JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, September 27, 2009

Aku ingin mati dalam sujudku...



Suatu malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba2 aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma dihadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak...."Ayah, sudah terlalu lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada....!"

Ketika itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. ketika aku sedang memanggil2 ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik terus ke langit.

Apabila aku mendongak, ternampak istana2 indah yang dikelilingi oleh pelbagai jenis tanaman serta anak2 sungai yang sejuk mengalir saujana mata memandang luasnya.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu2 istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah2 patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata; "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untukknya dan kerana ayahanda kamu jugalah kami diciptakan....."

Malaikat terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya begemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah2 berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat oleh mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana2 ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai jenis kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimutdaripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kasturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat2 indah sebegini dicipta? Apa nama2 sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat2 itu menjawab: "Tempat ini adalah Firdaus, syurga yang paling teratas. Syurga ini khusus untuk singgahsana ayahandamu, semua para rasul, nabi,para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Khauthar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu"

Aku bertanya: "Di mana ayahandaku..?"

Malaikat-malaikat itu menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu.."

Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang sangat indah. Tiba2 aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang terbaring di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahandaku menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali...

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!" Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi: "Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah Allah janjikan kepadamu dan apa yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjuk ke arah istana2 yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan saujana mata memandang. "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu dan orang-orang yang mencintaimu dan kamu mencintai mereka. Bergembiralah...engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi!"

Aku berkata: "Kalau begitu, senanglah hatiku dan bertambah rindulah pada ayahanda"

Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda juga menyatakan perkara yang sama sebelum ayahanda wafat. Ayahanda membisikkan kepadaku bahawa akulah orang pertama yang akan menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Selepas ayahanda wafat aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu dengan ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut kepada suamiku dan pembantuku Asma binti Umaiys. Aku beritahu saat ajalku semakin tiba. Asma menunjukkan keranda dari pelepah tamar basah yang akan menjadi usungan jenazahku dan aku tersenyum memandangnya. Aku berwasiat supaya jenazahku dikebumikan di malam hari. Aku juga meminta suamiku menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasai saat ajalku semakin tiba, aku membawa dua orang anakku menziarahi makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dari ruh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Selamat tinggal semua, biarlah aku mengadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam keadaan bersujud kepada Ilahi...

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan suamiku di makam ayahanda dan membiarkan suamiku terus bersembahyang di situ. Aku mengambil ramuan "hanuth" untuk mengawet mayat yang biasa digunakan oleh ayahanda. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahanda. Kemudian aku memanggil Asma binti Umaiys.

Pada Asma aku berpesan: "Wahai asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke dalam rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah ketika itu aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku.."

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil2 nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika Asma masuk, dia amat terkejut melihat wanita bertubuh kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun......

*****
"Aku" dalam cerita di atas adalah Saidatina fatimah Az-Zahra, puteri kesayangan Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Saidatina Fatimah meninggal dunia dalam usianya 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah wafat dan jenazahnya dimakamkan di Perkuburan Baqi` di Madinah. (dipetik dari MASTIKA-Mei 2006)

*****
Cerita-cerita sebegini mampu menghidupkan jiwa kita, menyegarkan ruh kita supaya lebih yakin akan balasan Allah kepada hambaNya yang taat, patuh dan ikhlas menghadapi kehidupan. Sabarlah menghadapi kesusahan dalam mentaati perintah Allah kerana janji Allah bukan sia-sia. Sabarlah dalam menjaga ibadat solat, sabarlah dalam mentaati suami tercinta, sabarlah dalam mentaati perintah menutup aurat, sabarlah dalam membanyakkan bacaan al-Quran, sabarlah segala-galanya.



Wahai puteri Rasulullah....aku juga ingin mati dalam sujudku kepada yang Esa....amiiin.

19 comments:

mamawana said...

Lama dah tak baca kisah2 Saidatina Fatimah Az Zahra. Tqvm. Namun, bgmn ya utk mencapai maqam sebegitu tinggi sedang diri ini hidup di akhir zaman yg penuh dugaan di setiap inci kehidupan. Makan, minum, cara berpakaian, solat, kehidupan sosial di tempat kerja dan hubungan dgn saudara mara, adik beradik kandung... waduuuh penuh dgn dugaan demi dugaan. Lahaulawalaquwata illah billah hil aliyil aziim.

ASYIQ said...

Mawana--->Kitalah ummah yg dipanggil sbg "ikhwan" oleh Rasulullah. Baginda lbh menanti2 golongan ikhwan yg mampu taat di akhir zmn dan baginda lbh mengasihi dan merindui kita melabihi para sahabatnya....masyaAllah.

