JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Saturday, May 30, 2009

Kerajaan Langit (2)

Salam semua. Sebenarnya saya berhajat nak update cepat2 tajuk ni...sebab rasa tergantung dengan cerita empat menteri kanan IBLIS walaupun sebenarnya ada tujuh. Tetapi kesihatan saya kurang mengizinkan. Saya sebenarnya dari dulu lagi adalah penghidap sakit kepala sebelah atau istilah lainnya migrain. Mula2 saya dapat sakit ni masa first year study di UM tahun 90/91. Macam2 kaedah rawatan saya gunakan selain dari mengambil pain killer...tapi mujur juga kalau sekali kena tak pernah berlarutan sehingga beberapa hari seperti kawan2 saya yang lain. Pernah juga mengambil rawatan `berbekam`....rawatan ni yang paling lama bertahan...setelah sekali berbekam penyakit ini akan mengalah untuk beberapa bulan then berbekam lagi....sehinggalah pada tahun 2006. Seorang kawan yang mengajar di sekolah yang sama mengesyorkan saya untuk mengambil Royal Jelly CNI ...makanan tambahan dalam bentuk serbuk.


Alhamdulillah setelah beberapa bulan saya dapati ada banyak perubahan. Saya sudah menjadi semakin lasak. Tidak lagi sensitif terhadap cahaya lampu yang berlebihan, cahaya panas matahari yang bersangatan, alahan kepada beberapa jenis makanan tertentu dan macam2 lagi. Cuma satu lagi yang yang menjadi alahan...setiap kali kitaran bulanan yang nature untuk seorang wanita. Sakit itu datang kembali...syukur jugalah, kalau tidak sakit langsung saya susah juga untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan...ada hikmahNya. Doktor pun mengiyakan pengambilan produk ini kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini tekanan darah saya yang dulunya tahap rendah kini sudah menjadi normal. Apabila tekanan darah normal, banyak perkara dalam sistem badan kita yang akan menjadi stabil. Itulah sebabnya penyakit ini tidak lagi bersama saya.....


Ingat dahulu semasa kecilnya kak long, anak saya yang sulung....kalau saya sakit kepala sebelah tu dia akan bawa kain basahan letak atas kepala saya...layan macam orang demam walaupun bukan demam. Ubat bagi sakit kepala ni adalah baring dan tidur sahaja. Kemudian apa sahaja makanan yang ada kami makan la....tunggu suami balik dari kerja barulah kami makan dari air tangan suami. Dia pun dah biasa dengan situasi ini. Tapi kini kak long dah besar...dah pandai ke dapur. Bila saya kena sakit kepala ni...(sekali aje sebulan...) saya dah tak perlu risau....semua kerja rumah dia yang buat...berbahagi dengan kak ngah. Selalunya dia yang akan masak...boleh tahan juga air tangan anak dara saya ni. Kalau dia masak gulai masam ikan...sebiji macam yang ibu dia buat...hehe. Alhamdulillah, walaupun setiap kali nak mula masak dia akan refresh balik resipi tetapi akhirnya dia akan berjaya juga...ada lauk, ada sayur dan ada ulam-ulaman. Makan ajelah...syukur. Ada hikmahnya dia tak ndak duduk asrama. Kini kak ngah pula mengikuti jejaknya...sudah berani mencuba resipi2 kegemarannya...ada keinginan untuk mencuba sendiri dengan bimbingan ibunya...ke mana perginya orang perempuan kalau tidak ke dapur juga akhirnya....ingat sungguh pesan mak saya ni.



Ok...panjang berjela pulak...... Entry yang lepas saya baru ceritakan tentang menteri2 kanan kerajaan IBLIS Laknatullah iaitu DASIM, TSABA, AL-A`WAR dan MISWATH. Ada tiga lagi menteri kanan IBLIS ni iaitu ZAKNABUR, KANZAB dan WALHAN. Ada sesetengah kitab menjelaskan bahawa mereka ini ialah anak-anak iblis yang kemudiannya menjadi orang kuat di dalam pemerintahan kerajaan iblis ini. Walau apapun sememangnya mereka ni jahat...kerana itu digelar laknatullah...penghuni kekal neraka.


ZAKNABUR...tugasnya ialah memastikan dunia perniagaan dan sektor ekonomi hancur...selaras dengan kehendak mereka. Mereka akan menghasut manusia supaya menjauhi cara dan sistem yang diajar oleh Allah. Mereka menghasut manusia supaya mengamalkan riba, mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jualbeli, menipu pelanggan secara zahir dan secara tersembunyi. Akibatnya ekonomi akan lumpuh dan manusia juga akan berbalah sesama sendiri. Hidup akan menjadi lebih tertekan, hutang di sana sini, akhirnya aqidah akan rosak apabila hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Allah. Selalunya ZAKNABUR akan merata-rata di pusat membeli belah...selain berusaha memastikan manusia membeli belah tanpa kepentingan dan keperluan..membazir dan boros berbelanja. Patutlah..kekadang saya kalau nak keluar window shopping jangan bawak cash banyak2...takut terbelanja benda yang tidak menjadi keperluan. Penggunaan kad kredit memang saya hadkan, takut terover berhutang. Memang dalam perkara ni saya memang skima...ukur baju di badan sendiri.


