Assalamualaikum...
Terasa amat bersalah kepada semua rakan2 blogger yang dikasihi sekalian.....atas beberapa kesibukan yang agak melampau saya jarang berada di dunia blogger ini. Mungkin juga atas kesibukan dengan dunia facebook yang telah berjaya menemukan rakan seangkatan yang telah terpisah hampir 25 tahun.....maka dunia blogger ini saya tinggalkan. Maafkan saya....apa lagi yang perlu saya katakan.
Terasa amat bersalah juga kerana 24hb Disember yang lepas....hari keluarnya keputusan peperiksaan peperiksaan PMR 2009 juga saya gagal untuk berada di sini. Terlalu terlewatkah untuk saya umumkan bahawasanya anak saya berjaya mendapat keseluruhan A dalam PMR yang lalu....8A! Alhamdulillah. Sujud syukur hanya padaMU ya Allah.....
Terima kasih kepada semua rakan blogger yang dahulunya setia mendoakan kejayaan kak long serta memberi semangat...jasa kalian amat saya hargai.
Wajarkah di sini untuk saya luahkan bahawa.......saya sedang melaui proses menyendiri disebabkan oleh beberapa masalah peribadi yang saya sedang hadapi. Mohon juga jasa2 baik rakan2 blogger untuk mendoakan saya kuat....tabah....serta redha di atas segala ketentuan yang Allah telah takdirkan untuk saya. Tak mampu untuk saya kongsikan di sini...tetapi amat mengharapkan doa kalian semua. Saya ingin berdiri semula seteguh menara KLCC untuk mara menghadapi kehidupan yang seterusnya..Lantaran itu saya agak tidak mampu untuk memberi sokongan dan moral kepada orang lain kerana saya sekarang yang layak menerima sokongan dari anda semua......doakan saya.
Salam kasih sayang,
Asyiq.
18 comments:
Salam...:)
Alhamdulillah...setinggi-tinggi tahniah buat kak long serta ibunya.
Perjalanan masih panjang, teruskan perjuangan serta minta pertolongan dari Allah setiap masa dan ketika...
Orang pertama :):)
Tahniah buat kak Long dan buat AsyiQ juga..
Hidup umpama roda..sekejap di atas, sekejap kita di bawah...Ketika berada di bawah, bersabarlah dan yakin tak lama lagi kita akan berada di atas semula.. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan buat AsyiQ menempuh apa saja dugaan yang sedang dihadapi sekarang ini.
p/s Jika inginkan berkongsi apa-apa dengan kak tirana just send email to me. okay.
salam cikgu asyiq..
Tahniah untuk Kak Long.
Semoga cikgu Asyiq tabah hadapai dugan
Salam asyiq ...
tahniah buat kak long .
Semoga asyiq tabah menghadapi segala dugaan .. Allah sentiasa bersama mu ..
salam..
tahniah untuk kaklong..
semoga terus berjaya di masa akan dtg
Tahniah Kak Long! Berbaloi pengorbanan kak asyiq sefamily dgn kejayaan ini dan utk kak asyiq moga dipermudahkan segala urusan.. moga kekuatan akan terus berbaki.. inshaAllah!
Salam...
Tahniah untuk kak long... tahniah jugak untuk kak Asyiq...
bersabarlah dgn ujian..
salam kenal
Salam Asyik..
1st skali..thniah tuk kak long...Berbaloi nmpknye..
2nd..
Be strong my fren..
Kdg kala ribut dan guruh ini didatangkan sebab Allah nk hadiahkan kita pelangi...
Kalau ada apa2 yg nk dikongsi,Asyik tau nk cari saya kat mana kan..
Salam sayang dari saya..
Salam
Tahniah buat kak Long!
Buat akak, moga terus kuat ya...
Abd Razak ---> Selalu terfikir2 utk beri hadiah apa agaknya untuk pengomen pertama...hihi. TK atas ucapan dan doa utk akak.....
Tirana ---> TK kak atas ucapan. InsyaAllah, sekiranya ada kekuatan saya akan terjah kotak email akak.
tEDI ---> TK atas ucapan...dan doakan akak terus mampu berdiri.
ASE1 ---> TK dan tolong doakan sy terus tabah...
Nik Fauziah ---> TK atas ucapan. Semoga langkah pertamanya ini akan memberinya semangat utk terus maju di takah yang lebih tinggi....
UM ---> Selalu bersama akak pun dah dikira memberi kekuatan...TK dik.
vict ---> Salam kenal juga. TK atas ucapan.
aaryani ---> Nk komen yg kedua.....nak strong tu yg susah skit, perlu dibayar dengan airmata setakat ini.....huhu. Mgkn sy akan terjah akak juga.....tunggulah.
Aie ---> Moga2....berkat doa kawan2.
salam kak :)
rindu nk baca tulisan akak..akhirnya akak muncul..hehe..
alhamdulillah akak datang dgn berita gembira..tahniah buat kak long n akak sendiri ats kejayaan tu..mesti akak seronok kn..:) semoga kak long terus membina kejayaan di dunia dan akhirat..amin..
semoga akak terus dikurniakan kekuatan n ketabahan menjalani hidup ini..fastaqim kama umirta :)innallaha ma'assobirin..fa sobrun jamil !!
salam ukhwah (^_^)
Salam Cu,
btul Ya setuju...facebook dah jadikan kita malas untuk menulis ...sedangkan kepuasan menulis blog ni lebih berbanding fb...maybe sebab kita xcited jumpa kwn2 lama kot...hehe...
Hmmm...Semua orang ada masalah kan Cu, orang yang tak ada masalah pun satu masalah juga kan...kadang2 masalah,ujian & dugaan ni buat kita hilang arah sekejap....tp kita tak tahu hikmah dsebalik semua ujian tu...kalau la kita tahu setiap ujian @ masalah tu satu anugerah..kan indah Cu...moga Cu dianugerahkan hati yang tenang dan teguh dalam meniti hari yang mencabar...Allah tahu Cu mampu lalui semua ujian ini dengan tenang & sabar =)....
Salam
Tahniah atas kejayaan kak long.
Ujian dan dugaan adalah asam garam kehidupan dengan tujuan agar kita dapat berfikir dan merenung dan kembali untuk lebih dekat kepada-Nya.
Semuanya sebagai peringatan bahawa hanya Dia tempat kita bersandar, berharap dan berlindung, tiada yang menghidup dan mematikan melaiankan Dia. Begitu juga tiada yang memberi manafaat atau yang memberi mudarat melainkan Dia.
Semua bersumber daripada Dia.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." [al-Baqarah:216]
Sabar dan teguhkan iman..
Melatidaisy ---> Doakanlah....semoga kembali teguh berdiri.
adeqya---> Biasanya begitulah....disebalik kepahitan itu ada manisnya. Cuma kita aje yang kadang2 tak sabar!!!
Rbain---> Terimakasih di atas peringatan yg berguna. Doakanlah...
assalammualaikum asyiq
tahniah utk along
hidup kita memang setiasa pasang srut.
moga Allah beri kekuatan dan dipermudahkan urusan. ameen
a kl citizen--->
Terima kasih byk2 akak....doakan saya selalu.
Post a Comment