JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, October 25, 2009

Kena tampar VS Kena Cubit!

Assalamualaikum....

Meja saya di bilik guru berkembar dengan meja Ketua Guru Disiplin Sesi Petang. Jadi kiranya kami adalah dua orang guru yang memegang jawatan yang sama...cuma bezanya dia di sesi petang dan saya di sesi pagi.

Suatu pagi Pengetua masuk di bilik guru. Dia ternampak sebilah rotan kecil yang terletak di atas meja Puan S....guru yang bersejawatan dengan saya. Rotan tersebut tidak pernah pun digunakan oleh Puan S.....ada di situ pun sebagai hiasan sahaja, katanya sebagai tangkal. Sekarang kan dah tak boleh guna rotan di sekolah.


"Wah....dua orang guru disiplin ni ada rotan nampaknya...." tegur pengetua sambil membelek2 rotan kecil yang nilainya RM1.50 kut di pasaran.


"Kami tak pernah guna pun....ada kat situ dah lama dah. Puan S kata buat tangkal!" balas saya sambil tersenyum.


"Kat rumah saya ada rotan ni.....masa anak2 kecil dulu rotan memang saya simpan di rumah. Anak2 perlu dirotan kalau melakukan kesalahan besar.....tak solat ke, menipu ke, mencuri ke, memang mereka kena rotan. Tak boleh mendidik kalau tak ada rotan bah...." katanya dalam loghat Sabah yang pekat.


"Saya tak ada rotan tapi guna hanger..." celah Penolong Kanan yang turut berada di situ. "Kalau kesalahan kecil saya cubit jer...." tambahnya lagi.


"Mak saya pesan kalau kita tampar atau cubit....kita boleh control sebab kita dapat rasa kesakitan tangan kita semasa menampar atau mencubit" tambah Penolong Kanan lagi sambil tersenyum.


"Betul.......tengoklah budak2 sekarang ramai yang sudah rosak. Sebabnya....mak dan bapa langsung tidak menggunakan rotan...terlalu berlembut, sokong anak....bila anak dah rosak, angkat tangkat tanda "mengaku kalah" bila dah tak boleh ubah perangai anak." Pengetua menambah dengan bersemangat.


"Ada pula yang datang ke sekolah merayu pada cikgu suruh tunjuk ajar anak dia orang...." Penolong Kanan pula mencelah.


Saya yang dari tadi asyik mendengar turut tersenyum. "Saya pun ada rotan di rumah....sangkut aje di dinding buat tangkal juga. Selalunya saya "getu" (cubit yang kuat) sahaja bila dia orang buat salah. Anak yang kecik tu memang malas solat....saya kata kalau dah sepuluh tahun masih malas solat terpaksalah saya rotan....itu pesan Nabi kan?"

********

*****

**

*


Sekolah saya memang terkenal di daerah sebagai sekolah berprestasi akademik yang agak memuaskan berbanding dengan sekolah harian biasa yang lain. Namun begitu tahap disiplin tidaklah berada di tahap sifar....salahlaku yang pelbagai jenis kerap berlaku.


Namun begitu ibu bapa sekarang amat menjaga kemanjaan anak mereka. Kadang2 langsung tidak boleh ditegur. Bila mereka melakukan salahlaku.....mereka dipanggil mengadap kita. Tarik muka....jawab acuh tak acuh....melawan....semuanya mencabar kesabaran kita. Kita adalah manusia biasa.....kadang2 bila berhadapan dengan tingkahlaku yang sebegitu hilang juga kesabaran kita.


Saya akui saya amat tegas dengan anak2.....yang boleh dikatakan boleh dan yang salah tetap akan menerima hukuman. Saya akur sekiranya anak saya dihukum oleh guru sekiranya dia betul2 melakukan kesalahan di sekolah....biarlah menjadi "mata" dan "telinga" untuk saya sewaktu anak2 saya di sekolah. Namun begitu ibubapa lain tidak begitu. Bukan semua....


********

*****

**

*

Saya masih ingat peristiwa semasa saya dalam darjah enam...tahun 1983. Seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas mengajar Bahasa Melayu. Entah kenapa mungkin hari tu dia tidak sihat....dia minta kami buat kerja sendiri. Lalu dia tidur di meja guru.....