Yang keenam..KANZAB. Dia ni diberi kepercayaan oleh IBLIS untuk menghasut manusia untuk meninggalkan SOLAT. Dia akan mencari jalan untuk melalaikan umat Islam untuk meninggalkan solat....bermula dengan meniup rasa2 was-was terhadap kebaikan solat sehinggalah menimbulkan sifat malas untuk mengerjakan solat. Solat pun dalam keadaan lalai, tidak khusyuk, solat dalam keadaan tergesa-gesa dan sebagainya. Walau kita bertarik tolak melawan KANZAB ni semasa sedang solat...kekadang hanyut juga. Terutama apabila kita hilang sesuatu barang sebelum solat...yang hairannya dalam solat baru kita ingat di mana kita letak barang tersebut. Siapa yang memberi idea itu...siapa lagi kalau bukan KANZAB. Itu sebabnya penting untuk kita tunaikan solat sunat yang mengiringi solat fardhu untuk menampal mana-mana kekurangan solat fardhu. Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepas zuhur, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum solat subuh. Ini yang biasa dilakukan oleh Nabi Muhammad...solat sunat qabliyyah dan ba`diyyah yang paling afdhal. Kecewalah si KANZAB ni jika kita dapat melakukannya...insyaALLAH.


Yang ketujuh dan terakhir...WALHAN. Tugas WALHAN ni adalah untuk meniupkan rasa was-was sewaktu mengambil wudhuk. Saya sendiri pernah berhadapan dengan seorang anak murid yang teruk terkena was2 si WALHAN ni...baca niat wudhuk sahaja dekat sepuluh kali. Bila berwudhuk dia akan dengar bisikan yang menyatakan wudhuknya batal...so, dia akan ulang beberapa kali sehingga bajunya pun dah lenjun. Saya rawat budak ni...punca sebenarnya ialah hati dia kosong dan kecewa. Ada masalah keluarga, hati dia frust, hati dia tidak bahagia, hilang semangat belajar,jiwa dia kosong.....bila dah dirawat dengan beberapa sesi kaunseling alhamdulillah dia kembali ceria dan bersemangat semula....dan sifat ini was2 ini pun hilang. Bisikan2 yang entah dari mana datangnya pun hilang...tengok betapa bijaknya si WALHAN ni mencari peluang dan kesempatan.


Ok...cukup tujuh menteri kanan IBLIS. Saya juga akan mendedahkan tentang beberapa strategi atau aset-aset yang digunakan oleh syaitan untuk memperdayakan manusia....supaya kita lebih berwaspada. Tunggu entry saya yang akan datang. Wassalam.

Wednesday, May 27, 2009

Kerajaan Langit (1)

Iblis...syaitan...hantu...keliwon...ceplos (oppss tetiba pulak nama ni enterprem)....langsuir, hantu raya dan yang sewaktu dengannya....bila tersebut aje dalam kelas bukan main lagi anak murid saya memujuk saya untuk bercerita asal usul depa, tempat tinggal depa, makanan depa dan macam-macam lagi. Riuh rendah jadi kelas...dan selalunya ayat `selamat` saya ialah...."sorry, tajuk ni tak ada dalam sukatan pelajaran."


Memang orang suka sangat dengan benda2 yang tak nampak ni....benda yang nampak dah jemu agaknya. Tapi kalau sekali menjelmalah benda yang tak nampak ni...rasanya semua manusia duduk atas sejadah aje...baca Al-Quran. Ataupun jadi macam fahem...nak ke tandas pun kena ada teman.


Hari ni saya bukan nak cerita kisah hantu...dan saya bukan orang yang layak pun untuk bercerita kisah itu. Rasa saya dalam blog Mountdweller banyak kisah-kisah ni. Dia banyak pengalaman dalam bidang ni...orang yang arif tentang ilmu perubatan keislaman.


Saya nak mengajak rakan-rakan semua berkenalan dengan kerajaan iblis laknatullah. Alam iblis/syaitan yang ghaib itu berpusat di sebuah empayar iblis yang luas. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja sehingga ke hari kiamat. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan menerima laporan daripada syaitan yang yang berkhidmat untuknya....mungkin seperti lagak Presiden Bush kot..mantan presiden Amerika.


Iblis ni pulak ada barisan menteri-menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri. Mereka ni sebenarnya bernaung di bawah empayar iblis. Hebat benar lagaknya kerajaan iblis ni...kalaulah kita boleh tangkap gambar dan pampang kat sini alangkah baiknya!!!


Mari kita berkenalan dengan menteri-menteri kanan iblis. Yang pertama namanya DASIM (bukan font besar ni nak memuliakan dia tapi nak highlightkan nama dia untuk kita ingat dan BERWASPADA). Dia ni diibaratkan seperti anak emas iblis laknatullah. Apa tugas DASIM ni??? DASIM dan seluruh kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ni sentiasa bekerja keras untuk memasukkan jarum kebencian di dalam hati seorang isteri kepada suaminya atau menimbulkan syak wasangka di dalam hati seorang suami kepada isterinya.


Patutlah....orang kata orang kahwin ni time berbulan madu dia enam bulan je...lepas enam bulan mulalah ada persengketaan (tak semua macam tu tau). Ni kata orang...bukan kata Nabi pun..so ignore je la. Kalau ada rasa marah, dendam, benci di dalam hati seorang isteri atau suami...segeralah kita ingat. Mesti ni kerja DASIM dan bala tenteranya. Bila terlafaz sahaja perkataan "talak"....bawak bendera merahlah dia mengadap iblis memberi laporan....segeralah kita beristighfar bila ada rasa macam tu...kerana lafaz istighfar ni melemahkan DASIM dan konco-konconya....banyak2 kita lafazkan istighfar setiap hari, biar habis terbakar kerajaan DASIM ni...siap IBLIS pun habis terbakar. Biar padan muka dia.


