JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, July 9, 2009

Aku dan sepohon buluh...


Seorang petani tua mengelilingi sepohon rimbun pokok buluh di tepi belukar kecil di belakang rumahnya. Dia berkira-kira memilih sebatang buluh yang besar dan panjang....untuk dijadikan saluran bagi mengairi sawah padinya. Setelah seketika memilih akhirnya dia berhasrat untuk menebang sebatang buluh yang pada anggarannya amat sesuai untuk dijadikan saluran air.


"Wahai buluh...izinkan aku untuk mengambilmu bagi mengairi sawahku. Tugasmu sudah pastinya dikenang oleh manusia yang lain." pinta petani dengan wajah yang manis.


"Silakan wahai petani...aku yakin dengan menjadi saluran air...aku dapat berbakti kepada semua orang. Sudah semestinya aku juga akan bahagia dengan cara yang sebegini. Tetapi....sebelum itu apa yang akan engkau lakukan terhadapku?" buluh menyuarakan pendapatnya dengan rasa sedikit musykil.


"Untuk menjadi saluran air, engkau akan aku tebang...ini bermakna engkau akan terpisah dari rimbunmu dan adik beradikmu yang lain....ranting-ranting berdaun di sepanjang badanmu akan aku buang untuk tidak melukakan orang lain, badanmu juga akan aku belah mengikut keperluanku dan seterusnya aku akan potong penyekat-penyekat yang ada di dalam batangmu untuk memastikan air dapat mengalir dengan baik. Seterusnya engkau akan aku letak di takungan air sepanjang hayatmu untuk mengairi air ke sawah padi.....sanggupkah engkau?" terang petani tua panjang lebar.


"Sudah pasti aku akan kesunyian sebab berpisah dengan keluargaku, sudah pasti juga aku akan kelihatan hodoh kerana ketiadaan ranting-ranting berdaun di badanku ini, sudah pasti juga aku akan mengalami kesakitan yang bersangatan apabila engkau membelahku dan memotong penyekat-penyekat di dalam tubuhku.....aku rasa aku tidak sanggup untuk menghadapinya......memang aku tidak sanggup....." bicara si buluh dengan nada muram.


"Aku akan melakukannya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang....engkau hanya perlu sabar dan tabah. Kelak...apabila engkau menjadi saluran air, kekuatan dirimu akan terserlah. Jika engkau terbiar di sini....engkau akan mati juga dengan sia-sia....jauh lagi nak berbakti kepada orang lain. Percayalah....engkau akan hidup bahagia kelak."


"Kalau begitu kata-katamu....aku sanggup. Lakukanlah sekarang....." bicara si buluh penuh pasrah.


Moral dari cerita ini: Kita selalunya cepat melatah apabila Allah menurunkan pelbagai jenis ujian ke atas kita. Kita selalunya rasa terlalu derita untuk menghadapinya. Namun begitu kita tidak pernah sedar bahawa itu semua adalah latihan-latihan yang Allah berikan kepada kita untuk lebih kuat menghadapi kehidupan. Allah Maha Mengetahui tentang kita.....kerana Dia yang mencipta kita. Allah lebih tahu apa yang sepatutnya dilakukan kepada kita untuk menjadi seorang yang berguna kepada orang lain.

Kalaulah kita boleh menjadi seperti pohon buluh tadi....sanggup ditebang,dipotong,dibelah untuk menjadi sebatang buluh yang lebih berguna kepada orang lain maka sudah semestinya kita boleh menjadi hamba Allah yang redha dan pasrah untuk diuji dan dilatih bagi menjadi manusia yang diredhai olehNya pula.

20 comments:

- jinggo - said...

pastinya cgu..
untuk berubah..
ada risiko
ada harga
yang perlu dilunaskan...
cerita buluh : amat menarik....

anyss said...

Salam. Ujian buatkan kita kuat. Allah hanya uji takat mana keupayaan kita hadapi cabaran itu sahaja, tidak lebih dari tahap itu. Jadinya, kenalah sentiasa yakin yang "kita mampu"

p.s: cantik nye gambor buluh ni...

ASYIQ said...

Jinggo ---> Amat setuju dengan kenyataan cikgu Jinggo.

"untuk berubah..
ada risiko
ada harga
yang perlu dilunaskan..."

Dari sudut itulah kekadang kita jadi pengecut untuk tanggung risiko dan bakhil untuk mengeluarkan bayaran....jadi kita tetap berada di takuk yang lama.

Satu lagi persepsi baik yang dapat dilihat di sebalik cerita ini...tq.


anyss ---> Terima kasih kerana pertama kali memberi komen. Saya sukaaaaaa.....

Memang betul...Allah akan memberi ujian kepada seseorang mengikut tahap kemampuannya....dan lagi besar ujian lagilah besar pahala yang kita perolehi hasil kesabaran dan ketabahan...

Gambar: Google tolong carikan...hihi.

