya dulu. Banyak sangat pengaruh luar kot....sebab itulah mereka jadi begitu.
Saya dulu lain....saya tahu saya membina hidup saya sendiri. Saya amat yakin apa yang saya lakukan sekarang adalah kehidupan saya di masa hadapan. Saya selalu bercerita begini kepada anak murid saya...beri semangat...sehingga ada di antara mereka yang mengalirkan air mata. Pernah sekali saya menyerahkan sebuah basikal kepunyaan anak saya yang sulung kepada seorang murid susah....selalu ponteng sekolah sebab terlalu jauh berjalan kaki ke sekolah dan bila keluar gelap2 pagi, diganggu pula oleh lelaki2 yang tidak bermoral. Saya pujuk anak saya....berilah basikal tu kepada mereka yang lebih memerlukan. Lagi pun dia sekarang dah tak berminat menggunakan basikal tersebut. Daripada terbiar berkarat...biarlah ianya digunakan....boleh memberi manfaat kepada orang lain. Kata saya...jadilah seperti matahari.............
Saya pun kadang2 ketandusan idea untuk memotivasikan mereka....mungkin dah habis kata2......namun usaha saya tidak berhenti.
Ingat saya kepada kisah seorang tukang kayu....Pada suatu ketika tukang kayu tersebut merasakan bahawa dia wajar bersara dari kerjanya. Jenuh dipujuk oleh majikannya tetapi usaha itu menjadi sia2......dia tetap mahu bersara....
Majikannya telah memintanya membuat sebuah rumah sebelum dia bersara. Atas keinginan yang kurang, si tukang kayu membuat rumah tersebut dengan tidak sepenuh hati. Dia menggunakan kayu yang rendah kualitinya.....maka terhasillah sebuah rumah kayu yang kecil dan tidak cantik seni ukirannya.
Majikannya juga agak kecewa dengan si tukang kayu. Rupanya rumah tersebut dijadikan hadiah untuk si tukang kayu sempena persaraannya.........alangkah malangnya. Kalaulah dia tahu perkara itu......
Cerita ini juga pernah digunakan oleh Petronas di layar perak. Mereka menggarap cerita ini menjadi si tukang pembuat perahu yang membuat perahu bocor sebagai kerja terakhirnya sebelum dia menjadi 'jaga' (pengawal keselamatan) di Ipoh....ingat kan????
Itulah kita....cerita di atas tadi dia tak tahu bahawa apa yang dia buat itu adalah hadiah untuk dia...tapi kita???? Kita sentiasa tahu,sedar,insaf bahawa apa yang kita buat ini adalah untuk diri kita sendiri....namun kita sentiasa alpa. Hadiah itu pula ada yang kita dapat di usia sekarang atau di usia tua....dan ada hadiah yang kita buat itu untuk kita guna di AKHIRAT kelak.......sama2lah kita berfikir!!!!!!!!
17 comments:
teman bekenan dan teramat suka apa yang meke tuleh tu, banyak pengajaran dan iktibar untuk kite pikio-pikiokan.
tahniah teman ucapkan.
sekian terima kasih
wasalam.
mcm2 hal2 dunia sekarang nie...akak,komen sket pasal cikgu zaman masa akak posting dulu ngan zaman sekrang nie...tak pon akak buat jer ntreee..ble yer
Hadiah kak tirana untuk diri sendiri...hari2 tengok cermin kemudian bagi senyuman pada diri sendiri dan selalu katakan "hari ini aku akan buat yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk orang2 yang aku sayang"..hehehe
Selalu lah saya beli hadiah utk diri sendiri... tp tak bermakna takde org nak bg hadiah..
Kalau benda2 yg kita suka.. kita beli utk diri sendiri kita akan merasa kepuasannya... sbb mengikut citarasa kitakann.. tu kira hadiah la.. walaupun duit kuar dr poket sendiri...
hadiah kak tirana tu sampai pd kita suma...tq kak...
hadiah....kita akan dapat setimpal dgn ape yg kita usahakan.... insyaAllah
masih menunggu hadiah dpt pergi keje kan haji....
Memang hadiah sesuatu yang menyeronokkan... Dan jangan lupa sediakan bekal utk bertemu Ilahi kelak....
kkdg kita rasa, apa yg kita buat tu berpadanan ngn usaha kita...ssdgkan kita tau kita bolh buat yg terbaikkan..
lama nye dah akak mengajar ek??
budak2 mmg camtu kak..kena bg motivasi scara berterusan...sy pun kkdang kena org bg motivasi..klu doct yg sy suka bg motivasi, lg semangat sy nak ikut apa yg dia cakap :D
salam, akak ni ustazah aja pendidikan islam ke? :)
Fadhlah ---> Akak posting tahun 1995. Rasanya tak banyak beza dgn zmn sekarang. Nnti akak try buat observation k....
Tirana ---> Bagus tu...walau di mana kita berada kita berilah yang terbaik untuk sesiapa yang berada di sekeliling kita....itulah hadiah utk kita yg paling bermakna.
Dida ---> Hadiah yang bermakna adalah hadiah yang paling kita suka...tambahan kalau kita mendapatnya setelah jenuh kita berusaha.....
Arazma ---> Bertuah badan sebab ada orang nak taja pergi haji. Sebaiknya tunai haji dengan wang kita sendiri....kalau orang beri pun, mesti serah hadiah tu lebih awal....
Dah daftar ke????
Ummumishkah ---> Sedang bekerja keras membeli hadiah yang terbaik untuk kehidupan di SANA..moga sentiasa ingat dan insaf!!!!
Siti ---> Betul tu...harap dpt buat 200%
LiSza ---> Tak la lama sgt...baru nak masuk 14 tahun. Mula ngajar 1995. Umur baru 38 tahun...ahaks!!! Terlebih la pulak. Anak yang sulung tu lahir masa akak umur 23 tahun...masa final year di UM tahun 1994.....Haaaa, kahwin masa belajar...hihi. Ya Allah, byk nyer terlebih beritau....
Akak mmg suka mendampingi anak murid...mungkin option akak ni menyokong
tingkahlaku itu...
Paan ---> Ha ah....Paan. Akak ni ustazah yang mengajar Pend Islam di sekolah menengah...nampak mcm brutal jer kan???
Alahai....hihi.
hhmmm, jgn biarkan hati dikuasai amarah sentiasa
Mak su ---> Betul tu. Lama tak nampak mak su kat sini....rinduuu le tu!
kita akan mendapat hasil yg setimpal dgn apa yg kita usahakan...
usaha sikit, sikitlah hadiahnya... begitu jugalah sebaliknya.
Kalau beli hadih utk orang.. huhu, bukan main lagi kan.. beli yg mahal2 besar-besar takut org kata kedekut.. tapi utk diri sendiri... jgn kata nak beli yg murah, terfikir nak beli utk diri pun dah kira ckup baik... tak bijak hargai diri sendir...
Seronok baca N3 ni...buka minda sikit..
Chimera ---> Kesian diri kita kan??? Sepatutnya kita lebih hargai diri kita sendiri. So, mulai sekarang kita kena buat yg terbaik utk diri kita sendiri.....
aaryani ---> Yer la k yan...tak tahu kenapa skrg budak2 cpt hilang semangat, kurang usaha, kurang kehendak.......agaknya mereka dah terbiasa hidup senang kot.Kesenangan menjadikan kita semakin alpa....
Post a Comment