JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Saturday, August 8, 2009

Asyiq sudah kembali...

Alhamdulillah, dapat kembali semula ke alam maya. Selama 4 hari berada di Pulau Pinang atas tugas rasmi. Kursus Literasi Undang-Undang untuk Ketua Guru Disiplin Seluruh Negeri Perak. Hotel yang kami diami ialah aHotel Copthorne Orchid di Tanjung Bungah....bertaraf tiga bintang. Fasiliti agak sempurna....terutamanya kualiti makanan dan dewan seminar yang amat selesa.





Jadual kursus juga amat padat....bermula dari 8.30 pagi hingga ke pukul 11.00 malam. Pengisian kursus juga amat berkesan kerana ada gabungan maklumat dari pelbagai pihak.....slot ceramah dari pihak PDRM, slot ceramah undang-undang oleh Timbalan Pendakwaraya Pulau Pinang, slot ceramah dari Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, slot ceramah tentang isu disiplin yang berprofail tinggi dari Pegawai Khas Menteri Pelajaran Malaysia di samping slot-slot ceramah dari pihak KPM dan Jabatan Pendidikan Perak sendiri. Saya secara individu amat berpuashati dengan perjalanan kursus ini serta maklumat yang kami perolehi sebagai Ketua Guru Disiplin amat bermanfaat. Walaupun bilangan Ketua Guru Disiplin wanita hanya 11 orang sahaja berbanding dengan jumlah guru lelaki......namun keminoritian kami tidak menjejaskan semangat kami untuk terus menadah telinga dan melapangkan hati di dalam program besar seperti ini. Salam penuh takzim dari saya untuk rakan-rakan seangkatan iaitu Azanin, Saadiah, Norliza, Zuraini, Mastura, Fadhilah dan lain-lain.


******

Petang selasa saya mendapat panggilan telefon dari suami bahawa anak saya yang bongsu...Fahem telah di bawa ke klinik kerana demam. Hati saya gundah gulana kerana risau yang bersangatan. Doa dan solat hajat sempat juga saya titipkan buat anak2 tersayang. Namun ketenangan suami dalam menangani situasi amat menyenangkan saya....alhamdulillah dengan kata-katanya yang menyejukkan hati, Fahem kebah juga dari demam pada malam tersebut. Terima kasih kepada suami tercinta yang sanggup bersusah payah sewaktu ketiadaan saya......pagi Rabu dia memaklumkan bahawa Fahem sudah sembuh sepenuhnya tetapi direhatkan di rumah pada hari itu. Katanya...pada malam Rabu, diselimutkan Fahem dengan selimut saya.....alahai anak....demam kerana ingatkan ibunya kot!!! Anak bongsu memang macam tu....


******

Kami check out dari hotel pada pukul 2.00 petang hari Khamis. Sudah menjadi kelaziman bagi wanita....tidak membawa cenderamata untuk keluarga bukanlah wanita namanya apabila pergi berkursus. Saya dan rakan sedaerah, Azanin pergi membeli belah di Bazaar Penang yang juga berdekatan dengan Pasar Showrasta dan Komtar. Membeli jeruk buah-buahan adalah kemestian apabila berada di Penang...jeruk mempelam, buah pala dan buah salak yang banyak dijual di Pasar Showrasta. Di Bazaar Penang pula kaum wanita pasti akan juling mata melihat pelbagai corak baju dan kain pasang yang beraneka rupa.....agak mustahil untuk saya katakan bahawa tiada wanita yang akan pulang dengan tangan kosong apabila datang ke sini.....termasuklah kami. Namun begitu sebagai ibu...sudah pasti untuk anak2 dan suami juga ada dibelikan sebagai ingatan.