Murid2 dalam kelas hingar bingar. Ada yang berlari ke sana ke mari dan ada yang buat kumpulan bersembang. Maklumlah kerja sekolah tak ada....apa lagi, bersembanglah. Saya duduk di belakang seorang murid lelaki...Fadhil nama dia. Ingat lagi.


Fadhil memang suka duduk di atas bangku dan "menjongketkan" dua daripada kaki bangku. Ada seorang budak lelaki lain datang dan menarik bangku yang sedang "dijongketkan" oleh Fadhil. Apa lagi si Fadhil pun jatuh ke belakang dan meja saya pun terbalik.....habis tunggang langgang. Kelas jadi riuh rendah. Ada yang ketawa....ada yang menjerit.


Cikgu tadi terjaga dari tidur. Merah padam muka dia....(bukankah ada orang yang akan jadi panas baran kalau tidurnya terganggu...?) Dia meluru ke arah kami. Saya pula tengah tertunduk2 mengangkat meja yang terbalik. Fadhil pula dah siap mengalihkan bangkunya dan duduk diam.


Cikgu tadi meluru ke arah saya lalu ditamparnya saya di pipi kiri dan kanan tanpa usul periksa. Merah kedua-dua pipi saya. Murid2 lain juga semua diam. Seorang pun tak berani bercakap walau sepatah.


"Cikgu....bukan saya yang menjatuhkan meja ni.....meja ni ......." kata saya terketar2 bertujuan menerangkan situasi sebenar. Satu tamparan lagi singgah di pipi saya. Berbekas lima jari di pipi saya.


"Diam kamu...dah salah tak mahu mengaku...." katanya sambil menjerit.


Airmata saya laju membasahi pipi. Cikgu tersebut terus angkat kaki keluar kelas.


Berkali2 Fadhil minta maaf dengan saya. Murid yang menarik bangku Fadhil juga minta maaf. Tiga kali tamparan "pedas" cikgu itu membuatkan saya hilang kata2...hanya airmata yang membasah pipi. Teresak2 lagi. Semua kawan2 perempuan memujuk saya.


Peristiwa tersebut tamat di situ. Saya balik ke rumah dengan pipi merah. Ayah ada bertanya....emak juga ada bertanya tapi tak berani nak jelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Saya tipu mak dan ayah....saya kata kena tahi ulat. Gatal kononnya.....pura2 tergaru-garu. Saya pula tak mengadu kat mana-mana guru lain bahawa saya kena tampar. Masa tu rasanya title Guru Disiplin pun tak ada. Saya tak ingat siapa guru disiplin saya. Pada saya semua cikgu adalah guru disiplin.


********

Baru2 ni pula dalam dewan sekolah, Program Selepas PMR berlangsung. Sebagai seorang guru disiplin saya sentiasa mengawasi tingkahlaku anak murid saya. Saya ada menerima aduan dari Penolong Kanan yang ada beberapa orang murid datang sekolah dengan "bermake -up"....pipi berfoundation, bibir bergincu, mata dicabut bulu kening, bulu mata bermaskara......semua itu telah termaktub dalam buku disiplin sebagai satu salahlaku disiplin. Cuba bayangkan kalau semua murid perempuan bersolek....hilanglah tumpuan mereka untuk belajar.


Saya nampak salah seorang pelajar perempuan tersebut. Saya nampak juga dia memakai sebuah jam tangan besar....jam tangan yang tak sepatutnya mereka pakai ke sekolah. Lagaknya dipakai oleh artis2 remaja. Saya panggil seorang pengawas untuk memanggil murid tersebut. Panggilan pertama.


Murid tersebut terus menyimpan jam tangan besar tadi ke dalam beg sekolah. Saya nampak dia melakukannya dari jauh. Kemudian mengeluarkan tisu mengelap kelopak mata (mungkin nak mengelap maskara yang dipakainya pagi tadi). Dia tetap tidak berganjak dari tempat duduknya.


Saya panggil lagi pengawas yang lain untuk memanggil dia datang berjumpa saya. Murid tadi terus kaku di tempat duduknya walau pengawas tadi berdiri tercegat di sebelahnya. Panggilan kedua pun dia tidak datang.


Saya membuat isyarat jari kepada pengawas tadi untuk memanggilnya buat kali ketiga. Dia tetap kaku di tempat duduknya. Kemudian dia bangun menuju ke arah kumpulan kawan-kawannya yang lain.....berbisik2 dan merenung ke arah saya. Panggilan ketiga juga gagal....dia tidak datang terus berjumpa saya. Saya mula naik geram.


