JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, September 10, 2009

Kita masih beruntung...

Assalamualikum w.b.t....





10hb September berlalu sudah....maka berakhirlah peperiksaan penting yang pertama dalam sejarah hidup kak ngah...UPSR 2009. Gembiranya dia bukan kepalang....banyak sudah agenda wajib yang ingin dibuatnya...."gaia online"nya pun sudah lama tidak dibukanya...."ym"nya dengan sepupu-sepupunya pun dah lama tak dijengah. Namun begitu saya membisikkan kepadanya bahawa tadarrusnya perlu diteruskan. Ada dua juz lagi yang belum dihabiskannya.








Syukur alhamdulillah, dia melalui UPSRnya dengan tenang dan yakin. Mungkin berkat doa ramai pihak...ibu,ayah,ahli keluarganya dan juga semua rakan-rakan blogger saya yang setia....Saya amat menghargai kalian semua....amat menghargai. Ada yang menaip doa yang panjang lebar untuk kak ngah...terima kasih sangat-sangat atas kebersamaan anda semua dalam kehidupan saya sekeluarga.









































































Saya pahatkan nama kalian di dalam hati saya. Kalian adalah sebahagian dari cerita-cerita yang terdapat dalam diari hidup saya....Sebagai tanda penghargaan...terimalah sebakul bunga ros dari saya.....sebagai ucapan terima kasih atas penghargaan anda semua. Boleh buat hiasan di meja sempena hari raya ni...hihi. (Tak sempat nak edit....patutnya saya buat kad untuk anda semua!)





******

Petang tadi seusai bunyi loceng terakhir sesi persekolahan....saya didatangi oleh seorang murid dari tingkatan empat bersama dengan sekeping borang di tangannya.

Murid : "Ustazah, saya nak keluar duit biasiswa, guna buku ye ustazah...." katanya tersipu-sipu.

Saya: "Kenapa kamu tak guna kad GIRO aje...?"

Murid : "Saya dah guna kad GIRO bulan lepas...sekarang dah tak boleh guna laaaa...."

(Kad GIRO hanya boleh digunakan "terhad" untuk mengeluarkan RM150.00 dalam tempoh dua bulan. Kalau tidak...pengeluaran akan disekat secara automatik. Murid yang bermasalah dan memerlukan duit dengan alasan yang munasabah boleh mengeluarkannya dengan buku bank tetapi hendaklah dengan kebenaran guru yang berkenaan sahaja)

Saya: "Ada masalah...? " saya meneka seribu kemungkinan melalui air mukanya yang muram.

Murid: "Ayah dah diberhentikan kerja....dah dua bulan. Sekarang dia ambil upah masak bubur
lambuk di masjid dengan upah RM10.00 sehari. Dah tiga hari ayah demam...belanja
rumah dah tak ada." bergenang air di kelopak matanya. Dia menahan hiba...

Saya : "Hurm...nak buat belanja raya la ni....!" kata saya cuma berlagak biasa. Tak mahu dia
terus sedih.

Murid : "Bukan...belanja raya tak kisah ustazah. Yang penting nak beli makan berbuka pun tak
ada duit..." menitis akhirnya air matanya membasahi pipi.

Saya pun hiba juga. Saya pun sedih juga. Tetapi untuk menguatkan jiwa dia saya tahan kesedihan saya. Allah....hati saya mengeluh ....dalam terasa hingga ke ulu hati. Pedih. Terkenang zaman saya kecil dulu....beginilah juga susahnya saya. Kasihan kamu....apakan daya saya.

Tangan saya segera menurunkan tanda tangan dan mengecop borang tersebut...menandakan bahawa murid ini berhak mengambil buku banknya di pejabat sekolah dan segera menunaikan hajatnya. Sambil itu saya tak sudah-sudah memujuk dia....juga menghulurkan sedikit bantuan yang termampu oleh saya pada ketika itu. Lapangkanlah jiwa remaja ini ya Allah....

Murid tersebut meraup tangan saya...mencium lantas mengucapkan terima kasih berkali-kali. Murid ini memang saya kenali sungguh....pendiam, jujur, berbudi bahasa dan kuat berusaha. Besar sungguh hatinya apabila saya memahami masalahnya.


