JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Assalamualaikum.....!


Menjelajah ke blog2 penulis ilmiah sempena sambutan Tahun Baru 2010.....saya tertarik dengan satu entry yang ditulis oleh penulis tersohor Pahrol Mohamad Juoi di sini.....Amat sesuai dengan kehendak naluri hati dan jiwa saya ketika ini.....maka seeloknya saya kongsikan di sini.



Suci Sekeping Hati
Sekeping hati dibawa berlari

Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran

Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah

Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang

Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



Diambang 2010, di mukaddimah 1431 H, enam segmen kehidupan diteliti satu persatu – kerohanian, ilmu, keluarga, kerjaya, kesihatan, kewangan. Ku teliti hati-hati dan ku disuluh sepenuh satu persatu. Kepincangan dan lompang kelihatan di mana-mana. Sabar. Dan aku perlu bangun untuk memperbaikinya. Prestasi dan kemajuan… alhamdulillah, juga kelihatan. Syukur. Dan bangun lagi untuk meningkatkannya.



Di langkah pertama memacu roh hijrah 1431 H dan momentum 2010, aku hanya ingin mengingatkan. Tentang wujudnya parasit… parasit hati!



Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu. Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat… tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!



Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati… anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak. Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?



Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana. Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.



Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya “parasit” pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah. Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.



Aku menulis ini justeru ada pertanyaan. Aku enggan menulis tentang watak “hitam” dalam kelompok manusia seperti dia. Aku pun bukan “malaikat” yang serba suci dan tidak punya kesalahan. Tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman yang secebis, anda, aku dan kita pasti menemui orang-orang seperti ini dalam pergaulan. Jika tidak setuju, dia senyum, manis seolah-olah setuju. Tetapi belakang kita lain bicaranya. Jadi, jangan ada apa-apa hubungan dengannya… biarkan dia berlalu sebagai “tanda jalan” dalam musafir hidup mu!



Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu… pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman. Jangan melulu oleh kemarahan. Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.



Maaf kiranya bicara ku ini dibauri bunga-bunga bahasa. Sengaja ku kelamkan makna di balik sulaman kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang… tetapi sekadar “melembutkan” pendekatan. Ya, mana mungkin air najis akan membersihkan najis? Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku tidak mampu berdiam. Sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salju, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!



Ah, biasa ilmu akan datang memujuk kita. Ditayangkan di depan mata akan keburukan sendiri, lalu ketika itu kaburlah kesalahan orang lain. Teringat pesan Imam Ghazali RHM, jika yang melakukan kemungkaran itu orang muda… kau katakan, dia masih muda. Masih sedikit dosa dan kesalahannya. Berbandingkan kau yang telah tua, yang terlalu pekat oleh maksiat. Dia masih punya masa untuk taubat. Sedangkan kau sudah berada di garis penamat.
Jika yang melakukan kejahatan itu sijahil, kau ingatkan diri mu bahawa dia melakukannya kerana tidak tahu. Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati… yang berasal daripada hati mu sendiri!




Ya, sekali lagi… pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:
1. Solat berjemaah.
2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.



Itulah perisai hati yang akan melemahkan parasit hati!


Salam kasih sayang,
Asyiq

Sunday, December 27, 2009

Tahniah Kak Long!!!!

Assalamualaikum...



Terasa amat bersalah kepada semua rakan2 blogger yang dikasihi sekalian.....atas beberapa kesibukan yang agak melampau saya jarang berada di dunia blogger ini. Mungkin juga atas kesibukan dengan dunia facebook yang telah berjaya menemukan rakan seangkatan yang telah terpisah hampir 25 tahun.....maka dunia blogger ini saya tinggalkan. Maafkan saya....apa lagi yang perlu saya katakan.



Terasa amat bersalah juga kerana 24hb Disember yang lepas....hari keluarnya keputusan peperiksaan peperiksaan PMR 2009 juga saya gagal untuk berada di sini. Terlalu terlewatkah untuk saya umumkan bahawasanya anak saya berjaya mendapat keseluruhan A dalam PMR yang lalu....8A! Alhamdulillah. Sujud syukur hanya padaMU ya Allah.....



