JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Wednesday, July 29, 2009

MALU dan SEMALU...ada perbezaan??


Pernah tengok duri semalu?? Halaman rumah saya kalau ada duri semalu saya akan buangkan. Mesti cabut sampai ke akarnya untuk memastikan dia takkan tumbuh lagi. Kalau setakat dimesin sahaja ia akan tumbuh semula...malah lebih sihat dan subur. Biasanya saya akan memakai sarung tangan....pegang pangkal pokok semalu ni dan cabut. Ia akan tercabut sekali dengan akar2nya sekali. Biasanya yang tumbuh di halaman rumah pun adalah pohon semalu yang kecil2 sahaja...mampu dicabut. Kalau di dalam hutan ia akan menjadi pohon yang besar dan terbiar.


Rupanya kejadian pohon semalu ini ada kaitannya dengan diri wanita....makhluk istimewa ciptaan Allah. Pernah suatu hari Rasulullah saw berjalan-jalan dengan puteri kesayangannya Saidatina Fatimah radiallahu anha. Ketika melintasi sepohon pokok tamar, Saidatina Fatimah terpijak duri semalu sehingga kakinya terasa sakit dan berdarah. Saidatina bertanya kepada Rasulullah...apalah gunanya pohon berduri seperti ini tumbuh di situ?


Rasulullah saw menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat empat aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut.


Pertama: Sifat pokok semalu akan menguncup apabila disentuh

Ini dibandingkan dengan sifat wanita yang sepatutnya mempunyai sifat malu yang bertempat. melihat kepada remaja masa kini yang semakin terhakis sifat malunya. Sifat malu ialah satu rasa yang menggerakkan hati seseorang itu supaya meninggalkan kejahatan. Masih adakah sifat malu apabila memakai seluar jeans ketat dan baju t yang pendek....apabila tunduk akan nampaklah susur galur punggung yang amat menjelekkan kita yang memandang. Kalau ternampak situasi ni di kedai-kedai makan hilang selera kita nak menjamah makanan yang terhidang. Namun begitu ada pula remaja yang malu untuk memakai baju kurung pergi ke majlis perkahwinan dengan alasan 'kurang suci' untuk berpakaian begitu. Nampak gayanya nilai 'malu' sudah terhakis dalam diri....malu diletakkan kepada rasa yang menggerakkan hati untuk menjauhi kebaikan kerana beranggapan diri 'tidak sesuai' untuk menjadi baik.


Kedua: Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya

Golongan wanita sepatutnya mempunyai ketahanan iman dan takwa untuk melindungi dirinya dari sebarang gejala maksiat. Sekiranya kita rasa kita kekurangan ilmu...carilah ilmu. Sekarang peluang untuk belajar amat banyak...antara hendak dengan tidak sahaja. Mempertahankan diri dalam ertikata rohani mahupun jasmani. secara rohaninya kita sentiasa berusaha memastikan hati kita berada dalam keadaan yang sihat...dijauhi dari penyakit2 hati seperti dengki, sombong, buruk sangka dan sebagainya. Zikir dan membaca buku2 kerohanian amat penting untuk sentiasa ingat dan sedar. Mempeertahankan diri dari sudut jasmaninya juga penting....adalah sedikit ilmu mempertahankan diri supaya kita akan melawan dalam situasi2 tertentu. Ini yang Islam sarankan.


Ketiga: Akar pokok tunjang semalu kuat mencengkam bumi

Ini bermakna wanita perlu ada kekuatan iman yang membimbing dirinya sepanjang kehidupannya di dunia ini. Iman adalah teras bagi wanita....iman yang menuntun kita memiliki akhlak mulia, yang sentiasa mengingatkan kita kepada kehidupan selepas kematian dan yang selalu menyedarkan kita akan nasib diri di akhirat kelak. Jadi diri yang kuat keimanan tidak akan mudah patah dengan hasutan keduniaan yang padanya hanya sementara sahaja.


Keempat: Daun semalu akan menguncup apabila terbenamnya matahari

Secara halusnya sifat ini mengajar wanita bahawa waktu matahari terbenam selayaknya wanita menamatkan aktiviti luarnya....tinggallah hanya di dalam rumah sahaja. Tidak semanisnya wanita untuk keluar rumah pada waktu malam...kecuali yang keluar atas sebab tugas dan keperluan wajib sahaja. Ketika hari hampir gelap...bersegeralah untuk pulang ke rumah.