******

Di kamar kerja saya pagi tadi suasana agak bising.....semuanya membahaskan isu "bonus". Hanya kakitangan sokongan sahaja yang mendapat duit raya....kakitangan profesional seperti kami nampaknya tahun ini tak ada "luck"....berayalah seadanya.

Terdetik di hati kecil saya. Kita sibuk memikirkan persiapan rapi untuk menyambut hari raya....kuih berbalang-balang, baju raya berpasang-pasang, langsir silih berganti, namun terfikirkah kita akan nasib yang menimpa seorang remaja yang berusia 16 tahun tadi. Sanggup mengeluarkan duit biasiswa untuk menampung belanja berbuka puasa.....masyaAllah. Langsung tidak memikirkan soal baju raya baru atau kuih berbalang balang....

Setiap tahun juga kita menghabiskan sejumlah wang yang kita hantar ke masjid untuk menaja majlis berbuka puasa. Masjid yang kecil...kecillah peruntukkannya...masjid yang besar maka besarlah peruntukkannya. Siapa yang datang berbuka.....? Kekadang yang datang adalah mereka-mereka yang penuh menu berbuka di meja di rumahnya....ataupun pendatang asing yang berebut mengambil peluang berbuka free sepanjang bulan ramadhan....

Atas dasar sedekah...silalah siapapun makan. Kalau bukan orang pun....kucing liar yang tidak bertuan kalau makan makanan tersebut pun kita turut dapat ganjaran pahala dari Allah.Persoalannya....mereka yang benar-benar tidak mampu tidak pula mahu datang ke masjid untuk berbuka puasa. Jadi matlamat kita untuk menggembirakan yang miskin berbuka puasa tidak juga tercapai!

Syarikat-syarikat besar pula berebut-rebut menaja anak-anak di rumah-rumah anak yatim untuk berbuka puasa. Sememangnya golongan ini layak dibantu kalau mereka dalam kategori "miskin".....tapi bukan sedikit rumah anak yatim yang sudah dalam kategori"mewah" sekarang ini....rumah anak yatim yang "miskin" mungkin nun jauh di pinggir kampung......!


Menjadi guru bukan boleh jadi kaya. Namun begitu saya bersyukur kerana saya sering mendampingi manusia yang mempunyai pelbagai latarbelakang keluarga. Semuanya membuatkan saya insaf.....apabila mampu mendampingi mereka, mendengar perit jerih kehidupan mereka mampu melapangkan hati saya...seterusnya memanjatkan seribu kesyukuran di atas nikmat yang dianugerahkan kepada saya.

Alangkah indahnya sempena ramadhan ini kita dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukannya. Kenalilah mereka...hantarlah bantuan. Riangkanlah hati mereka untuk sama-sama menikmati rezeki yang dianugerahkan oleh Allah.

Jadi, apabila saya dikejutkan dengan masalah murid tingkatan empat tadi....setidak-tidaknya saya rasa besyukur dengan apa yang saya ada. Pasrah meraikan aidilfitri walaupun tanpa bonus.

^__^

"Marilah meraikan 10 terakhir bulan ramadhan....."


33 comments:

Abd Razak said...

Salam kak...

Terima kasih atas pemberian sebakul bunga tu...cantik

Moga doa dari orang yang jauh mcm kami ni termakbul.

Sedih baca cerita akak kali ni

Frodo Baggins said...

huhuhuhu .. cam sedey jerr ..


Frodo pun xder bonus oooo!!! tp kemungkinan boleh cilokk Gandalf lagik ...


Selamat berpuasa

myQza said...

cikgu asyik.. tersetuh baca catatan hari ini.

betul kata2 cikgu. anak-anak yatim yang berduyun2 di taja setiap tahun nama rumah mereka sahaja yg naik ke pentas menerima duit raya.

kes buku biasiswa tu masa saya di sekolah lama dulu terbalik pula cikgu.

emak ayah yg datang nak keluarkan duit anak-anak. dengan alasan nak beli baju kasut buku segala sedangkan sudah pertengahan tahun. Last2 anaknya buka cerita emak nak guna beli barang dapur. ayah pula lapang dada sebab tak perlu cari kerja. duit biasiswa anak2 dah banyak.

dengan BKPnya.. KWAPMnye ...

tulis dekat borang nak keluar RM100 bila pulang buku bank RM 300-400 sekali keluar.

AiE bAhRi said...

Salam kak..

