JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, July 15, 2009

Kapak yang tumpul

Seorang penebang pokok telah berusaha dengan gigih menyara seluruh ahli keluarganya. Beliau telah diterima bekerja di sebuah kawasan penebangan balak yang termasyhur di daerahnya. Mengikut kata majikannya.....lebih banyak pokok yang mampu ditebangnya maka banyaklah gaji yang akan diperolehinya.

Pada hari pertama dia bekerja di tempat baru itu, beliau berjaya menebang pokok sebanyak 15 batang. Pada hari kedua beliau hanya mampu menebang 10 batang pokok sahaja.....dan lebih buruk lagi pada hari ketiga beliau hanya mampu menebang 5 batang pokok sahaja.


Beliau amat sedih dengan prestasi kerjanya. Sudah pasti gaji yang diperolehinya juga akan berkurangan....dia sedih membayangkan anak dan isterinya yang setia menanti di rumah. Beliau mengadu kepada majikannya...meminta majikannya memberi pendapat untuk membaiki prestasinya. Beliau amat sedih jika majikannya akan memecatnya....mungkin kerana tenaganya yang sudah diregut usia. Dia amat yakin bahawa semuanya ini disebabkan dirinya yang sudah kehilangan tenaga.


"Bilakah kali terakhir awak mengasah kapak yang digunakan semasa bekerja?" tanya majikannya apabila dia meminta maaf di atas prestasi kerjanya yang tidak memuaskan.


"Mengasah kapak???? Saya tak pernah ada masa untuk mengasah kapak.....saya terlalu sibuk bekerja...." keluh penebang pokok. Nadanya perlahan......semakin mengerti maksud majikannya itu.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Cerita ini memberi tamparan hebat juga kepada saya. Saya terasa bahawa saya terlalu sibuk bekerja sehingga agak mengabaikan peluang untuk saya terus menimba ilmu. Maaflah sekiranya saya katakan di sini....bukan menuntut ilmu secara formal yang saya maksudkan. Saya terasa saya terlalu kekurangan ilmu agama. Apabila saya hadir kuliah agama di masjid terasa terlalu jauh ilmu saya dengan penceramah. Dulu semasa belajar di universiti pun bukannya belajar secara mendalam. Bidang syariah belajar sikit...bidang usuluddin belajar sikit dan ditambah dengan subjek pendidikan sebab saya pelajar Islamic Ed.

Banyak ilmu yang saya tak ada. Bila sebut bab tarannum, bila sebut bab takluk dalam sifat dua puluh, bila sebut bab tasawuf.....bila sebut semua bab....sebenarnya saya amat jahil. Saya tak tahu bidang mana yang saya 'master' sebab ilmu yang saya ada semua di peringkat 'asas' sahaja. Saya tak tahu apa sebenarnya sumbangan saya kepada agama tercinta ni.....alahai, terasa sangat kekurangan diri.


Apa yang perlu saya buat?? Pertama....saya sentiasa mencari buku-buku agama dan majalah agama yang ilmiah. Saya peruntukkan masa dalam sehari untuk membaca. Kalau boleh buku2 agama keluaran Jahabersa dan PTS yang berkaitan semuanya saya akan beli (cuma masa membacanya sahaja yang tunggu giliran). kini buku2 agama keluaran Telaga Biru pun nampak bercambah bagai cendawan tumbuh....tiap2 bulan mesti ada peruntukan khas untuk membeli buku2 tersebut.

Kedua.....saya peruntukkan 30 minit sehari untuk mendengar ceramah agama di RTM Ipoh setiap pukul 6.30 ptg. Biasanya dari penceramah terkenal di Perak iaitu Ustaz Khazim Elias AlHafiz. Biasanya tiga hari baru cover satu2 siri ceramah beliau.

Ketiga....saya hadir kuliah agama di masjid yang berdekatan. Saya dah ada kawan-kawan masjid yang datang mengaji. Kelebihan mengaji di masjid ialah tok guru/penceramah biasanya akan menggunakan 'kitab kuning' yang biasanya sudah tiada di pasaran. Belajar stail belajar di pondok2....orang2 tua panggil 'menadah kitab kuning'. Saya kagum dengan kelebihan penceramah yang boleh menghuraikan sepotong hadis sehingga satu jam....menyentuh pelbagai isu yang berkaitan. Kuliah agama ni kalau diikutkan terlalu banyak....semuanya bergantung kepada kemampuan dan kehendak hati untuk memilih. Kalau hendak seribu daya....

