JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, July 8, 2009

Bukan Salah Saya

Sebuah rumahtangga mengalami keadaan yang kacau bilau. Untuk mencari puncanya, ayah,ibu dan anak dalam keluarga itu menemui seorang pakar untuk mendapat khidmat kaunseling.

"Agak-agak awak apakah yang menjadikan rumahtangga ini bergoncang?" tanya kaunselor kepada si ayah.

"Ini semua gara-gara isteri saya. Dia tidak pernah patuh kepada apa yang saya tetapkan. Dia memang isteri yang kuat melawan" jawab si ayah.

"Jadi, bukan salah awak?"

"Pasti. Ini semua salah isteri saya. Dia isteri yang derhaka." jawab si ayah.

Selepas itu giliran isteri pula ditemu bual oleh kaunselor.

"Ini semua salah suami saya. Dia cakap tak serupa bikin. Macam mana saya nak taat pada dia. Lawan tetap lawan. Bukan salah saya...salah dia." jawab si isteri.

Kaunselor agak pening. Kini giliran si anak pula ditemu bual. Kaunselor bertanya, "Mengapa awak menagih dadah sebagai jalan penyelesaian?"

"Bukan salah saya...saya jadi begini disebabkan oleh kedua ibu dan bapa saya. Tuan sendiri telah melihat bagaimana teruknya persengketaan mereka.....merekalah yang menjadikan saya jadi macam ini..." jawab si anak perlahan. Muram.

Kaunselor mengumpulkan mereka bertiga dan berkata, "Saya beri peluang kepada awak semua untuk berbincang. Berbincanglah dari hati ke hati mencari jalan penyelesaian. Jangan salah menyalah antara satu sama lain."

Selang beberapa minit, mereka bertiga menemui kaunselor dengan wajah berseri-seri.

"Setelah berbincang kami telah mencapai persetujuan" kata si ayah dengan wajah yang tersenyum.

"Kami semua tidak bersalah. Kami bukan penyebab rumahtangga ini bergolak. Yang salah adalah internet...ini yang menyebabkan kami tidak cukup masa untuk bersama" jawab si ayah.

"Jiran saya pun salah....mereka yang banyak menghasut saya untuk melawan cakap suami." tingkah pula si isteri.

"Media massa juga salah....ia kerap menyiarkan berita negarif...saya terpengaruh" jawab si anak dengan penuh yakin.

Kaunselor terpingga-pingga.

Kalaulah anda jadi kaunselor apakah yang anda akan katakan kepada mereka bertiga.?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Mengaku kesalahan adalah pra syarat kepada apa jua perubahan. Tidak mengaku kesalahan sendiri atau dikenali sebagai "deny syndrome" adalah satu penyakit yang sedang menular dalam masyarakat kita......di mana jua.....sekeliling kita. Setiap hari saya dikelilingi oleh pelbagai jenis dan ragam manusia.....dan situasi di atas sering berlaku dalam dunia saya.

Sekadar renungan.....kisah dipetik dari Solusi Isu 7.


13 comments:

arazma @ ami m said...

haah..salah internet... siang malam pagi petang adap laptop, blogging.... hehehe...jangan la sampai begitu....

salah baca kot....

Na Shari said...

Salam akak,

Rindu banget sama akak... :)

Anyway, sejujurnya...Na lebih rela mengaku bersalah daripada mencipta pelbagai alasan...Sebab dengan alasan-alasan yang dicipta tu bakal MENGUNDANG PELBAGAI MASALAH.

Dan cukup susah Na nak tuding kesalahan tu pada orang lain...Pahit macam manapun, mengaku je...Itu lebih baik.

:)

ASE1 said...

sebelum kita salahkan org lain , kita perlu muhasabah diri kita dulu , cari dulu kesalahan diri sendiri ..

ASYIQ said...

Arazma --> Ni tengah dok fikir2....takut juga berblogging menjarakkan hubungan kita ngan family. Harap2nya tidak...pandai2 la curi masa. Masa utama tetap bersama ngan anak2....


Na Shari --> Kesibukan yg melampau menjadikan akak terpaksa meninggalkan dunia blog buat sementara.

Akak akui...kekadang akak pun suka mencari kesilapan orang lain...alahai, mmg kita manusia yang lemah kan? Memang...mengakui sahaja perkara itu sebagai kesilapan kita adalah jalan yang terbaik.


ASE1 --> Memang betul kak...tetapi kekadang sifat ego yg ada dlm diri mengaburi keputusan kita...hihi. Masih bertatih mendidik diri...