Saya bangun dan terus menuju ke arah murid tersebut. Apabila dia nampak saya....dia cuba lari ke arah keluar dewan. Saya berlari2 anak mengejar dia.....hati saya betul2 panas masa tu. Apabila saya mendekati dia, saya pegang bahu dia.....dia berpaling. "Kamu dengar tak saya panggil kamu??????" kata saya sambil mencubit perutnya. Barulah dia berhenti berjalan. Apabila telah dicubit barulah dia mengekori saya, barulah panggilan kali ini dia patuhi. Maknanya panggilan yang keempat!! Ya, panggilan yang keempat!!! Dapatlah sikit "upah" saya berpenat lelah mengejar dia. Kena cubit di perut.

Setelah disoal siasat....ada empat salahlaku yang dilakukannya....semuanya termaktub dalam buku disiplin sekolah. Nampak riak diwajahnya...dia tidak suka saya mencubit perutnya.


*******

****

**

*

Rupanya cerita itu tidak tamat di situ. Dia ada mengadu pada seorang "guru" lain bahawa dia kena cubit dengan saya. Saya tahu dia mengadu kepada guru tersebut.....ada maklumat sampai kepada saya. Minta dikasihani. Tak berpuashati.

Esoknya pula ada seorang "muridmu" meluahkan catatan di blog saya di ruang Shout Box saya. Dua kali dia melahirkan ketidakpuasan hati dia. Saya bukan percaya 100% bahawa ianya ditulis sendiri oleh murid berkenaan tetapi hati kecil saya seolah2 membenarkan bahawa "muridmu" adalah bukan murid yang saya cubit itu. Mungkin ada perkara lain yang berselindung disebaliknya. Selalunya hati kecil saya jarang silap. Saya perlu menyiasat. Saya tak sabar nak menunggu hari Isnin.....teka teki ini harus segera ada jawapannya.

Inilah salah satu kelamahan saya....mudah marah. Saya tahu kelemahan diri saya ini boleh menjerumuskan diri saya kepada perkara yang "tidak enak" sebagai seorang guru disiplin. Saya tidak malu untuk mengakui kelemahan saya di sini. Saya bukanlah manusia sempurna....kerana saya hanyalah manusia biasa.


Pada saya denda "dicubit" bukanlah satu hukuman "mati" yang terlalu teruk. Saya sendiri pun pernah kena lebih teruk dari itu.....atas kesalahan yang bukan saya lakukan. Namun begitu atas kerelaan saya ditampar walaupun bukan atas sebab saya bersalah.....maka saya menjadi "manusia" seperti sekarang. Saya mahu jaga maruah cikgu saya ketika itu. Perkara tersebut saya tak ingin besar2kan...malah tidak berdendam pun. Sampai sekarang saya tetap senaraikan cikgu tersebut sebagai manusia yang tergolong dlm doa2 saya....."li masha i khina" yang saya mohon kesejahteraannya di dunia dan di akhirat setiap kali selepas solat.


Kita tunggulah hari isnin nanti.....mungkin ada cerita baru. Itu pun kalau murid tersebut datang ke sekolah.....

*******

****

**

*



25 comments:

Unknown said...

saya pun same gak kak.dulu kena lempang ngn PK HEM time assembly sebab kantoi fly.haha..kenangan~tapi alhamdulillah,i got my lesson.duk diam2.ikut je peraturan.senang kat kita,senang kat cikgu.bila cikgu senang,baru berkat!

eh,shoutbox akak da takde ea?

zai said...

Salam Asyiq..

Bila membaca N3 ni seakan mengimbau kembali kenangan zai masa zaman sekolah dulu..mmg benar sangat2 kata2 asyiq bahawa murid2 sekarang terlalu dimanja oleh ibu bapa sampai rosak akhlak dan tidak boleh ditegur langsung apatah lagi dipukul pasti jadi isu besar..jadi tak hairanla kenapa banyak masalah sosial berlaku dikalangan remaja sekarang..

