JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, October 4, 2009

Semoga berjaya kak long...!

Assalamualaikum w.b.t......kini tibalah masanya pula saya dedikasikan entry ini khusus untuk anak sulung saya...Aini Atirah atau lebih dikenali sebagai kak long di kalangan adik beradiknya dan Aini di kalangan sahabat dan sepupunya. Dilahirkan pada 7.11.1994 iaitu sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Kak long memang anak bertuah...kerana sedari dia dalam kandungan saya lagi dia sudah berada di universiti. Saya yang pada masa itu sedang beada di tahun akhir pengajian di Akademi Islam Universiti Malaya. Berkahwin awal di dalam usia 22 tahun dan berada di kampus sewaktu mengandungkan kak long merupakan pengalaman 'termahal' yang saya miliki yang mungkin tidak dapat dirasai oleh orang lain. Mungkin atas dasar ini juga kak long membesar sebagai anak yang pintar, cerdas dan bijak sedari kecil lagi.

Ini adalah gambar Aini dalam usia 5 bulan, sewaktu dipelihara oleh emak saya di rumah abang saya di Ampang....sewaktu itu saya sedang menduduki peperiksaan tahun akhir....April 1995. Emaknya yang pemalu itu hanya menampakkan cermin mata besar sahaja...yang menjadi trend pada masa itu...hihi. Nampak sikit aje yer....

Aini...memang dikenali sebagai kanak-kanak pintar sedari kecil lagi. Dia dikenali sebagai kanak-kanak bermata bulat yang pandai menyanyi lagu-lagu nasyid Raihan. Kebanyakkan lagu Raihan dalam album pertama semua dihafalnya sedari usia tiga tahun lagi.....iaitu dalam tahun 1997. Dalam bahasa yang belum fasih....dia akan berdiri menyanyi dengan beraninya. Amat mengejutkan kerana sebuah lagu Raihan dalam bahasa Iban pun mampu dihafalnya.....dan amat mengejutkan lagi dia mampu menghafal lagu "Kuch Kuch Hota Hai" yang pada masa itu sering berkumandang di radio dan tv. Sebelum melangkah ke tahun satu Aini sudahpun membaca separuh dari AlQuran (juz 15) sedangkan pada masa yang sama rakan-rakannya masih belajar kitab Iqra`.


Lihatlah tiga keping gambar ini....pada masa berusia dua hingga tiga tahun....bermata bulat, ceria dan berani. Malu??? Tiada dalam kamus hidup Aini....pada masa tu la. Apa sahaja yang dipinta akan dilakukannya dengan penuh yakin....menyanyilah yang paling disukainya.


Kita layan sahaja gambar-gambar ni.....Aini ketika berusia tiga dan empat tahun. Dia boleh membaca buku dan alQuran seawal usia lima tahun....kebijaksanaannya memang terserlah sedari kecil lagi. Orang kata "anak universiti...memang macam tu..." Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah atas anugerah ini....

Aini juga kakak yang penyayang...kalau boleh baju yang dipakainya mesti sama dengan baju kak ngah.


Siapa sangka kanak-kanak bermata bulat itu dah membesar dah sekarang...dah menjadi anak dara dah...hihi. Keputusan nekadnya untuk tidak tinggal di asrama sewaktu mendapat 5A dalam UPSR 2006 sedikit pun tidak menjejaskan prestasi pembelajarannya. Dia membuktikan bahawa dia tetap cemerlang walaupun berada di sekolah biasa....katanya yang perlu ialah menjadi "pelajar luar biasa di sekolah biasa..." Matematik adalah subjek yang paling diminatinya. Sehingga sekarang dia mampu mencapai 100% markah dalam Matematiknya...dan bercita-cita untuk memperolehi PHD dalam bidang tersebut. Sedangkan ibu dan ayahnya menanam impian untuk dia menjadi seorang doktor perubatan....walau bagaimana pun kami memberikan sepenuh kebebasan untuknya memilih bidang yang diminatinya. Mana tahu...tiba masa nanti minatnya akan berubah.


Kak long....ibu, ayah dan adik-adik mendoakan yang terbaik untuk kak long. Mesti tenang dan teliti. Kami yakin kak long sudah bersedia...buatlah yang terbaik. Moga Allah kurniakan kejayaan yang diberkatiNya pada kak long....dalam PMR 2009 nanti. Kata ayah, sekiranya kak long muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik PMR 2009 SMK Convent Teluk Intan....kak long akan menerima hadiah besar tahun hadapan!!! Usahalah yang terbaik....moga Allah memberkatinya. Mohon jasa baik rakan-rakan blogger sekalian untuk turut sama mendoakannya....

"Kami semua sayang kak long...."

33 comments:

kyungie said...

ya semoga berjaya kak long ...^-^...buat yg terbaek...

al amin said...

semoga berjaya

ayah senantiasa berdoa kejayaan mu.

myQza said...

