JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, August 10, 2009

Hukum Allah pasti benar...



Hari ini sahaja H1N1 atau panggilan 'Melayu'nya Selsema babi telah meragut 9 lagi nyawa menjadikan angka kematian mencecah 27 orang. Rata2 orang membicarakan soal selsema babi, pemakaian mask, angka kematian dan pelbagai lagi.....namun begitu hari ini saya membaca satu blog yang ditulis oleh Dr V.M. Palaniappan di sini tentang beberapa perkara berkaitan dengan selsema babi ini. Beliau merupakan individu yang mengarang buku2 dalam bidang perapi pelengkap yang diterokai oleh beliau yang dipanggil sebagai sistem penyembuhan secara ekologi.Beliau merupakan bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya. Ada beberapa kenyataan beliau yang menarik perhatian saya.


Pertama: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan......kerana hubungan yang haram ini akan menghasilkan geseran haba yang akan meningkatkan kadar keasidan dalam badan dan keadaan ini akan menjadikan badan lebih mudah terdedah dengan virus ini.

MasyaAllah....benarlah bahawa Allah mengharamkan perbuatan liwat dan juga onani. Salah satu sebab kenapa virus ini menular adalah disebabkan peningkatan maksiat dan dosa yang dilakukan oleh manusia. Ramai orang yang tidak setuju dengan kenyataan ini.....namun kita sepatutnya akur. Allah menurunkan virus ini sebagai satu ancaman kepada peningkatan kadar maksiat di seluruh dunia samada dilakukan oleh orang Islam atau dilakukan oleh orang bukan Islam. Nak kawal virus ini????......berhenti dari maksiat serta merta. Namun begitu hubungan kelamin yang dilakukan secara normal antara pasangan lelaki dan perempuan adalah selamat.


Lihat sahaja bagaimana Allah menurunkan haiwan yang kecil untuk kita hidup merana dengan pelbagai jenis penyakit....NYAMUK. Dari nyamuk tiruk yang menyebabkan malaria, kemudian nyamuk aedes yang menyebabkan denggi.....dan kemudian demam chikungunya yang juga disebabkan oleh makhluk kecil ini...Bagaimana kita yang lebih besar beribu kali ganda darinya tidak dapat melawan makhluk Allah yang kecil ini. Tidak salah saya katakan bahawa...angka kematian yang disebabkan oleh denggi sebenarnya lebih tinggi berbanding dengan kadar kematian yang disebabkan oleh selsema babi. Mungkin disebabkan usia selsema babi masih muda di kalangan manusia....nak kawal denggi????......tutup semua premis yang melibatkan maksiat!!!


Kedua: Cara untuk mencegah keasidan itu adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.

Rupanya penawar yang paling berkesan untuk meneutralkan asid dalam badan kita ialah dengan meminum air kelapa muda --- dua kali sehari. Kiranya petua orang2 tua kita ada benarnya....air kelapa yang bersifat alkali akan meneutralkan asid dalam badan kita. Jadi bagi mereka yang mempunyai pokok kelapa muda di rumah, inilah masanya untuk meminum air ini. Kalau tidak, terpaksalah kita membeli air kelapa muda di gerai2 yang berdekatan.


Selepas ini kita akan dengar pula naiknya harga air kelapa muda pula....itulah sifat orang kita. Percaya tak???....'mask' yang saya beli pada hari Jumaat lepas dengan harga 40 sen sekeping, hari ini meningkat kepada harga 80 sen sekeping...di farmasi yang sama dan jenis yang sama. Menangguk di air yang keruh adalah sifat semulajadi orang kita....terutama di saat genting sekarang.


Selain air kelapa muda --- kita juga digalakkan untuk makan buah2an seperti limau barli, lemon, limau manis dan sejenisnya. Walaupun limau mengandungi banyak asid sitrik tetapi ianya juga kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali. Apakah selepas ini kita akan melihat kenaikan harga pada barang2 ini juga?
Kita lihatlah bersama2.


Ketiga: Kegiatan jasmani yang berlebihan juga sebaiknya dielakkan kerana ianya juga akan meningkatkan kadar asid dalam badan kita disebabkan kegiatan metabolik berlebihan dalam badan.

Ini mungkin perkara yang tak terlibat secara langsung kepada kita semua.....kerana orang Malaysia yang biasa2 macam kita (bukan atlit) biasanya "hari-hari tak bersenam". namun begitu berjalan (walking) yang selalunya kita amalkan adalah jenis senaman yang paling selamat dewasa ini.....tetapi jangan lupa pakai 'mask'.


Keempat: Berjaga hingga jauh malam atau bekerja tanpa rehat yang secukupnya juga akan menyebabkan tubuh badan kita berasid dan akan mudah dijangkiti virus.....termasuklah virus ini.


Pastikan kita mendapat tidur yang mencukupi dan rehat yang sepatutnya....orang yang terlebih kerja badan akan menjadi lemah.....badan yang lemah akan mudah dihinggapi penyakit.


.
.
.
.