Zai pun macam asyiq juga..tak akan beri muka kat anak2 kalau mereka buat salah, kalau perlu ditegur zai tegur kalau tak dengar juga terpaksala guna kekerasan dgn rotan..tapi budak2 ni kalau terlalu kerap dipukul pun susah juga nanti jadi macam bebal..

apa2pun ibu bapa lah yang banyak bersalah diatas keruntuhan akhlak anak2 kerana tidak mahu bertegas dan lepas tangan kepada pihak lain utk mendidik anak2 nie..sedih dan terharu mengenangkan betapa beratnya tanggungjawap seorang guru zaman kini berbanding dahulu..

Apapun bersabarlah banyak2 yer asyiq kerana Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar dan benar.

myQza said...

cikgu asyiq.. tak tahu kenapa saya rasa sebak untuk membaca entry ini dari mula sehingga nokhtah terakhir.

mungkin sebab zaman kanak2 sy tidak semeriah orang lain. rotan dan kesakitan umpama tidak terasa sakit lagi apabila hinggap. :(

zaman sekolah juga tidak menarik langsung. saya buka pelajar yg mendapat tumpuan kerana pelajaran tetapi disiplin. Saya pernah di tampar di muka dengan tahap kelajuan maksima. saya merenung muka guru yg menampar tanpa setitik pun air mata. sebab saya rasa saya tidak bersalah. kerasnya hati egonya diri.

maaf saya katakan, saya juga tidak suka di cubit di pinggang. saya pernah menepis tangan seorang guru yg mencubit di pinggang. sehingga hari ini saya menyampah lagi dengan beliau. Mungkin kerana tahap cubitan dia adalah maksima buat saya berkata 'cuba cikgu cubit pinggang sendiri'

bila bertukar sekolah. saya jadi seronok dengan suasana baru. Alhamdulillah.

sy sebak bila merenung balik guru2 kita yang mengajar dulu dengan sekrang. ibu bapa dahulu dgn sekarang. banyak bezanya.. :)

ASYIQ said...

Iqbal ---> Budak lelaki kalau tak 'fly' bukan lelaki namanya.....itu kenyataan sesetengah murid lelaki. Bila dah fly baru terasa ada keberanian dan sama mcm murid lelaki yang berani tu. Darah muda mcm tu la...

Melakukan salahlaku adalah 'biasa' bagi seorang murid....namun begitu kalau kita taat ikut peraturan hati kita juga akan tenang.

Akak juga tak suka post guru disiplin ni krn akak akur pd kelemahan diri akak sendiri. Tambah berhadapan dgn generasi 'Y' skrg yang lebih segala2nya....

Shoutbox tu akak dh buang....nak elak dr individu yg lempar batu sorok tangan. Kalau org nk komen....biarlah bertanggungjawab. Ini semua krn 'muridmu'....kerana dialah shoutbox didelete.

ASYIQ said...

Zai ---> Inilah asam garam menjadi seorang guru. Laksana macam mak tiri kpd sesetengah murid....dibiarkan pun salah dan kalau ditegur lagilah nampak salah.

Kalau anak sendiri kita boleh marah dan tegur, kekadg of course lebih teruk dr anak murid sendiri, especially kalau kesalahan itu kesalahan yg besar. Namun begitu anak orang tetap anak orang. Tegur sikit pun tak boleh.

Jenuh dah bersabar dgn karenah anak murid....namun begitu sy bersyukur krn selama 4 thn mengajar di sekolah ini, inilah kali pertama sy menggunakan tangan menyakitkan badan anak murid w`pun saban hari bertemu dgn anak murid yang sebegini....jadi konklusinya kemarahan sy masih boleh dikawal.

Terima kasih atas perhatian.

ASYIQ said...

tEDI ---> Ikut entry2 tEDI akak pun faham bhw tEDI bersekolah agama semasa di Ting 1-3, then berpindah bila naik form 4.

Akak akui bhw kesilapan guru dlm mendidik anak murid tetap ada. Mereka ada kelemahan msg2 krn manusia ni ada pelbagai ragam w'pun dia seorg ustazah atau ustaz. Dia juga manusia biasa. Semasa dia berhadapan dgn kita dia mungkin ada emosi yg tersendiri....yg mungkin juga dipengaruhi oleh pelbagai suasana.

Jadi pertembungan dua emosi biasanya akan melahirkan satu suasana yang tegang antara kedua belah pihak.....pihak murid dan pihak guru. Msg2 juga ada ego msg2. Oleh itu bila ketegangan reda, memberi kemaafan adalah jln penyelesaian w'pun makan masa.

