JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, September 3, 2009

Bertengkar...selamatkah?


Pernah bertengkar dengan pasangan? Kalau jawab "TIDAK PERNAH" bolehlah dianggap "ajaib". Bagi pasangan yang tengah bercinta memang la jarang bertengkar. Masing-masing sedang meraih perhatian pasangan...sedaya upaya mahu merebut hati pasangan. Tapi kalau pasangan suami isteri.....agak mustahil juga tak pernah bertengkar....sedangkan lidah lagi kan tergigit. Betul tak?


Punca suami isteri bergaduh atau bermasam muka amat banyak. Dah tinggal sebumbung...mestilah banyak yang menggigit rasa. Kalau zaman bercinta "kentut pun wangi" tetapi kalau dah berumahtangga.....suami kentut depan isteri pun boleh membuatkan isteri bermasam muka. Betul tak? Tadi saya terbaca kisah perceraian berlaku pada sepasang suami isteri setelah si suami tidak suka tabiat isterinya yang suka memicit ubat gigi sesuka hati....tidak dipicit dari bawah. Pelik kan? Cerita lanjut bolehlah baca di SINI.


Betul la kata P.Ramlee..."sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" Kita ni kan manusia biasa. Kita ni banyak kekurangannya. Cuma yang perlu kita ingat ialah suami kita adalah manusia yang mempunyai hak untuk dihormati dan dan ditaati. Begitu juga dengan si isteri...bagi para suami di luar sana perlu ingat bahawa isteri mereka juga mempunyai hak untuk disayangi dan dibelai dengan kelembutan.


Adakah apabila timbul pertengkaran maka kita boleh labelkan bahawa rumah tangga tersebut telah gagal kerana tidak wujud komunikasi unggul? Tidak ada rumah tangga yang tidak ada slot pertengkaran....cuma yang kita perlu lakukan ialah "bertengkar dengan cara yang selamat" Ertinya kita tak mahu pertengkaran tersebut akhirnya mengakibatkan perceraian...nauzubillah.


Untuk bertengkar dengan cara selamat...kita hendaklah ubah sikap yang tidak mahu bertanggungjawab. Contoh....suami marah-marah apabila barang yang diletakkannya di atas meja telah hilang lalu menuduh si isteri yang suka mengemas membuangnya. Dalam keadaan begitu...si isteri perlu mengalah sahaja. Diam adalah langkah terbaik...ataupun minta maaf. Dalam keadaan macam tu jangan menafikan pula...walaupun jelas kita tidak membuang benda tersebut. Tolong dia cari barang tersebut. Jangan bertekak. Silap-silap barang tersebut ada di dalam kocek seluarnya. Jangan harap pula si suami minta maaf...ego mereka kan tinggi. Jangan mengharap...nanti kita kecewa. So, pertengkaran itu selesai dengan selamatnya.


Kedua....hentikan sikap suka mencari perbezaan. Inilah sikap yang paling tidak selamat dalam rumah tangga. Utamakan mencari keserasian dan persamaan. Jangan suka membanding-bandingkan suami atau pasangan dengan orang lain. Jangan cari macam cerita Pendekar Bujang Lapok...disebabkan buat sambal tak letak belacan pun sampai nak berbunuh-bunuh. Redha dengan apa yang kita ada. Kita pun bukannya sesempurna mana pun...macam mana kita nak pasangan kita sesempurna mungkin. Suami pun kenalah bersikap begitu juga....mungkin isteri tak pandai memasak tetapi dia pandai mengemas. Mungkin isteri tak pandai mengemas tetapi dia pandai menjahit sehingga boleh menambahkan pendapatan keluarga. Mana mungkin nak cari isteri yang sempurna semua perkara...tetapi jangan disebut yang "kurang"...sebutlah yang "lebihnya" pasangan kita itu....


Ketiga....berhenti menuding jari kepada pasangan anda. Kalau perkara yang salah semuanya pasangan anda punya angkara...bukan anda. Itu ego tandanya. Ada isteri yang disalahkan kerana anak mereka gagal dalam peperiksaan. Bukankah mendidik anak itu tanggungjawab bersama. Lakukanlah bersama-sama. Masalahnya apabila si suami asyik nampak si isteri sahaja yang membimbing anak membuat kerja rumah....jadi kalau anak gagal maka salah isteri lah. Suami tak salah sebab bukan dia yang mengajarnya. Logik ke sebegitu??? Kalau bertengkar...jangan mudah menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya terus berfikir macam mana nak selesaikan masalah anak yang gagal tersebut...hantar ke pusat tution yang lebih baik. Fikirkan jalan penyelesaian....bukan menoleh ke belakang mencari kesilapan siapa. Perkara dah berlaku!!