Perjuangan pertama kak ngah sudah selesai pada peringkat ini.Perjuangan yang lain menanti di hadapan. Saat menunggu keputusan pula pasti penuh debarannya.Moga2 berkat doa semua kak ngah perolehi kejayaan setimpal dengan usahanya.

Tersentuh baca kisah pelajar yang ingin mengeluarkan duit biasiswa. Ya, sekarang semua perhatian dan tajaan diberi kepada mereka2 yang sememnagnya telah banyak ditaja tetapi kita sering lupa untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar sebegini.

Moga pelajar tersebut tabah dan ayahnya dikurniakan kesihatan yang baik..

Kak, saya amik sebakul bunga tu la..hehehe

ASYIQ said...

Razak ---> Terima kasih sudi terima hadiah penghargaan dari akak. Bukan pasal bunganya tapi nilai menghargai itu yang penting.

Saban hari inilah rencah2 kehidupan yang sentiasa dilalui oleh seorang guru. Pelbagai corak kehidupan kita temui.

Ini hanyalah secebis dari kisah-kisah tersebut yg boleh dijadikan pengajaran.


Frodo ---> Terima kasih sudi singgah di sini....

Bonus??? Hati kecil ni memang dari awal lagi dh kata thn ni mmg tak ada bonus. So, boleh terima hakikat...hihi.

ASYIQ said...

sI tEDI ---> Auch...mcm tu ke ceritanya....

Pihak bank kt daerah akak tidak akan menerima borang yang ada tanda "delete"....

Murid akak kalau ambil buku utk keluarkn duit mesti serah balik buku sblm tutup pejabat hari yg sama....maklumlah, bank hanya terletak 200 meter di belakang sekolah...hihi. Pengeluaran berlebihan boleh terus dipantau...(itu pun kalau mereka berani...!)

Pihak ibu bapa tidak dibenarkan mengambil buku bank anak mereka sama sekali...itu duit kerajaan, bukan duit mereka secara mutlak!!

Seorang pelajar yg telah menerima BKP di sekolah yg sama maka adik beradiknya yg lain dah tak boleh menerima bantuan yg sama. Itu peraturan di sekolah akak....

Kes anak yatim....akak pernah tgk dlm TV1 rumah anak yatim yg ada "chef" khas....rumahnya pun mewah...itu bukan lagi kategori miskin!!!

Mungkin masyarakat silap faham tentang "asnaf yg layak terima zakat"...mereka adalah orang miskin bukan anak yatim!

ASYIQ said...

AiE ---> Begitulah aie..., walhal kategori mereka yang layak terima zakat (asnaf) adalah orang miskin bukan anak yatim. Anak yatim yg miskin sahaja layak terima bantuan...

Kalau betul anak yatim tu miskin mmg mereka layak....kalau sebaliknya?

Macam tu juga dgn sumbangan yg kita hantar ke masjid...matlamat utk membantu "org miskin" mungkin agak tersasar!

Na Shari said...

Nangis Na baca kisah anak murid akak tu...

Semoga Allah murahkan rezeki dia sekeluarga di bulan puasa yang mulia ni... Amin.

siti noriza saleh said...

salam kak
kkdg kita tak pernah pkrkan org lain...hanya pkrkan kita...tapi, tanpa kita sedari, ada di sekeliling kita yg benar2 perlukan bantaun...

semoga keluarga budak tu akan dirahmati oleh-NYA...AMINN

siti noriza saleh said...

hmmm...kalau kita anto sdkh utk asrama anak2 yatim, kira mcmana ek?..

Azila said...

terima ksh dpt bunga lagi...

bersyukur...sedih bca kisah adik ni.

tapi manusia sering lupa bila senang

'Ampunkan kami Ya Allah
Dari setiap kelazatan tanpa mengingatiMu
Dari setiap ketenangan tanpa mentaatiMu
Dari setiap kebahagian tanpa mendekatiMu
Dari setiap kesibukan tanpa menyertaiMu
Dari setiap kesenangan tanpa rasa bersyukur '

Unknown said...

sedih baca pasal budak tu.seingat saya,kawan saya tiada pun yg susah sampai macam tu.Mungkin sebab tu hati ni keras sangat sebab tak peduli dgn org miskin?huhu..
Nikmat Allah kasi dah banyak dah,cuma syukur kita aje yg kurang..huhu

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam kak asyiq..
yey, dpt bunga ros :D xleh letak atas meja.. letak kat blog pun comey kan.. blog raye :D

alhamdulillah, kakngah dah hbs xm.. alhamdulillah, mg natijah nya adalah yg terbaik buat kakngah.. insAllah

sedih sy dgr murid tu kak.. harap dipermudahkan urusannya..ameen

ASYIQ said...

