JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, August 31, 2009

Di manakah kau Melati....!

.....suatu ketika dahulu di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar.....

Aku bersendirian di dalam bilik peperiksaan, mengemaskini fail bank-bank soalan. Peperiksaan Pertengahan Tahun baru sahaja berlalu. Soalan-soalan yang ku kumpulkan dari Ketua-ketua Panitia sudah bertimbun minta dimurnikan.

Sepintas lalu pelajar itu melintas di hadapan bilik peperiksaan. Aku perasan kelibatnya...walaupun aku tidak pernah mengajarnya tetapi aku memang kenal dia sungguh. Banyak kali aku bertentang muka dengannya...atas dasar masalah disiplin yang dihadapinya.

Tiba-tiba pintu bilikku diketuk....kedengaran suara pelajar tadi memberi salam. Aku tersenyum. Membalas salam dan menjemputnya masuk. Mesti ada sesuatu yang ingin disampaikannya....duga hati kecilku.

"Saya nak cerita satu rahsia tapi minta ustazah jangan cerita pada orang lain" katanya bersungguh.

"Cerita biasa atau masalah peribadi? Kalau masalah kita kenalah bincang...saya seorang saja yang tahu mana boleh selesai. Mesti kena minta pandangan orang lain...."

Dia diam...membatu. Puas aku bercakap-cakap dengannya untuk memberi dia keyakinan. Aku kenal sangat budak ni....memang hatinya keras, dia juga terkenal sebagai pelajar yang degil dan kuat melawan.

"Saya dah rosak ustazah....saya dah kena rogol..."

Terbeliak mata aku. Jantung aku berdegup kencang. Pertama kali kes seumpamanya aku hadapi. Fasih lidahnya bercerita....airmata juga laju membasahi pipi.

...
..
.

"Melati" adalah seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa keadaan. Beliau asalnya adalah anak bongsu kepada sepasang suami isteri yang agak berada....disebabkan ibunya meninggal dunia ketika dia masih lagi kecil, dia diserahkan kepada salah seorang kakak kepada bapanya yang menetap di bandar kecil ini. Di sinilah bermulanya cerita.

Emak saudaranya ini bukanlah seorang yang senang. Menjadi seorang penduduk kampung yang hanya bergantung sumber pendapatan kepada sebidang tanah getah yang tak seberapa luasnya....ditambah pula harga getah pada ketika itu yang tidak memberangsangkan seperti sekarang. Hidup mereka ibarat...kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Hubungan emak saudaranya dan bapa kandungnya juga tidak baik setelah berlaku beberapa masalah dalam keluarga mereka. Putus hubungan keluarga....Melati membesar tanpa bimbingan seorang bapa kandung malah tidak pernah mengecam wajahnya kerana tidak pernah bersua muka.

Akibat desakan hidup...apabila Melati masuk ke sekolah menengah, dia telah dihantar ke sebuah sekolah anak yatim yang berdekatan dengan sekolah saya. Identiti sebenarnya telah dipalsukan...kononnya dia seorang anak yatim yang terpaksa dipelihara oleh seorang emak saudara yang miskin.

Namun identitinya terbongkar setelah dua tahun setengah berada di sekolah saya. Maka dia telah dipaksa keluar oleh pihak asrama. Dek kerana tidak mahu menanggung perbelanjaan sekolahnya...emak saudaranya telah menyerahkan Melati untuk tinggal di rumah bapa angkat yang menjadi kenalan baik emak saudaranya.

Di sinilah cerita Melati menjadi semakin tragis....dipendekkan cerita, dia telah diperkosa oleh anak kepada bapa angkatnya. (Pada penilitian saya dan pihak sekolah....bukan "kes rogol" tetapi kes suka sama suka...). Oleh kerana dia terasa terlalu bersalah dan berdosa....akhirnya dia sanggup membongkarkan ceritanya kepada saya. Namun begitu istilah dia "dirogol" tetap dia pertahankan walaupun siri soal siasat kami menunjukkan dia tidak dirogol!