Yang kedua menteri kanan iblis ialah AL-A`WAR. Ini lagi dahsyat tugas dia. Iblis telah menaruh harapan untuk dia memberi laluan kepada perbuatan ZINA. Macam-macam bisikan dilafazkan ke telinga anak Adam supaya kita terjerumus ke lembah ZINA. Melalui pembukaan aurat, melalui hiburan-hiburan melampau, melalui cinta asyik makhsyuk (eh...macam pernah dengar nama ni???), melalui arak yang memabukkan, melalui pergaulan bebas dan macam-macam lagi. Kalau kemenangan DASIM dengan lafaz talak, maka kemenangan AL-A`WAR ialah apabila lahirnya anak-anak luar nikah........berbondong-bondong la konco-konco AL-A`WAR membawa bendera merah mengadap IBLIS Laknatullah menghantar laporan kemenangan mereka....na`uzubillah. Oleh itu...tolonglah pimpin anak-anak kita dengan ilmu agama yang mantap, bimbinglah mereka hatta dalam mencari pasangan sekali pun...dan berdoalah supaya keturunan kita tidak dipengaruhi oleh AL-A`WAR. Untuk menghindarinya...masih juga dengan kalimah istighfar. Marilah kita membanyakkan zikir ini.


Yang ketiga ialah MASWATH. Ini anak iblis yang pakar dalam bab menipu. Dia dan kerajaannya akan berusaha membisikkan fitnah, khabar angin, buruk sangka sehingga manusia berbalah-balah, bergaduh, putus silaturrahim. Tanda kemenangannya ialah apabila di dalam hati umat manusia wujud rasa benci membenci. Permusuhan yang berpanjangan di kalangan umat manusia adalah satu bonus untuk MASWATH.


Yang keempat ialah TSABA. Iblis memberi kepercayaan kepada TSABA untuk memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa peperangan, mangsa rogol dan semua mangsa2 yang menjadi mangsa kepada sebarang bencana dan musibah. Orang yang sedang bersedih kerana kematian orang tersayang adalah dalam golongan `most wanted` TSABA. Peranannya ialah menyusun strategi untuk menimbulkan buruk sangka terhadap Allah. Tanda kemenangannya ialah apabila manusia mengeluh, meratap, mengalahkan takdir di atas apa yang terjadi. Segeralah berbisik kalimah istighfar apabila lintasan2 ini terjadi dalam hati kita.....jahatnya engkau TSABA.



Bila kita dah kenal siapa mereka...marilah sama-sama kita berusaha untuk menjauhi dan berusaha untuk menghancurkan mereka. Nak membakar golongan ni senang sahaja......kalimah istighfar, ayat kursyii, bacaan dan alunan al-Quran, doa dan zikir-zikir yang ma`thur.....insyaAllah sama2lah kita membenteras IBLIS dan konco-konconya.


Pstttt...nak baca kisah hantu??? Sila klik sini.

Monday, May 25, 2009

Semuanya kerana mak....

Assalamualikum...saya letakkan bait2 indah ini untuk tatapan semua. Ianya dari mailing list saya. Daripada saya biarkan ianya berhabuk dalam inbox message...adalah lebih baik saya letakkan di sini, boleh juga ditatap oleh semua blogger yang datang bertandang ke sini. Agar tersentuh hati kalian untuk mengenang seorang insan yang bernama .....ibu. Kredit kepada kak Hashimah Azit(Alumni Kisas) yang telah menghantar email ini kepada saya...syukran jazilan.


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... . mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"


Sunday, May 24, 2009

Terima kasih Ami Mahzar dan Tirana


Hari minggu ni bersemangat pula nak membalas taq kawan-kawan. Kebetulan peluang untuk menggodek internet hari ni terlalu banyak. Saya dapat dua taq...satu dari Ami Mahzar dan satu lagi dari Tirana.

Taraaaaa...ini tag dari Ami Mahzar.


Banyak nyer soalan dari dia....

a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

Dah buat dah....nanti nak letak kat tepi dinding blog pulak...

b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Nama sebenar Ami Mahzar adalah Arazma. Kawan baik saya semasa mengajar di SMK Temenggong Kati selama beberapa tahun sebelum dia berpindah ke SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar. Kami memang akrab...banyak cerita suka duka di situ. Pernah waktu dia mengandung anak yang ketiga....dia selalu guna ayat ni kat saya...."anak ko ni kin....". Bila anak tu lahir dia letak nama Atikah...yang hampir sama dengan nama anak saya Atirah dan Amirah. Bila Atikah dah berumur beberapa bulan (dah kenal orang) dia bawa ke rumah saya di Desa Seri Iskandar, Kuala Kangsar. Tetiba anak tu asyik nak didukung dek saya jer....dah tak ndak ke mak dia...betul. Sampai la waktu dia orang nak balik....tetap dia berdegil tak mahu dikendong oleh mak dia. Mak dia "rampas" je dari saya....dalam kereta dengar budak tu terjerit2 masih lagi menangis....memang anak saya budak tu...hehe. Masin mulut ko Kak Ma. Ingat ke lagi cerita ni K ma??? Bukti....bahawa dulu kita akrab sangat. harap2 keakraban kita sampai ke akhir hayat. sekarang dah terpisah jauh...hanya blog saja jadi penghubung...dan dah tak banyak cerita personal yang kita share....huhu.

c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

Aduh...banyaknya K Ma...sepuluh tu....saya cuba yea....

