JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, July 1, 2009

SUPERNOVA


5 billion tahun dahulu ketika bumi belum diciptakan oleh Allah, ketika itu juga matahari juga belum diciptakan oleh Allah.....berlaku satu latupan / ledakan dahsyat dari bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari. Para sainstis menamakannya sebagai fenomena `SUPERNOVA`. Bintang-bintang ini amat kaya dengan logam...dan salah satu dari letupan dahsyat itu telah menghasilkan sistem suria kita yang ada sekarang....dan juga dari situ terhasilnya bumi kita sekarang.


Bumi kita telah dilanggar oleh serpihan-serpihan logam yang terhasil dari supernova itu tadi. Logam-logam itu telah masuk ke dalam bumi dan menambahkan lagi besarnya bumi. Ahli sains menyatakan bahawa pada perlanggaran serpihan logam yang ke sepuluh, METEOR iaitu serpihan bintang yang ke sepuluh yang dipenuhi oleh iron/besi terus menembusi bumi hingga ke pusat bumi. Ianya mengeras dan dipanggil `solid core`. Solid core pula dikelilingi oleh cecair yang dipanggil `moltan iron`. Gerakan solid core dan moltan iron menghasilkan medan magnet yang juga mempunyai kegunaan yang besar dalam kehidupan manusia.


Sungguh besar sebenarnya kegunaan besi ini sehingga Allah menukilkan satu surah di dalam Al-Quran yang dinamakan `Surah Al-Hadid`. Bumi kita yang terdedah kepada cahaya sinaran radio aktif dari sinaran matahari...sebenarnya boleh musnah dan hangus... tetapi dengan adanya besi dan magnet di pusat bumi ini, ianya berfungsi dapat menepis sinaran cahaya yang sangat berbahaya itu. Maha Suci Allah....betapa Allah Maha Penyayang kepada semua hambaNya.


Di dalam badan kita juga adanya `iron` atau unsur besi ini. Contohnya di dalam hemaglobin (haemoglobin) yang di bawa oleh sel darah merah ianya amat kaya dengan `iron`. Kalau tidak, tidak mungkin oksigen berjaya dibawa ke seluruh sel lain yang memerlukannya. Maha Suci Allah.......


.......PARA SAINTIS JUGA TELAH MEMBENARKAN TEORI BAHAWA AKAN BERLAKUNYA LAGI SUPERNOVA SEUMPAMA INI....YANG AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA SISTEM SURIA YANG TERBENTUK PADA SUPERNOVA YANG PERTAMA....TETAPI SUPERNOVA YANG KEDUA ITULAH YANG AKAN DIKENALI SEBAGAI KIAMAT!!!! ......WALLAHUA`LAM.

Artikel ini didedikasikan untuk anak murid saya di kelas 3 Magenta, 3 Jingga, 3 Indigo dan 3 Merah untuk memantapkan kefahaman mereka tentang tajuk ~Keimanan kepada Hari Kiamat` yang saya sentuh di dalam kelas saya. Untuk anda semua....ingatlah selalu pesan saya.....galilah ilmu untuk menguatkan aqidah kita kepada Allah....bukan setakat yang ada di dalam buku teks itu sahaja. Mereka semua merupakan pembaca senyap (silent readers) bagi blog saya. Anda semua adalah inspirasi saya......


12 comments:

Ummu Mishkah said...

such a great teacher u are.. sis asyiq, bertuah anak2 murid dapat cikgu mcm akak!
nice info, saya pun baru tahu.. shukran!

~Cinta Cukulet~ said...

terima kasih kak sudi berkongsi info..err..saya dari kelas 4 merah..bleh baca jugak ke hehee

Dida... said...

Salam kak..

Maklumat yg bagus... menambahkan lagi iman kita kepada hari kiamat...

Terima kasih.

Tirana said...

Allah Pencipta yang hebat...Semua yang dicipta-Nya ada faedah untuk semua makhluk di alam ini..

Anonymous said...

Satu lagi, ilmu yg saya tertinggal nih...

TQ asyik!!

Farid Rashidi said...

Ya, dan ketika mahu kiamat planet-planet akan bertembung antara satu sama lain.

Keri AlHaj said...

hmmm... kaitan antara sains dan hari kiamat... bagus ni...

carilah ilmu kat mana-mana pun kita...
barang siapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dia mempunyai ilmu..
barang siapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah dia mempunyia ilmu... dan barang siapa yang mahukan dunia dan akhirat, maka hendaklah dia juga memiliki ilmu...

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

bagus la cikgu ni :D

kak Asyiq, nnt ke blog ye, ada tag untuk akak..ada masa jawablah.. thanks kak :D

sayang akak \(^.^)/

ASYIQ said...

UM --> Isyk...beso no utk ku pikul pujian tu....bila kita lagi mencari ilmu lagi terasa diri ini terlalu jahil....


CintaCukulat ---> Akak suka bebudak kelas Merah...senang nak ditegur, tak mudah simpan dendam..hihi....


Dida --> Sama2 menambah maklumat...hihi.


Tirana --> Subhanallah, tidak ada sesuatu yg Allah jadikan dgn sia2...semuanya ada hikmah disebaliknya.


arryani --> Ok la tu...satu je yek.


Farid Rashidi --> Mmg betul tu. Kajian sains selalunya tidak menyalahi dgn apa yg terdapat di dalam Al-Quran.


Chimera --> Saya nak dunia dan akhirat...huhu. Tetapi...terasa diri agak jauh utk menggapainya.


LisZa --> Ouch...ada tag? Nnti akak buat yea...sayang Lis juga.

Kak Long said...

Salam,
Tertarik dengan info ni.
Kak Long pun nak jadi anak murid cikgu asyiq gak hari ni.

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak karamu

arazma said...

ilmu yg bermanfaat.....sains dan islam.... tq utk perkongsian ini...

rindu kat kin...

Pengikut ASYIQ