Memang orang suka sangat dengan benda2 yang tak nampak ni....benda yang nampak dah jemu agaknya. Tapi kalau sekali menjelmalah benda yang tak nampak ni...rasanya semua manusia duduk atas sejadah aje...baca Al-Quran. Ataupun jadi macam fahem...nak ke tandas pun kena ada teman.
Hari ni saya bukan nak cerita kisah hantu...dan saya bukan orang yang layak pun untuk bercerita kisah itu. Rasa saya dalam blog Mountdweller banyak kisah-kisah ni. Dia banyak pengalaman dalam bidang ni...orang yang arif tentang ilmu perubatan keislaman.
Saya nak mengajak rakan-rakan semua berkenalan dengan kerajaan iblis laknatullah. Alam iblis/syaitan yang ghaib itu berpusat di sebuah empayar iblis yang luas. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja sehingga ke hari kiamat. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan menerima laporan daripada syaitan yang yang berkhidmat untuknya....mungkin seperti lagak Presiden Bush kot..mantan presiden Amerika.
Iblis ni pulak ada barisan menteri-menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri. Mereka ni sebenarnya bernaung di bawah empayar iblis. Hebat benar lagaknya kerajaan iblis ni...kalaulah kita boleh tangkap gambar dan pampang kat sini alangkah baiknya!!!
Mari kita berkenalan dengan menteri-menteri kanan iblis. Yang pertama namanya DASIM (bukan font besar ni nak memuliakan dia tapi nak highlightkan nama dia untuk kita ingat dan BERWASPADA). Dia ni diibaratkan seperti anak emas iblis laknatullah. Apa tugas DASIM ni??? DASIM dan seluruh kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ni sentiasa bekerja keras untuk memasukkan jarum kebencian di dalam hati seorang isteri kepada suaminya atau menimbulkan syak wasangka di dalam hati seorang suami kepada isterinya.
Patutlah....orang kata orang kahwin ni time berbulan madu dia enam bulan je...lepas enam bulan mulalah ada persengketaan (tak semua macam tu tau). Ni kata orang...bukan kata Nabi pun..so ignore je la. Kalau ada rasa marah, dendam, benci di dalam hati seorang isteri atau suami...segeralah kita ingat. Mesti ni kerja DASIM dan bala tenteranya. Bila terlafaz sahaja perkataan "talak"....bawak bendera merahlah dia mengadap iblis memberi laporan....segeralah kita beristighfar bila ada rasa macam tu...kerana lafaz istighfar ni melemahkan DASIM dan konco-konconya....banyak2 kita lafazkan istighfar setiap hari, biar habis terbakar kerajaan DASIM ni...siap IBLIS pun habis terbakar. Biar padan muka dia.
Yang kedua menteri kanan iblis ialah AL-A`WAR. Ini lagi dahsyat tugas dia. Iblis telah menaruh harapan untuk dia memberi laluan kepada perbuatan ZINA. Macam-macam bisikan dilafazkan ke telinga anak Adam supaya kita terjerumus ke lembah ZINA. Melalui pembukaan aurat, melalui hiburan-hiburan melampau, melalui cinta asyik makhsyuk (eh...macam pernah dengar nama ni???), melalui arak yang memabukkan, melalui pergaulan bebas dan macam-macam lagi. Kalau kemenangan DASIM dengan lafaz talak, maka kemenangan AL-A`WAR ialah apabila lahirnya anak-anak luar nikah........berbondong-bondong la konco-konco AL-A`WAR membawa bendera merah mengadap IBLIS Laknatullah menghantar laporan kemenangan mereka....na`uzubillah. Oleh itu...tolonglah pimpin anak-anak kita dengan ilmu agama yang mantap, bimbinglah mereka hatta dalam mencari pasangan sekali pun...dan berdoalah supaya keturunan kita tidak dipengaruhi oleh AL-A`WAR. Untuk menghindarinya...masih juga dengan kalimah istighfar. Marilah kita membanyakkan zikir ini.
Yang ketiga ialah MASWATH. Ini anak iblis yang pakar dalam bab menipu. Dia dan kerajaannya akan berusaha membisikkan fitnah, khabar angin, buruk sangka sehingga manusia berbalah-balah, bergaduh, putus silaturrahim. Tanda kemenangannya ialah apabila di dalam hati umat manusia wujud rasa benci membenci. Permusuhan yang berpanjangan di kalangan umat manusia adalah satu bonus untuk MASWATH.