Apa yg berlaku pd akak pula...sifat marah telah menjadikan akak bertindak mencubit....krn itu sahaja tindakan yg boleh dilakukan dlm keadaan dia yg mahu melarikan diri. Atas keegoan jg dia tidak suka diperlakukan begitu. Masing2 ada ego tersendiri...krn kita adalah manusia biasa.

Namun...akak harap dia faham kenapa akak bertindak begitu. Dia terlalu mencabar kesabaran akak....(akak bercakap ni pun atas ego diri juga...hihi.)

myQza said...

terima kasih cikgu asyiq.. entahlah.. kenapa sampai hari ini masih terbayang2 layanan guru yang melukakan hati. :)

Keri AlHaj said...

salam cikgu asyiq... (errr cikgu ke ustazah ya).. hehe.. Ampun maaf lama dah tak jengah ke sini. sibuk benar sekarang ni dah kena buat 3 kerja... huhuh...

Bila baca cerita Kak Asyiq ni, saya ingat pulak kisah saya masa darjah 2 dulu... darjah 2. dah lama sgt dah, tapi tak boleh lupa sampai bila-bila. bila ingat balik mesti ketawa... dulu sekolah, saya memang jenis nakal punya budak. buat bising dlm kelas. yg tak boleh lupa tu bila cikgu disiplin sendiri masuk kelas sbab bising sgt. saya dgn sorang kawan kena berdiri kat belakang kelas lepas tu cikgu tu suruh duduk mencangkung... duduklah saya pun dgn kawan tadi. cikgu tu jenis badan besar, dgn tingginya, dgn gempalnya - nama dia cikgu Khaidir (tapi dah meninggal dah - Alfatihah untuk beliau)... ok! sambung balik... lepas kena duduk mencangkung tu, dia pegang telinga kiri dgn kanan saya, lepas tu dia angkat... hahaha. Ya Allah sakitnyaaa. dia angkat saya yg tgh mencangkung tu sampai muka saya betul2 mengadap muka dia dgn cara memegang telinga... hadoiiii... seb baik tak tercabut telinga masa tu... tapi saya tak nagis pun, kawan saya yg sorang lagi tu kena jugak denda dgn cara sama dah menangis2 dah... mana boleh repot dekat ayah. kalau rept dekat mak tak apa lagi, tapi kalau repot kat ayah mau kena tambah-tambah lagi denda tu heheheh... ayah garang tauuu.. huhuh...
tapi itulah dia.
itulah didikan yg betul sebenarnya (walaupun mcm tak berapa betul).
cikgu2 yg garang...
ayah yang tegas dan garang... ingat satu lagi cerita masa kecik-kecik, ayah kejar saya dalam hujan sambil bawak tali ikat lembu tu di bedal-bedal atas belakang... atas kesalahan - "mandi hujan".. heheheh
selalunya bila menghukum, itulah yg ayah guna, "Tali ikat lembu" dan dibedal kat mana yg dia sempat bedal... atas belakang, kat peha, betis.... hahahah... bila ingat balik rasa mcm kelakar je...

tapi saya fikir hal2 itulah yg buatkan saya dah jadi macam saya sekarang.
abang2 saya... adik2 saya... InsyaAllah lah jadi manusia berguna sesama manusia...

errrr... pasal cerita akak tu. Sape yg tulis komen tu tak puas hati tu. Ada cikgu lain yg tak puas hati dgn akak jugak ke??

ASYIQ said...

Chimera ---> Aduhai...kelakar baca komen Chime. Berair mata akak ketawa!!

Cikgu dulu2 kalau denda mmg gila2...tapi tak da pulak masuk paper atau kena saman. Zmn skrg jgn main...maunya diheret kita ke mahkamah. Sudahnya...ramai cikgu yg kata 'biarkan si luncai terjun dgn labu2nya....'

Akak dulu anak bongsu yg dijaga rapi oleh dua org abang yang terror! Bkn setakat pandai jaga adik, tapi kalau buat salah abang akak sanggup mereka sahaja dibedal, jgn dibedal adik bongsu itu! Itulah bestnya jd adik kesygan abang2....sanggup berkorban apa shj. So, akak mmg tak pernah dibedal cuma dicubit oleh mak tu biasalah....hihi.

