Kawasan rumah (kuarters kolonial/dipunyai oleh majikan tempat suami tumpang bekerja) yang kami tinggal ini adalah sebuah rumah sebuah-buah yang 'mungkin' layak digelar banglo oleh sesetengah orang lain...mirip zaman penjajah sebelum merdeka. Antara sebuah rumah dengan rumah yang lain jaraknya memang jauh....dan hanya dipagari oleh pohon buluh renik yang jarang dijumpai dimana-mana. Tetamu yang datang ke sini juga mestilah berdaftar di pintu masuk utama....maksudnya kawasan ini terlalu 'privacy'
Dari mana pemuda bermotorsikal ini datang? Siapa yang membenarkannya masuk ke kawasan perumahan ini?? Hati saya berkata-kata....
Tergesa-gesa dia meluru kearah saya.
"Saya datang mahu kutip derma!!" katanya sambil tersengih.
"Tak lama lagi Deepavali....kami mahu beli kambing...sembahyang untuk Tuhan" sambungnya.
Terkedu saya sebentar. Mata saya melirik kepada pemuda tersebut. Perkataan "sembahyang untuk Tuhan..." menjadikan saya amat teruja!! Sungguh.
Di tangan pemuda tersebut terdapat sebuah buku tulis yang sudah lusuh.....mungkin mencatat nama-nama penderma yang memberikan sumbangan. Di dalam buku tulis itu juga terdapat beberapa keping duit bernilai RM10 dan RM1. Dalam lingkungan kurang dari Rm100. Dia menunjukkan kepingan ringgit itu kepada saya sambil menjelaskan ianya adalah hasil kutipan dari rumah-rumah yang berdekatan.
"Saya minta maaf....kalau awak minta derma atas dasar 'kemanusiaan' saya boleh bantu.....tapi kalau atas dasar................." ayat saya mati di situ apabila dia terus menyampuk pantas.
"Kiranya saya ni binatang ke......tak boleh kasi derma???"
Menyirap darah saya dengan kebiadapan pemuda tersebut. Merah muka menahan rasa geram!!
"Awak dengar dulu cakap saya.....awak faham tak makna "kemanusiaan"???" suara saya ditinggikan sedikit, ada nada ketegasan di situ.
Dia mengangguk. Diam.
Saya terus menyambung....."Derma kemanusiaan maksudnya derma untuk membantu kamu sekiranya kamu ketiadaan makanan, ketiadaan tempat tinggal, terlalu miskin.....maka agama saya suruh keluar derma untuk bantu kamu...."
"Tapi kalau bertujuan untuk agama kamu, untuk membeli kambing dan disembelih untuk Tuhan kamu maka agama saya melarangnya....." Agama saya juga melarang kami meminta derma dari kamu untuk tujuan meraikan upacara dalam agama saya...."
"Jadi saya minta maaf sebab saya tidak dapat membantu....saya harap kamu faham dan jangan salah sangka"
"Oooo...itu macam ka? Saya juga minta maaf...kakak jangan marah ya..!" katanya.
"Macam mana awak boleh masuk kawasan ni??" tanya saya inginkan kepastian. Selama 5 tahun saya menetap di sini, tak pernah lagi berlaku peristiwa sebegini.
"Itu guard duty...kawan saya jugak!!" katanya sambil tersenyum.
"Awak datang dari mana?" tanya saya lagi merisik....
"Sana....Hutan Melintang mariiii...." katanya sambil menghidupkan enjin motorsikalnya.
"Terima kasih kakak...." katanya sambil berlalu.
Dari jauh saya dengar motorsikal itu berhenti di halaman rumah sebelah....lebih kurang 100 meter dari halaman rumah saya. Sayup2 saya mendengar suaranya memanggil tuan rumah. Senyap. Tiada kedengaran tuan rumah menyahut panggilannya. Saya pasti tuan rumah sentiasa ada di rumah. Kenapa tuan rumah mendiamkan diri??
