JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, September 7, 2009

Semoga berjaya kak ngah...


Assalamualaikum semua.....hari ini saya memasukkan entry khas untuk anak kedua saya Aini Amirah atau lebih dikenali dalam keluarga kami sebagai kak ngah. Ianya dibuat khas kerana kak ngah akan menduduki Peperiksaan UPSR 2009....Selasa hingga Khamis (8hb hingga 10hb September 2009) sebagai tanda bahawa kami semua bersama kak ngah dalam mendoakan kak ngah dan memberi suntikan semangat bahawa "kak ngah boleh."



Saya tak sangka baby yang berusia tiga hari di atas itu ialah Aini Amirah yang kini sudah hampir menjangkau usia 12 tahun. Kak Ngah dilahirkan pada 3hb November 1997....iaitu awal 4 hari untuk menyambut ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah kali keempat. Sedangkan anak sulung saya (kak long) lahir pada 7hb November 1994 iaitu tepat pada ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Kiranya kak long hadiah ulangtahun perkahwinan yang pertama dari Allah....Kak ngah lahir seberat 3.5 kilo (agak besar!) tepat pukul 9.00 pagi hari Isnin.

Beza umur kak long dan kak ngah ialah tiga tahun sahaja....lihatlah perangai kak long yang teruja menanti kelahiran adiknya ketika dia berusia tiga tahun. Beria-ia dia ingin dibedung sama macam adiknya....taraaaaa, kain pelikat ayahlah yang menjadi mangsa. Itulah detik-detik permulaan hubungan dua beradik ini yang lagaknya seperti saudara kembar.....sehingga kini, tidak boleh berpisah.....

Ok...ini pula gambar kak ngah masa berusia 9 bulan, baru belajar berjalan. Sudut yang paling digemarinya di rumah ialah bakul mainannya....punggah, kemas,punggah,kemas dengan dibantu oleh kakaknya yang tersayang. Orangnya kecil molek sahaja...walaupun masa baby dilahirkan seberat 3.5 kg. Satu daripada kepelikan yg ada pd kak ngah sewaktu kecilnya ialah dia menyusu badan sepenuhnya....dia tidak langsung boleh menerima susu lembu, kalau minum mesti muntah. Atas faktor ini jugalah dia mempunyai emak susuan iaitu kakak kandung saya sendiri yang mengasuhnya seawal usia dua bulan ketika saya pergi bekerja. Jadi kak ngah ada dua keluarga....keluarga kandung dan keluarga susuan. Adik beradik kak ngah di sebelah ibu susu seramai tujuh orang. Dia amat kenal dan sayang semuanya.....


Kak ngah merupakan kanak-kanak kecil molek yang aktif....tidak sepadan dengan usianya. Lincah bergerak, ceria dan rajin menolong ibu...terutamanya bab memotong sayur dan membuat kuih. Seorang kanak-kanak yang jarang sakit....tetapi badannya tak mahu berisi. Sehingga sekarang still maintain...


Kak ngah seorang yang peramah dan amat disenangi oleh kanak-kanak sebaya dengannya. Gambar di atas di ambil ketika kak ngah masih di tadika, ketika itu kami menetap di rumah kami di Kuala Kangsar. Mereka adalah rakan sepermainan kak ngah yang kini masih menetap di Desa Seri Iskandar di Kuala Kangsar. Yang berbaju biru tu...."superman"...adalah hero saya, Fahem.

Taraaaaa....ini pula gambar kak ngah pada hari pertama persekolahannya di tahun satu. Baju sekolahnya dijahit sendiri oleh ibunya...hihi. Nampak penuh bersemangat dan sangat bercita-cita tinggi....agak serius kak ngah di hari pertama persekolahannya.


Next....saya pilih gambar ini kerana inilah tahun permulaan kak ngah memakai tudung...2005 ketika kak ngah berusia 8 tahun. Kak ngah bersama kak long dan adiknya fahem bersemangat memakai baju merah menyokong pasukan rumah sukan ibu pada Hari Sukan Tahunan di SMK Raja Perempuan Kelsom Bukit Chandan Kuala Kangsar.