Terima kasih kepada semua rakan blogger yang dahulunya setia mendoakan kejayaan kak long serta memberi semangat...jasa kalian amat saya hargai.



Wajarkah di sini untuk saya luahkan bahawa.......saya sedang melaui proses menyendiri disebabkan oleh beberapa masalah peribadi yang saya sedang hadapi. Mohon juga jasa2 baik rakan2 blogger untuk mendoakan saya kuat....tabah....serta redha di atas segala ketentuan yang Allah telah takdirkan untuk saya. Tak mampu untuk saya kongsikan di sini...tetapi amat mengharapkan doa kalian semua. Saya ingin berdiri semula seteguh menara KLCC untuk mara menghadapi kehidupan yang seterusnya..Lantaran itu saya agak tidak mampu untuk memberi sokongan dan moral kepada orang lain kerana saya sekarang yang layak menerima sokongan dari anda semua......doakan saya.



Salam kasih sayang,
Asyiq.

Sunday, December 6, 2009

Renungan


Assalamualaikum...

kata2 hikmah dari Buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.


Nafsu itu adalah kuasa penggerak dalam diri seseorang
Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih
Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa.



Setiap kesedihan pasti akan ada penghujungnya,
keadaan apapun yang dialami kini
pasti berganti dengan keadaan lain pula.



Sembilan puluh peratus budi pekerti mulia
terdapat pada sikap suka memaafkan.



Terkadang manusia menyesal kerana kata-kata
yang telah diucapkannya
tetapi dia tidak pernah menyesal kerana diamnya.



Wanita yang baik akan menjadi sebutan manusia,
dia dicintai oleh suami
disenangi tetangga
dan dihormati oleh rakan dan taulan.



Kalau kita ingin mengharap orang lain
tidak menjadi beban kepada kita
maka eloklah kita dahulu tidak
membebankan manusia.



Asyiq: teringin sangat nak buat entry baru tapi badan terlalu letih...
entry semalam saya dah delete atas kepentingan sahabat.
terima kasih atas pandangan semua.


Salam manis,

Thursday, December 3, 2009

Saya hargai anda...rakan-rakan mayaku sekalian!!

Assalamualaikum....


Hari ini saya hendak bercerita kisah beberapa rakan blogger yang menjadi rakan maya saya. Pertama tentang Chimera. Terasa terlalu lama dia tidak update blognya dan semalam saya klik link di blog saya.....jawapan yang mengejutkan...."Blogger: Blog not found". Mungkin dia sudah delete blognya yang lama tetapi tiada mesej baru ttg pembikinan blog baru seperti yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu. Saya suka membaca entry2 Chimera kerana dia pada saya mempunyai bakat dalam penulisan....menggabungkan pengalaman seharian dengan ilmu motivasi dan keagamaan dengan baik sekali. Kalau sesiapa ada maklumat tentang Chimera tolonglah beritahu saya ye.



Yang kedua tentang pencerobohan ke atas blog Seharum Kayu Manis (saya dah delete linknya di blog saya) yang asalnya dimiliki sepenuhnya oleh Na Shari. Blog ini telah diceroboh dengan perkataan-perkataan lucah dan lebih malang sekali passwordnya telah ditukar sehingga empunya blog sendiri pun tak boleh sign in lagi. Entry terakhirnya pun bukan ditulis oleh Na Shari tetapi ditulis oleh penceroboh tersebut. Perkataan "Nyah kau dari sini" sebenarnya ditulis oleh penceroboh terbabit kepada empunya asal blog. Saya amat terkejut.....ada juga manusia spesies macam ni di atas muka bumi.




Justeru itu Na Shari telah membuat satu blog baru yang dikenali sebagai Diari Jasnia......pagi tadi pula saya baca entry terbaru Na......tahniah, Na skrg telah pregnant anak sulung setelah dua kali keguguran dalam tahun 2009. Lihatlah Na.....rupanya ujian pencerobohan blog Na diganti dengan berita lain yang lebih menggembirakan......alhamdulillah.