Tirana said...

Sebelum menuding jari ke arah orang lain, ada baiknya kita cermin diri terlebih dahulu..tengok, kaji, mungkin kita pun buat salah juga.. Kadang-kadang sikap kita yang membuatkan orang melayan kita sebegitu rupa. Jika sikap kita comel, tentu comel lah juga layanannya.. Jika sikap kita buruk, maka layanan buruk jugak lah yang kita terima

AiE bAhRi said...

Salam kak,
Terima kasih sebab berkongsi dengan semua.
Masing2 menuding jari antara satu sama lain.Padahal mereka tidak sedar bahawa 4 jari menuding ke arah diri sendiri.Itulah sikap manusia macam lagu bangau oh bangau. Semuanya dipersalahkan.

Kak, solusi keluaran 9 dah keluar ke?

ASYIQ said...

Tirana --> Betul sangat tu kak. Kekadang kita rasa kenapa kita tidak mendapat layanan yang terbaik dari orang lain...rupanya kita tidak memberi yang sepatutnya. Peringatan yang amat baik utk saya.


Aie Bahri --> Pengaruh bangau oh bangau memang berlaku dalam kehidupan kita sehari2....memang sukar nak ditangkis kelakuan ini.

Dik...Solusi 9 dah keluar....dapatkan segera!!!!!!

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

kak asyiq...tgh sedih ni..ni pun tgh nangis..

geram rasa sbb xdpt call ayah guna ym n skype..ya Allah...geram3..ada adik2 pun bukan nak try bolehkan...

dpt call org lain..tp xdpt call ayah...geram rasa..nak campak je laptop ni..bila dh geram..td abah call guna tepon pun, sy xleh nak angkat..xleh nak cakap, n sbb tgh geram..mahal nak ckp guna phone..tu yg nak guna ym n skype...

kenapa xleh...:( sedih nyer...rasa xnak balik mesia langsung dah...

sorry ngadu kat sini..sbb sdh sgt ni..

iqbalsyarie said...

wah..sy nk bg pendapat sebagai anak pulak.Sy rasa salah mak bapak+kawan-kawan+TV+internet+jiran+makanan+dll..

banyak la kak..penyelesaiannya ttp SATU.

AL-Quran dan Sunnah.kan?

- jinggo - said...

kadang2 mungkin macam tu agaknya..
saya pujuk diri untuk bersangkabaik dengan semua keadaan.....

chimera said...

kalau ikut lagu bangau oh bangau... baik jadi ular... walaupun dia berwatak jahat sebab nak makan katak... tapi dia mengaku. (mungkin sebab tak nak panjangkan lagu)

sebab tu selagi saling salah menyalahkan sampai bila2 masalah tak akan selesai... kalau tak ada yg nak nagku salah, sampai bila2 pun lagu bangau oh bangau tu tak habis... silap-silap dgn nama kita sekali pun tersenarai masuk dlm lagu tu.. hehehe...
bijak org dulu2 cipta lagu... lagu ersebut adalah umpama 'masalah' - mengaku silap lagu pun tamat...

ASYIQ said...

LiSza --> Alahai...tengah sedih rupanya. Barang ciptaan manusia pasti ada kelemahannya kan. Bersabarlah, mgkin sedikit masa lg ok la tu.

Nnti bila dah ok line bolehlah berckp puas2. Rindu pd family bukan kepalang yek....

Mcm tu rasanya bila berjauhan ye....bila dah mengadu ni mesti rasa lega skit yea...

ASYIQ said...

Iqbal --> Faktor penyebab memang banyak tetapi faktor penentu tetap satu. Kalau diri kita kuat berteraskan Al-Quran dan ajaran nabi sudah pasti kita tidak kalah dengan faktor2 penyebab tu....

...melentur buluh biar dari rebungnya.


Jinggo --> betul Jinggo. Nak bersangka baik memang susah...kena latih diri dan pujuk diri kita. Bukan senang nak dapatkan hati yang sejahtera. Bercakap mungkin lebih mudah dari melakukannya...


Chimera --> Baru akak terfikir teori tu. Nak hentikan tuduhan adalah dengan mengaku saja....ular kira berani la sebab dia ngaku dia makan katak. So, nak hentikan pertelingkahan adalah dengan beralah saja.....betul dari satu sudut tapi mungkin salah dari sudut yang lain...hihi.

Pengikut ASYIQ