Gambar ini saya ambil sewaktu kak ngah mengikut rombongan sekolah saya melawat Bandar Bersejarah di Melaka. Kalau berjalan-jalan....walaupun asalnya elok bertudung kemudian kak ngah akan menanggalnya dan memegangnya sahaja...panas, itu katanya. Mereka ketawa kerana sewaktu gambar ini ditangkap, lembu di belakangnya tengah sedap membuang air kecil...hihi. Baunya Allah sahaja yang tahu....


Inilah kak ngah sekarang....tahun 2009. Masih maintain kecil moleknya....dari dulu lagi. Semua orang ingat dia baru tahun tiga atau empat. Awet muda katanya.....

Kak Ngah....

Kami Semua mendoakan kejayaan kak ngah dalam UPSR

Kekalkan pencapaian yang ada sekarang....

Berhati-hati semasa menjawab...

Jangan lupa semak semula jawapan....

Berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Semoga Berjaya kak ngah...

Wish U the best of luck...!

33 comments:

ummumishkah said...

Comellll dan kecil molek..
Moga kak ngah cemerlang.... Good Luck Kak Ngah!!

arryani said...

Yes!!

Kami, dari Persatuan Blogger2 yg pemalu giler, mnyokong Kak Ngah sepenuhnya...

Harap, Kak Ngah jangan panik...Buat biasa jek..Jwb mcm buat latihan seperti slalu...Jangan pikirkan benda lain

Kdg2, ada org cepat panik (mcm saya)kah..kah..kah..

Harap K Ngah sihat sepanjang exam berjalan.

We love Kak Ngah...Success K. Try you best!!

arryani said...

Lupa plak...

Pada mak nye kak Ngah ni...

Sntiasa bg support kat K Ngah K..

Kami sntiasa doakan kejayaan anak2 bangsa kami..Percayalah...

Razak said...

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w

Ya Allah tenangkan hati kak ngah di masa dan sebelum peperiksaan.

Ya Allah, Kau beri ilham kpd dia dalam menjawab soalan, kau tepatkan pemikirannya semasa menjawab soalan, jauhilah dia dari kecuaian dan kesilapan dalam menjawab soalan.

Ya Allah kau makbulkan doa aku ini.

AiE bAhRi said...

Semoga berjaya kak Ngah..

Semoga semangat ibu dan keluaga yang lain sentiasa mengiringi dalam diri kak ngah semasa menjawab soalan peperiksaan di dewan nanti..InsyaAllah..

sI tEDI said...

Kecil molek je kakngah ni.

InsyaALlah.. kak ngah boleh. Ingan pesan ayah dan ibu.

Semoga berjaya kak ngah.
kami mendoakan..
Amin...

- jinggo - said...

untuk angah..
jengok blog cgu jinggo - nanti cgu akan tulis sedikit panduan berdasarkan sebuah buku.......

apa2 pun selamat menduduki UPSR untuk angah...
kena ingat : kita adalah apa ygf kita fikirkan...

ASYIQ said...

UM ---> Syukran UM, moga kak ngah cemerlang...insyaAllah.


arryani ---> "Persatuan Blogger2 yg pemalu giler,"

Kitalah tu ye kak yan...

asyik nyorok2 aje...

kak yan tutup muka ngan tudung

saya plak tutup muka ngan bunga!

apa2pun trima kasih atas doa kak yan...

moga kak ngah cemerlang!!

ASYIQ said...

Razak ---> Amiiin ya Rabb...moga doa2 kita semua dimakbulkan oleh Allah.
Syukran atas perhatian.



Aie ---> Doa kita semua sentiasa mengiringi. Moga dimakbulkan Allah.
Terima kasih atas perhatian aie...

ASYIQ said...

tEd ---> InsyaAllah, moga teD sentiasa doakan dia...moga dia tenang dan tidak kelam kabut.



Jinggo ---> Terima kasih cikgu Jinggo atas perhatian. Terimakasih sanggup tulis entry utk kak ngah. Nanti dia akan ke sana untuk membacanya...