Saya menyusun sepuluh jari kepada rakan2 blogger semua.....masa yang terlalu terhad sekarang memaksa saya mengadap kerja2 yang bertimbun di bulan Ogos ini. Banyak sebabnya.....sebab peribadinya saya terpaksa menumpukan sepenuh perhatian kepada anak2 yang akan menghadapi peperiksaan besar, urusan rumahtangga yang tidak pernah selesai dan ditambah pula dengan kerja2 profesional saya di sekolah.....menanda kertas Gerak Gempur SPM dan PMR, ditambah pula dengan menanda kertas Percubaan PMR yang sedang berlangsung, aktiviti latihtubi dan sebagainya.


Maaf andai kalian semua tidak nampak kelibat saya di mana2 blog....terima kasih kerana sudi juga kawan2 datang berziarah ke sini dan meninggalkan jejak kalian....andai ada masa dan kesempatan pastinya saya akan pergi juga menziarahi kawan2...menqadha balik mana2 entry yang tertinggal.......apakan daya saya.!



23 comments:

OmbakBaik said...

h1n1 balasan Allah pada kita kan kak..semuga kita sentiasa mengingatiNya...
bz kan cekgu2 bulan ni..huhuhuhu

Dida... said...

Salam Kak Asyiq..

Saya ada baca satu artikel ttg ada pesakit yg sembuh dgn meminum air jus epal muda dan fresh orange disertakan dgn selawat.. ini adalah saranan seorang ustaz.. InsyaAllah.. moga berhasil..

Kita hanya mampu berusaha.. hanya Allah yg sahaja yg dpt menentukannya..

Keri AlHaj said...

Salam kak Asyiq... sihat tak...

sebelum ni, memang dah byk penyakit2 bahaya yg Allah turunkan yg boleh merebak melalui maksiat... AIDS yg sampai sekarang tak jumpa2 ubat dia contoh yg paling jelas... tapi tak sedar2 jugak. sex bebas makin bebas.. homosex dah makin hebat sampai boleh buat parti2 besar-besaran siap bukak baju seluar semua..

bila Allah turnkan bala. maka siap sedialah, bukan setakat pelau-pelaku dosa... habis satu kampung yang mana tak terlibat akan terhukum sama. Sebab tanggungajawab utk mencegah maksiat adalah tangjungjawab semua...

Semoga segera timbul kesedaran antara kita...

Abd Razak said...

Salam Kak Asyiq

Moga akak sentiasa tenang dlm menjalankan tugas seharian.

Meyakini bahawa semua musibah datangnya dari Allah, menyedari kesalahan kita bila musibah itu datang kerana dosa kita...

Berfikir, mengapa musibah tiba?

Berlindung kepada Allah dari kejahatan musibah, bertawakal kepada Allah, bersabar atas ujian Allah, berbaik sangka kepada Allah, tidak putus asa tapi berharap rahmat-Nya

Na Shari said...

Just wanna share...

Minum air zam zam dengan kurma pun boleh mencegah pelbagai penyakit...

Unknown said...

salam kak.just nak ingatkan diri saya sendiri..dgn sakit boleh mati,tanpa sakit pun akan mati juga..
tapi kalau boleh mati dlm keadaan solah bila kena h1n1,apa salahnya kena?hehe..yg penting mati dlm keadaan beriman.selamat kat 'sana' nanti~

AiE bAhRi said...

Salam Kak,

Terima kasih info ini.Moga kita sama2 dapat ambil iktibar setiap kejadian yg berlaku..

selamat melakukan tugas2 akak..=)
Aie pon sejak kebelakangan ini bz..huhuhu

Anonymous said...

aslmkm cikgu..

kalau masuk blog rhea, ambillah pamplet tu ye.. dr.malina minta tolong perpanjangkan.. terima kasih..

ASYIQ said...

OmbakBaik ---> bz skit la..byk keje. Marking paper bkn kerja senang...wpun duduk je tp makan masa. Bila tgk jwpn budak lg rasa pening2 lalat...hihi.

Take care.....wabak ni kt Kuala Kangsar mcm mana?


Dida...---> Erm...petua bagus ni..back to basic. Boleh jg diamalkan...yg penting keizinan Allah. Bagi kita hanya berusaha dan bertawakkal.


Chimera ---> Walaupun begitu ada juga orang tak suka bila kita kaitkan wabak ini dengan balasan Allah....tetap tak mahu percaya bahawa apa yang berlaku adalah pembalasan Allah.

Tunduk dan akui kelamahan kita...itu sebaiknya.


Razak ---"Berlindung kepada Allah dari kejahatan musibah, bertawakal kepada Allah, bersabar atas ujian Allah, berbaik sangka kepada Allah, tidak putus asa tapi berharap rahmat-Nya"

Saya suka pada ayat2 ini....penuh makna.

ASYIQ said...

Na Shari ---> TQ Na...kalau akak pi rumah Na sure banyak lagi kurma dan air zam2 kan??? Itulah sebaik2 penawar.


Iqbal ---> Mengingati mati itu baik, meminta mati itu berdosa....yang penting dapat mati dlm keadaan husnul khatimah....