Umat Islam mestilah ada sifat malu dalam keadaan tertentu. Jangan disalah gunakan pula sifat malu untuk membuat perkara yang baik. malu untuk bertanya, malu untuk belajar, malu untuk bercakap benar, malu untuk mengaku lemah, malu untuk mengaku miskin, malu untuk mengaku kesilapan dan dosa.....bukan malu sebegini yang kita mahukan. Malu yang sebenarnya ialah malu untuk melakukan perkara kejahatan atau yang membawa kepada perkara kejahatan.

Contohnya rasa malu untuk berada di pasaraya ketika azan maghrib berkumandang. Waktu maghrib ni amat singkat...lantaran itu berada di tempat yang sebegitu amat memalukan. Malu takut Islam dipandang rendah dengan perilaku kita...walaupun pada ketika itu wanita itu uzur. Orang bukan tahu kita uzur! Jadi bersegeralah pergi menunaikan solat tepat pada waktunya walaupun ketika di pasaraya. Kalau uzur pun, bersegeralah beredar demi maruah Islam. Sekarang senario berada di pusat2 membeli belah di waktu yang penting sebegini selalu berlaku. Walaupun kita tetap tunaikan solat (walau di hujung waktu) ketahuilah bahawa sedikit sebanyak ianya sudah menjejaskan maruah Islam itu sendiri.


Kita juga hendaklah mendidik anak kita mempunyai sifat malu. Malu pada Allah terutamanya. Ajarkan pada mereka supaya sentiasa berkata-kata di dalam diri...." Kalau aku buat perkara ni aku akan rasa malu pada....." Contohnya saya selalu pujuk anak lelaki saya supaya selalu pergi ke sekolah agama di waktu petang...atas alasan rasa malu sekiranya kita sahaja nanti yang tak pandai solat berjemaah dan tidak tahu membaca jawi. Tiap2 hari disumbatkan pujukan yang sama...lama2 terbina dalam minda dia bahawa "aku mesti pergi ke sekolah agama supaya tidak malu sekiranya aku seorang sahaja yang tidak mahir baca dan menulis jawi". Maklumlah bila badan dah penat mulalah rasa berat untuk melangkah ke sekolah agama petang pula. Banyak perkara lain yang kita boleh terapkan...malu untuk berbohong, malu untuk membuka aurat, malu untuk membuat dosa, malu untuk melawan guru dan sebagainya. Terapkan sifat MALU kepada mereka.....dan ceritakan kisah duri SEMALU ini kepada mereka.


Apabila tebal rasa malu kepada Allah pasti akan timbul dalam diri akan rasa malu kepada diri sendiri. Apa tidaknya...kalau tangan mengambil barang orang, sekurang2nya kita berasa malu kepada mata dan kulit kita yang akan menjadi saksi perbuatan itu ketika di akhirat. Ataupun kita berasa malu untuk "mandi seragam" ketika di bilik air kerana berasa malu kepada makhluk Allahyang lain yang turut ada bersama dengan kita iaitu malaikat dan syaitan. Jadi...benarlah bahawa sifat malu ini mampu mendidik diri kita untuk lebih taat kepada perintah Allah. Betapa sifat ini penting untuk menjadikan kita mukminah sejati.


Sekiranya masih juga tidak ada rasa malu, bersedialah dengan apa yang Nabi Muhammad saw berpesan kepada kita......"Sesungguhnya Allah apabila hendak membinasakan seseorang maka dicabutkan rasa malu dari setiap mereka..." Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari tergolong dalam golongan ini. Marilah kita sama2 menyemai sifat "MALU" seperti duri "SEMALU".


20 comments:

Abd Razak said...

Salam kak,

Renungan yang sungguh baik untuk diambil iktbar buat semua.

Sungguh memalukan seorang yang menyebut dirinya muslim tidak menjadikan Rasulullah sebagai panutannya.

Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Cabang iman ada enam puluh enam atau tujuh puluh lebih, yang paling utama adalah tahlil – Laa Ilaha Illalah – (Tidak ada Tuhan selain Allah), dan yang paling rendah adalah menyingkirkan sesuatu yang mengganggu di jalan. Dan malu termasuk bahagian dari iman.” (HR Bukhari dan Muslim)

AiE bAhRi said...