Terima kasih banyak2...

ummi humaira said...

salam asyiq ... ummi tulis semula ye doa tu.. mula2 baca fatihah 10 kali kemudian berdoa ..YA ALLAH DGN BERKAT RAHSIA SURAH FAATIHAH YG KU BACA KAU PMUDAHKAN LAH K.NGAH MJWB PERIKSA NANTI.DGN BERKAT RAHSIA AYAT2 DLM FAATIHAH YG KU BACA KAU PMUDAHKAN LAH K.NGAH MJWB PERIKSA NANTI.DAN DGN BERKAT RAHSIA HURUF2 DLM FAATIHAH YG KU BACA KAU PMUDAHKAN LAH K.NGAH MJWB PERIKSA NANTI.AMEEN

ASYIQ said...

Terima kasih Ummi Humaira....insyaAllah saya akan doakan utk kak ngah...

Ummi tolong doakan juga ya...syukran.

PengemisRedha(N.A.Y) said...

gud luck ye kak ngah....

akak akn support dn doa bt kak ngah:)

moga senang menjawab exam nt...jgn neves ye

ASYIQ said...

PengemisRedha ---> Syukran jazilan ya ukhti...bersama2 kita doakan dia.

Tirana said...

Mudah-mudahan kak Ngah dapat yang terbaik..Good luck!

adeqya84 said...

Salam Cu,
Untungya Kak Ngah punya ibu yg tak putus doakan kejayaannya..
I.Allah doa ibu pasti dimakbulkanNya

Ya sentiasa doakan Kak Ngah
Moga dipermudahkan segala urusan
dan diberi ketenangan untuk Kak Ngah
Bitaufiq Wannajah..:)

ASYIQ said...

Tirana ---> terima kasih kak, semoga keberkatan berterusan...amiiin.


Adeqya ---> Terima kasih atas ingatan adeqya. Tolong doakan utk kak ngah.

p/s cu harap kita dpt beraya sama2 thn ni kt sauk. Jmput dtg ke umah opah di jenalik.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam kak asyiq :D
muaaaahhhhhhhhhhhhh.. satu ciuman untuk akak.. muaaaaaaaahhhhhhhhh.. satu tuk kak ngah.. hehe..

xmenyepi dah.. dah ada dah balik.. dah ok dah.. alhamdulillah..

huhu.. best nyer dah ada anak ek.. hehe.. bila nak kawen ni.. (haha, berangan ;p).. mesti kak ngah gembira bila baca entry ni.. yela, gmbr dr kcik smpai ke besar ada.. hehe.. lg2, time baby.. p/s: kepada ibu2, sila abadikan kenangan anak2 anda dari mereka lahir lg.. hehe (siap pesanan)

ala kullin.. kak ngah, mg dpermudahkan sgl urusan kak ngah.. mg kak ngah berjaya dgn cemerlang.. insAllah.. insAllah, nnt akak (akak ke acik ni.. hehe), akak akan doakan kakngah sepanjang xm kak ngah nnt.. ma'a taufiq wan najah

"Allahummaj 'alna minan najihin wal faizin fil imtihan.. wa fil hayatid dunya wal akhirah.. ameen3 ya Rabb"

chaiyok kak ngah \(^.^)/


p/s: ummi, nak bedung gak.. haha (ngada2 tak saya ;D)

Dida... said...

Salam..

Good Luck utk kak Ngah.. InsyaAllah saya akan doakan utk beliau di bumi Mekah dan di hadapan Kaabah...

ada ucapan khas utk beliau di blog saya.. :)

Na Shari said...

Semoga Allah permudahkan kakngah untuk menjawab semua soalan...

chimera said...

salam kak Asyiq...

Ya semoga segala kejayaan akan jadi milik KakNgah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

"Ya Allah! kau lapangkan hati kakNgah untuk menjawab semua permasalahan dgn lancar dan teratur..."

"Ya Allah Kau tenangkanlah hatinya dan jauhkanlah segala rasa gentar dan dan runsing.."

"Ya Allah, kau permudahkanlah jalannya dan kau berikanlah ilham yang sewajarnya untuk kakNgah meneruskan perjuangannya"...