Semoga kenyataan ini menjadikan kita lbh bersemangat utk menyintai Allah dan RasulNya...

Abd Razak said...

assalamualaikum...

moga kisah sebegini dpt mendorongkan kita menambahkan lagi amalan kita utk jadi bekalan kelak...

Arianni said...

Salam,
Memang benar janji Allah bukan sia-sia..Syurgalah balasan bagi yg melakukan apa shj yg diperintahkan dan meninggalkan apa shj yg ditegah dgn penuh rasa pasrah, ikhlas dan bertanggungjawab..

hans said...

insyaallah

ASYIQ said...

Razak---> Mmg betul...inilah cerita2 penguat jiwa kita. Syukur ianya disampaikam kpd kita utk menguatkn aqidah dan kecintaan kpdNya.


Arianni ---> InsyaAllah...amiin.


Hans ---> Moga kita sentiasa berusaha ke arah itu...tq sudi selalu singgah sini yea.

Abd Rahman Md Desa said...

Selamat Hari raya

myQza said...

MasyaAllah. Beruntungnya Saidatina Fatimah Az Zahra. Sudah di ketahui tempatnya di mana..

ASYIQ said...

Tok Man ---> Selamat hari raya juga. Dah tgk profail tok man tp tak tau nk masuk blog tok man yg mana satu...banyaknya...

Terima kasih sudi singgah sini. Selalu2lah ke mari.


TEDi ---> Ya, beruntung dia sbb tlh diperlihatkan tempatnya sblm dia mengadap Ilahi.
Kita? Belum tentu. Harap2 nasib kita juga sebaik dia...insyaAllah.

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Sabar banyak manisnya..

Selebihnya, kisah ni baik utk diteladani..

Welcome back..

Tirana said...

Maut itu sesungguhnya amat dekat sekali dengan kita tapi kita selalu lalai untuk bersedia.

Azila said...

mampukah ku menjadi spt saidatina
fatimah...
:(

ASYIQ said...

LOL ---> Mmg benar, sabar itu amat indah! Sebab itulah ganjarannya lebih berlipat kali ganda. Nak sabar...itu yg amat susah LOL.

Akak ni mmg dah kembali tp tak dpt nk berblog selalu. Anak akak ada sorang lg nk PMR....

Tolong doakan LOL!


Tirana ---> Mmg benar kak, moga kita sentiasa ingatkan mati kerana itu adalah sebaik2 peringatan!


Pengemis Redha ---> Akak juga ingin menjadi sepertinya tetapi mampukah kita....terasa hinanya diri!

Mak Su said...

wow!!!!!!

Keri AlHaj said...

bila baca cerita sebegini tarasa batapa kagumnya pd mereka2 yang dijanjikan Allah untuk mendpat Syurga. Kita juga berpeluang untuk mendapt syurga Allah. tapi usaha ke arah itu macam terhad sgt. ujian-ujian... dugaan2 yg sikit2 pun boleh buat jiwa jadi lemah.

mati tu dah dekat sgt sebenarnya, tapi masih jugak lalai tak mahu sedia... Moga Allah segera memberi kesedaran

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
All the BEST utk anak Kak..

Adanya Kak, dia pasti HEBAT..

Ummu Mishkah said...

Rindu kat arwah ayah.. kerap juga mimpikan ayah...

ASYIQ said...

Mak Su ---> Hebatkan dia!!


Chimera---> Moga kita termotivasi untuk mengikut jejak langkah mereka...insyaAllah.


dearie LOL ---> Terima kasih LOL kerana sering mendoakan yg terbaik untuk anak2 akak! Akak hargai!!


UM---> Saya juga...tak terucap rindu yang dtg bertandang!

zai said...

Salam Asyiq..

Bergenang airmata ini mengenangkan rahmat Allah keatas hamba2nya yang beriman..sangat indah seandainya kita mampu menjadi spt mereka..

Zai juga berdoa mudah2an akan dimatikan dalam keadaan bersujud..Menurut sijil kelahiran tertulis Zai dilahirkan tepat pukul 12.00 tgh malam malam jumaat..mudah2an Allah juga mematikan zai pada hari jumaat..itulah doa zai setiap hari..Ameen..

Terima kasih asyik atas entri yg sangat bagus ini..sesungguhnya aku juga dambakan syurgamu Ya Allah..berilah kekuatan utkku menempuh segala ujian dan dugaan yg mendatang agar aku terus istiqamah..

Pengikut ASYIQ