JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, August 28, 2009

Raikan RAMADHAN...!!

Assalamualaikum...

Sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu di sini...banyak sebenarnya perkara yang saya ingin suarakan tetapi masa agak suntuk ditambah pula jadual di bulan ramadhan yang agak padat. Tak perlulah saya membilang masalah dan halangan yang saya hadapi...yang pentingnya saya bersyukur tika dan saat ini saya dapat berada di hadapan laptop ini untuk menulis....perkara yang paling saya rindui untuk lakukan dalam tempoh terdekat ini.


Ramadhan? Sudahkah kita meraikannya???

SOLAT TARAWIH!!!!

Terlalu banyak email yang saya terima terutama dari rakan2 alumni KISAS tentang meraikan ramadhan almubarak pada tahun ini. Saya mahu berkongsi pengalaman sebagai seorang isteri, ibu dan wanita yang bekerja. Dahulu masa anak dara...tak pernah miss solat tarawih dan tadarrus sementelah pula memang saya meraikan ramadhan di sekolah yang berteraskan pendidikan agama. Tarawih dan tadarrus adalah rutin wajib...rela atau tidak rela anda diwajibkan hadir ke surau untuk mengikuti program yang telah di susun. Yang seronoknya di akhir bulan ramadhan ada majlis khatam al-Quran. Selesai....

Apabila sudah bergelar isteri pada frasa pertama semasa anak2 masih kecil....saya hanya sempat bertarawih di rumah sahaja. Ada ketikanya sewaktu bertarawih pada rakaat yang keempat...anak kecil menangis dan perlu disusui. Berhentilah bertarawih...utamakan anak dahulu...tidurkan anak...dan dengan itu juga saya pun diulit mimpi sekali...sementelah pula seharian suntuk badan terlalu letih melayan karenah mereka dan tugasan wajib seorang guru dan seorang surirumah juga. Suami pula sudah menjadi rutinnya menunaikan tarawih di surau bersama jemaah di qaryah kami....Begitulah keadaan saya sehinggalah yang sulung sudah melangkah ke alam persekolahan....bolehlah meminta bantuan dia melihat2 adik2nya sementara waktu ketika saya menunaikan solat tarawikh. Ketika itu adalah sedikit penambahbaikkannya...syukur.


Sekarang apabila bergelar isteri pada frasa kedua,anak2 sudah menginjak dewasa...barulah saya boleh tunaikan tarawih di masjid. Itupun saya, suami dan anak yang sulung sahaja pergi ke masjid. Yang kedua dan yang bongsu saya tinggalkan di rumah kerana belum cukup umur. Tunggulah mereka sudah betul2 bersedia bolehlah mereka menyertai solat berjemaah di surau. Kalau saya benarkan si fahem mengikut saya ke surau...rasanya bukan taat duduk dalam saf solat...entah2kan berkeliaran di kawasan masjid bersama kawan2nya meletupkan mercun.


Pada pandangan saya, sekiranya bacaan Al-Quran kita bagus, para jemaah wanita digalakkan untuk menunaikan solat di rumah sahaja....terutama pada yang mempunyai anak yang masih di bawah umur. Ada sesetengah wanita membawa bersama anak2 mereka bersama....duduk dalam saf dewasa....kadang2 bising, menangis ...amat menganggu jemaah lain yang ingin melakukan solat dengan penuh sempurna. Kanak2 yang belum cukup umur berada di dalam saf dewasa juga boleh menimbulkan pandangan sinis jemaah lain yang berpegang dengan pendapat ulamak yang tidak bersetuju dengan keadaan tersebut. Kanak2 lelaki pula kadang2 membuat hingar yang boleh menjejaskan keharmonian masjid. Saya berpendapat...kita boleh bawa anak2 kita menunaikan solat tarawih di masjid dengan syarat ....sekiranya mereka mampu untuk taat berada dalam saf dengan khusyuk dan menghormati jemaah lain yang lebih dewasa....sekiranya tidak maka jangan bawa. Lebih baik bagi ibu2 menunaikan solat tarawih secara bersendirian di rumah. Lagi pun bacaan surah dalam solat tarawih bukanlah menjadi satu kepayahan kerana boleh dibaca ayat2 lazim yang paling mudah sahaja. Anak2 yang sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal eloklah dibawa bersama untuk melatihnya.