Yang keempat ialah TSABA. Iblis memberi kepercayaan kepada TSABA untuk memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa peperangan, mangsa rogol dan semua mangsa2 yang menjadi mangsa kepada sebarang bencana dan musibah. Orang yang sedang bersedih kerana kematian orang tersayang adalah dalam golongan `most wanted` TSABA. Peranannya ialah menyusun strategi untuk menimbulkan buruk sangka terhadap Allah. Tanda kemenangannya ialah apabila manusia mengeluh, meratap, mengalahkan takdir di atas apa yang terjadi. Segeralah berbisik kalimah istighfar apabila lintasan2 ini terjadi dalam hati kita.....jahatnya engkau TSABA.
Bila kita dah kenal siapa mereka...marilah sama-sama kita berusaha untuk menjauhi dan berusaha untuk menghancurkan mereka. Nak membakar golongan ni senang sahaja......kalimah istighfar, ayat kursyii, bacaan dan alunan al-Quran, doa dan zikir-zikir yang ma`thur.....insyaAllah sama2lah kita membenteras IBLIS dan konco-konconya.
Pstttt...nak baca kisah hantu??? Sila klik sini.
18 comments:
Syaitan dan iblis memang jahat kan? Tu pun ada lagi yang suka menjadi sahabat kepada makhluk jahat itu...
"Tak kenal maka tak benci", Bila dah kenal,lagilah meluap2 kebencian tu kan...
Thanks akak coz sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat ni...
Alhamdulillah...Na memang selalu sebut Astaghfirullah...Anak-anak di tadika dan di nursery pun Na ajar untuk sebut Astaghfirullah...biar terbakar kerajaan iblis laknatullah!
meh kita isytihar perang dgn syaitan.. lawan segala nafsu!
Nice entry sis.. mengingatkan akan kejahatan iblis dan syaitan ni..
Tirana,
Ada yang sanggup bersusah payah untuk berkawan dengan iblis dan syaitan...silap2 duit pun melayang, masa terbuang.Then balasannya pun mengecewakan.
arryani,
Kalaulah kita leh nampak dia...lagilah meluap2 kebencian kita. Sebabnya kehodohannya melambangkan hakikat dirinya sendiri.
Syukur Allah jadikan kita sebaik2 kejadian.
Na,
Betul tu...bangga kita kalau kita boleh nampak dia merana...!!
Ummumishkah,
Perang...mesti perang punya. Mesti dilawan setiap hari!!
terkenang citer setan gemuk setan kurus....
sebut pasal setan ni.. teringat pulak majalah ASUH... yg glamer dgn setan stori... yg sekor gemuk sekor lagi kurus...
Berwaspadalah sentiasa... kalau pun tak berdaya nak menetang, setidak-tidaknya jgnlah terpedaya dgn hasutan....
Moga kita dilindungi Allah dari makhluk laknat ni....
bila akk cakap fahem...smpai nak berteman ke tandas...huhu..teringat time kecik2 :D
entry yg bagus :D
akak..doakan sy...final xm 31/5 n 2/6
Arazma,
Yang kurus tu asyik kena je dengan si gemuk...maklumlah, yang kurus selalu kehilangan idea nak goda manusia..hehe.
Moga2...itulah harapan kita. Pinjam kata2 kak yan...tak kenal maka tak benci....sudah kenal kenalah benci.
Norullisza,
Oooo...Lisza pun adik beradik fahem la yea...keliwon, ceplos mmg tak penah dia miss, thats why dah jadi makin penakut.
Oh ye...selamat menduduki peperiksaan. Lepas exam jawab tag tau..hehe.
Salam Kak Asyiq..
Maaf baru berkesempatan menjenguk blog ni.. :) Jgn marah ye...
Saya tak tau nak komen pasal syaitan iblis ni.. yg saya tau.. saya amat benci dengan mereka & manusia2 yang bertopengkan syaitan..
Harap2 kita dijauhkan dengan makhluk yang dibenci Allah ini dan tidak diganggu oleh pengikut2nya..
tq asyiq :)
Dida,
Paling benci manusia bertopengkan syaitan...akak pun sama. Atau manusia yang pura2 baik ttp di belakang berkesumat dengki dan khianat.
Mak su,
TQ juga sudi berkongsi.
Post a Comment