Memang bulat mata kak long. Sampai dah besar masih bulat . He he he he..

Alhamdulillah.. berkat kak long dalam kandungan ibu semasa di universiti kak long membesar menjadi anak yang cerdas dan pintar.

Semoga berjaya kak long. Semoga tenang menjawab soalan. Kak long memikul harapan ayah dan ibu.

Kami mendoakan... :)

zai said...

Salam Asyiq..

Doa seorang ibu selalunya sangat berkat apatah lagi jika ibu itu sentiasa mendodoikan anak2 dengan ayat2 suci alquran semenjak dari alam rahim..

Teruja tengok gambar2 kat long semasa kecil..srg anak yg comel..dah besarpun tetap comel tapi nampak berbeza hanya mata yg masih kekal mengekalkan identiti..

Kak Long bertuah kerana mempunyai ibu yang hebat..selalunya ibu yg hebat akan melahirkan anak2 yg hebat juga..

Tahniah buat Asyiq dan kak long..

Tirana said...

Semoga Kak Long berjaya dalam PMR...Selamat menjawab soalan. Do your best and be the best.

Dearie Pearls said...

Dear Kak Long,
Ini n3 special utk Kak Long dari Mama.

Best..

Semoga berjaya okey..

Dan pastinya Kak Long dah siap sedia menghadapi perang besar nie.
Kalau jadi pelajar terbaik, boleh dapat hadia besar. Best..

All The Best utk Kak Long..

Dear Kak,
Anak Kak pasti BOLEH!

OmbakBaik said...

sweet nye anak dara akak..smuga die berjaya :D

Keri AlHaj said...

salam kak...

kalau begitulah perjalanan kehidupan kak long, rasanya akak tak perlu risaukan sgt pasal kejayaan kak long (tapi walau sebijakmana pun anak-anak ibu mana yg tak bimbang resah bila anak nak exm... kadang2 tu si ibu pulak yg terlebih bimbang berbanding anak-anak tu.. hehehe)

Kak long akan berjaya

kak long akan berjaya

kak long akan berjaya

InsyaAllah..

Doa ibu antara doa yg termakbul. sampai kpd Allah tanpa hijab...

Kita doakan bersama kejayaan cemerlang utk kaklang...


All d best kak long...

Fadhlah said...

insyallah....

Abd Razak said...

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w

Ya Allah tenangkan hati kak long di waktu dan sebelum peperiksaan.

Ya Allah, Kau kurniakan ilham kpdnya dalam peperiksaannya dan kau jauhilah dia dari kecuaian dan kesilapan dalam menjawab soalan.

Ya Allah, kau kurniakan kejayaan yg cemerlang buatnya...

Ya Allah makbulkan permintaan aku ini...ameen

Azila said...

gud luck kak long..
dah besar makin cumel dia..

Ummu Mishkah said...

Good Luck Kak Long.. moga dapat melakukan yang terbaik!

ASYIQ said...

Auna---> Terima kasih auna...turn auna exam thn dpn kan?? buat persediaan dr awal.


al-amin ---> Sama2 kita doakan...insyaAllah berjaya.

ASYIQ said...

sI tEDI ---> Kak long memikul harapan ibu dan ayah...kata2 inilah yg selalu membakar semangatnya utk terus berusaha.

Moga2 impiannya tercapai...tk krn sudi mendoakannya tEDI.


Zai ---> Alahai...sy bukanlah yg terbaik spt yg diperkatakan oleh Zai. Byk kelemahan yg perlu diperbaiki. Berusaha utk buat yg terbaik tetapi kdg2 gagal juga...krn sy adalah manusia biasa.

TK krn sudi doakan kak long...

ASYIQ said...

Tirana ---> TK kak krn sudi mendoakan. Moga dikabulkan oleh Allah.


LOL ---> Sentiasa doakan yea...moga dpt juga hadiah besar trsbut...hihi.

Kak long kata....tk akak LOL.
Akak kata....TQ adik LOL....

Arianni said...

Salam Kak Long,
Semoga berjaya yer..semoga tenang ketika hendak menjawap soalan..dan yg lebih penting jangan lupa baca doa menghadapi peperiksaan..

ASYIQ said...

OmbakBaik ---> Manis...? hihi. Malu dia. Doakan yea...moga2, insyaAllah.


Chimera ---> Begitulah adatnya chime...maknye yg susah hati lebih dari anak....

Risau...silap baca soalan.

Risau...silap faham soalan.

Risau...sekiranya dia mengelabah.

Emak...semuanya risau..!

InsyaAllah, moga dia buat yg terbaik.

ASYIQ said...

Fadhlah ---> Moga2...impiannya tercapai. TK mendoakannya.


Abd Razak ---> TK banyak2 krn spt biasa akhi setia menitipkan doa yg terbaik utk anak akak. TK dik.