Arwah bapa tak pernah bedal, yang tukang bedal mak akak. Tak pakai rotan tapi dahan pokok bunga raya kat laman rumah. Berbirat juga betis akak tengok....kesian!!

Ttg shoutbox tu...akak sendiri blum pasti siapa yg tulis. Nak kata rakan cikgu pun belum ada bukti....nk kata budak yg dicubit tu agak payah skit nk percaya kecuali ada 'orang' yg kasik blog add akak kt dia. So....akak kena merisik dan siasat.

Payah2 sgt sok.....buat aje 'amalan' tertentu....pas tu insyaAllah org yg buat angkara akan dtg mmbuat pengakuan.....senang skit nk berbicara dari hati ke hati. Tunggulah perkembangan cerita seterusnya.

Unknown said...

saya cgu amat teruk.
SMK Seri Perak
guru disiplin
cgu hashim + cgu abdullah mera.
keduanya garang macam polis terutamanya cgu abdullah.

suatu hari

ditangkap - merokok dalam tandas.

kami dipanggil naik perhimpunan pagi.depan semua orang : hukuman dijalankan...
dan masa tu : saya minta ditanguhkan - sebab ada 'bisul ' dibelakang...

cgu hashim umumkan...
malu tuhan yg tahu..
sebab ada awek yg memang tgk saya orat masa tu...

hari ini.
rotan ada kat rumah
gantung : sesekali gertak.

Abd Razak said...

Salam kak,

Bukankah Nabi menyuruh kita mendidik anak dgn merotannya ketika umur 10 tahun jika tidak solat...

Merotan utk mendidik takpe kan!

Na Shari said...

Hari ni hari Isnin...

Semoga segalanya terungkai...

OmbakBaik said...

besar dan berat kan tanggung jawab cekgu disiplin..tak saba plak nk tunggu crita hr isnin

@reLong said...

Kt pn xleh igt kenaGan kene pulas tLiGa mse sek rendah..

kT dikatakan tido dlm keLas pdhal TIDAK PUN!!..tp telinga kene pulas smpai bdarah..

ble dikenaG memori mcm tu..mEmG xpuas ati..

ASYIQ said...

Jinggo ---> Maknanya masa tu masih ada public canning. Zmn skrg hanya dibenarkn merotan kes rokok ttp dlm bilik pengetua oleh Pengetua sendiri atau org lain yg diperturunkan kuasa.

Alamak...kantoi Jinggo bila mak we idaman tahu yg kita dirotan....hihi.

Semuanya tu menjadi kenangan....

ASYIQ said...

Razak ---> Betul merotan sbg denda utk mereka yg disarankan oleh Nabi....tapi ramai ibubapa yg tak tahu macam mana "cara merotan" yang disuruh oleh Nabi. Ramai yg "membelasah" bukan "merotan".

Berbeza tu....

ASYIQ said...

Na Shari dan Ombak Baik ---> Budak tu still ponteng hari ni (mmg kaki ponteng pun...)


Maknanya persoalan masih belum terungkai.

ASYIQ said...

Sape yg tak geram kalau kita dihukum dlm keadaan kita tak bersalah. Rasa nak menjerit dan lawan balik....


Sedangkan kesalahan yg mmg kita buat pun kekdg kita tak mahu mengaku kalah....betul tak?

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam kak asyiq.. huhu.. kak asyiq ni.. sy ada je dtg sini baca article.. tp, tgn maleh nak mengomen.. :D jgn marah kak.. nnt cpt tua.. hehe..

sy ada je lg on ym.. akk yg sy lama xnmpk.. huhu.. ala kullin.. mmg sbk sikit kak.. jumpa supervisor, pastu.. apa yg sy tulis dia kata suh tukar.. adehh... sabor je la.. huhu

hmm.. ttg article ni.. aisyyy... ngada2 la bdk2 zaman skrg ni.. gonjeng pun ada.. entahla ye.. zaman2 dulu.. best je ke sekolah.. skrg.. kawan2 sy yg jd cikgu kata.. adehh.. payah nyer.. huhu

sy pun penah gak kena ngan cikgu.. cikgu tu pi tolak muka sy ngan pen.. time tu darjah 6.. adehh.. dia tgh marah ngan kami sekelas.. pastu dia p tujah sy ngan pen tu, sbb dia kata sy tersengih2 kat luar blk cikgu.. aduyai.. cikgu ni.. sesuka hati dia je.. tp, habis gitu je la.. takla cam zaman skrg.. sikit2 dah ngadu.. menyampah rasa..

