JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, September 2, 2009

Kasihan emak...


Petang tadi seusai menunaikan solat asar saya menerima panggilan telefon dari kakak saya yang berada di kampung. Nak tanya resipi ke nih??? Hati kecil saya menduga...sedikit nakal!

"Akak nak cerita ni tapi ko jangan susah ati pulak..."

"Apa kisahnya tu....cepatlah cerita" hati saya sedikit hilang keruan. Risau.

"Pagi tadi mak kena rompak tau......"

"Haaa.....kena rompak? Mak cedera ke?" lagi kencang jantung saya berdegup. Tak sabar nak mendengar cerita lanjut dari kakak saya. Perkataan "rompak" tu amat menakutkan saya.

"Kalau cedera tak lah akak beritau ko lambat sangat...peristiwa tu berlaku pagi tadi." "Mak tak ada apa-apa.....cuma melecet sikit leher dia bila rantai emas dia kena regut"

***



Emak saya sudah berusia lebih dari tujuh puluh tahun. Seorang yang kuat bekerja. Walaupun hidupnya disara penuh oleh anak-anak tetapi dia tidak berhenti dari bekerja. Rumah kami yang terletak di tengah-tengah kebun buah-buahan seluas hampir empat ekar mengandungi banyak hasil kebun yang sentiasa menjadi sepanjang tahun....

Inilah alasan utama emak tidak mahu tinggal di rumah anak-anaknya. Hasil kebun yang tidak pernah putus menjadikannya sentiasa ceria dengan rutin hariannya. Apabila musim buah-buahan dia sibuk melayan peraih buah-buahan yang datang membeli hasil kebunnya...durian,manggis,rambutan,langsat,rambai,dukung dan macam-macam lagi. Bila musim pokok kekabunya berbuah, dia sibuk membuang biji-biji kekabu yang kemudiannya kekabu itu dibuatnya bantal....pembelinya sentiasa ada, kadang-kadang hingga tak cukup bahan yang ada. Sekiranya buah gelugurnya berbuah, dia pulak sibuk menghiris, menjemur buah gelugur setiap hari. Asam gelugur juga menjadi bahan rebutan pembeli yang sudah bertahun-tahun melanggan hasil tersebut dari kebun emak.

Emak tidak pernah sakit teruk. Tidak ada penyakit jantung, tidak ada penyakit darah tinggi, tidak ada penyakit kencing manis dan tidak ada penyakit apa jua...mungkin berkat sifatnya yang terlalu suka bekerja. Kekadang aje...sakit urat. Mungkin faktor umurnya yang sudah agak lanjut.


***
Pagi tadi seperti biasa dalam lingkungan pukul 9.00 pagi emak akan menjemur asam gelugur di halaman rumah. Tanpa disedarinya sebuah kereta singgah betul-betul di hadapan emak....kereta Wira bewarna putih. Keluar seorang lelaki berbangsa India memperkenalkan dirinya sebagai inspektor kesihatan...mahu memeriksa kualiti bahan api (tabung gas) di dalam rumah.

Tanpa bersangka buruk...emak dengan ramah melayan tetamunya. Buka pintu rumah dan terus masuk ke dapur. Tiba-tiba emak ditolak ke tepi dinding....Dengan suara kasar, lelaki tersebut minta emak jangan menjerit. Dia kata dia akan bunuh emak sekiranya emak menjerit.

Lelaki itu meregut rantai leher emak. Dua utas rantai yang dipakainya putus dua. Melecet kulit leher dia...kemudian emak melucut cincin yang dipakainya. Mujurlah gelang tangan emak yang besar dan agak bernilai tidak dipakainya ketika itu.

Lelaki itu seperti terdesak terus lari keluar dari rumah dan memandu kereta dalam keadaan kelam kabut....hilang lenyap meninggalkan emak keseorangan yang masih terpinga-pinga...terkejut...takut...dan seribu macam perasaan lagi.

Abang dan kakak yang duduk di rumah berhampiran tiada di rumah kerana keluar bekerja. Anak-anak mereka (cucu-cucu emak) semuanya bersekolah.... Tinggal emak keseorangan...

Semasa saya menelefon emak tadi....saya meredakan perasaan emak. Bersyukurlah...sebab nyawa emak selamat. Mujurlah emak tidak dicederakannya. Mujurlah rumah tidak digeledahnya. Mujurlah masih banyak lagi barang-barang berharga emak yang selamat. Hati emak sedikit tenang dan lega....lain kali perlu lebih berhati-hati.

Menurut emak, abang saya dah membuat laporan polis di balai berdekatan. Polis pun sudah datang memeriksa di rumah emak. Menurut polis, memang banyak kes berlaku sekarang di mana kecurian dilakukan ke atas warga emas. Warga emas dianggap lemah....warga emas tidak melawan...jadi mudahlah golongan ini dirompak!

Emak.....
Nak bawa dia duduk dengan kita pun dia tak mahu...
Dia sayang rumah dia sendiri...
Dia risau hasil kebunnya terbengkalai, busuk dan membazir...
Dia sayang akan rakan-rakan sekampungnya...
Dia sayang akan jadual mengaji di suraunya...
Dia sayang segala-galanya...
Tanah tempat tumpah keringatnya...
Walau apa pun...
Moga emak bahagia dengan cara emak...
Tidak ada anak yang memaksa emak mengubah pendirian..
Emak buatlah apa yang emak suka...
Emak buatlah apa yang emak rasa bahagia...
Anak-anak amat memahami...
Namun doa kami tak pernah putus...
Moga emak selamat selalu..
Sihat selalu..
Bahagia selalu..
^Saaaaaayaaaang emak sangat-sangat...!^

***
**
*
.

15 comments:

AiE bAhRi said...

