JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, May 17, 2009

Berkat sedekah Si Tukang Kasut


Abdullah bin Mubarak ialah seorang ulamak sufi yang terkenal suatu masa dahulu. Pada suatu hari di musim haji, Abdullah tertidur di Masjidil Haram. Dalam tidurnya dia bermimpi melihat dua orang lelaki turun dari langit. Dari perbualan lelaki tersebut, ada perkara yang amat memeranjatkan Abdullah bin Mubarak.


Sebaik sahaja terjaga, Abdullah terus bertolak ke Damsyik. Itulah tempat yang disebutkan oleh dua lelaki di dalam mimpinya. Abdullah mahu mencari seorang tukang kasut bernama Muwaffaq. Menurut dua lelaki itu, kebaikan yang dilakukan oleh Muwaffaq sangat disukai oleh Allah sehingga amalannya menjadi penyebab Allah menerima semua amalan haji yang dilakukan oleh jemaah haji pada musim itu. Abdullah berasa teruja untuk mengetahui bentuk amalan mulia yang dilakukan oleh Muwaffaq.


Apabila berjumpa dengan Muwaffaq, Abdullah terus bertanya tentang kebaikan yang pernah dilakukan oleh Muwaffaq dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.


Menurut Muwaffaq, "Pada suatu hari aku ingin meminta sedikit makanan dari jiranku setelah isteriku yang sedang mengandung terhidu bau masakan yang wangi dan menyelerakan dari rumahnya"


"Tetapi rupa-rupanya masakan yang dimasak itu ialah sedikit daging yang diambil dari bangkai seekor keldai yang ditemuinya. Ianya sekadar mengalas perut kerana sudah berhari-hari anaknya tidak makan..." Muaffaq menyambung cerita.


"Daging itu sudah tentu tidak halal bagiku. Tapi bagi anak-anak yatim yang kelaparan...ianya diharuskan" terang si ibu tunggal tersebut.


"Aku sungguh malu kepada diriku sendiri. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil semua wang yang selama ini aku simpan untuk menunaikan haji. Aku berikan semua wang tersebut kepadanya untuk membeli makanan dan menyara keperluan anak beranak. Dan aku berkata kepada diriku sendiri....`di sinilah hajiku`"cerita Muwaffaq panjang lebar.


Demikianlah besarnya pahala yang dilakukan oleh Muwaffaq...terutamanya dalam membantu orang-orang yang dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi yang susah itu adalah anak yatim.


Cerita ini walaupun pendek sahaja tetapi memberi makna yang mendalam kepada kita. Dalam entry yang lalu ada saya kaitkan tentang kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil tetapi jika dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas ianya akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah.


Cuma kadang-kadang kita apabila dihijab oleh kejahilan dan ketamakan maka kita akan jadi bakhil dan terlalu banyak berkira. Memberi sedekah sebenarnya diutamakan kepada kaum kerabat yang terdekat. Kaum kerabat yang paling dekat dengan kita ialah ahli keluarga kita sendiri. Hatta...seorang ibu yang berkerjaya memberi makan anak-anaknya dengan niat membantu suami juga merupakan satu sedekah. Biarlah...disebabkan perkara itu kita tidak disalut dengan emas berlian berkilo-kilo tetapi kita yakin duit yang kita belanjakan itu adalah milik kita yang kekal.....kerana ianya menunggu kita di akhirat kelak. Duit yang kita simpan belum tentu lagi milik kita kerana ianya akan jadi harta pusaka...apabila ianya ditinggalkan dan kita sudah meninggal dunia. Paling parah...waris pula bertelagah merebut harta pusaka. Akhirnya...saya pinjam kata Nabil..."lu pikirlah sendiri..."


Orang kata...nak ikhlas tu yang payah. Ianya kena mujahadah.....apabila ada lintasan-lintasan jahat dan syak wasangka....cepat-cepatlah pujuk hati. Banyakkan membaca sejarah-sejarah alim ulamak yang terdahulu. Melaluinya kita dapat mendidik hati kita...insyaAllah. Bersama-sama kita berusaha ke arah itu....



6 comments:

Unknown said...

Terima kasih..sesungguhnya ikhlas itu mmg susah kecuali kpd org-org yg Allah mudahkan.

Unknown said...

cgu..

pinjam cerita ni : rasanya pendekatan bercerita kisah2 begini - lebih praktikal untuk dikongsikan dengan pelatih saya...

terima kasih dulu.
N3 yg menarik.

Anonymous said...

Akak suka citer nih...N3 yg menarik mcm ni lagi eh..

ASYIQ said...

Iqbal,

...kena selalu baca kisah orang2 saleh untuk memotivasikan diri...

ASYIQ said...

Jinggo,

Silakan...memang kita berada di sini untuk memberi dan menerima.

ASYIQ said...

K Yan,

Ala ka yan ni...suka puji2. Kebetulan jumpa cerita yang menarik dan boleh dikongsikan bersama...sama2 kita ambil manfaat yea...

Pengikut ASYIQ