JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Saturday, September 5, 2009

Dengan Rahmat Allah Dia ke Syurga

Assalamualaikum w.b.t....

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan kisah Nabi Musa dengan seorang abid (ahli ibadah) yang terlalu mengharapkan syurga Allah di akhirat kelak.

Abid tersebut hidup di zaman Nabi Musa...iaitu salah seorang dari keturunan Bani Israel. Disebabkan terlalu cinta kepada Allah, beliau sanggup mengasingkan dirinya dari kehidupan dunia dengan menetap di sebuah gua yang jauh dari pandangan manusia lain.


Pada siang hari dia berpuasa...di malam hari dia berjaga beribadat kepada Allah. Mata air yang terdapat di gua tersebut dijadikan sumber bekalan air minumannya dan buah-buahan yang terdapat di persekitaran gua dijadikan bahan makanannya.


Kisah abid ini telah diketahui oleh Nabi Musa. Nabi Musa terlalu teringin untuk bertemu dengan abid ini....baginda mengetahui kehebatan si abid ini. Beberapa kali usaha Nabi Musa untuk bertemu dengan abid ini telah menemui jalan buntu kerana si abid asyik beribadat kepada Allah dan enggan keluar daripada gua tersebut.


Pada kali yang ketiga baginda mencuba...baginda terus masuk ke dalam gua tersebut dan memberi salam. Dek kerana yang datang menziarahinya adalah seorang Nabi maka si abid tadi sedaya upaya melayan tetamunya.

"Wahai Nabi Allah, aku tahu Allah Maha Mengasihani...tetapi aku bimbang jika aku tidak membuat kebajikan, entah-entah nanti aku dipanggilnya dalam keadaan lalai...maka aku akan mati dalam keadaan sia-sia....dalam keadaan cuai terhadap Allah."


"Wahai Nabi Allah, mintalah kepadaNya redha untukku dan jangan biarkan aku bergantung kepada sesuatu selain dari hanya kepada Allah semata-mata sehingga aku menemui ajalku dan bertemu denganNya"


Si abid memohon supaya Nabi Musa menyampaikan hasrat dan permintaanNya kepada Allah. Apabila Nabi Musa memanjat bukit Thursina untuk bermunajat kepada Allah....baginda menyampaikan pengharapan hamba Allah ini walaupun pada asalnya baginda sudah hampir terlupa akan permintaan si abid tadi....


Allah berfirman..."Wahai Musa, pergilah kepadanya. Katakan kepadanya....walaupun dia berterusan beribadat dan bermunajat...dia tetap akan masuk ke dalam neraka kerana dosa yang pernah dilakukannya dahulu. Tidak terkira banyaknya."


Berita buruk itu disampaikan kepada abid tadi. Beliau pasrah...terus menangis, terus sujud dan terus bermunajat memohon keampunan dan rahmat Allah. Baginya apa yang berlaku ada mengandungi hikmah di sebaliknya. Tidak ada rasa putus asa di atas rahmat Allah. Beliau menggandakan lagi ibadatnya dengan penuh rasa ikhlas dan amat yakin bahawa rahmat Allah amat luas....


Kemudian Allah berfirman...."Wahai Musa, sekarang pergi kepadanya dan gembirakanlah dia bahawa dia adalah dari golongan ahli syurga, semata-mata kerana rahmatKu! Dia telah menerima keputusanku yang pertama dengan redha dan terus mengharap rahmatKu....dia amat bertenang mendengar keputusanKu. Katakanlah....jika dia membuat dosa seluas langit dan bumi sekalipun nescaya Aku akan mengampuniNya."


***

Pengajaran dari kisah ini : Hendaklah kita sentiasa yakin dengan rahmat Allah. Bahawa dengan rahmat Allah kita akan memasuki syurgaNya. Untuk memperolehi rahmat Allah kita juga hendaklah melebarkan rahmat kita kepada manusia yang berada di sekeliling kita. Ingatkah kita kepada kisah seorang hamba Allah yang dapat memasuki syurga Allah semata-mata kerana menolong memberi minuman kepada seekor anjing yang sedang dalam kehausan!
Kesimpulannya hati kena baik...walaupun hanya kepada seekor binatang....apatah lagi kepada sesama manusia. Jauhi sifat hasad dengki, dendam, berkasih sayanglah kita sesama manusia.


Kita juga perlu sedar bahawa kita tidak mampu untuk membeli syurga dengan ibadat-ibadat yang kita lakukan...apatah agi untuk membayar balik segala nikmat2 Allah yang telah diberikan kepada kita. Kita akan dapat masuk syurga semata-mata dengan rahmat Allah. Kita tidak mampu untuk mempersembahkan ibadat kita yang banyak semata-mata untuk membayar segalanya....semua itu terlalu sedikit di sisi Allah. Ikhlas, tulus, hati yang bersih, taat perintahNya adalah jaminan untuk menduduki syurga.


Rahmat Allah perlu kita mohon selalu terutamanya di bulan yang penuh maghfirah dan rahmah ini....amiiiiiiin ya Rabb.

8 comments:

Dida... said...

Salam Kak Asyiq..

Terima kasih di atas perkongsian kisah yg menarik dan penuh pengajaran ini...

Kisah ini benar2 meresap di dalam jiwa saya..... sememangnya amalan ibadah kita belum tentu akan menjadi tiket utk kita ke syurga... Terima kasih kak :)

Ya Allah... limpahilah kami dgn rahmatMu.... sesungguhnya hamba yg lemah ini amat berharap keampunan dan keredhaanMu..

ASYIQ said...

Dida ---> Amiiin ya Rabb.

Sentiasa hendaknya kita berusaha ke arah itu.

Kita tidak pernah sempurna, jauh sekali merasakan diri kita yang paling baik...nauzubillah.

Untuk mendapat rahmat Allah kita perlu melebarkan sifat rahmat kita kepada seluruh makhluk di dunia ini...hati mesti baik.

Razak said...

Salam kak,

Peringatan dari kakak kali ini sungguh terasa di hati, tiada lain kita sebagai hamba hanya berharap belas kasih sayang dan rahmat Allah sahaja...

arryani said...

Peringatan yg baik Asyik...Suka saya mmbacanya..

Mmmg betullah, kita tak bleh putus asakan..

Sentiasalah mohon keampunan selagi pintu taubat sntiasa terbuka...

p/s slamat beribadah..

sI tEDI said...

Sesungguhnya memohon pengampunan dari Allah lebih mudah berbanding memohon maaf sesama manusia...

chimera said...

Salam kak...

Walaupun dosa kita sebesar gunung, namun keampunan Allah itu lebih luas dari lautan. Mintalah ampun sepanjang masa dalm doa dalm sujud...

Semoga kita semua tergolong dlm golongan yg akan diberi Rahmat Allah.. InsyaAllah...

ASYIQ said...

Razak ---> Allah Maha Luas Sifat arRahman dan arRahimNya...moga kita di antara yang mendapat limpahan rahmatNya.



aaryani ---> Ianya lebih bermakna sempena ramadhan ini. Lebih kerap kita memohon sifat rahmatNya...

p/s mlm tadi dh main bunga api ke dgn si hero tu???



tED ---> Dgn Allah lebih mudah kan...Allah Maha Pemberi Kasih Sayang.

p/s apa aktiviti boss dak utih cuti2 ni yea...?

PengemisRedha(N.A.Y) said...

inilah y sy takut..
moga amalan kita diterimaNya

semoga rahmatNya sentiasa melimpahi kita

Pengikut ASYIQ