ASYIQ said...

Pengemis Redha ---> TK krn sudi mendoakannya...moga2 diberkati.


UM---> InsyaAllah, berkat doa dari semua. Moga dia boleh buat yg terbaik.

ASYIQ said...

Arianni ---> InsyaAllah, itu yg selalu akak pesan....solat hajat, doa, selawat ke atas nabi....rencah sunat yg diwajibkan. Moga diberkati Allah.

TK sudi mendoakan dia.

Na Shari said...

All the best kak long... :)

AiE bAhRi said...

Semoga berjaya kak long..

Semoga diberikan ilham yang baik semasa menjawab soalan PMR nanti..

All d best..

Kami sentiasa mendoakan kejayaan kak long di sana...

Mak Su said...

alhamdulillah, anak bertuah - ibubapa pun bertuah.. moga berjaya dalam PMR ya kak long

Anonymous said...

Saya pun ada ucapan jgak nih...

Kami sntiasa doakan kejayaan anak2 bangsa kami..

Buat Kak long..

Cuba yg terbaik k...Tak ada apa yg lebih mengembirakan ibu anda selain daripada kejayaan anda nnti...

Kejayaan anda...masa depan anda..

Berusahalah..

Dengan doa dan kasih sayang dari org tua anda...
Pasti semua akan lebih mudah..

Selamat tuk semuanya..
Amin.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam kak asyiq yg kusayangi :D (kawen awal ruper nye akk ni ek.. hehe)

wah.. besaq nyer mata kaklong.. hehe.. skrg dia pemalu ke, still cam dulu..

kaklong, ma'a taufiq wan najah dlm imtihan kaklong.. insAllah, kejayaan milik mereka yg berusaha.. chaiyok kaklong.. hehe.. dptkn result yg luar biasa.. Allah ma'ak.. (^-^)v

ASYIQ said...

Na ---> tK sudi mendoakan kak long...


AiE ---> TK aie krn sudi mendoakan kak long. Moga2 dia dpt buat yg terbaik!! InsyaAllah....

ASYIQ said...

Mak su ---> Begitulah harapan kita sbg org tua...kalau boleh mahu anak berada di tahap yg terbaik. Moga2 dimakbulkan oleh Allah....



aaryani ---> TK kak yan krn kehadiranmu sentiasa menceriakan...

Kak yan sentiasa cintakan anak bangsa..

Moga anak bangsa kak yan yg sorang ni cemerlang...menjadi seseorang yg diimpikan oleh ibunya....bahagia di dunia dan bahagia di akhirat!

aaamiiiin ya rabb....

ASYIQ said...

LiS ---> Kawin awal??? Dah sampai jodoh...hihi.

Byk pengalaman termahal yg akak kutip...betul.

TK Lis sbb sudi mendoakannya....moga dia cemerlang di dunia dan akhirat.

...seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yg tertinggi dan terbaik...insyaAllah, macam kakak Lis ni....hurmmm.

Unknown said...

salam Asyiq n kak long
dlm saat terakhir ni banyak doa untuk ketenangan semasa menjawab soalan .. banyak2 lah bersolawat moga kak long dpt mjwab dgn tenang dan yakin.
ummi doakan kak long dpt buat yg terbaik . insyaAllah.

Brahim Nyior said...

Asyiq, jangan terlalu mengharap kejayaan di dunia semata.

Saya doakan Kaklong menjadi anak solehah yang dapat menjaga maruah diri dan keluarga.

Saya doakan Kaklong berjaya di dunia dan di akhirat.

Pesanan buat Kaklong, andai ibumu marah, itu tandanya dia sayang kamu. Muhasabah diri jika kamu ditegur, semoga kamu dapat apa yang kamu impikan.

Asyiq, anak sulung saya pun perempuan juga. Harap dia membesar dengan berhemah dan berilmu.

Sekarang baru tahun 5...

Dearie Pearls said...

Hehe..
Mesti Kak Long sedang berjuang habis2an sekarang.

Selamat ya Kak Long..

ASYIQ said...

Ummi ---> Terima kasih krn sudi mendoakan kak long....

Berkat doa semua...

Hari ni hari kedua dia berjuang...


Brahimnyior ---> Sebagai ibu sy doakan dia cemerlang di dunia dan di akhirat. Itulah harapan yg paling tinggi sy dambakan.

Itu sbbnya sy suka melihat anak2 membesar di depan mata sy dan makan makanan yang saya sendiri sajikan setiap hari.....

Thn dpn anak cikgu UPSR la yea...moga berjaya.

ASYIQ said...

Dearie LOL ---> Hari ni hari kedua kak long berjuang....

Esok, Isnin dan Selasa masih ada...

Justeru itu setiap hari ibunya bimbang...

bila anak selesai cepat2 bertanya khabar...

..Allah sahaja yang memahami...

Pengikut ASYIQ