Adakah tuan rumah yang satu bangsa dan satu agama dengannya juga mengeluarkan derma hanya untuk "bantuan kemanusiaan" juga???? Hati saya tertanya-tanya.
Senyum sendiri.
Adakah jawapan untuknya tadi wajar dilafazkan oleh saya...? Kalau tidak wajar apa jawapan yang sepatutnya??
26 comments:
wau!tahniah kak!kalau saya,mungkin terkedu kot.terdiam.haha
tapi betul la.perayaan agama.kita takleh join celebrate sbb seolah-olah kita mengiktiraf agama selain islam pulak.Tahniah kak ats ketegasan!
huhuhuhuhu
bahasa mantop!! tip top
kalau kene ngan aku, blom abes ckap lagi dah kata kita anggap beliau binatang ... perghhh x pasti apa yg akan berlaku. xoxoxoxoxo
ker umah seblah tu x nak bukak sbb tau something. Entah2 sindiket "tipu pungut derma" tp guna nama tuhan?
wallahualam ...
p/s: jawapan sangat bernas.
cikgu asyik berani... kalau saya mesti x keluar sbb x kenal dan takut juga ciri-ciri misteri kehadiran pemuda tu..
kena buat laporan pasal guard tu.. senang2 je bg kroni dia masuk
Iqbal ---> Entahlah...itu shj ilham menjawab masa tu.
Akak terfikir dua perkara...
Pertama: Kalau tak beri, dianggapnya Islam ni terlalu prejudis.
Kedua: Haram memberi krn ianya berkaitan agama...
So, langkah terbaik kenalah terangkan pada dia. Tiada pilihan.
The Habbit Frodo ---> Betul tu...masa dia ckp "binatang' tu sy nmpk dia kecik besar jer...haha. Mujur leh control lg...
Dlm hati sy pun musykil cara dia kutip derma....macam sindiket haram jer. Ganas plak tu orangnya.
sI tEDI ---> Masa tu akak terperangkap tED...baru lps parking kereta dia terus melulu datang. Kalau idak, sure tak bukak pintu punya...macam jiran akak buat.
Guard kami ni adalah "polis bantuan"..bukan guard biasa. Akak call boss dia org, buat report....memang sebelum ni tak pernah berlaku. Mereka akan lebih berhati-hati...
betol la jawapan akak..tp kalu berlaku kat saya tatau la nk susun ayat cm akak..akak ni dok area mane ye..umah kolonial nih..ulu ilya blaja kat smesti..so tau la gak t,intan tuh sket2
OB ---> Ex-SEMESTI rupanya. Suami akak kerja kat United Plantation...kiranya bersebelahan la dgn sekolah tu. Asalnya tanah sekolah tu adalah sponsor dr UP. Akak tinggal di Division 1, berhadapan dgn SK Sungai Buloh....yang ada lapangan terbang tu...!
Tinggal di sini rasa macam dok umah orang putih, design dia pun mirip org Inggeris....kawasannya pun dlm taman yg dijaga rapi...mcm stail org putih...hihi.
salam...
jawapan yang tegas dan ikhlas kerana Allah SWT...
salam kak, pd pndapat sy setuju dgn kenyataan y akak bg..kalau sy mungkin tk tfikir nk bg statement tegas macam tu...tahniah..selute dgn akak...hehe
Cu...berhikmah cara tu ;) congrats..walaupun tegas..sekurang2nya dia faham serba sedikit tentang islam...the best way of life...
Jiran yang sebangsa dengan dia malas melayan agaknya atau pun dia tertidur..hehehe..
Selama kak tirana duduk di kondo ni, memang terselamat daripada orang minta derma. Di KL ni tak boleh buka pintu pada orang yang kita tak kenal... Kadang-kadang diorang menyamar jadi pengutip derma. Bila kita buka pintu, diserbunya kita dengan pisau..Aduhai..minta Allah jauhkan dari itu semua
Abd Razak ---> Terpaksa bertegas...tak mungkin sy nk keluarkan duit atas dasar bertoleransi dan menjaga hati.