Maka berlakulah episod drama yang panjang....walaupun tidak menjadi kes polis. Kami cuba mengatur untuk menyerahkan semula Melati kepada bapa kandungnya semula. Akhirnya dengan susah payah....Melati berjaya juga kami "pulangkan" kepada bapa kandungnya yang sebenar.

Ketika pertama kali bapa kandungnya menjejak kakinya ke sekolah.....luluh hati saya apabila kami ketahui bahawa bapanya adalah salah seorang pegawai kerajaan "kelas A" yang berpendidikan agama (dari gaya dan corak pakaian yang dipakai) dan jangan terkejut apabila saya nyatakan bahawa dia adalah salah seorang dari "motivator" yang terlibat dengan pelbagai program motivasi.

Gugur airmatanya di hadapan kami....menyesali dengan apa yang telah berlaku! Disebabkan keegoan yang tinggi dan kononnya "maruah diri" yang perlu dipertahankan....tidak pernah sekali pun dia menjejak anak kandungnya setelah hampir 15 tahun berpisah. Nampak sangat kekesalannya...namun nasi sudah menjadi bubur.

Berlakulah episod "jejak kasih" antara dua beranak itu....di hadapan saya, pengetua, penolong kanan dan dua orang guru bimbingan dan kaunseling. Berderai akhirnya air mata saya....amat dalam pengajaran yang menusuk di hati saya....peliharalah anak-anak sepenuh jiwa dan raga.

Akhirnya Melati dibawa balik ke Kuala Lumpur semula setelah 15 tahun terpisah dengan bapa dan adik beradik kandungnya yang lain.

Dalam bulan ramadhan yang mulia ini.....hati saya tersentuh. Mengingati kembali cerita ini menjadikan saya rasa pilu....apakah khabar Melati sekarang. Pernah juga dia menelefon saya setelah beberapa bulan dia bersama bapa kandungnya tetapi setelah saya berpindah....putus sudah khabar berita.

Melati....saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak!!! Moga Melati sentiasa diberkati Allah.


P/S Melati bukanlah nama sebenar....peristiwa benar ini berlaku dalam tahun 2003. Kini Melati dah berusia 21 tahun.....

18 comments:

Unknown said...

salam kak.sedihnyew baca cerita ni.semoga Allah mengganjarkan pahala yg besar atas usaha akak.dan semoga 'melati' tu jadi manusia yg berguna.
saya yakin,kalo melati baca entry ni mesti dia akan dtg cari akak semula.

Tirana said...

Semoga Melati dalam keadaan yang baik-baik..

Abd Razak said...

Salam kak, alhamdulillah Allah mengerakkan kakak utk menyelamatkan melati. Moga melati menemui jalan kembali setelah bersama ayahnya

ASYIQ said...

Iqbal ---> Memeng kisah ini memberikan kesan mendalam dlm jiwa akak...nama "Melati" tetap terpahat dlm ingatan akak.

Akak mengharapkan yang terbaik utk dia....moga Allah membimbingnya ke jln yang diredhai.


Tirana ---> Begitulah harapan kita pada mereka yang mungkin sesekali tidak mengharapkan kehidupan yang sebegitu....

Bersimpati dgn kisah Melati....moga dia dlm keadaan baik dan sejahtera.

ASYIQ said...

Razak ---> Memang apabila akak fikirkan kembali....

kenapa Melati mencari sy untuk menyelesaikan masalahnya.....

amanah yang terpikul di bahu sy galas sebaik mungkin. Tak mahu kehidupan gelapnya berterusan.

Terus terang....sy rasa tenang kerana menyerahkannya kepada bapa kandungnya. Sy yakin bapanya akan mengubah hidup dia...itulah harapan sy.

smurf said...

Salam Asyiq ...
Semoga Melati bahagia dgn kehidupannya sekarang . Alhamdullilah , Melati berjumpa dgn insan yg benar2 dpt membantunya dgn tulus ikhlas ..

