JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, August 3, 2009

Amalan untuk elak penyakit berjangkit



Assalamualaikum semua...

Sebenarnya saya sedang menunggu masa untuk bertolak ke Pulau Pinang pada pukul 10.00 pagi untuk berkursus di sana sehingga Rabu 5.8.2009. Pagi tadi saya mendengar berita radio sewaktu menghantar anak ke sekolah....angka kematian untuk H1N1 pagi ini sudah ke angka 6 orang dan yang amat mengejutkan saya dua orang kanak2 yang meninggal dunia semalam tidak mempunyai sebarang petanda batuk atau kesesakan nafas. Macam mana boleh berlaku macam tu...semuanya ini meruntun hati dan perasaan saya...sementelah pula akan meninggalkan keluarga buat beberapa hari. Hanya Allah menjadi tempat saya bergantung.


Malam tadi saya sempat merayau ke laman2 web perubatan islam, sememangnya niat untuk mencari doa atau amalan yang diambil dari ayat2 al-Quran bagi mengelakkan diri dari penyakit penyakit yang sedang menular ini....berikut adalah hasil carian saya yang terdapat di blog Terapi Islam al-Fatah. Kredit untuk yang empunya blog...syukran jazilan.

*************************************************
Amalannya:


Yasin : 58


58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.


1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah amalkan membaca Yasin:58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit ,sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

-Daun pokok Ketapang 7helai

- Daun Daun pokok Ara 7helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus)

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : 4 sebanyak 7 kali setiap satu.


4.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.



255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi.
tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

c) Yasin : 58 63x.

d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas) Al Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.

Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan sekurang-kurangnya kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

************************************************************************************

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar.

Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit, jika bahan ini juga sukar diperolehi di bandar, saya dapat rasakan, pasti ada yang pelik, bandar mana yang individu tersebut tinggal?

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.

*************************************************************************************
Sekadar tambahan, bagi yang akan menghadapi temuduga, boleh juga amalkan dengan membaca Yasin:58 7x senafas di muka pintu sebelum keluar rumah sambil membayangkan diri sendiri, lalu hembuskan nafas perlahan, isyarat menghembus diri kita yang dibayangkan itu. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segalanya. Amin Ya Robbal A'lamin.
*************************************************************************************

Semoga kita semua mendapat perlindungan Allah ....

5 comments:

AiE bAhRi said...

Salam kak..

Selamat berkursus ya! Sekarangkita didduga dengan pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa maut.

Itu semuanya dugaan buat kita dan juga merupakan salah satu tanda dunia hampir ke penghujungnya.Terima kasih atas perkongsian doa2 untuk elak penyakit.Semoga kita sama2 dapat mengamalkannya..InsyaAllah..

Abd Razak said...

Salam kak,

Selamat berkursus kak, moga dipermudahkan dalam urusan akak di sana.

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Anonymous said...

Asyik

TQ for sharin..

Slmt bkusus..

Moga slamat smuanya..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam kak.. :D
sihat? keluarga sihat?

huhu.. lama dh x p pulau pinang.. kecik2 dulu, selalu mama n abah bwak bercuti ke sana :D

doa tu senjata bg muslimin.. insAllah, jika betul2 berdoa mengharap pertolongan dr Allah, insAllah, akan di makbulkan

ASYIQ said...

Untuk aie, razak, arryani dan dik LiS --->

Sorry sbb late reply. Balik mlm jumaat lps...tp still x bleh ngadap laptop sbb rumah agak kelam kabut...maklumlah surinya tiada di rumah.

Nak minta anak2 buat pn tak boleh sbb dia org semua dh sibuk nak exam besar...hihi. Tak kisahlah...mereka boleh berdikari setiadanya sy pun dh kira begitu bagus.


Selsema babi di Teluk Intan dah ada beberapa kes. Semalam salah sebuah sekolah di sini telah ditutup seminggu dan ada dua buah sekolah lagi dlm pemerhatian KKM kerana dikhuatiri ada jangkitan wabak ini.

Saya mengambil langkah lebih berhati2 dimana keluar rumah dgn memakai penutup hidung dan mulut terutama di kawasan terbuka.

Namun begitu masyarakat kita nampaknya masih kurang prihatin dan berjaga2 dgn isu ini...

Pengikut ASYIQ