TADARRUS AL-QURAN!!!

Banyak kelebihan membaca alQuranul Kariim di bulan yang mulia ini....mengkhatamkannya adalah matlamat kita setiap kali ramadhan menjelma. Bagi para suami mungkin ini tidak menjadi masalah apabila meraka hadir program tadarrus di masjid berdekatan. Bagi wanita pula...banyak sangat masalaahnya. Tambahan pula wanita memang ada tujuh hari dalam seminggu wajib bercuti dari membaca al-Quran walaupun di bulan ramadhan. Bertuahlah bagi mereka yang sedang mengandung atau wanita yang telah berhenti haidnya. Kalau kita baca sehari satu juzuk pun kadang2 tak sempat juga nak habis. Mesti target dua juzuk sehari....sekurang2nya.


Oleh itu saya cadangkan di sini.....kalau wanita2 di luar sana mempunyai anak yang telah khatam al-Quran dan boleh membaca al-Quran dengan baik...adalah lebih baik kita mengagihkan juzuk2 mengikut bilangan anak masing2. Contohnya saya sendiri....saya mesti membaca juzuk 1 hingga 10, suami saya mesti menghabiskan bacaan dari juzuk 11-17, anak sulung saya dari juzuk 18-25 dan anak kedua saya mesti menghabiskan bacaan juzuk 26 hingga 30. Nampaknya si bongsu tidak ada taklifan kerana tahap bacaannya masih lemah terutama dari sudut tajwid dan fasohah.


Bolehlah kita budayakan perkara ini setiap tahun di rumah kita....adakan majlis khatam al-Quran di peringkat keluarga kita. Barulah terasa kemeriahan ramadhan....moga dengan kemukjizatan al-Quran keluarga kita makin diberkati,dirahmati dan diredhai yang bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim......amiin.

Anak tiada di rumah?? Kita juga boleh melaksanakannya secara jarak jauh. Agihkan tugasan ini sebelum ramadhan lagi...mungkin pada tahun pertama agak sukar dilaksanakan tetapi berkat kesungguhan dan komitmen....ianya akan menjadi satu budaya. Kalau semua keluarga berkumpul di dalam rumah...lebih manis sekiranya si ibu atau si bapa menyemak bacaan Al-Quran anak2. Kalau dapat bertadarrus pula lagilah baik. Saya memberikan pandangan kerana secara praktikalnya untuk berkumpul satu keluarga dan bertadarrus amat sukar dilakukan dengan kekangan kerja dan tanggungjawab anak2 untuk mengulangkaji pelajaran. Jadi alternatif ini lebih rasional.


BUDAYA MAKAN?!!!

Bila menjelang sahaja bulan ramadhan maka bazaar ramadhan pun muncullah di sana sini bagai cendawan tumbuh. Seolah-olah ramadhan adalah bulan pesta makanan!!! Bukanlah melayan kehendak makan itu sebahagian dari memuaskan nafsu??? Jadi matlamat utama kita di bulan puasa untuk mengekang hawa nafsu nampaknya sudah GAGAL?? Saya pernah membaca artikel tulisan Ustaz Ravi Abdullah yang pernah menetap di Jordan. Di Jordan tak ada bazaar ramadhan. Orang Jordan menyambut berita tibanya 1 Ramadhan dengan linangan airmata, berpeluk2 kegembiraan dengan kedatangan bulan ibadat, berpusu2 memenuhkan ruang masjid dengan tadarrus al-Quran....tetapi kita di Malaysia??? Marilah kita ubah adat ini!!