1. Saya suka membaca.....(buktinya almari buku kat rumah dah penuh.....yang menunggu giliran utk di baca pun banyak lagi.) Topik yang paling saya suka..motivasi dan keagamaan...sesuai dengan kedudukan saya sebagai ustazah. Saya mesti rajin cari ilmu...

2. Saya suka memasak....(tak la rajin sangat...kalau lapar je WAJIB masak..hehe.) Suka masak apa yang anak suka makan...puas hati bila tengok dia orang makan banyak...

3. Saya suka blogging...kalau tak blogging sehari rasa macam nak demam.

4. Saya suka berkebun....(buktinya dah lama tak beli cili padi kat kedai...ahaks!!!)

5. Suka jalan2 shopping....kalau tak ada duit window shopping pun jadi la...

6. Suka melancong....terutama tempat yang indah2. Saya ni jenis natural. Cameron Highland tempat wajib pergi...kekadang setiap dua bulan sekali. Itu yang dekat dan tidak memerlukan duit banyak.

7. Suka balik kampung jumpa mak....sebulan mesti balik punya...kadang2 dua kali sebulan. Mesti nak jumpa mak. Kalau musim buah...lagi kerap balik. Kalau dua minggu tak dapat balik mak sure tanya kenapa??? Itu tandanya saya selalu balik jumpa dia.

8. Suka mengikuti cerita bersiri...tapi bukan cerita Indon dan Hindi yea. Saya suka cerita bersiri Korea, terutama yang banyak mesej kemasyarakatan dan kehidupan. Cerita Korea keanak2an dan keremajaan dah kurang minat. Mungkin faktor usia.

9. Suka mengaji di masjid...hobi ni baru dapat. Bila anak dah besar dan boleh ditinggalkan di rumah saya dah mula join kelas mengaji kat masjid. Best juga jumpa dengan masyarakat tempatan. Kekadang kena perli juga dengan penceramah yang kenal saya...kata dia orang "patutnya suruh dia buat kelas mengaji sendiri...." Saya mesti jawab..."belum dapat tauliah...." Nak dapat tauliah mengajar kena mohon dan exam tau..!

10. Suka berbual....saya suka berkawan. Kadang2 sembang dengan anak pun saya suka. Orang yang dah kenal saya mesti mengiyakan perkara ini....dan ada yang kata rindu bila dah lama tak dengar suara saya...hehe.

Alahai...selesai juga K Ma oiii....sepuluh tu....

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Penerima award seterusnya ialah.....jeng...jeng... tak semestinya buat cepat yea...peram dulu pun tak apa tapi jangan langsung jadi pekasam....ada masa free buat la....anda ditag!!!!!

Tirana
Chimera
Norullisza
Maria
ASE1
Seharum Kulit Kayu manis
Iqbal
I Likeee
Cikgu Anis

Oppsss...terlebih la pulak. Dalam hati ramai lagi tapi jangan kecil hati....lain kali saya beri award lain yea...


Okey...yang kedua dari Kak Tirana. Ini dia award dia.......



Syukran Jazilan kak....ni sebenarnya award sebagai top referrer blog. Memang saya suka pi jalan-jalan ke blog Kak Tirana. Minat saya ngan dia sama...cerita2 motivasi. Saya kagum ngan Kak Tirana ni..banyak ilmu, suka membaca. Membaca di blog semacam membaca buku ahli psikologi yang terkenal...siapa2 yang belum ke blog dia...silalah layari
http://meniti-hari.blogspot.com/. Baru2 ni Kak Tirana sakit...ramai follower dia rindukan Kak Tirana dan tidak lupa mendoakan Kak Tirana. Moga akak semakin sihat dan hadir di sisi kami sentiasa .....kehadiranmu menceriakan.

Okkkk.....selesai sudah tugasan saya. Tugasan anda pula....jangan lupa. Daaaaa....salam.



Friday, May 22, 2009

Muliakan ibu....

Rasulullah s.a.w apabila ditanya: "Siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik?" Rasulullah menjawab: "Ibumu" Kata pemuda itu lagi: "Selepas itu?" Jawab baginda: "Ibumu". Tanya pemuda itu lagi:"Selepas itu?" Rasulullah menjawab lagi: "Ibumu" Pemuda itu bertanya lagi setelah tiga kali mendapat jawapan yang sama: "Selepas itu?" Barulah Rasulullah menjawab: "Bapamu"


Membaca hadis ni membuat saya berfikir berulang kali.....betapa hebatnya seorang insan yang bergelar ibu. Sungguh mulia kedudukannya. Terpanggil saya untuk membuat satu entry khas untuk topik ini....untuk kita renungkan bersama.