Pernah terdengar tajuk sebuah lagu...khatimah cinta...ingat kan nasyid rupanya tidak...artis tu pn sebut semacam jer ayat tu....hihi.


Aie ---> Sama2 dik...doakan untuk semua.


RHEA ---> Ok...nnti akak ke sana.

myQza said...

sharing is caring.. terima kasih cikgu :)

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

cikgu2.. saya pun baru tau ada kes di Jordan ni cikgu.. thanks cikgu atas perkongsian ilmu..

klu x silap.. makan buah2an juga dpt mencegah.. nasib buah kat sini murah dari Malaysia.. hehe.. tp mana nak dpt air kelapa... uwaaa.. cikgu, sy dah lama x minum air kelapa ni :D

hehe.. kak asyiq, sy jd anak murid lak kali ni :D

moga dijauhkan kita dr sebarang penyakit, & diberikan kesihatan tubuh badan dalam menjalani ibdah & kehidupan harian.. ameen ya Rabb

Ummu Mishkah said...

rindunya kat akak.... :)
terima kasih berkongsi info.. kami sekarang beli air 100 plus berdozen2.. hrp2 membantulah juga...

Unknown said...

Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...

Unknown said...

Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...

ASYIQ said...

TeD ---> "Sharing is caring..." saya suka ayat tu...TQ.


LiSza ---> Bertuahlah LiS dok sana...buah2an murah. Kalau seguni epal hijau berapa hengget duit kita?? hihi. Nak amal petua Dida kasi...minum jus epal hijau!!!



UM ---> Akak pn rindu kt Um gak ^-^
100 plus mmg bagus ye...nak hindari demam denggi pun doktor sarankan minum air tu. Ada pesakit kencing manis pun boleh dirawat dgn 100 plus...tapi kena hilangkn gas dia dulu. Gas tu yg krg baik...



Anak Pendang Sekeluarga ---> Welcome back....apasal la agaknya lama menyepi ni??? Ahlan wa sahlan...

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

epal hijo.. xpenah lak nampak kak.. n xpenah beli.. hehe, so, xtau la bape hengget :D.. adehh.. kak asyiq.. kak asyiq..

hehe.. kat sini skrg musim anggur.. 1kilo 5henggat.. wah... sedap sgt makan anggur.. hehe.. pastu, tembikai, lai, duraq, n byk lg la.. hehe

ASYIQ said...

Lis ---> Tak ada epal hijo kat sana?
Buah duraq tu ape...ingat kan durian tadi.....hahaha

Ibnurashidi said...

Salam,

Macam-macam ya. Saya ada terbaca satu tulisan, katanya H1N2 berpunca dari makmal saintis US. Sengaja depa reka penyakit untuk kayakan diri.

Keri AlHaj said...

salam kak...
Ni dah sehat ke tak lagi nih... moga cepat sembuh dari sakit tu... patutlah lama hilangnya. kena ciken pox rupanya ya... rehat byk2 k.

Tentang anak2 akak tu... kita doakan sama-sama kejayaan diorang... moga yang terbaik sahaja untuk mereka... Yang terbaik untuk akak juga....

ASYIQ said...

Ibnurashidi ---> Saya pun ada terbaca artikel yang sama...tak tahulah betul atau salah. Ada dlm satu seminar ttg hub halal baru2 ni di KL dinyatakan pula punca H1N1 bermula apabila org Mexico @ Eropah umumnya dah menjadi satu tabiat mengucup mulut babi kerana dikatakan sama mcm mulut manusia....di situlah bermulanya wabak ini. Byk sgt andaian...tak tau nak kata yang mana satu.

Yang pasti...Allah turunkan bala utk menyedarkan manusia. Bala tu mestinya berpunca dari manusia yang terlalu rakus melawan peraturan normal yg telah ditetapkan oleh pencipta kita....lawan arus bermakna PADAH.


PakKaramu ---> Salam Ramadhan juga...moga tak adalah malam yang kita miss tarawikh...InsyaAllah.


Chimera ---> TQ atas doa chime. Moga semuanya sejahtera. Utamakan yang UTAMA dulu.....itu pesan kak Tirana!!

~PakKaramu~ said...

Salam Asyiq, Oooo rupanya tinggal Simpang Emat H.Melintang, dan mungkin bekerja di TI Alhamdulillah ! saya kebetulan pengurusi masjid Al Falah batu 16 dan mungkin saya bertarawikh di sini, dekat dengan rumah je, Asyiq tinggal kat taman mana ? Asal dari KK ke ?

ASYIQ said...

PakKaramu...

Sy asal KKgsar, ikut suami yg bertugas di RnD United Plantation (Jendarata) di Batu 9. Dok kuarters suami kat situ. Mengajar di TI.
Saya mula di sini thn 2006.

Selamat berkenalan PakKaramu...sy ada jg suka jln2 ke Bdatoh ngan suami...ke tepi jeti dan mkn2 di situ sambil melihat2 orang memancing...

Pengikut ASYIQ