Ya Allah.Alhamdulillah emak akak selamat dan ta diapa-apakan oleh perompak tersebut.

Apa la nak jadi zaman sekarang..bulan puasa pon melakukan perkara2 mungkar.

Semoga emak akak sentiasa selamat di bawah lindungan-Nya.

Dida... said...

Salam Kak..

saya x dpt bygkan kalau la mak saya yg kena mcm tu..... sedih sesangat.. and forsure.. hari ni jugak nk terbang balik Malaysia... minta2 dijauhkan... saya juga sangat2 sygkan mak saya...

Moga Allah lindungi para2 ibu di dunia ini dari manusia jahat yg bertopengkan syaitan....

Na Shari said...

Salam akak,

Alhamdulillah...Mak akak selamat. Harap-harap kejadian macam ni tak berulang lagi. Na mula la terfikir mak dengan abah kat kampung. Harap sangat perkara macam ni tak terjadi pada mak dengan abah Na...

ummi humaira said...

Alhamdulillah..apa2 pun mak Asyiq selamat...
terkenang mak ummi pun dok sorang2 kat kampung , ya Allah selamat dan lindungilah bonda2 kami dari segala bahaya..

Razak said...

Salam...

alhamdulillah...ujian buat mak akak, moga ianya tidak berulang lagi.

Esok kalau kita dah tua pasti mcm mak akak juga sayangkan rumah dan sebagainya sekalipun rumah itu tidak seindah mana tapi sukar utk ditinggalkan...

Siti @ nurie said...

risaukan mcm ni....tapi tuelah org tua..nak ajak dok ngn kita,ada je alasannyer...

chimera said...

Salam kak...

Huh.. ngeri je. Sykurlah tak de perkara yg lebih buruk berlaku. Moga Allah sentiasa melindungi Mak... Moga Allah sentiasa menyihatkan Mak...

sI tEDI said...

Alhamdulillah tak de apa2.
barang kemas boleh di cari. nyawa emak tiada gantinya.

Selalu org tua macam tu kan cikgu. kalau dulu sayangkan sawah bendang dan ayam itik di kampung.

sekarang kebun .. pokok bunga semua di sebutnya.

sayang mahu tinggalkan rumah sebenarnya. di rumahs endiri boleh buat kerja. duduk rumah anak emak takut tidak dapat buat apa yg selalu beliau buat :)

PengemisRedha(N.A.Y) said...

alhamdulillah kak, nasib baik tak de yang lebih teruk blaku...

moga mak akak sentiasa dilindungiNya

ASYIQ said...

AiE ---> Alhamdulillah aie...tak ada apa yang lebih bahaya berlaku. Kalau ada aie boleh gak tembak terus...hihi.



Dida ---> Betul...tapi kalau dh jauh nk buat mcm mana. Doakan aje la semoga semuanya selamat.


Na Shari ---> Ya, sama2 kita doakan yer. Kat mana dia org berada pun kita risau...kt kg cara kg, kt bandar lain pula cara org nk mencuri...pecah rumah dsbnya. Doakan selalu.



Ummi ---> Orang2 tua mmg suka duduk di rumah dia sendiri. Kita pun tak boleh paksa sbb itu yg membahagiakan dia. Mgkn kita boleh fikirkn langkah2 keselamatan yg lain.



Razak ---> Betul tu... semua yg ada di rumah dia adalah jiwa dia..kenangan dia. Dia bebas lakukan apa yg dia nak...apa pun kita kena hormat dgn apa yang dia suka. Kita nnti pun cam tu juga....



Siti ---> Bila diajak duduk dgn anak2.....semua dibilangnya. Semua benda di rumah dia, dia tak boleh tinggalkn. Sayang sungguh dia.....



Chimera ---> Alhamdulillah chime...tolonglh doakan sama2 yer. Risau hati akak bukan kepalang.



tED ---> Betul teD, kalau duduk rumah anak dia tak tahu nak buat apa. Kalau mak akak pulak, kalau duduk diam dia akan rasa tak sihat badan. Dia biasanya aktif. Lagipun usia tua dia nk bersendirian....tenang...khusyuk beribadat. Kita sok pun cam tu gak kut.



Pengemisredha ---> Alhamdulillah, tolong doakan sama2 yer.

zai said...

Salam Asyiq,...

Aduhai..dah fobia bab2 kena ragut nie..zai dulupun pernah kena juga tapi masa remajala..kena ragut rantai masa nak ke tempat kerja, masa tu belum bertudung lagi,ada mat moto lalu berhenti pura2 tanya jalan tau2 peragut rupanya..nasib tak tercabut leher nie kena rentap..

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak..
Dik turut risau..
Mujur Mak xde kecederaan yg teruk..

Merbahayanya Kak..

Kasihan Mak..

ummumishkah said...

Alhamdulillah selamat.. dah dengar banyak kes yang melibatkan warga emas terutamanya di kampung2... moga kita semua berhati2..

ASYIQ said...

Zai ---> Ada pengalaman yer...ngeri dengar. Dengar cerita org...peragut ni kalau terdesak, dia akan buat sesuatu yg lebih bahaya. Moga dilindungi Allah.



LOL ---> Mujurlah setakat itu sahaja tindakan si peragut tu....mujur mak tak ada apa-apa.



UM ---> Dah jd trend pulak sbb ramai warga emas yg duduk sorang2 skrg ni....mereka nk kerja mudah, tak perlu susah2 kerja....hari2 dpt pendapatan! Kena lebih berwaspada!!!

iqbalsyarie said...

ngerinya!tak taw la kalo yg kena tu mak saya..huhu..
smoga Allah jauhkan

Pengikut ASYIQ