Salam kak,

Terima kasih berkongsi info.

Minta izin dari akak untuk copy artikel ni sebab saya nk tampal di papan kenyataan kampus ya.hehe

anak laut said...

salam...

Malu adalah akhlak yang menghiasi perilaku manusia dengan cahaya dan keanggunan yang ada padanya. Inilah akhlak terpuji yang ada pada diri seorang lelaki dan fitrah yang mengkarakter pada diri setiap wanita. Sehingga, sangat tidak masuk akal jika ada wanita yang tidak ada rasa malu sedikitpun dalam dirinya. Rasa manis seorang wanita salah satunya adalah buah dari adanya sifat malu dalam dirinya.

Rasulullah saw. menjadikan sifat malu sebagai sebahgian dari cabang iman. Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Iman memiliki 70 atau 60cabang. Paling utama adalah ucapan ‘Laa ilaaha illallah’, dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan di jalan. Dan sifat malu adalah cabang dari keimanan.” (HR. Muslim dalam Kitab Iman, hadis 51)

saya seronok membaca entri puan..banyak menafaatnya..

moga allah swt memberi ganjaran pahala di atas usaha yang murni ni..insyallah.

anaklaut

ASYIQ said...

Razak ---> Mmg tepat apa yg diperkatakan akhi....amat malu apabila kita mengaku bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah dan nabi kita tetapi mengenepikan hukum Allah. Rasa malu yang ketara apabila saat kita bertemu dgn baginda nanti....entah kenal atau tidak dgn umatnya yg hanya pandai mengaku baginda sbg Rasulullah tetapi tidak mengamalkan sunnahnya. Sama2 kita renungkan.

Saya suka kpd komen2 yang Razak lontarkan...mesti diiringi dgn petikan hadis atau ayat Al-Quran. Amat menghargainya...syukran.

ASYIQ said...

Aie ---> Boleh aie...boleh ditokok tambah lagi dgn huraian dan contoh yang lebih praktikal dan lebih dekat dgn diri seorang pelajar...

Semoga kita sama2 mendpt manfaat.

p/s idea asal akak baca dalam majalah solusi isu 2 kalau tak silap.

ASYIQ said...

anaklaut ---> Terima kasih juga kerana selalu singgah dan sudi melontarkan pandangan di sini...

p/s hanya usaha yg sedikit berbanding dgn org lain. Ilmu dan kesempatan menjadi batu pengukur. Sampaikanlah ilmu wpun satu ayat...sentuhan yg biasa2 saja.

atie said...

Salam Kak Asyiq,
N3 Yang baik untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan masa kecik2 dulu kat kampung suka sangat main dng pokok semalu nie..
salam ukhuwah..

Anonymous said...

Malu I tau.....

You slalu puji2 I tau...

I mmg pemalu orgnyeeeee..ngeh3X..

Ilmu yg baik Asyik...
slalu baca artikel nih..
tapi tak jemu2 baca...

Shahibul Afzan Wahab said...

salam buat kak asyiq yg dihormati...

tazkirah yg bagus kak...kalau kita perasan, memang sangat byk perumpamaan yg dikaitkan dengan kaum wanita. wanita yg mengambil pedoman dengan semuanya pasti akan bergelar wanita solehah.

semoga kita tergolong dlm wanita tersebut.amiinn...

"al haya' minal iman..."

Unknown said...

salam kak,sy pernah dgar satu hadis yg berbunyi iman dan malu itu seiring,jika hilang salah satunya maka hilanglah kedua-duanya.

penting sifat malu ni.tapi hendaklah bertempat.Zaman Rasulallah dulu,gadis-gadis tak pernah malu utk bertanya kpd Rasulallah walaupun kpd persoalan haid,nifas,dll tapi mereka terlalu malu sehinggakan tak berani nak tgk lelaki.punya la malu..

Ummu Mishkah said...

memang wanita dijadikan dengan sebaik2nya dan malu itu salah satu sebab mengapa kita sempurna!

Keri AlHaj said...

Byk pengajaran yg kita boleh dpt dari persekitaran kita. pokok semalu sekali pun punya nilai penjaran yg bagus... sekali kita mahu belajar, segala isi alam boleh kita jadikan guru... pokok pisang sekali pun punya nilai2 yg kita boleh ambik iktibar...

saya pun pemalu gak orangnya...

