JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, April 12, 2009

Jangan tiru cara dia...



Pagi tadi saya membeli majalah Mastika bulan Mei 2009. Wah ...ada isu poligami nampaknya bulan ini. Dipaparkan beberapa contoh poligami yang bahagia...empat orang isteri boleh duduk satu bumbung lagi.


Saya terpanggil untuk mengimbau kisah poligami seorang kenalan saya. Ketika itu dalam tahun 2005. Kebetulan cerita ini berlaku kepada seseorang yang agak rapat dengan saya...so kiranya saya terkesan la sedikit...dari sudut jiwa dan emosi...chewah. Berjiwang la skit saya hari ni...


Puan Y sudah berkahwin dengan suaminya sudah hampir 16 tahun ketika itu (2005) Anak yang sulung pun dah berumur 15 tahun. Anak ada 5 orang. Ketika itu dia mengandungkan anaknya yang keenam. Matanya tetiba menjadi kabur dan kepalanya sering sakit yang bersangatan. Apabila berulang ke hospital membuat rawatan barulah disedari bahawa ada ketumbuhan di bahagian bawah otaknya dan ketumbuhannya itu menganggu saraf penglihatannya.


Akibat dari itu banyak kerja2 rumah yang tidak dapat diselenggarakan dengan baik. Rumah agak kelam kabut...sampah berselerakan merata-rata.....anak2 tidak terurus dengan baik. Bermula dari situlah suaminya sering keluar malam...maka bermulalah episod sedihnya itu.


Suatu hari si suami memberitahu isterinya bahawa dia akan membawa balik seorang pembantu rumah untuk
isterinya. Gembira hati isteri bukan kepalang sementelahan pula dia memang agak uzur kerana penyakitnya itu...dan juga sedang uzur mengandungkan anaknya yang keenam. Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Rupanya wanita yang dianggap orang gaji itu rupanya isteri muda suaminya. Patutlah lagak wanita tersebut bukan lagak pembantu rumah kerana waktu tidurnya lebih banyak dari waktu kerjanya. Mungkin itu dalih sahaja...tujuan utama untuk sering bersama dengan wanita tersebut.


Tak lama pun sanggup menjadi orang gaji dan hidup berlakon....maka terbongkarlah kisah mereka berdua. Mana boleh sorok bau bangkai....pasti akan terhidu juga. Maka mengakulah mereka bahawa mereka sudah berkahwin....apa nak dikata. Nasi sudah menjadi bubur....


Bermula dari pengakuan itu maka adalah alasan untuk dia sering bersama isteri mudanya. Mula-mula balik seminggu dua tiga kali, kemudian sebulan dua tiga kali, kemudian berbulan-bulan tak nampak muka di rumah....isteri pertama amat derita, derita menahan perasaan dan derita untuk menyara kesemua anak-anaknya yang mahukan makan dan minum, mahukan wang untuk ke sekolah. Kekadang terpaksa menebalkan muka menagih simpati jiran tetangga apabila wang sudah tiada. Mujurlah rezekinya baik...dikurniakan jiran tetangga dan saudara mara yang sanggup menghulurkan simpati. Deritanya dia sukar untuk diceritakan di sini.


Mungkin kerana tiada keberkatan dalam perkahwinan mereka, akhirnya berlakulah penceraian antara si suami dan isteri mudanya. Entah apa masalah yang melanda dalam perkahwinan kedua tersebut tak ada siapa yang sanggup bertanya dan merisik. Akhirnya dia kembali ke pangkuan isteri dan anak2nya. Alhamdulillah, kini mereka hidup bersama tetapi adakah mereka bahagia atau tidak...tak tahulah saya. Yang pasti mereka sudah bersama...dan perkahwinan mereka selamat hingga sekarang.


Kalau hendak berpoligami biarlah dengan cara yang betul. Yang menjadikan poligami seakan ditakuti oleh wanita ialah kerana cerita2 yang sebegini. Banyak melukai dan terluka....jangan tiru cara dia.

6 comments:

Muslimahsolehah said...

begitulah hakikat duniawi yg terpaksa diterima...org lelaki hanya mengikut sunnah nabi..dlm bab kawin..kawin pun..tak mtk restu bini pertama..bini pertama sihat walafiat..cantik bergaya mcm mn skalipun..dh naluri mereka lelaki nih..tak cukup dengan satu...kawin lain senyap2..tinggalkn anak bini pertama...dah terlambat..baru nk menyesal..setelah segala2nya berakhir..itulh hidupku...sbnr..

Anonymous said...

bila sebut poligami...sunnah nabi...
saya pernah jumpa satu buku tentang poligami dan monogami...satu klausa yang menarik perhatian saya...yang selama ini saya tak pernah tahu...lelaki, kalau tahu pun mungkin akan buat2 tak tahu kot..hehe

klausa tu mengatakan:

"Nabi Muhammad tidak menyuruh dan menggalakkan poligami..."ftest

arazma said...

eeeee....gerun membacanya..
anyway camana ketumbuhan dia?

penah kene tinggal, rasanya kekal pun kerana anak-anak... wallahualam.

ASYIQ said...

MS,

Mujurlah dia berpatah balik...tetapi tak tahulah hati dan perasaan dia....lukanya terlalu parah.

Tanpa Nama,

... ianya telah diputarbelit utk kepentingan peribadi.

Ami Mahzar,

Ketumbuhannya telah berjaya dioperate, masa tu suaminya dh kembali ke pangkuannya.

Ujian utk manusia berbeza. Saya x diuji utk isu ini tetapi ada ujian lain yang perlu digalas. Allah Maha Adil. Yang penting kita redha.

Ingat masa kat temenggong...kita antara yang rajin share cerita. Skrg x begitu lagi...huhu.

Na Shari said...

Na tak menentang poligami kerana ianya sesuatu yang Allah halalkan...tapi Na menentang orang yang mengamalkan poligami semata-mata kerana nafsu. Lepas tu tak berlaku adil...Huh, marah sangat!

Anonymous said...

Asyik

Kalau nak cerita bab ni mmg tak akan ada kesudahan...Dah naik juling mata. Macam2 cerita.

Tapi bagi saya, benda yang sememangnya dibolehkan dalam Islam ni baik kalau berlaku tanpa penganiayaan pada pihak2 lain. Dan yang menjadikan dia tak baik ialah golongan yang mengamalkannya tanpa panduan dan kefahaman agama yg cukup.

wallahualam...

Pengikut ASYIQ