Keempat...perkara yang paling penting untuk bertengkar dengan selamat ialah memohon maaf atau memberi maaf. Susah bagi lelaki?? Menurut satu artikel yang saya pernah baca....berdasarkan satu kajian, kaum lelaki 93% daripadanya sukar memohon maaf walaupun ternyata dia yang bersalah. 5% daripadanya hanya berdiam diri apabila diajukan mengenai kesalahannya manakala 2% sahaja yang bersedia untuk memohon maaf. Sebabnya...nak jaga maruah di hadapan seorang isteri kut....takut "pride" nya berkurangan. Harap-harap rakan-rakan blogger saya adalah dalam kategori 2% tersebut.


******

Tulisan ringkas itu sebenarnya adalah atas permintaan seorang rakan baik saya melalui email yang saya terima petang tadi. Walaupun tidak sesempurna mana harap dapat memberinya sedikit info untuk menangani masalah rakan baiknya yang sedang dalam "kekalutan" dengan suaminya. Saya tidak sempat membuat kajian terperinci....ini sahajalah idea yang muncul sekembali dari tarawikh ni. Anggaplah ini juga sedekah ye....moga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ini adalah jawapan kepada emailnya yang saya copy and paste di sini dengan sedikit pengubahsuaian...harap dapat manfaat. Wallahua`lam.

10 comments:

DaliaLiyana said...

Tq for d sharing..
syukran jazilan..

sI tEDI said...

sharing is caring...

terima kasih cikgu :)

** suka panggil cikgu. saya kerani sekolah. masa sekolah lama dulu ramai cikgu suruh panggil kakak jek, tapi ntah... seronok panggil cikgu gak. ekekekeke...

Razak said...

Salam kak...

Moga saya pun tergolong dlm golongan 2% tu, kena belajar kawal ego kalau tidak ianya akan mengatasi kita dan pasti kita akan kecundang dlm menegak kedamaian...

ASYIQ said...

DaliaLiyana ---> Terimakasih Dalia sudi dtg sini. Salam silaturrahim....salam kenal, silalah berkunjung lg.



TeD ---> Ok...akak tak kisah, bukan aiman jek....hihi.

"Cikgu" tu adalah panggilan keramat....walau di mana pun dia berada, walau dah pencen, walau dh meninggal dunia, panggilan cikgu akan tetap kekal.



Razak ---> Akak yakin, Razak tergolong dlm 2% tu...alhamdulillah. Bukan senang nak melerai keegoan lelaki...salah satu dari fitrah yg Allah kurniakan pd hambaNya yg diangkat sebagai ketua dlm kumpulan manusia.

- jinggo - said...

terima kasih kepada N3 yg kena batang hidung..
mungkin ada pengalaman yg berbeza diantara kita...........

semuanya menjadikan saya lebih tahu dan kuat....

ummi humaira said...

mudah2an apa yg ummi coret disini bkn dtg dr hati yg riak tp sekadar berkongsi maklumat aje ,hingga kini 18 thn kawin dulu br cinta ,tiada pula sdgkn lidah lg tgigit , alhamdulillah . perkataan maaf sering je dtg dr hubby bbnding ummi .. kalu ada yg tsilap bawa bbincang atau tunggu mood yg baik baru berbincang .

ainShahajar said...

berguna ni.. nti da kawen kene bace balik..

selalu kene mengingatkan diri.. diri ni alpa

ASYIQ said...

Jinggo ---> Betul, antara kita ada pengalaman yang berbeza. Dan pengalaman itulah yang biasanya membezakan kita.....namun hakikatnya kita hanyalah manusia biasa....redha dan pasrah pada setiap ketentuanNya.



Ummi ---> Syukurlah, suami ummi tergolong dlm bilangan 2% itu...
Hakikat yang kita perlu akui...cabaran bagi seorang isteri yg memiliki suami sempurna lain pula...ujian ttp dtg dlm bentuk yg berbeza. Selagi kita boleh mengenali "ujian" tersebut dan bijak menanganinya selagi itulah kita tergolong dlm golongan yg diredhaiNya.



Ain ---> Lamanya akak tak nampak Ain di sini....riiindu pulak.

Dunia bercinta dan dunia berumahtangga amat berbeza Ain...kita lebih mengenali pasangan setelah kita berumahtangga. Di situlah segalanya bermula. Cabaran demi cabaran mendatang.

Dida... said...

Salam Kak Asyik..

panduan yg berguna.. tp tidak dinafikan bhw wanita adalah golongan yg selalu mengalah... walaupun di dalam hati Tuhan je yg tau betapa pahitnya perasaan yg dipendam itu...

saya selalu ambil jalan berdiam diri... dgn cara itu, kemarahan tidak berpanjangan dan bibit2 kemesraan akan kembali semula...

Moga kita tergolong di antara isteri2 yg solehah yg mendapat keredhaan dari suami hingga ke akhir hayat kita.. Redha suami juga adalah Redha Allah...

ASYIQ said...

Betul tu Dida,

Redha suami adalah redha Allah....wanita lebih mudah mengalah. Itu jalan yang terbaik.

Malam ni streamyx b'down...ni br dpt masuk tp slow sgt. Entry Dida blum dpt akak baca...

Pengikut ASYIQ