Yang ketiga saya terasa kehilangan rakan blogger yang dikenali sebagai Paan Lee melalui blognya yang bernama My Little Mosque. Seorang adik remaja yang nampaknya begitu gigih memahami Islam dan mengamalkannya. Entry2nya mengandungi sentuhan keislaman....tetapi dia sudah lama berhenti berblog, dahulu dinyatakan atas sebab2 peribadi untuk memberi sepenuh tumpuannya terhadap pembelajaran. Dahulu dia adalah follower tetap saya yang begitu mesra ....suka bertanya dan minta pendapat. Moga suatu hari dia kembali berblog....dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.



Yang keempat ialah rakan blogger yang dikenali sebagai Dida.....seorang isteri yang menetap di Arab Saudi kerana mengikut tempat suaminya bertugas. Semenjak dia kembali ke tanahair untuk menyambut hari raya aidilfitri yang lalu selama tiga minggu kalau tak silap.....kemudian balik ke Arab Saudi, kemudian berpindah rumah (ada gangguan talian internet akibat berpindah ke rumah baru) dan berita terkini dia sekarang sedang mengerjakan haji di Mekah. Saya amat merinduinya......ziarahnya, komentarnya dan kemesraannya. Semoga Dida mendapat haji yang mabrur dan balik semula ke Arab Saudi dan segera berblog. Alam blogger saya sunyi dengan kehilangan Dida.



Kelima tentang rakan blogger yang bernama Lots of Love atau lebih senang dipanggil LOL. Amat mesra dia menyapa di ruang komen setiap kali saya post entry baru. Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa LOL ialah rakan maya saya yang beragama Kristian. Dalam dua tiga entrynya yang terkini dia sedang teruja untuk balik bercuti ke Sabah meraikan Krismas bersama keluarganya.....setelah empat tahun tidak balik ke kampung. Walaupun dia tidak seagama dengan saya tetapi persahabatan yang dihulurkannya amat mesra.....terima kasih LOL kerana sudi menjadi rakan baik akak sepanjang usia akak berblog. Semoga LOL bergembira dengan kepulangan LOL ke kampung halaman dan semoga nenek LOL juga cepat sembuh.



Di sini juga saya mahu menghargai sepenuhnya rakan2 blogger yang terlalu setia di blog saya sekarang. Antaranya Abd Razak, Tirana, sI tEDI, hans, Siti@Nurie, Mak Su, Jinggo, Brahim Nyior, NorulLisZa, Azila, aaryani, Na Shari, Cikgu Rosmah, Iqbal, Ummumishkah, atie, klcitizen, arianni, melatidaisy, Zai, Ombakbaik, Aie Bahri, Maria, Afzan. Tak mampu nak letak link di sini.....semua blog pilihan ini ada link di blog saya. Saya amat menghargai persahabatan ini.....terima kasih semua. Sharing is Caring adalah di antara slogan kita sehari2 dalam bersahabat.



Follower saya pun sekarang dah ada 110 orang....ramai sungguh dalam usia blog saya yang tak sampai setahun. Minta maaflah andainya saya tak mampu untuk pergi ziarah ke blog rakan2 semua.....



Kepada kak Tirana....terima kasih atas tunjuk ajar untuk membuat signature di bawah ni.....tak sangka pula saya mampu melakukannya. TQ kak....luv u always.


Salam kasih sayang untuk semua.


Tuesday, December 1, 2009

Hidup dengan memberi....!

Assalamualaikum....


Setiap orang mesti ada pengalaman bersama dengan guru2 yang kita sayangi. Dari kita zaman sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah dan kemudian menginjak kaki ke universiti......ada beberapa nama guru yang terpahat kukuh dalam fikiran. Mungkin kerana kebaikan dia, keikhlasan dia atau kerana kata2 dan semangat yang diberikan....


Saya masih ingat pesanan yang amat bermakna dari seorang guru kepada saya....dimana pesanannya itu saya jadikan sebahagian dari prinsip hidup saya dari dulu, kini dan selamanya.....


"Hulurkanlah bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan....samada terhadap sesama manusia, Islam atau bukan Islam.....terhadap haiwan atau pun terhadap tumbuh2an atau kepada alam sekitar. Jangan harapkan orang itu yang akan membantu kita pula di waktu kesusahan kerana Allah akan menghantar 'seseorang' yang mungkin langsung tidak kita kenali untuk membantu kita di waktu kesusahan........"