Dalam Kitab Al-Qanun Fil Tibb karangan Ibnu Sina....beliau mencadangkan untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kita hendaklah mengekang nafsu makan. Latihlah diri kita berhenti makan sebelum kenyang....bermakna kita terpaksa menghentikan makan ketika masih ada rasa untuk makan lagi....bukan berhenti makan ketika rasa `dah tak lalu` nak makan! Pesannya lagi, sekiranya masih ada keinginan untuk menambah makanan....segera hentikan makan dan lakukan perkara lain supaya kita melupainya....kerana kata Ibnu Sina otak kita akan melupakan kehendak makan ini dalam tempoh satu jam. Ini pesan orang hebat dalam bidang perubatan...bukan calang2 orang!

Bersederhanalah ketika berbuka puasa!!

Saya pula kalau dalam bulan ramadhan terasa amat relaks dalam bab memasak. Tambahan pula sekarang seluruh ahli keluarga saya sudah berpuasa....tidak ada lagi anak kecil yang perlu dilayan makan minumnya. Kalau tidak, bermula dari bangun tidur kita sudah memikirkan bab makan, kemudian menu makan tengahari, kemudian minum petang dan menu makan malam. Kalau dalam bulan puasa, saya hanya memikirkan menu untuk berbuka yang juga merangkumi menu sahur. Cukup!! Amat memudahkan hidup saya yang memang kurang berkenan berada di dapur sepanjang hari. Memasak bukanlah agenda kegemaran...kecuali untuk tuntutan wajib sahaja!!!

Menu wajib bagi kami sekeluarga ialah bubur lambuk. Satu pot untuk bubur lambuk tanpa santan. Ini adalah menu pilihan suami...yang kini menjadi kegemaran kami satu keluarga. Mudah pun memasaknya. Kemudian saya akan masak satu jenis lauk yang akan digunakan untuk makan berbuka dan juga sesuai untuk makan bersahur, sayur dan sejenis kuih yang ringkas dan mudah. Selalunya sukatan kuantiti bahan2 tadi sekadar cukup untuk dua kali makan sahaja....tidak membazir, secukupnya sahaja. Air yang biasanya menjadi pilihan ialah jus buah2an yang akan disediakan sendiri oleh dua orang anak dara saya yang memang boleh diharap! Setakat ini belum lagi ada keinginan untuk membeli belah di bazaar ramadhan....mungkin bila sudah ketiadaan idea nanti bolehlah berkunjung ke sana...itupun dengan memakai MASK!!!! Jangan lupa...

Bersederhana??? Konsep bersederhana itu yang relatif.....mungkin bersederhana pada kita masih berlebih2an pada orang2 miskin yang ada di Kemboja atau nun jauh di ceruk Kalimantan.....atau di hujung kampung atau di hujung taman kita sahaja, atau mungkin jiran sebelah rumah kita!!!! Banyakkanlah bersedekah...ingatlah orang yang tiada!


SELAMAT MERAIKAN RAMADHAN!!! SALAM KASIH SAYANG DARI SAYA UNTUK SEMUA. MOGA KITA DIBERKATI ALLAH!!!

12 comments:

<< s| tED| >> said...

satu catatan yang basgu cikgu.

saya juga sudah masuk 7 hari berpuasa hanya 3 kali berterawikh di surau. lainnya di rumah. walaupun tiada apa-apa halangan. lebih slesa di rumah.

membaca Al_Quran amalan yang biasa. Tadarus jika ada kelapangan dengan ahli keluarga yg lain

makan.. hehehehe.. Alhamdulillah.. stakat ini belum ada pembaziran dan terlebih makan.. :)

ASYIQ said...

TeD ---> bagus ted...semangat mesti kental. Tapi tengok dak utih tu tidur akak rasa macam nak tidur aje skrg...zzzzzz...ngantuk la pulak!

Razak said...