******

Hampir pukul 5.30 ptg baru kami menuju ke perlabuhan feri untuk berangkat pulang. Terus mengambil laluan tol Lebuhraya Utara Selatan hingga ke Changkat Jering. Pada asalnya saya berhajat untuk singgah sekejap di rumah emak saya di Kuala Kangsar untuk mengambil buah rambutan dan menjenguk emak...tetapi bimbang akan sampai ke Teluk Intan lewat malam maka saya batalkan rancangan tersebut. Dari Changkat Jering kami mengambil jalan potong melalui Pantai Remis - Segari - Lumut - Manjung dan ke Teluk Intan. Alhamdulillah, setelah berhenti sebentar di Lekir menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak dan qasar, saya sampai di rumah lebih kurang pukul 9 malam. Agak lama juga kerana kami memandu dalam keadaan tenang, tidak laju dan tidak terburu2.

******

Hari Jumaat --- kembali ke sekolah seperti biasa. Ada dua kes disiplin yang saya kena settlekan hari ini. Isu biasa sahaja....yang lebih panasnya isu Selsema babi yang sedang menular di daerah Teluk Intan. Tiga buah sekolah telah diwartakan ada kes ini dan salah sebuah darinya telah ditutup serta merta. Bimbang hati kami bukan kepalang. Saya dan seorang lagi rakan sejawat mengedarkan artikel tentang zikir dan doa yang sepatutnya diamalkan untuk menghindari wabak penyakit ini. Moga2 rakan dan murid Islam dapat mengamalkannya sebagai langkah berjaga2.

******

Pada pendapat saya....ada beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu kita ambil untuk menangani wabak ini.

Pertama: Menjaga kebersihan....membasuh tangan dengan kerap kali.
Orang Islam mungkin tak ada masalah sebab secara sunatnya pun kita membasuh tangan dahulu sebelum mengambil wuduk. Kebersihan isi rumah juga jangan diabaikan.


Kedua: Mengelakkan diri dari berada di tempat awam sekiranya boleh.
Aktiviti yang melibatkan perhimpunan juga sekiranya boleh ditangguhkan, eloklah ditangguhkan. Ini pesanan dari Perdana Menteri kita sendiri.

Ketiga: Sekiranya kita terpaksa berada di tempat awam untuk keperluan hidup seperti bertugas dan membeli keperluan di pasar, hendaklah memakai topeng penutup hidung dan mulut. Jangan tunggu orang ramai pakai baru kita nak pakai...kitalah yang sepatutnya memulakan langkah ini terlebih dahulu kerana kita orang bermaklumat kan??? Perubahan patut dimulakan oleh diri kita sendiri.

Keempat: Sekiranya demam, terutamanya yang sakit tekak...bersegeralah berjumpa doktor
untuk menerima rawatan awal.

Kelima: Sepatutnya yang kelima ini adalah langkah yang pertama iaitu....membaca doa2 khusus untuk merawat jangkitan penyakit berjangkit. Terdapat pelbagai kaedah dan cara....melalui bacaan ayat Al-Quran dan selawat2 syifa`...kemudian sertai pula dengan solat hajat. InsyaAllah kita akan dilindungi Allah.

Walau apa juga yang berlaku.... hidup mesti diteruskan.....berserah dan bertawakkal kepada Allah. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah. Allah sahaja tempat kita bergantung....



17 comments:

Tirana said...

Aduhai panjang cerita orang pergi berkursus. Mudah-mudahan selepas ini semakin bersemangat untuk mendidik anak murid yang pelbagai kerenah.

Nur Azila Yahaya said...

oo mengajar di perak ye...

terima ksh tips2 y baik...

Razak said...

Salam...

Selamat kembali...

ASYIQ said...

Tirana ---> panjang tu sbb apa? Sebab dah lama tak blogging...dpt sekali mengadap laptop bukan main suka. Di sana ada talian percuma tapi masa tidak mengizinkan...


Azila ---> Yea...Perakku yang tercinta. Mai la dtg Perak...musim buah sekarang ni.


Razak ---> TQ....!

anak laut said...

salam...puan asyiq,

tq singgah anaklaut..wah..best jugak jarang2 sekali pi kursus ni kan..

anaklaut dah lama tak pi kursus..

arryani said...