Seorang ibu kalau dia nak makan....dipastikan semua anak-anaknya dah makan. Kalau di meja makan, apabila anak-anak telah mempunyai nasi sepinggan seorang...dia pula yang memilihkan lauk yang anaknya berkenan. Apabila semua anaknya telah mempunyai lauk barulah dia menguruskan pinggannya sendiri. Kalau ada anak kecil pula...disuapkan anaknya makan kemudian barulah dia memikirkan soal perutnya sendiri. Kalau ada makanan yang lain yang lebih istimewa tetapi sedikit...diusahakan untuk anaknya merasa dulu, barulah dia menjamah makanan tersebut. Mana ada insan lain selain ibu yang sanggup berkorban sebegini....Ayah kita? Mungkin ada sedikit ihsan sebegini tetapi tidak sehebat ibu kita. Benarlah pengiktirafan Rasulullah ini....


Seorang ibu kalau anaknya sakit...siang malam berjaga. Tidur malam pun macam tidur2 ayam....pantang anak bergerak maka terceliklah mata ibu kita. Di kepala tak kering langsung kain basahan....sentiasa dibasahkan supaya demam segera kebah. Dimasaknya makanan yang memang sesuai untuk orang sakit....yang mampu memecahkan air liur kita walaupun tengah sakit. Kalau boleh dia nak segera mendapatkan rawatan yang terbaik untuk kita. Kalau di hospital kerajaan kurang layanan...dibawanya kita ke hospital berbayar. Dia tak kisah langsung walaupun duit poketnya habis dibelanjakan. Yang penting kita kebah. Tangannya tak lekang di badan kita. Kadang2 masih terasa hangatnya tangan ibu kita mengurut dan membelai kita di waktu kita sakit. Ayah??? Ada juga pengorbanannya tetapi tidaklah sehebat ibu kita....benarlah pengiktirafan Rasulullah ini.


Seorang ibu kalau dia nak buat apa2 keputusan penting...akan diutamakan keperluan anak2 dan suaminya. Dia tidak pernah mengutamakan kepentingan peribadinya. Selalu dibenaknya....apa yang akan terjadi kepada anaknya kalau aku buat keputusan begini.....apa yang akan terjadi kepada suamiku jika aku buat keputusan sebegini. Selalunya kepentingan peribadi diketepikan asalkan mereka yang paling rapat dengannya sudah mendapat pertimbangan yang wajar. Ayah pun sama juga...diutamakan keluarga juga untuk membuat sebarang 'decision' tetapi selalunya ibu kita rela sungguh berkorban mengatasi segala-galanya. Benarlah pengiktirafan Rasulullah ini.


Seorang ibu kalau dia pergi membeli barang keperluan...akan diutamakan kepentingan anak2nya dulu. Beli biskut yang paling anak suka, beli buah2an yang paling anak suka, beli lauk pauk yang paling anak suka. Pernah juga saya dengan beberapa orang guru pergi berkursus. Biasanya pihak pengurusan akan menyediakan satu slot khas "Jalan-jalan cari barang..." Maknanya kami akan diberi masa untuk keluar shopping. Bila dah tinggal anak dan suami beberapa hari masing-masing mulalah berusaha untuk menceriakan anak dan suami dengan pelbagai hadiah tanda kasih sayang. Beli untuk anak itu...beli untuk anak ini...beli untuk suami...beli untuk emak...then bila balik hotel masing-masing baru perasan....hadiah untuk diri sendiri tak ada. Samada terlupa atau duit dah dihabiskan...walau apapun yang penting nilai perasaan mereka untuk anak dan suami....memanglah golongan ini wajar diberi pengiktirafan oleh seorang nabi yang paling mulia di sisi Allah.


Itu belum lagi saya kisahkan lagi tentang pengorbanan seorang ibu yang dalam kesempitan...dalam kemiskinan....dalam penganiayaan. Terlalu banyak kisah yang terpendam yang kita tidak menyaksikannya dengan mata kepala sendiri. Hilang semua kepentingan diri, yang utama dalam kotak fikiran mereka ialah kesejahteraan anak-anaknya. Saya sedang mengikuti sebuah cerita bersiri di ASTRO 301 setiap petang 6 hingga 7. Tajuknya..Six Children. Berderai air mata saya melihat ketabahan seorang ibu tunggal di negara Korea membesarkan enam orang anak2nya di era 50 an. Serba serbinya susah. Diutamakan anaknya makan bubur nasi tetapi dia pula setiap hari makan kerak nasi yang berbaki. Bekerja siang dan malam mencari segenggam beras....walaupun dia susah dan tertekan tetapi tidak pernah sekalipun dia meninggi suara dengan anak-anak. Akhlaknya baik dan lemah lembut sekali. Terpukul saya dengan cerita ini. Alangkah indahnya kalau wanita itu Islam....memang dia berlakon tetapi lakonannya cukup merangsangkan semangat saya untuk menjadi seorang ibu yang baik. Cerita ini masih bersiaran....jalan ceritanya simple tetapi sarat dengan mesej.


Akhir sekali saya menyeru kepada diri saya dan kepada semua pembaca sekalian. Sekiranya masih ada ibu...jenguk2lah selalu. Kalau tidak selalu mendapat cuti, selalu2lah bertelefon bertanya khabar. Dulu masa kita tengah bercinta...setiap hari mesti telefon kekasih untuk mendengar suara. Tak dapat tengok kekasih...kekadang dapat tengok bumbung rumah pun cukuplah. Macam tu lah sepatutnya kita perlakukan kepada ibu dan ayah kita. Selagi masih ada hayat dia...berbaktilah. Yakinlah, memandang muka ibu dan ayah pun Allah kurniakan pahala. Punyalah ramai orang di luar sana yang tidak dapat peluang keemasan seperti ini, apabila ibu dan ayah telah kembali ke hadrat Ilahi. Sekiranya mereka telah meninggal dunia jangan lupa mendoakan yang terbaik untuk ibu dan ayah kita. Sedekahkan bacaan Al-Quran untuk mereka....bukan perlu masa yang banyak pun, kekadang dalam perjalanan ke tempat kerja pun banyak kali kita dapat baca al-fatihah untuk mereka. Jangan diberi alasan sibuk...kalau nak seribu daya....


Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang bangun pagi dan melakukan perkara yang menyenangkan hati ibu bapanya akan terbuka dua pintu ke syurga. Begitu juga pada waktu petang. Tetapi barangsiapa yang melakukan perkara yang tidak diredhai ibu dan bapanya maka akan terbuka dua pintu neraka..."


Apabila Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat yang bernama Jahimah tentang keperluannya untuk ikut serta dalam peperangan, Rasulullah bertanya pula kepadanya: "Adakah kamu mempunyai seorang ibu?" Jahimah menjawab: "Ya" lalu Rasulullah berkata:"Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya...."


Namun begitu...terhenti persoalan ini kepada kedudukan seorang ibu yang tidak mendapat pengiktirafan dari Rasulullah. Ada ke? Ada...maunya tak ada. Kalau tiada masakan kita jumpa bayi baru lahir yang dibuang ke dalam tong sampah??? Kalau tiada masakan kita jumpa seorang pelajar yang rosak akhlak kerana ibunya seorang pelacur??? Kalau tiada masakan kita jumpa dengan seorang anak yang tinggal di rumah nenek kerana ibunya enggan memeliharanya. Macam-macam karenah seorang ibu yang saya pernah jumpa. InsyaAllah...nanti saya akan postkan satu entry untuk menghurai isu ini.

Thursday, May 21, 2009

Cuit sikit....

Rehat sebentar.............................................................................

Aduhai...lama betul tak update entry. Bukan tak ada bahan nak dipublishkan tapi...mood melayang entah ke mana. Pergi ke sekolah rasa santai sikit sebab student tengah exam...masuk kelas jaga exam. Angkut paper sendiri ke hulu ke hilir....belum juga selesai marking walau satu kelas.


Hajat di hati nak selesaikan juga marking paper beberapa kelas sebelum cuti dua minggu ni. Bukan apa...cuti ni dah macam-macam acara yang dicadangkan. Setiap hujung minggu ada sahaja majlis perkahwinan...bukan satu, ada yang berderet-deret dalam satu hari. Nanti bila teringat paper yang belum dimarking, rasa cuti pun tak enjoy.


Anak yang di tingkatan tiga masih ada kelas tambahan di musim cuti ni....berulang alik menghantar dia ke kelas tambahan la nampaknya. Anak yang dalam darjah enam pun sama...cikgu dia orang tak cuti nampaknya dalam cuti dua minggu ni. Orang tak tau tugas cikgu....cuti pun tak cuti. Tu belum campur lagi dalam cuti buat banyak benda....marking paper, update fail, taip minit mesyuarat, buat itu...buat ini...tak perlulah nak beritahu semua. Tengok kakak saya yang bekerja di pejabat...kalau dah cuti tak fikir langsung fasal kerja. Cuti sungguh-sungguh...bertuah badan. Isu ni dah lama diperkatakan...tetapi still orang kata kerja cikgu senang....


Dua hari lepas orang pejabat panggil saya ke pejabat. Katanya saya layak untuk mohon kenaikan pangkat dari DG44 ke DG48 berdasarkan keputusan PTK yang baru ni. Lepas tu panjang lebar pulak dia bersyarah. Pangkat DG 48 tu ialah yang hakiki...that`s mean saya kena jadi pentadbir. Saya ni langsung tak ada intention untuk itu. Dalam syarat lain pula dinyatakan...kalau nak memohon u kena la sanggup dihantar ke mana sahaja untuk mengisi mana-mana jawatan yang kosong...walau sehingga ke hujung dunia. Kalau dalam daerah mungkin boleh tarik nafas panjang. Kalau sekiranya u tak sanggup so kenalah tunggu sampai time based...kalau saya kena tunggu enam tahun lagi, iaitu DG 48 KUP.



Bayangkan kalau saya dihantar ke mana-mana ceruk di dalam negeri perak tercinta ni...kena drive pulak jauh-jauh. Suami bukannya dalam profesion perguruan...saya yang kena ikut dia, bukan dia yang ikut saya. Anak-anak pulak masih muda remaja...semuanya perlukan perhatian. Bila dah penat berulang alik, ditambah pulak kerja yang maik bertimbun.....mulalah banyak perkara yang terabai. Akhirnya jadi lebai malang...yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sakit kepala juga memikirkannya...saya minta beberapa hari untuk buat solat istikharah.


Kalau ikut kawan-kawan yang seangkatan....hampir 90% dah buat keputusan. Majoriti tak mahu memohon...akan menunggu time based saja. Saya???? Setakat ini kata hati pun macam tu...tapi masih belum buat keputusan muktamad. Pengetua pulak bila jumpa saya, dia sarankan saya untuk minta guru cemerlang. Katanya dia akan sokong saya. Geli tekak saya dengar...bab dokumentasi memang out skit saya ni...nak jadi guru cemerlang, rasanya diri tak layak langsung. Nak isi borang pun rasanya tak pandai...hehe.