"Ya Allah, Kau berikanlah kejayaan kepadanya Di Dunia hingga Akhirat.."
Aminnn... Ya Allah. Kau perkenankanlah Doa ini....


Moga apa yang KakNgah usahakan selama ini akan membuahkan hasil yang lumayan...

Buktikan ok. Buktikan KakNgah adalah yang terbaik antara mereka semua. Berikan segala rasa bangga kepada Ayah, ibu dan guru-guru dgn kejayaan kakNgah...

Selamat Berjuang...

ASYIQ said...

LiS ---> Syukur LiS dh kembali...rindunya kt LiS.

Ada cerita baek ke??/ hihi

Sebenarnya gambar2 kak ngah banyak, tapi pilih2 skit mengikut umur dia...
gambar scan la...tak sharp sangat. Tapi gambar kak long lagi byk...biasa la, anak sulung.

Syukran2 sbb bersama dgn family akak dlm mendoakan kak ngah...LiS pn dh dianggap sebahagian dr family akak yek....syukran.

Dpt result nnti akak britahu LiS..insyaAllah.

ASYIQ said...

Dida ---> Terharu pulak baca komen Dida. Ni la untungnya berblog...ada rakan2 yg berada merentasi benua...bertuah dpt didoakan di Mekah, dihadapan Kaabah lagi...alhamdulillah.

Dida...tolong doakan yg lain juga...

Minta keberkatan hidup kami sekeluarga

Minta rahmat Allah utk kami sekeluarga

Minta kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, dijauhkan dari azab neraka...

Satu lagi impian akak....nak hantar fahem belajar tahfiz...minta didoakan!!

Terima kasih dik...

ASYIQ said...

Na---> Syukran keran sudi mendoakan kak ngah...insyaAllah kak ngah akan buat yg terbaik.

Syukran na...

ASYIQ said...

Chimera --->

Terima kasih chime krn sudi mendoakan kak ngah, sudi bersama kami dlm memberi semangat dan kekuatan utk anak akak.

Akak amat menghargainya...

syukran...syukran.

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Kak..
Rindu Kak..

Kepada Kak Ngah, ingat pesan mama ya sayang.
Mama sangat sayangkan Kak Ngah.
Jangan kecewakan Mama tau..
Jawab dengan teliti ya..

Jangan cemas dan terus berusaha..

Kepada Kak AsyiQ,
Kak memang mama yang hebat.
Tahniah..

ASYIQ said...

Dearie LOL,

Lama tak nmpk kelibat LOL,

Bercuti yea...rindu LOL 100%.

Terimakasih doakan kak ngah,

Moga dia berjaya..

Akak amat hargai LOL...amat!!

OmbakBaik said...

to the cute gal kak ngah..
all the best :D

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Kak AsyiQ,
Thanks Kak.
Terharunya LOL Kak.
Even baru kenal, tapi rasa mcm dah lama pula kita kenal ya.
Thanks for the LOVE.
LOL sangat hargai.

LOL bercuti since 04-07/09 hari tu.
Kira lama jugalah.
Hehe..

Kepada Kak,
Thanks again.
Sayang Kak.

Kepada Kak Ngah,
Jadi anak yang baik okey.
Mama menaruh harapan kat Kak Ngah.
Jangan siakan k.

ASYIQ said...

Ombakbaik --->

Terima kasih Ombakbaik...sudi doakan kak ngah....moga kak ngah cemerlang kerana ramai yg mendoakan dia.

ASYIQ said...

Dearie LOL...

Adat berkawan, tak kira usia baru atau muda. Akak suka LOL yang amat perihatin...kebanyakkan kwn LOL adalah kwn2 akak juga.

Terima kasih krn sudi selalu singgah sini...

Take care...

atie said...

salam kak asyik,

salam untuk kak ngah semoga kak ngah tenang menghadapi upsr... semoga berjaya acik doakan... tahun dpn auna pulak...

ASYIQ said...

Terima kasih atie...baru habis wxam ni haaa. Alhamdulillah semua dh selesai, moga cemerlang.

Auna exam thn dpn yea...moga2 turut cemerlang jg insyaAllah.

Pengikut ASYIQ