Hukum agama pun tegas, dlm bab agama tidak boleh bertoleransi.
NAY ---> Tegas...perlu bagi situasi begitu. Tak sanggup rasanya demi nk jaga hati kita leburkan prinsip agama. So, tidak ada pilihan.
adeqya ---> Yg cu hairannya dia tak faham maksud "kemanusiaan" pulak dia, atau sengaja buat2 tak faham.....
Agaknya dia tak tau yg dia sdg bercakap dgn seorang guru.....haha.
Situasi macam tu dah biasa cu lalui sbg seorang guru.
Tirana ---> Suka tengok akak muncul di sini.....harap2 akak bertambah ok.
Takkan dia tidur kak....pukul 6 ptg. Family dia pun ada di rumah! hihi.
Zaman sekarang ni adalah lebih selamat mencari kawasan penempatan yg ada ciri2 keselamatan......sbb macam2 perkara boleh berlaku!!
Dok kondo terasa selamat kan kak...
Tahniah akak...Sebab berani menyuarakan apa yang sepatutnya disuarakan...
Kalau Na di tempat akak, belum tentu lagi na boleh cakap macam tu. Mungkin na akan bagi helah lain...
salam kak..
hehe.. deepavali.. sip baik xkena luku kepala tu.. ilek2 arr dulu, kak asyiq xhbs cakap lg.. hehe
mantop dh jawapan akk.. nsib dia xtanye panjang.. klu tanye lg.. kenala bg lg panjang ulasan.. sib baik dia terus faham.. huhu..
bagusla akk ni.. hehe.. :D
Bahaya tuu...
Mujur dia tak kuarkan parang. Skang ni hjangan main-main, diorang makin berani mintak itu dan ini..
Tahniah untuk akak kita ni, walaupun orang kata semua tu berlaku secara spontan, tapi...bukan mudah kan. Moga2 dijauhkan jumpa situasi macam tu.
salam kak...
jawapan yg bijak dan berani... kalau saya lah saya jawab "sorrylah saya takde duit sekarang ni".. gitulah kot saya jawab. sebab dah namanya pun derma. terpulang pd kita nak bagi ke tak kan?..
Dear Kak..
Miss ya..
Syabas kerana Kak seorang yang tegas dan dapat mengawal keadaan.
Dan, kepada jiran itu, no comment.
Kak,
Hows anak Kak yg PMR hari tu?
Ok tak..?
Ok Kak, take care ya..
Thanks for the birthday wish..
Sorry, terlambat datang berkunjung ke rumah Kak.
[geleng kepala]
Na ---> Helah lain....tu yg akak nk dengar tu. Apa agaknya dlm fikiran Na
masa tu.
LiS ---> Dah namanya cikgu....dah biasa dapat soalan mcm ni...hihi.
Brahimnyior ---> Betul, tengok muka macam penyangak jer....entah2 tengah mamai kut, mana tau...
Bila dia dah pergi baru terfikir apa yang cikgu fikir....mujur.
anyss ---> Mujur tak kena luku kepala...hihi.
Chimera ---> Mula2 nk jawab mcm tu juga tapi confirm dia tak caya. Kalau jumpa tepi jalan jer of course jwpn tu boleh digunakan.
Dearie LOL ---> Happy Belated Birthday...!!!
Moga panjang umur.
hari ni kak long dah merdeka...hoooyey! Ibunya juga dah merdeka...hoooyey!
Nanti bolehlah pi selalu lawat LOL.
Mak Su ---> Mujur dia tak diluku kepalanya....eceh ceh...
Macam2 skrg ni....
Salam Asyiq,
Tahniah asyiq kerana berjaya memberikan penerangan yg bernas sekali kepada budak india tu...tapi mmg kalau jadi kat zai pun boleh kecut perut juga..datang rumah orang macam nak menyamun jer macam tu...
Zai...,
Saya pulak kalau takut...kadang2 jadi lebih berani berkata2....haha.
Nasib la dia...
Post a Comment