Apapun saya memang terlalu banyak bersyukur dengan apa yang ada pada saya. Kalau saya pandang ke bawah saya...masih ramai senior saya yang masih belum dapat ke DG 44. Saya antara yang bertuah sebab antara yang termuda menjawat DG44. Nak bersyukur kenalah pandang yang di bawah kita...janganlah pandang yang di atas. Kalau pandang yang di atas, rakan sekelas semasa di UM dulu yang kini dah jadi Pensyarah di salah sebuah universiti awam dah pun menjawat jawatan Ketua Jabatan dalam usia semuda saya. (Muda ke???) Kalau nak pandang boleh juga tapi kena pandang dengan mata hati....rezeki Allah bukan hanya pada jawatan...banyak lagi benda lain yang kita tak sedar. Pujuk hati...pujuk hati....


Ada seorang kawan saya yang berkahwin dengan seorang usahawan...hidupnya dilimpahi kemewahan. Petunjuk kemewahan senang je pada pandangan kita...ada kereta mewah, ada rumah besar, pakai baju mahal-mahal, sering melancong ke luar negara, banyak kali pergi buat umrah......macam-macam lagi. Namun begitu selalu pulak hatinya susah. Anaknya tak nak belajar, selalu sakit dan sering berulang alik ke hospital swasta. Sebulan beratus-ratus wang habis biayai kos perubatan...kekadang menjangkau ke angka ribuan ringgit. Berubat sana sini...masih tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh.


Syukur...syukur dengan apa yang saya ada. Kadang-kadang kereta pun tahu nak semput time bila....bila ada duit barulah dia buat hal. Anak-anak pulak....alhamdulillah dikurniakan yang mudah mendengar kata, yang mahu belajar, yang pandai mengambil hati, yang tiada masalah pembelajaran. Mereka semuanya sihat walafiat....walaupun kering-kering semuanya. Hutang pun tak banyak...semuanya yang mampu bayar. Rumah sendiri dah ada, boleh pulak membeli kebun untuk aset masa tua....apa nak lagi...bersyukurlah!!!


Bila usia dah melangkah ke era 40 an....(ada beberapa tahun lagi...hehe), kenalah buat pembaharuan dalam hidup. Kena tingkatkan ibadat, tingkatkan perhubungan dengan Allah, tingkatkan hubungan dengan manusia. Kena banyak tuntut ilmu...kena banyak beramal. Moga-moga hidup saya akan bertambah bermakna untuk saya sendiri, untuk keluarga, untuk anak murid saya, untuk kawan-kawan seangkatan....dan untuk semua rakan-rakan blogger sekalian. Moga kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah....dan semoga kita sentiasa berada dalam taufik dan hidayah Allah hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah.......


Sunday, May 17, 2009

Berkat sedekah Si Tukang Kasut


Abdullah bin Mubarak ialah seorang ulamak sufi yang terkenal suatu masa dahulu. Pada suatu hari di musim haji, Abdullah tertidur di Masjidil Haram. Dalam tidurnya dia bermimpi melihat dua orang lelaki turun dari langit. Dari perbualan lelaki tersebut, ada perkara yang amat memeranjatkan Abdullah bin Mubarak.


Sebaik sahaja terjaga, Abdullah terus bertolak ke Damsyik. Itulah tempat yang disebutkan oleh dua lelaki di dalam mimpinya. Abdullah mahu mencari seorang tukang kasut bernama Muwaffaq. Menurut dua lelaki itu, kebaikan yang dilakukan oleh Muwaffaq sangat disukai oleh Allah sehingga amalannya menjadi penyebab Allah menerima semua amalan haji yang dilakukan oleh jemaah haji pada musim itu. Abdullah berasa teruja untuk mengetahui bentuk amalan mulia yang dilakukan oleh Muwaffaq.


Apabila berjumpa dengan Muwaffaq, Abdullah terus bertanya tentang kebaikan yang pernah dilakukan oleh Muwaffaq dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.


Menurut Muwaffaq, "Pada suatu hari aku ingin meminta sedikit makanan dari jiranku setelah isteriku yang sedang mengandung terhidu bau masakan yang wangi dan menyelerakan dari rumahnya"


"Tetapi rupa-rupanya masakan yang dimasak itu ialah sedikit daging yang diambil dari bangkai seekor keldai yang ditemuinya. Ianya sekadar mengalas perut kerana sudah berhari-hari anaknya tidak makan..." Muaffaq menyambung cerita.


"Daging itu sudah tentu tidak halal bagiku. Tapi bagi anak-anak yatim yang kelaparan...ianya diharuskan" terang si ibu tunggal tersebut.


"Aku sungguh malu kepada diriku sendiri. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil semua wang yang selama ini aku simpan untuk menunaikan haji. Aku berikan semua wang tersebut kepadanya untuk membeli makanan dan menyara keperluan anak beranak. Dan aku berkata kepada diriku sendiri....`di sinilah hajiku`"cerita Muwaffaq panjang lebar.


Demikianlah besarnya pahala yang dilakukan oleh Muwaffaq...terutamanya dalam membantu orang-orang yang dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi yang susah itu adalah anak yatim.


Cerita ini walaupun pendek sahaja tetapi memberi makna yang mendalam kepada kita. Dalam entry yang lalu ada saya kaitkan tentang kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil tetapi jika dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas ianya akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah.