Na ---> Sebenarnya terlalu ramai org yg susah cuma kita yg tak tahu siapa mereka. Tambah pula skrg ni ekonomi agak merudum....banyak kilang yg dh hentikan pekerja. Mcm manalah mereka nak tanggung anak2 yg sedang membesar. Itulah cabaran terbesar skrg....


Siti ---> Betul sangat tu...
Kita fikirkan perkara2 yg melambangkan kesenangan atau kemewahan sedangkan orang lain ramai yg berfikir ttg keperluan utk meneruskan hidup...mkn, minum,pakaian.

Kalau rumah anak yatim tu mmg memerlukan bantuan eloklah kita hantar sedekah, bermakna mereka dari kategori miskin.

Tapi kalau rumah anak yatim yg sudah terlalu byk sponsor atau tajaan, mereka sudah dlm kategori mewah. Jadi walaupun mereka anak yatim tetapi mereka bukan miskin....so, tak layak terima sedekah.

ASYIQ said...

pengemisredha ---> Betul sekali...kita mudah lupa! Kena selalu hampiri golongan yang susah...


Iqbal ---> Kena ikut petua Imam Ghazali ajar. Nak ajar supaya kita bersyukur kita kena pandang orang yang lebih "kurang" dari kita....nak elak bakhil kita kena paksa diri untuk mengeluarkan sedekah...begitulah yang lain.

Semoga kita sama2 dpt praktikkan...

ASYIQ said...

LiS ---> Silalah....bunga2 tu masih wangi lagi...hihi.

Yea...moga kak ngah dpt result yang dia inginkan...insyaAllah.

Asyik kisah sedih jer ya...bila la akak ni nak masukkan kisah gembira pulak. Tunggu hari raya la kot...hihi.

Moga hidup mereka dipermudahkan Allah.

Anonymous said...

Sedih baca citer budak yg nk kuar duit tu...

tapi..

jangan la kita bimbang..kesusahan itu yg akan 'memajukan' diri dia nnti..

p/s Lawa tu bunga dia....nkletak atas meja boleh??ngeh3X

Keri AlHaj said...

salam kak...

Moga kejayaan akan jadi milik Kak Ngah.. kita doakan bersama.. dan terima ksih untuk sebakul bunga yg cantik tu... (dekat2 nak raya ni patutnya kena bagi bunga api.. hehehe)

Dan ya...
hiba rasanya bila baca kisah pelajar 16 tahun tu... teringat pulak masa zaman sekolah dulu - bila ada seorang pelajar yang mak ayah dia memang berada tapi diberikan biasiswa, sedangkan ada anak miskin yg susah tak dpat pulak... tapi perkara tu dah lama berlalu...
Saya bayangkan, bagaimana kalau pelajar akak tu tak dpat bantuan biasiswa (hal mcm ni boleh je berlaku) mcmana dia nak dptkan makanan untuk berbuka... sedang kita-kita ni pulak, berbuka dgn hidangan yang penuh semeja yang tak semestinya semuanya habis dimakan...semua kita ada kisah kita tersendiri. sedih, duka, susah, resah... tapi syukurlah sentiasa, walaupun siapa pun kita - kita masih lagi bertuah. bernasib baik dlam banyak perkara...

semoga Allah memurahkan rezeki kanak-kaanak tersebut dan segera menyembuhkan ayahnya...

ASYIQ said...

arryani ---> Yea laa...moga kesusahan dia akan memajukan diri dia. Itu harapan kita wpun kita pasti mmg susah skrg berada dlm dunia yg serba serbinya mahal.....

p/s dah ltk bunga tu atas meja? hihi.



Chimera ---> Sorry la chime....nmpk gayanya thn dpn akak beri chime bunga api....seguni cukup? hihi.

Akak pn dh baca kisah dlm blog chime yg terbaru....bgmana budak tu boleh membina diri dia wpun ltrblkg bapanya tidak menyokong dia. Dlm kes ni pun mcm tu...moga pelajar ini akan terus cemerlang wpun hidupnya dihimpit kesusahan.