Kedua2 gambar ihsan dari sini.


Bantuan kepada manusia mungkin kita faham.....bantuan kepada haiwan? Contohnya membantu haiwan yang dalam kelaparan atau perlukan perlindungan. Saya amat menghargai sifat tEDI yang amat suka membantu kucing2 terbiar.......itu pun bentuk bantuan juga...walaupun pada seekor binatang.! Dia memberi bantuan dalam pelbagai bentuk. Selain memelihara kucing terbiar, dia juga menghantar kucing2 ke tempat2 peliharaan sekiranya dia sudah tidak mampu untuk membelanya. Duit wang usah kiralah.....kucing dibawa ke klinik, dibelikan rantai leher supaya kucing2nya dikenali dan berbelanja untuk membeli makanan kucing yang berkualiti. Tahniah tEDI....teruskan usaha anda. Saya adalah follower tetap blognya walaupun saya ni dalam kategori follower 'berumur' di situ...hihi.


tEDI: Maafkan akak kerana mempromosikan anda dan blog anda tanpa kebenaran!


Bantuan kepada tumbuh2an.....contohnya menanam pokok2, membubuh baja dan tidak membiarkannya mati kekeringan. Bantuan kepada alam sekitar....seperti menjaga persekitaran, tidak membuang sampah merata2 dan sebagainya. Simple kan...?


Saya amalkan prinsip ini. Walaupun saya bukanlah orang senang untuk menabur wang kepada orang yang susah tetapi saya suka menghulurkan bantuan apabila ada peluang. Apabila ianya menjadi prinsip.....perkara yang mungkin agak susah akan jadi senang kerana kita sandarkan pengharapan untuk mendapat perlindungan dari Allah, bukan dari manusia. Perlindungan yang Allah akan berikan dalam pelbagai bentuk dan situasi.....cuma kita yang perlu sedar dan insaf akan pertolongan Allah ini......dan kita bersyukur....dan kita merasa bertambah yakin keimanan kita kepada Allah....dan semakin jatuh cintanya kita kepada Allah. Allahu rabbi.


Contoh 1: Saya amat takut kalau tayar kereta pancit. Bukan tak tahu nak ganti tayar tapi saya 'tak suka' melakukannya. Bagi saya itu kerja orang lelaki....tak sesuai dilakukan oleh perempuan. Tetapi disebabkan saya ni adalah pemandu 'tegar' maka peristiwa tayar pancit telah banyak berlaku dalam hidup saya. Jangan tak percaya.....sudah tiga kali tayar kereta saya pancit ketika saya memandu berseorangan (tanpa suami) tetapi jangan tidak percaya......ada orang secara sukarela datang membantu.....dan masalah selesai tak sampai pun dalam setengah jam!!! Baru2 ni pun tayar kereta saya pancit sewaktu nak balik raya haji ke kampung. Saya terpaksa balik dulu sebab sayalah 'tukang masak emas' bagi bonda tersayang di kampung. Suami terpaksa balik lewat sebab tak ada cuti. Tayar kereta saya pancit....tetapi betul2 di hadapan sebuah kedai kopi.....menderu orang membantu, yang melihat pun ramai. Syukur alhamdulillah.


Peristiwa sebegini menginsafkan saya....... bertambah yakin saya kepada Allah. Jangan lokek membantu orang....pasti Allah datangkan bantuan dalam pelbagai cara.


Contoh 2: Saya pernah memakir kereta di tengah2 panas tengahari. Tiba2 lampu brek menyala tak boleh dimatikan......bila saya kunci kereta, lampu brek masih menyala. Jenuh membelek2 kunci dan alarm di tangan....tetap juga ianya menyala. Tiba2 datang seorang apek tua bermotorsikal berhenti betul2 di belakang kereta saya......lalu membantu saya. Rupa2nya ada satu button hitam dekat brek yang dah longgar....diketatkannya dan sensor brek kembali berfungsi seperti biasa. Apek tua tu siap pesan pd saya supaya segera menggantikan button tersebut......"lima linggit saja maaa..." katanya.