Mak Su said...

kerelaan buluh itu amat dihargai, besar hikmahnya jika kita dapat aplikasikan pula dalam kehidpn kita ni.

p/s: saya orang ns, husband org perak, tapi dia tak makan deroyan

AiE bAhRi said...

Salam.
kak,
tak semua manusia boleh menjadi seperti buluh itu ka sbbnya masing2 memikirkan kepentingan diri.

Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri kita.

Suka entri ni..

ASYIQ said...

Mak su ---> Kalaulah tak ada spesies yang sama macam buluh dalam masyarakat kita pasti masyarakat kita akan jadi lebih mundur dari sekarang...patut berterimakasih kepada spesies2 spt itu...

aikkk...org Perak tak makan durian...ni mesti mak su dah celupkan dia jadi orang minang....hihi.

Suami sy keturunan minang tp menetap di Perak dan amat suka makan durian....

ASYIQ said...

Aie ---> Bak kata pepatah...enau dalam belukar melepaskan pucuk masing2.....manusia dan kepentingan dirinya memang susah nak dipisahkan. Kecuali generasi sahabat yang mampu membuktikannya mengikut cerita dlm lipatan sejarah.

OmbakBaik said...

akak ni byk crita..syiok bace..agak2 kalu sembang ngan akak mesti bykbenda yang sy dapat pelajari. :D

Dida... said...

Salam Kak..

Cerita menarik & penuh pengajaran..
Setiap hambaNya yang beriman pasti diuji oleh Allah SWT... dan kita sebagai hambaNya perlu redha atas setiap ujian... kerana sst yg pahit.. akan manis akhirnya... yg susah akan senang.. & yg derita akan bahagia.... jika tidak di dunia ini.. pasti kebahagian itu menanti kita di syurga kelak...

janji kita redha, bertakwa.. & tetap iman...

ASYIQ said...

Ombakbaik ---> Agaknya bila nak jumpa? Akak balik kuala selalu tapi selalunya terkejar2 ke sana dan ke sini...banyak sgt agenda yang nak dibuat dalam cuti yg tak panjang mana...hihi.


Dida ---> Lama tak nampak Dida...agak sibuk skit kot. Bukan senang nak buat karangan arab tu...tergeliat lidah dibuatnya! Seronok ye belajar sana...mesti nnti fasih berbahasa arab. Bahasa arab akak ni dah agak kematu....

ummumishkah said...

kita juga blh menyumbangkan sesuatu pada bangsa dan agama dengan cara yang tersendiri.. moga kita sesama kita mampu untuk saling memberi manfaat! :)

ASYIQ said...

UM ---> akak selalu terfikir2 apa yang akak nak sumbangkan pada orang lain. Nak harapkan ilmu tak setara mana.....

....fikir...fikir...fikir!!!!

Muhammad dah ok ke?

iqbalsyarie said...

btol kata akak..kdg2 benda ni kita tak pasan la.huhu
nak berbubah perlukan MUJAHADAh..

OmbakBaik said...

kakak bukan dok kuala ke??
actually saya memang tatau akak dok mane..yang saya pasti akak kawan kak maa n sy agak akak skool kt daerah kuala..rupenye bukan..hehe

Tirana said...

Ujian dan dugaan sebenarnya untuk menaikkan kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Jika kita sabar, pasti kita berjaya mendaki setapak lagi ke atas.

arryani said...

Suka gak citer buluh ni...

Apapun, seronok kalo dapat menjadi seperti seperti apa kita nak jadi..

Dan seronok kalo dapat atasi sebarang rintangan dengan tabah.Sebab, tak semua daripada kita, tabahkan?

Brilliant Marjan said...

salam kenal

nice post..

ASYIQ said...

Iqbal ---> Betul dik...setiap perubahan memerlukan mujahadah. Semua jalan ketaatan menagih kepahitan dan kesukaran...sebab itulah Allah anugerahkan balasan syurga yang amat tinggi nilainya.


Ombakbaik ---> Akak skrg di Teluk Intan. Dulu mmg mengajar di Kuala..pernah satu sekolah mengajar dgn kak arazma. Selalu balik Kuala jenguk rumah akak dan ziarah emak. Rindu Kuala....nak makan durian!!!!


Tirana ---> Ni lah pengajaran utama yang boleh didapati dari cerita ni. Akak memang amat memahami.....


aaryani ---> Suka gak cerita ni...buluh bukan sekadar boleh jadi saluran air tapi macam2 benda boleh buat dgnnya. Kalau kita tak dpt jadi macam buluh....ada sedikit rasa malu di situ....hihi. Sayalah tu...orang lain mgkn tak...


Marjan ---> Welcome to my group....hihi. Rajin2 dtg sini tau...!!! Salam kenal juga.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam kak :D
mabruk!!! pandai la akk wat citer...sy klu tulis..ayat nyer kalah anak2 tadika..huhu

setiap ujian ada hikmahnya...cuma kita kadang2 tidak sabar dgn apa yg ditimpakan...yislamu ya ukhti

RHEA said...

hmm.. ke manakah cikgu menghilang ni..

Pengikut ASYIQ