Salam kak,

Tulisan kakak kali ini merangsang utk berubah dan terus berubah ke arah yg akak sebut, makan perlu dikawal bukan di bulan Ramadhan sahaja tapi sepanjang masa.

Tadarus al-Quran perlu diamalkan sepanjang hayat kita.

Selamat menjalankan ibadah puasa dan semoga ianya dapat menjadikan kita sebagai insan ang bertaqwa

ASYIQ said...

Akhi Razak,

Begitulah hendaknya...sama2 berubah ke arah yang lebih baik. Membudayakan sesuatu mungkin amat payah pada awalnya tetapi berkat kesabaran ianya akan menjadi senang. Hidup bersendikan agama....matlamat kita bersama.

ummumishkah said...

inshaAllah... Ramadan ni satu madrasah sebenarnya buka suatu pesta!

arsaili said...

salam..sy pun lama tak ke mari..selamat berpuasa buat seisi keluarga moga kedatangannya kali ini membawa barakah.

Bersederhana memang patut kita praktis kan dan suburkan..agar dapat menghindari lebih banyak perkara yg mungkar...

Dida... said...

Salam Kak Asyiq..

Artikel yg padat dengan nasihat dan pengajaran... mmg betul spt yg dikata.. org Timur Tengah mmg lebih mementingkan ibadat di bulan Ramadhan drpd makan... makan setakat ala kadar sahaja.. roti, kurma dan air... kalau x terlalu kenyang sangat kan senang nak bangun malam utk qiyamullail..

Org Malaysia mmg susah nak diubah mentalitinya ttg pesta makanan di bulan Ramadhan ni... kalau boleh apa yg ada dkt bazar Ramadhan tu, semuanya nak diborongnya.. penghabisan.. makanan habis terbuang sbb dah tak larat nak makan.... itu semua kerana nafsu yg tidak diikat betul2...

Azan Subuh said...

selamat berpuasa untuk kak asyiq seisi keluarga...alhamdulillah, bagus betul kak asyiq mendidik anak2 :)

ASYIQ said...

UM ---> Begitulah hendaknya...

p/s dah sihat? Jaga diri baik2...


arsaili --->TQ kerana sudi singgah di sini. Betul...hidup bersederhana membawa keberkatan.

ASYIQ said...

Dida ---> Kita perlu berubah bermula dari diri kita sendiri...selagi kita melayan nafsu ianya tak akan puas. Pesan orang tua2....jangan pergi membeli barang makan ketika perut kosong....akibatnya saratlah meja dengan pelbagai menu mknan...sudahnya buang dalam tong sampah. Kita pun mudah dapat penyakit...


Azansubuh ---> Bagus mendidik anak? Isyk...terlalu banyak kekurangannya. Selalu melihat karenah dan pengalaman orang lain terasa diri jauh kerdilnya...alahai!

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam kak asyiq :D

maaf coz xdpt online b4 akak buka posa.. huhu, skrg wktu tido dh terbalik.. mlm jaga smpi sahur, n selalu dalam kul 7, 8 baru tidur, bngun tgahri.. huhu.. time tu, akak nak buka dah..

saya solat tarawih di rumah je.. xsolat di masjid.. blh je nak p masjid, tp.. bila dh disini, sy rasa better di rumah je..

hehe.. makan, adehh, pelik la.. makan je keje.. tp, masak sekali je la, tuk buka sampai sahur.. hehe, ulang makan berkali.. hehe.. kat sini mmg xde bazar2 yg cam kat mesia.. so, makan pun, masak sndiri je sume :D

ASYIQ said...

LiS ---> Ko mmg la LiS...akak menunggu aje time nk berbuka tu. Rupa2nya org tgh tidur. Isyk...boleh berjaga sampai mcm tu yea. Kalau akak, siap pening2 lalat la jawabnya.
Tidur lewat pun tak boleh terlalu kerap, risau tekanan darah low, then datang balik migrain akak.

Apa2pun....take care!!

Pengikut ASYIQ