Contoh 3: Suatu masa ketika saya berkursus dalam daerah.....dan suami pula out station. Anak2 saya yang di sekolah rendah pula ada Sukan Tahunan. Mereka sepatutnya balik awal ke rumah....kemudian pergi semula ke sekolah sebelum pukul 2 petang. Disebabkan mereka tak dapat balik ke rumah sebab tak ada sesiapa yang mahu mengambil dan menghantar.....jadi mereka saya bekalkan makanan, bawa sepersalinan kain baju (supaya dapat mandi di sekolah) dan juga mengerjakan solat. Rupa2nya anak2 saya dibawa balik oleh cikgu sekolahnya ke rumah.....diberi makan, mandi dan mengerjakan solat di rumah cikgu itu (saya kenal cikgu tersebut....) tanpa saya pinta....tanpa saya sangka (tapi cikgu tu meminta anak2 saya menelefon saya untuk meminta izin....)


Cukuplah sekadar tiga contoh di atas. Bukan mahu menyohor diri....tetapi saya titipkan di sini untuk panduan semua. Setiap kegentingan dapat saya tempuhi tanpa rasa keluh kesah kerana yakin bahawa pertolongan Allah akan datang.....amat yakin. Ingat lagi entry saya tentang kisah ini? Peristiwa ini juga saya dapat lalui dengan tenang...tanpa keluh kesah....tanpa bimbang. Alhamdulillah memang Allah memberikan pertolonganNya di saat genting tersebut.


Jadi saya rakamkan di sini setinggi2 penghargaan kepada guru saya tersebut. Walaupun saya tidak nukilkan namanya di sini tetapi yakinlah bahawa nasihat cikgu dan nama cikgu tetap terpahat di ingatan saya. Pesanan cikgu juga saya turunkan kepada semua anak murid saya dan kepada mereka yang ada di sekeliling saya....termasuklah rakan2 blogger semua.....amalkanlah nasihat ini kerana ianya juga bertepatan dengan pesanan dan sunnah Nabi.


Buktinya?


Pertama: Rasulullah diutuskan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam. Sejarah hidup Nabi membuktikan bahawa seluruh kehidupan Rasulullah diwakafkan untuk manusia menerima hidayah Islam.....hartanya, jiwanya, tenaganya dicurahkan demi Islam dibangunkan.


Kedua: Sifat tabligh baginda yang menyampaikan semua wahyu Allah demi kesejahteraan manusia juga membuktikan bahawa Rasulullah amat suka membantu dan memberi.


Ketiga: Ahli pengkaji sejarah Islam menyifatkan Rasulullah sebagai memiliki tangan seumpama "angin kencang" kerana sifatnya yang suka memberi bantuan kepada sesiapa sahaja....terutama di bulan Ramadhan yang mulia.


Keempat: Baginda pernah tidak lena tidur kerana bimbang sekiranya masih ada wang berbaki yang belum disedekahkan kepada fakir miskin.


Kelima: Baginda memberikan kemaafan kepada seluruh penduduk Mekah yang pernah menzaliminya ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah. Memberi kemaafan bukanlah suatu perkara yang mudah.....tetapi Rasulullah dengan mudahnya memberi....


Keenam: Baginda juga memberi kemaafan kepada seluruh penduduk Taif yang menyakitinya ketika berdakwah di sana...baginda menolak tawaran Jibrail yang mahu menurunkan bencana ke atas penduduk Taif dengan kata-kata....."mereka golongan yang tidak mengetahui...."


Ketujuh: Baginda tetap memberi pesanan kepada umatnya walau ketika mahu menghembuskan nafas yang terakhir (nazak). Baginda terus mengingatkan tentang "solah....solah....". Nasihat dan peringatan juga dalam kategori sedekah dan bantuan.


Orang yang paling dekat dengan kita dalam bab memberi "bantuan" ialah IBU kita sendiri. Waktu senang dia memberi secara mewah.....dan di waktu susah dia memberi secara berhemah..!!! Rela mengorbankan diri sendiri untuk kesejahteraan anak2nya....!


Asyiq: Bersemangat mahu menjadi "pemberi". Darah saya pun jenis "O"....ada kaitan tak??


Pengikut ASYIQ