JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, July 16, 2009

Warna-warna alam


Renungan bersama..... .....
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?



Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna
hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?




Kemudian warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal
Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur...waktu ini dimakruhkan kita tidur) Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.




Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

"Sesungguhnya apa yang jadikan ALLAH di atas muka bumi ini bukanlah sesuatu yang sia-sia........subhanallah"


15 comments:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

semua itu menunjukkan kekuasaan Allah dalam menjadikan sesuatu... kita sebagai hambaNya yg dikurniakan aqal, perlu mengambil ikhtibar & pengajaran...

suka waktu pg, bila matahari naik, n maghrib, bila matahari turun... cantik, subhanallah

Keri AlHaj said...

Hebat ciptaan Allah... setiap kejadia dan ciptaannya punya hikmah dan pengjaran yang boleh diambil iktibar...

kerja saya pun sentiasa bermain dgn warna-warna... kadang2 sampai kelabu jugaklah mata dok mengadap warna... samapi kdang2 hidup pun macam dah tak de warna... huhu... sibukkk je memanjang

Dida... said...

Salam kak..

Satu ilmu yg baru bagi saya... terima kasih berkongsi rahsia warna alam ini.. sungguh menakjubkan bila ia dikaitkan dengan solat kita...

MasyaAllah Tabarakallah...

Anonymous said...

Warna2 alam yg menakjubkan...

p/s baju raya tahun ni warna apa?? ngeh3X

Ummu Mishkah said...

Subhanallah.. memang apa yang Allah fardukan ke atas kita tersembunyi hikmah yang amat besar disebaliknya...

Mak Su said...

baru gaks dpt emel ni..... tgh dok study.

ASYIQ said...

LiSza ---> LiS tau tak kenapa orang Hindu sembahyang masa matahari sedang naik dan waktu matahari hampir terbenam.....masa tu syaitan2 sembahan mereka sedang berbondong2 keluar....dan masa tu juga kita diharamkan untuk solat kan?

Menghayati keindahan alam memang mampu meningkatkan keimanan kita kepada Allah.


Chimera ---> Saya juga bermain dengan pelbagai jenis warna....tapi warna2 manusia bukan warna biasa. Macam2 jenis orang kita dapat kenal. Kalau ada 30 pelajar dlm kelas maka ada 30 warna perangai mereka. Ada aura positif dan tidak kurang juga aura negatif....semuanya itu pengalaman yang amat berharga.


Dida ---> Ni email yang akak terima dari seorang kawan lama....apabila akak baca maka eloklah kita berkongsi. Banyak ilmu baru....


arryani ---> Thn lps warna kuning...aura baik tu. Thn ni warna ungu...juga aura baik..hihi. Warna manik jer yang belum fikir....kena contrast baru cantik..tak gitu sifuku....


UM ---> Benar sekali...setiap kajian manusia biasanya akan membuktikan kekuasaan Allah. Dalam hukum halal,haram,makruh dan sunat terkandung rahsianya yang tersendiri.


Mak Su ---> Ni pun kwn2 beri gak...publishkan di sini utk sama2 share.

anaklaut said...

salam..ASYIQ,

salam kenal juga dari anaklaut..
terima kasih sudi singgah memberi ulasan..:)


p/s: best blog ni...

Unknown said...

subhanallah...terima kasih kak kerana berkongsi~tak sangka dan tak perasan btul..

neem said...

rahsia ciptaan Allah, mmg menajubkan.

alhamdulillah

bersyukur lah krn dilahirkan dalam islam ^_^

Faridrashidi.Com said...

Salam,

Tak sangka ya, setiap waktu itu ada warnanya.. saya sukakan warna biru :) warna lain juga suka..

ASYIQ said...

Anaklaut ---> Saya juga sukakan stail penulisan anaklaut. Teruskan berkarya.


Iqbal ---> Sama2 kita ambil manfaat ye iqbal. Sama2 baru tahu...


Neem ---> Syukur kita dilahirkan oleh ibubapa Islam. Itu satu nikmat terbesar anugerah Allah.


Farid ---> Warna biru ...warna diwaktu subuh...berkaitan rezeki dan komunikasi. Saya pun suka warna biru....

anaklaut said...

salam.....singgah


terima kasih kerana sudi singgah dan mengulas di blog anaklaut.

p/s: moga anda sekeluarga dirahmhati allah swt selalu.:)

Abd Razak said...

Salam kak asyiq,

Subhanallah...sungguh ilmu Allah itu Maha Luas, “Di sisi-Nya segala anak kunci yang ghaib, tiadalah yang mengetahui kecuali Dia sendiri. Dia mengetahui apa-apa yang ada di daratan dan di lautan. Tiada gugur sehelai daun kayu pun, melainkan Dia mengetahuinya, dan tiada sebuah biji dalam gelap gulita bumi dan tiada pula benda yang basah dan yang kering, melainkan semuanya dalam Kitab yang terang” (Al An’am:59)

anaklaut said...

salam..ASYIQ

tq singgah anaklaut

Pengikut ASYIQ