Keempat.....saya akan melayari youtube, menyaksikan siri2 ceramah dari penceramah terkenal. Antaranya Dr Daniel Zainal Abidin, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin dan ramai lagi. Ada juga siri ceramah tersebut saya download dan simpan dalam DVD untuk diulang tonton. Penceramah2 terkenal itu juga ada laman web mereka yang tersendiri...saya juga selalu melayarinya.

Kelima....beli VCD ceramah agama yang berlambak di pasaran.....

Keenam...ketujuh...kelapan.....masih belum sempat memikirkannya. Rasanya kalau lima perkara di atas saya istiqamah melaksanakannya maka saya pasti 'kapak' saya akan tajam juga. Ada orang cadangkan supaya saya sambung belajar di peringkat sarjana......hati saya langsung tidak terbuka ke arah itu. Sekarang saya nak belajar secara tidak formal.....kerana ada kepuasannya yang tersendiri. Barulah saya dapat mendidik diri saya untuk belajar betul-betul kerana Allah...bukan kerana sijil.....(untuk didikan peribadi saya sahaja, saya tidak maksudkan untuk orang lain....harap tidak disalah ertikan)

....................

.........

...


10 comments:

- jinggo - said...

saya senang dan suka cerita ni...selalu saya kongsikan crita untuk budak kelas depan.....

saya : membeli sebuah buku seminggu untuk pengbangunan diri sendiri - disamping...

dah berumor kut..

mula memasang bacaan ayat2 mudah dalam kereta ( menganti lagu rockapak )......

Dida... said...

saya pun sama mcm akak... tahu yg basic2 je... kalau tanya lebih2 mmg terus terang saya cakap saya tak tahu.... untung akak punya peluang utk belajar walaupun scr x formal... saya belajar juga.. tp banyak melalui online le.. dkt sini, tak ada kuliah2.. ada pun semua dlm bhs arab.. (tak faham lagi).. kalau buku pun sama...

Mungkin tunggu saya balik Malaysia baru peluang tu lebih byk kot... tp saya teringin nak further study.. masalahnya keadaan x mengizinkan..

ASE1 said...

salam Asyiq ..

saya pun sedang ke arah itu , mengasah ilmu2 yg dah tumpul spy tajam dan bersinar kembali . Tu pun tak secara formal , x perlu tunggu pencen baru nak mulakan ...

Tirana said...

semakin banyak ilmu yang dicari semakin banyak yang kita tak tahu... proses mencari ilmu akan tamat bila nyawa bercerai dari badan.

ASYIQ said...

Jinggo ---> Peminat rockapak rupanya....saya dulu remaja di hujung era 80 an...ingat lagu2 rock awie...hihi.

Bila umur dah meningkat...cara kita menghadapi hidup pun berubah...


Dida ---> Kalau nak baca buku pun kena tengok juga...sekadar baca kdg2 tak faham, wajib kita berguru takut tersalah langkah. Buku2 ilmiah yang umum bolehlah kita baca, tapi kalau yang bersangkut dgn aqidah ni wajib berguru.

Seronok juga dah ada kawan2 mengaji...makin terisi masa lapang akak.


ASE1 ---> Betul...jangan tunggu dah pencen. Kalau ada masa lapang, bawak sekali anak dara kita tu.


Tirana ---> Betul kak..makin banyak kita belajar makin insaf bahawa ilmu yang kita ada terlalu sedikit.

ummumishkah said...

Salam..
Beruntung bagi yang menyedari kita kurang ilmu kerana kita akan sedaya upaya menambah ilmu tersebut dan belajar yang tidak berorientasikan peperiksaan sebenanrnya lebih berkesan kerana matlamat betul2 ingin mendapatkan ilmu bukannya sekeping sijil...

Silverleaf said...

this story made me ashamed of myself...don't get me wrong...that is a good thing.

Razak said...

Salam...terima kasih ziarah blog saya.

Ilmu adalah sahabat waktu sendirian, teman waktu terasing, penjaga waktu berkhalwat, petunjuk jalan, penolong waktu ditimpa kesusahan dan bekal tabungan menghadapi kematian

iqbalsyarie said...

hehehee...terima kasih kak sbb bagi nasihat.insyaAllah sy takkan sia-siakan usia muda ini utk blajar agama..walaupun pintu utk blaja agama kat sini terhad,kita perlu usahakan juga..terima kasih kak!(rasa bersemangat dan bermotivasi plak bila baca entry ni)..

ASYIQ said...

UM ---> Kejahilan ini kekadang menjadikan akak terasa begitu jauh dengan Allah....moga masih ada ruang utk mendekatiNya...dengan rahmat dan hidayahNya.


Silverleaf ---> Saya pun sama....


Razak ---> Sama2 berkongsi ilmu...itu adalah matlamat pertama saya di alam maya ni....syukran kerana sudi singgah.

Pengikut ASYIQ