Sebuah kisah dinukilkan berkenaan dengan seorang raja yang terkenal. Raja ini mempunyai seorang sahabat baik yang amat disayanginya. Sahabat baiknya ini membesar bersama-samanya di istana....ke mana sahaja Raja ini pergi pasti sahabat baiknya ini akan turut bersama.
Sahabat baik Raja ini mempunyai satu perangai pelik. Dia sentiasa berfikiran positif.....apa sahaja yang berlaku di dalam hidupnya walau positif atau negatif...ayat yang akan keluar dari mulutnya ialah "ALANGKAH BAGUSNYA......."
Pada suatu hari si Raja bercadang untuk keluar memburu. Seperti kebiasaannya, si sahabat baik akan menyediakan semua kelengkapan berburu.....bekalan dan juga senapang perburuan. Sahabat baik akan menyediakan yang terbaik untuk si Raja budiman dengan harapan mereka akan mendapat hasil buruan yang lumayan kali ini.
Namun begitu....berlaku perkara yang tidak diingini...salah satu senapang yang disediakan oleh sahabat baik si Raja telah memakan diri si Raja.....disebabkan oleh peluru yang tidak kemas berada di larasnya. Akibatnya, peluru tersebut telah melantun semasa si Raja membedik senapang tersebut.....terkena ibu jari si Raja dan terus terputus.
Si Raja amat marah kepada sahabat baiknya....tambah mendidih lagi kemarahannya apabila si sahabat baiknya berkata "ALANGKAH BAGUSNYA...." apabila melihat ibu jari si Raja telah terputus.
"Kamu menghina beta apabila kamu melafazkan perkataan tersebut..." herdik si Raja dengan rasa marah yang bersangatan. "Kamu lihat apa yang berlaku.....habis kudung ibu jari beta..." tambahnya.
"Maafkan patik, tuanku. Patik rasa mujur ibu jari tuanku yang terputus....kalau peluru tersebut terkena dada tuanku...pasti perkara buruk lagi akan berlaku" ujar si sahabat baik Raja dengan penuh rasa syukur.
"Kamu akan beta sumbat ke dalam penjara.......bersyukurlah kamu di situ", perintah Raja.
Setahun berlalu....si Raja tetap meneruskan aktiviti perburuan. Namun begitu nasibnya agak malang apabila ditangkap oleh kumpulan kannibal....iaitu orang makan orang. Mereka menangkap si Raja dan mengikatnya dengan tali dan menyediakan api dan periuk besar untuk merebusnya. Si Raja amat sedih dan kecewa. Dia dapat merasakan hari-hari terakhir dalam hidupnya akan berakhir dalam beberapa saat sahaja lagi.
Kebetulan ada seseorang ahli kannibal yang menyedari bahawa anggota badan si Raja tidak sempurna. Rupanya menjadi salah satu syarat untuk makan daging manusia ialah....si mangsa mestilah mempunyai anggota badan yang sempurna. Mereka membebaskan si Raja.
Si Raja amat gembira dan bersyukur....terus dia teringat kepada sahabat baiknya yang menyebabkan ibu jarinya terputus. Kalaulah peristiwa itu tidak berlaku...sudah pasti nyawanya akan melayang.
Si Raja segera membebaskan sahabat baiknya...setelah setahun berada di dalam penjara. Si Raja menceritakan semua kisah yang telah berlaku. "Kamu benar.....tindakan beta memasukkan kamu ke dalam penjara adalah satu keputusan yang paling SALAH....amat SALAH tindakan beta itu."
"Tidak! ALANGKAH BAGUSNYA patik dimasukkan ke dalam penjara..." kata si sahabat baik Raja.
"Apa maksud kamu bercakap begitu......" tanya si Raja agak kehairanan.
"Kalau patik tidak dimasukkan ke dalam penjara....sudah pasti patik akan mengikut tuanku berburu. Patik yang mempunyai kesempurnaan anggota badan ini pasti akan dibunuh oleh mereka......."
Terdiam si Raja mengiyakan kata-kata si sahabat baiknya itu...untuk kesekian kalinya........!
Asyiq: Kita selalunya resah dengan apa yang berlaku ke atas diri kita...tanpa melihat hikmah yang tersirat disebalik peristiwa tersebut. Marilah sama-sama kita melatih diri redha dengan ujian....pasrah dengan takdir....kerana pasti ada perkara baik di sebalik semua peristiwa yang berlaku.
16 comments:
wah...best sgt cerita ni.melatih diri utk bersabar dan bersyukur!!
InsyaAllah
cgu
terkedu saya membaca cerita ini..
akhirnya
saya yakin : tidak ada sesuatu berlaku tanpa ada sebabnya - dan yang paling penting : kita belajar dari sesuatu.....
sifat manusia mmg begitu..penuh dgn nafsu serakah...btolkah ayat ini?
betul kak..
Allah mengetahui yang terbaik buat kita...
Iqbal --- kita sama2 share yea...jadikan panduan.
Jinggo --- masa kita hadapi sesuatu ujian selalunya kita frust..tapi hidup mesti diteruskan. Lama2 baru kita sedari hikmah disebalik peristiwa tersebut.
Dlm hidup sy dh byk petunjuk ttg ini tapi kita kan manusia...sering melatah!
Fadhlah --- btul sangat dah tu...dah semakin maju..hihi.
Ummumishkah --- 100% correct!!!
Kak..ccerita yg bagus..
Aie nk copy eh..nk print n nk ceritakan kat anak2 buah..
asyiq,
bagus cerita ni ,best giler...
teruskan usaha ibu yer ...
from kakngah.....
salam kak, wah ni best ni cite ni, thanks,.. :D
Aie --- pak su yang bagus ni...nak share dgn anak2 buah.Boleh saje dooong...kredit untuk empunya cerita asal.
Tanpa nama --- batang idung ni macam ibu kenal jer...k ngah rupanya. Apasal k ngah tak letak nama dan alamat email k ngah...kan ada. Ishkkk...anak sapa la ni..
Paan --- TQ sebab Paan sudi berkongsi cerita. Asalnya versi bahasa inggeris tau Paan...tapi akak dh translatekan lebih kurang.
Pernah terbaca cerita ni tapi tak ingat di mana...Kadang2 hikmah di sebalik kejadian tidak dapat dilihat dengan mata kasar sbb itu payah sangat kita nak redha...Mulai hari ini, elok kita berbaik sangka dengan Allah..
Salam Asyiq ..
ya , setiap yg berlaku ada SEBAB dan AKIBAT nya ... ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya ..
sedap cerita nih..akak best lah :D
hidup ni kena selalu fikir positif kan..setiap yg berlaku ada hikmahnya :D
Tirana --- btul ye kak, wajib bersangka baik...nak pujuk diri tu yang susahnya....!
ASE1 --- cuma kadang2 kita lambat sedar akan hikmah tersebut yang menjadikan kita hanyut...so, tazkirah amat penting. Sy suka cerita ttg Kaabah akak tu...sayu rasa membacanya sbb sy bkn lg tergolong dlm org yang mendapat perlindungan Kaabah di akhirat kelak. InsyaAllah..minta Allah pnjgkn umur utk jejak kaki ke sana....amiiiiin.
Ombakbaik --- TQ sebab sudi share ngan akak.
CintaCukulet --- mmg btul...hundred percent!!
alankgh bagusnya berfikiran positive
Lun,
TQ sbb sudi singgah di blog saya...datanglah selalu.
Post a Comment