Cuma kadang-kadang kita apabila dihijab oleh kejahilan dan ketamakan maka kita akan jadi bakhil dan terlalu banyak berkira. Memberi sedekah sebenarnya diutamakan kepada kaum kerabat yang terdekat. Kaum kerabat yang paling dekat dengan kita ialah ahli keluarga kita sendiri. Hatta...seorang ibu yang berkerjaya memberi makan anak-anaknya dengan niat membantu suami juga merupakan satu sedekah. Biarlah...disebabkan perkara itu kita tidak disalut dengan emas berlian berkilo-kilo tetapi kita yakin duit yang kita belanjakan itu adalah milik kita yang kekal.....kerana ianya menunggu kita di akhirat kelak. Duit yang kita simpan belum tentu lagi milik kita kerana ianya akan jadi harta pusaka...apabila ianya ditinggalkan dan kita sudah meninggal dunia. Paling parah...waris pula bertelagah merebut harta pusaka. Akhirnya...saya pinjam kata Nabil..."lu pikirlah sendiri..."


Orang kata...nak ikhlas tu yang payah. Ianya kena mujahadah.....apabila ada lintasan-lintasan jahat dan syak wasangka....cepat-cepatlah pujuk hati. Banyakkan membaca sejarah-sejarah alim ulamak yang terdahulu. Melaluinya kita dapat mendidik hati kita...insyaAllah. Bersama-sama kita berusaha ke arah itu....



Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru untuk semua...

Bukan Sebarang Jasa...

Salam semua....N3 ni saya copy dari rakan blogger chimera di http://i-chimera.blogspot.com/.. Terimakasih kerana mengingati saya di hari guru ni. Sajak Usman Awang adalah sajak yang paling akak suka...dan juga kepada semua rakan guru yang selalu singgah di blog saya....cikgu ezuddin, cikgu anis, cikgu zue UK, Jinggo, cLah, Melawis, Muslimah Solehah, ami mahzar dan lain2 (sorry jika tidak tersebut di sini.....ucapan saya..."berbanggalah menjadi seorang guru.....semua manusia memulakan langkahnya dengan panduan seorang guru..."
*******************
Entri ini saya tujukan khas untuk cikgu Wiween, Kak Lawa, Kak Asyiq, Ustaz Adam, Puteri Ezza... dan semua guru-guru yang membaca blog saya juga kepada semua guru di seluruh Malaysia....

Sepuntung Dian, Serangkai Intan...

Profesi ini...
Tetaplah terus menjadi inspirasi,
digemari dan diminati
meski di hadapan ternanti...
aneka cabaran yang menguji,
barangkali juga bertali-tali
menuntut ketulusan hati
agar segalanya nanti
berharga di sisi Ilahi
Semoga DIA akan membalasi... dengan ganjaran yang tinggi.

Profesi ini...
tetaplah terus disanjung dan dihargai
kerana kita mengerti
bahawa jasa, pengorbanan dan bakti
yang telah mereka taburi
banyaknya tiada terperi
bukan ringgit warisan budi
membentuk warisan generasi
agar segak berdiri... dihiasi sahsiah dan jati diri.

Profesi ini...
tetaplah terus disayangi, dicintai dan dikasihi
kerana kita sebenarnya mengakui
merekalah yang banyak memberi
sedangkan sedikit dibalasi
mereka juga sering dilibati
jika krisis moral generasi
semakin menjadi-jadi
sedangkan senario terkini
yang disebut globalisasi
banyak mencorak mempengaruhi
menyumbang nilai-nilai tidak murni
justeru kita juga harus fahami
dan bersama mengawasi
kerana tugas ini... tanggungjawab setiap diri.

Profesi ini...
Tetaplah terus dikagumi dan dihormati
kerana kita menyedari
hakikatnya mereka adalah nadi
di dalam tubuh pertiwi
menjana bangsa bermula dari umbi
kerana...
bukankan sebelum mencecahkan kaki ke tangga universiti
atau berpenat meraih rezeki
awalnya perlu dahulu mengenal A, B, C
atau alif, ba, ta, - huruf-huruf jawi
perlu pandai mengira, mencampur, darab, tolak dan bahagi
di samping tidak melupai
didikan berakhlak terpuji
membentuk peribadi berbudi pekerti
kerana...
walaupun tamadun melangit tinggi
andai akhlak menyapu bumi
sedikit pun tidak beerti

Pofesi ini...
tetaplah terus dibanggai dan disyukuri
hingga tersemai keinsafan di dalam hati
bahawa mereka yang berada di bidang ini
sungguh beruntung sekali
ilmu dan tunjuk ajar diberi
semoga menjadi jariah selepas mati
bukankah di sana nanti
segala-galanya tidak berguna lagi
selain iman dan amal bakti........

Sesungguhnya bukan sebarang jasa...
Seorang Insan bergelar GURU


dan bersempena hari guru ini... saya tuliskan juga sebuah sajak tulisan Allahyarhan Usman Awang yang sangat saya gemari... kepada semua guru yang pernah mendidik saya sehinggalah saya menjadi "manusia" seperti sekarang.... Hanya Allah akan membalas segala jasa baik kalian. juga kepada semua guru di Malaysia...

Guru Oh Guru (oleh Usman Awang)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


SELAMAT HARI GURU.. Untuk mu cikgu-cikgu insan yang mulia..... moga terus berbakti dengan tabah.

Pengikut ASYIQ