ASYIQ said...

Atie ---> TQ sudi singgah sini. Akak dh pegi blog atie tp tak boleh nk tinggalkan komen...mgkn skjp2 lg boleh kut. Suka jg berkwn ngan org bertgn seni ni....suka tengok gubahan2 tue...


p/s akak dulu kalau kt kg paling tak suka duri semalu sbb kalau dh masuk dlm kaki susah nak keluarkan...tapi suka main daunnya...sekejap dia kuncup sekejap dia bukak balik. Dulu2 mana ada game boy kan???


aryaani --->

I pun pemalu gaks...

Tu yg nyorok belakang pokok bunga tu....

..kira sepesen la kita ni....

..u pulak nyorok pakai tudung...hihi.



azan subuh ---> Baru nampak adik akak ni kat sini. selalu2 dtg sini yea....

p/s sibuk study nak buat cam na kan? Take care.

anak laut said...

salam..ASYIQ,

terima kasih sudi singgah..

wah puan dah jual pantun..

saya membelinya..:-

Kisah hamba kisah cinta
Sebak dada menahan gelora
Kasih hamba jauh di mata
Namun di jiwa rindu membara

Sudahnya cinta materai janji
Sudahnya hati memahat rasa
Fitrah kasih kadangkala diuji
Kelak di mata mengikat mesra

tq singgah..AL

ASYIQ said...

Iqbal ---> Ingat zmn belajar masa kat KIK (KISAS) dulu. Ikhwan dan akhawat tak digalakkan bercakap secara terbuka....nak berinteraksi dlm kelas pakai tulis surat. Punya la dia org jaga...tak tau la budaya KISAS skrg mcm mana.

Budak skrg pulak, pelajar perempuan yg terjerit2 panggil budak lelaki bila berjumpa....luntur dah sifat malu.

Masa kat sekolah hanya dlm proses tarbiah shj, bila dh keluar barulah kita tahu 'belang' sebenar diri kita.


UM ---> Betul UM, malu melengkapkan keperibadian wanita. Kalau tak malu, bukan wanita sejati....saya sokong kenyataan ni.

p/s ada juga org lelaki yang tersangat malu kan...hihi.



Chime ---> Chime membuatkan akak terfikir macam mana nak kaitkan pokok pisang dlm kehidupan manusia....atau kehidupan wanita. Yang pastinya bab 'ramai anak' je yg akak nampak..hihi.

Kena bertafakur dan meneliti nih....

zai said...

Salam Asyiq..

Mmg mengasyikkan membaca entri ni..Sungguh indah bila dikaitkan diantara pohon Semalu dan peribadi Wanita..Mmg sangat benar sekali pernyataan Rasulullah SAW berkenaan sifat2 yg harus ada pada seorang Muslimah..

Sebaik2nya kita mengambil contoh isteri2 dan Puteri baginda yg sentiasa dijadikan contoh akhlak terpuji

Arianni said...

Salam Kak Asyiq..
Memang rasa malu dan sedih bila orang Islam tidak kenal agamanya.. lagi memilukan bila Islam dipandang rendah oleh agama lain..

ASYIQ said...

Zai ---> Setiap apa yg diciptakan oleh Allah ada sesuatu utk kita nilai dan jadikan pengajaran dalam kehidupan kita...

Saya amat mengharapkan perkara2 sebegini dpt meningkatkan lg keimanan dan ketakwaan kita semua kpd Allah.

Apa yg disarankan oleh Rasulullah itu mempunyai mesej yg sarat utk semua wanita seperti kita....


Arianni ---> Rasa malu pada diri sendiri bila bandingan yg Rasulullah buat ni terkena batang hidung akak sendiri. Semoga dapat kita sama2 mengamalkannya.

anak laut said...

salam..kak,

duit bukanlah segala-galanya pada saya.rasa puas hati dapat menyelamatkan nyawa seseorang sangat melebihi segala-galanya..

tq pada kak yg sudi singgah blog anaklaut..:))

p/s: menantu? :))))

Azila said...

salam
n3 ni pernah terbaca dlm stu blog shbt..tp pengisian sikit.
penjelasan y ukhti buat lg pnjg dan mantop...

Pengikut ASYIQ