Dida... said...

Salam Kak..

Sedih la kisah ni.... macam cerita dalam drama TV pulak... harap Melati menemui sinar baru dalam hidupnya... dan dapat melupakan kisah kelam yg pernah beliau lalui dan menjadikan beliau lebih tabah....

myQza said...

memang suka sama suka. tetapi mungkin keadaan dan persekirannya yang memaksa. kesian melati. semoga sekarang beliau sedang melalui hari2 yg bahagia

Ummu Mishkah said...

Juga dengan doa moga Melati sekarang berbahagia..

Anonymous said...

Asyik..

awak dah slamatkan dia sebenarnya..

itu yg penting...

Pepun, jangan risau..kita bersangka baik ngan ayah dia/

Harapnya dia OK..
Tak ada ayah yg tak sayang anak..

Keri AlHaj said...

salam kak...

Itulah, ibu bapa memang berperanan besar dlm membentuk/merosakkan anak-anak... sama ada dia dirogol atau suka sama suka, soalnya kenapa dia boleh melibatkan diri dlm kes macm tu...Anak2 amanah Allah. nanti Allah akan tanya juga tentang amanah yang diberiNya...

Moga Melati sihat sejahtera dan diberi kesedaran Allah... begitu juga dgn Ayah kandungnya itu

Mak Su said...

nauzubillah, sampai hati..entahlah...sedihnya

ASYIQ said...

ASE1 ---> Itulah harapan kita bersama. Moga dia bertambah sejahtera di bawah didikan ayah kandungnya.


Dida ---> Saya kenal dia sungguh...mungkin perjalanan hidupnya yg sebegitu menjadikan dia seorang yg cekal dan tegal menghadapi rencah hidupnya. Yg penting dia lembut hati menerima didikan baru dari darah dagingnya sendiri. Moga Allah memberinya hidayah untuk terus berubah.


TeD ---> Entahlah...faktor sekeliling salah satu penyebab. Tetapi andai kata jiwanya kuat mgkin dia tidak seteruk itu sbb masih ramai lg anak yatim yg lebih malang dr dia....mampu menjadi pelajar bermoral dan cemerlang. Sikap dalaman memainkan peranan penting.


UM ---> Itulah doa kita bersama.

ASYIQ said...

aaryani ---> Memang...tapi agak terlambat sikit. Kalaulah dia dtg sebelum perkara buruk itu terjadi kan lebih baik....(apapun sy pasrah...)

Boleh bersangka baik ttpi hati ttp sukar menerima.

Kenapalah anak itu tidak dipedulikan selama 15 thn....sukar utk menerima sebarang alasan!

Mungkin ini bisikan hati seorang ibu....

Kalaulah anak aku diperlakukan begitu....mungkin susah untuk mengampunkan kesilapan si ayah.....kalau boleh pun setelah berkurun lamanya...hihi.


Chimera ---> Betul chime...anak amanah Allah. Moga segala keadaan menjadi bertambah baik.

ASYIQ said...

Mak Su ---> Sampai hati sang suami memikul amanah sebegitu caranya. Kalau ada si isteri mungkin sekali tidak akan berlaku begitu!!

Dearie Pearls said...

Salam Pagi, Kak..

LOL datang dengan jemputan. Tapi xde kad nak tunjuk. Saya dah masuk nie.
Siap menjadi pengikut lagi.
Hehe..

Friend ok..?

Selamat bertugas.

ASYIQ said...

LOL ---> TQ Lol...terima jemputan akak yea....sorry tak sempat buatkn kad jemputan..

TQ sudi jadi follower akak...

TQ sudi jadi kawan...

...sgt menghargai...

Nnti akak link LOL juga...

TQ TQ fren.

al amin said...

Segalanya itu merupakan rencah kehidupan.

kita misti hidup berakal dan jangan
mati kelak berhantu.

tq.

Pengikut ASYIQ