Ikut pengalaman akak, ada pelajar yg merudum pelajarannya disebabkan faktor ekonomi keluarga...betapa ramai yg tercicir.Pelajar ini pun dr kelas sederhana, mgkn disebabkn faktor yg sama...that`s why biasiswa diberikn utk membantu meningktkan dia.

Tapi duit biasiswa tidak boleh digunakan utk keperluan hidup krn tugas mencari mkn dn minum adalah tjwb ibubapa, biasiswa hanya utk keperluan pembelajaran dan hal2 sekolah shj....

Tapi kalau dh terdesak duit itulah juga digunakan untuk menampung kos hidup....

....apa nak dikata...

Dearie Pearls said...

Salam Kak sayang..

Sedihnya Kak.. T___T

Terasa nak nangis pulak...

:'(

Kepada pelajar tadi, semoga belajar bersungguh-sungguh.
Besar nanti, dapat kerja boleh bahagiakan semua org..

Kepada Kak..
Ku sanjung Kak..

Dearie Pearls said...

Oh ya..
dik amik bunga ros tu k.

thanks kak..
dik memang suka bunga ros..

love it!

smurf said...

Salam Asyiq ...
Saya selalu mengingatkan keluarga saya , bersyukur dgn apa yg ada ..
jgn selalu mengeluh , ada yg x bernasib baik mcm kita ..

hans said...

betul
kita masih beruntung dan hargailah apa yg ada depan mata sekarang

Mohd Farid said...

Salam,

Ya kita masih beruntung.. ayuh rebut peluang beribadah yang masih berbaki. Oh ya, semoga berjaya UPSR itu.

zai said...

Salam Asyiq...

Zai doakan semoga kak ngah mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaannya nnti...

Sedihnye baca cite tntg murid tu...terasa begitu sedih kerana ramai yg kaya raya disekeliling kita ttp ramai yg masih terlepas pandang utk golongan miskin spt ini ttp boleh pula berbelanja besar utk membela perempuan/lelaki simpanan...

ASYIQ said...

LOL ---> Kalau LOL sedih akak lagi sedih!!! Penyedih orangnye..huhu.

TQ sudi terima bunga akak tu...akak sanjung budi LOL.


ASE1 ---> Betul kak...nak bersyukur kena tengok org yg lebih bawah dari kita. Kalau ikut nafsu mmg tak pernah puas...

ASYIQ said...

Hans ---> Betul hans...tq sudi singgah dan tinggal jejak. Nnti sy link blog hans...nice blog.



Mohd Farid ---> TQ sudi singgah dan tinggalkan jejak. TQ juga sudi doakan kak ngah...datang lagi yea.

ASYIQ said...

Zai ---> Melihat penyakit2 yg ada di sekeliling kita menambahkan lagi sesak di dada kita.....patutlah rahmat Allah pada kita semua semakin berkurang!!

Moga Allah ampunkan kita!

Ummu Mishkah said...

Seronok dapat bunga!
Moga pengorbanan anak tadi di nilai Allah Taala!

Dearie Pearls said...

Kepada Kak,
Salam Aidilfitri daripada LOL untuk Kak dan keluarga.

Mohon ampun maaf segala salah dan silap.

Sayang Kak.

ASYIQ said...

UM ---> Syukran sudi bersama mendoakan kak ngah....

Selamat hari raya UM!
Maaf zahir dan batin...kad raya UM pun akak dh ambil. Syukran.


LOL ---> TQ LOL, moga LOL bahagia dan nenek LOL kembali sihat seperti biasa...

Sayang LOL juga!

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Thanks doakan nenek LOL.

Dan Kak masih mood raya?

Cuti g kan..

Selamat Beraya k..

Blog still sunyi sepi..

Sumer org masih cuti..

LOL nak join the club cuti pun xleh.

Hehe..

Rindu Kak..

ASYIQ said...

Dearie LOL,
Akak dh balik dr kg last wednesday tp agak sibuk jg coz ada family yg dtg bermlm di rumah akak, beraya...

Masih dlm mood raya. Ramai lg kwn2 blogger yg sdg bercuti.

Ada sorang lg anak akak yg dlm mood exam, pmr dlm seminggu lebih lg...aduhai.

Doakan yg terbaik utk kami k...

Pengikut ASYIQ