My Lovely friend..

sonok tau ko dah balik ni..

Ada apa ole2 tuk kita..?

jeruk buah pala ada tak?

Jangan ar lokek..Kita bkn org laen....ngeh3X

ASYIQ said...

anaklaut ---> Kursus kali agak best jg...selain hotel yg memang selesa...peserta jg hanya didedahkan dgn maklumat2 terkini ttg senario masalah disiplin murid. Yg penting peserta tak perlu berbengkel dan membuat tugasan spt kursus2 yg lain...

..dlm ertikata yg lain, kursus yg santai dan merehatkan minda...hihi.


Kak yan --->

Ada banyak la kak yan...jeruk pala, jeruk mempelam dan yang paling sedap jeruk buah salak. Petang ni dtg la umah...hihi. Sy dah pack kan utk kak yan tercinta....

Cik Amy Sensei said...

salam kak asyiq..

waahhh...bestnya dia dapat gi kursus ye..apapun, semoga dapat banyak manfaat ye dari kursus itu... (^_^)

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

selamat kembali ke rumah n sekolah :D harap akk sihat..

hmm.. makin teruk ke penyakit tu??

Azan Subuh said...

semoga kak asyiq sekeluarga dilindungi Allah...

AiE bAhRi said...

Selamat kembali kak...rindu ngn penulisan akak..

Semoga Fahem cepat sembuh tapi rasanya dah sembuh sbb dapat pakai selimut ibunya..manjanye Fahem..hehehe

ASYIQ said...

Cik Amy ---> TQ sudi singgah blog akak. Akak pun dh mmbuat lawatan balas ke blog amy yang comel lote tu...dh jd follower pun...
Bolehlah kita berlink nnti yea...


LisZa ---> Akak ada byk beli jeruk tuk LiS....mai la Perak dtg ambil..hihi. (Saja je buat org terasa2 yek...)


Azan Subuh ---> Syukran sbb doakan akak sekeluarga. Moga Afzan juga dilindungi Allah dan cemerlang dlm pelajaran....amiiin.


Aie ---> Wah...dah ada org nntikan N3 akak ni...terharu den. Akak tahu yang Aie adalah follower setia akak....terimakasih aie. Moga aie cemerlang dlm apa jua yg aie ceburi...

p/s ada lg kerja berkumpulan ke?? Moga2 tak tension lagi.

Na Shari said...

Salam Kak Asyiq,
welcome back...Na pun dah lama tak jenguk blog akak since pergi Mekah dulu... :)

Dida... said...

Salam Kak..

Cantik dan bersih je nampak bilik hotel tu.... bila la sy nak pegi bercuti ke utara Malaysia pulak ya?

Selamat kembali berblogging.. saya pun nak start balik.... dah kurang sibuk.. tp x tau jugak.. tgk keadaan mood dan line....

Sekolah akak tak kena tutup ke sbb wabak tu?

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

haha.. kak asyiq kejam.. kejam.. :D hehe (gurau je)..

nnt sy balik.. sy kena gi gak umah kak asyiq ni.. nak ambik jeruk.. hehehe.. elok lg tu.. tuntut jgn x tuntut... lalala~

Nur Azila Yahaya said...

sy pn orang PERAK!
satu negeri rupa kita ni...

ASYIQ said...

Na ---> Selamat kembali ke alam maya Na....rindu jg dkt Na.


Dida ---> Dkt daerah akak dh ada sebuah sekolah ditutup....anak murid yg demam ditegah datang ke sekolah, ketika mereka berada di sekolah mereka wajib memakai mask....itulah sahaja langkah pencegahan yg dpt kami lakukan.

Akak pun sibuk gak skrg ni Dida, betul2 lapang baru boleh mengadap laptop.


LiSza ---> hihi...ada org teringin nampaknya....sorry!!!
Dah balik Malaysia nnti akak belanja LiS...


Azila ---> Oooo...org kita ke?? Peghak kat mana Azila???

Pengikut ASYIQ