:D kak.. jgn marah ekk.. mmg skrg ikit facebook.. sbb kawan2 ramai di sana.. tp bkn bermakna sy tgglkan blog.. cuma.. xder modal nak tulis..maaf ye

ASYIQ said...

LiS ---> Wah...baru nampak muka!! Maknanya tu ada org rindu...hihi.


Skrg laptop dh jadi bahan rebutan di rumah...kak long pun suka sgt download korean dramas yg dia miss dulu. Nak berblogging kena pndai curi2 masa...aduhai!

YM? Mungkin masa kita online tk sama. Lama tak sembang kan? Bulan puasa dulu boleh kata hari2...akak tunggu nk berbuka mesti LiS ada time tu.

Cikgu cpt marah...egonya jg tinggi. Mana boleh dia kalah ngan anak murid. Tambah pula kalau anak murid suka tunjuk muka pelik...lagilah dia cpt melenting...haha. Akak pun penah kena.

Sila dtg lg tau LiS....ada org rindu rupanya ...hihi.
Akak belum register facebook...ada niat jg sbb nak jejak semula kwn2 lama. Tapi sempatkah aku??? huhu

anak laut said...

salam..

kak, saya adalah guru displin kat sekolah..

rotan menrotan ini adalah biasa lah..:))

ASYIQ said...

Anaklaut ---> Kalau sekolah lelaki mesti ada rotan merotan terutama kes rokok.

Sekolah akak sekolah perempuan....budak perempuan sentuh apa pun tak boleh.

Sekolah lama dulu, Pengetua yg tukang rotan...kalau dia tak ada di sekolah baru perturun kuasa pd cikgu disiplin. Biasa jg dgn suasana tu..

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Guru disiplin rupanya..
Wah..
Takut nie..

Time belajar dulu, guru disiplin kat sekolah LOL sangatlah menghampakan. Yang betul2 boleh dikatakan guru disiplin ialah Ketua Guru Disiplin dan guru2 yang dipanggil guru disiplin hanyalah atas nama sahaja.

3 daripada duru disiplin itu semuanya lelaki dayus. Huh..

Lelaki tak layak bergelar guru disiplin.

*Akan ku kongsikan kat blog nanti.

ASYIQ said...

Dearie LOL ---> Bukan senang nak menjadi Guru Disiplin.....bersedia utk dibenci dan bersedia utk diperlekehkan terutama oleh murid bermasalah.

Kalau tanya semua guru di sekolah tak ada siapa pun yg sanggup pegang jawatan ni. Lg pun mana ada elaun khas...sama je mcm cikgu lain.

Akak jalankan tugas krn Allah...dah dipertanggungjwbkan kenalah buat. Kalau ikut suka mmg tak suka.

Ramai guru yg mengambil jln selamat utk tidak melibatkan diri dgn pelajar yg bermasalah....jadi mereka dapatlah disayangi oleh anak murid sbb tak pernah ambil tindakan disiplin pd mereka.

Pekeliling Kerajaan sudah mewartakan "Semua guru adalah Guru Disiplin" Akak sbg Ketua Guru Disiplin sebenarnya menjlnkan tugas2 dokumentasi dan laporan. Tetapi selalunya semua tugas dibebankan atas kita kalau kita dah jadi ketua. Gitulah adatnya.

Akak pegang satu prinsip aje...."buatlah apa yg sepatutnya, jgn fikir kebencian manusia...yg penting Allah redha.....sdgkan Nabi Muhammad yg maksum pun ramai org yang tak suka.."

Betul tak LOL?

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
betul Kak..
LOL setuju tapi Guru2 disiplin kat sek LOL dulu berbeza.

Nanti LOL ceritakan di n3 yang akan datang..
LOL memang respect Guru2 Disiplin coz mereka umpama musuh kepada pelajar yg bermasalah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Tetapi kalau Guru itu sendiri tidak berdisiplin maka LOL pun no comment.

Ini tidak ada kena mengena dengan Kak tau..

Ok Kak..
Nice day..

Pengikut ASYIQ