JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, October 27, 2009

Dapat 700 keping VCD Naruto!!

Assalamualaikum...

Berdasarkan entry saya yang lepas....saya ada berhutang "satu rahsia" dengan rakan2 blogger semua. Siapa kacau Shoutbox saya.? Saya seakan sudah tahu jawapannya tetapi tak ada bukti yang sahih. Yang pastinya pelajar berkenaan tak tahu menahu pun tentang "bog", malah tak tahu langsung pun ttg address blog saya......secara jujurnya dia mengaku bukan dia yang membuat onar di Shoutbox saya. Saya yakin dia benar......(katanya kat rumah saya mana ada internet.....nak pegi CC pun mana ada duit.....nak buat folio guna komputer hari tu pun jenuh minta tolong orang lain...) Antara kami pun dah clear....saling menyucikan hati dan bermaafan.....kita kan manusia biasa.


Kesimpulannya....saya sudah mengadu kepada Allah. Saya sudah luahkan segalanya. Selebihnya saya sudah bungkus semua masalah ini dan serahkan bulat-bulat p Allah....biarlah Dia sahaja yang mengadili semua perkara. Biarlah Allah yang menentukan semua perkara. Nak berburuk sangka pun tak boleh...tak pasal2 dapat dosa kering. Setuju semua kan...? Serahkan sahaja pada Allah. Yang mana baik, baiklah Allah balas, yang mana buruk, buruklah nanti balasannya. Kita sebagai manusia mana boleh menentukan segalanya.

Selesai di situ..... .


*********

******

***

*

Tengahari tadi sekembali dari sekolah, Fahem mengeluarkan sekeping VCD Naruto dan menghulurkannya kepada saya.

"VCD Naruto ni Fatin Syazwani yang kasi hadiah kat Fahem....dia kata hadiah harijadi"

"Hadiah harijadi? Birthday Fahem kan bulan dua...nape sekarang baru dapat?" kata saya sangsi dengan jawapannya. Bimbang juga takut dia mencuri atau membawa balik VCD kawan-kawan tanpa kebenaran.

"Dia kata bulan dua dulu dia tak sempat kasi...hadiah harijadi boleh kasi selalulah ibu....beri dua tiga kali pun tak apa...." katanya petah, siap berfalsafah lagi tentang hadiah harijadi.

"Kalau ibu tak caya tanya kak ngah...kak ngah nampak Fatin kasi VCD ni kat Fahem". Kak Ngah mengangguk tanda bersetuju dengan pengakuan adiknya.

"Bukankah VCD tak boleh dibawa ke sekolah? Barang larangan kan...?" tanya saya lagi. Kurang berpuas hati.

"Sekolah kak ngah tak kisah pun...lagi pun bukan nak tengok kat sekolah. Simpan dalam beg je...pas tu bawak balik. Ramai budak buat macam tu....lagi pun cikgu tak rampas pun....cikgu pun tak pernah kata tak boleh bawak...." tegas kak ngah penuh yakin.

"Peraturan disiplin bukan hanya yang terkeluar dari lidah cikgu....peraturan sekolah termaktub dalam Buku Peraturan Sekolah. Ni mesti tak khatam buku tu...." kata saya.

"Tak pe ibu....jangan susah hati. Lagi pun bersedekah ni kan amalan terpuji. Ibu selalu kata....darab ngan 700 kan??? Maknanya Fatin nanti dia dapat 700 VCD kat akhirat. Banyak pahala dia." tambah Fahem.

Saya hilang kata-kata.

Terpana dengan pukulan maut Fahem.

Inilah akibatnya kalau Islam hanya difahami secara serpihan. Mujur kamu baru kanak-kanak berumur 8 tahun...kalau kak longnya yang menuturkan ayat tersebut maunya saya terus pengsan.

Aduhai anak....

Masih banyak yang perlu aku sumbat maklumat!!

20 comments:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

sumbat.. jgn tak sumbat.. :D

mmg sesuai ngan nama.. fahem.. hehe.. tp, tak khatam lg tu.. xper kak.. sikit2 :D

comey la diorg bahasakan akk ibu.. hehe

Na Shari said...

Alhamdulillah...Terungkai segala masalah.

Hehhe...budak2 mmg macam tu kak...Tersangat la lurus. Lain la kita yang dewasa ni. Dah banyak bengkok dari lurus :)

Unknown said...

sesunguhnya ayat yg akak highlight tu betul2 buat sy ketawa.Kanak-kanak kak,biasalah.Hebat la si Fahem ni sbb di usia kecil ni pun dia sudah memahami kelebihan bersedekah.

Semoga akak sentiasa sabar mendidik anak-anak yg saya yakin bukanlah sesuatu yg mudah tetapi akan membrei pulangan yg sgt lumayan iaitu anak-anak yg soleh.Doakan agar sy juga termasuk dlm golongan anak soleh...

Tirana said...

Budak-budak sekarang tak macam kita dulu.. Kita dulu, bila ayah mak kata A..terima aje A tak ada nak banyak soal tapi budak sekarang bila kita kata A, berpuluh soalan dan fakta keluar dari mulut mereka.

Kalau ikut dari sudut parenting memang bagus - fikiran mereka kreatif cuma kita kena sabar guide mereka. Tapi kebanyakan ayah mak tak sabar atau tak ada masa nak guide, itu yang selalu jadi masalah.

OmbakBaik said...

:D

Abd Razak said...

Salam...:)

Lucu kak...:)

Hari ni saya kenak sumbat ubat jer, sejak subuh tadi muntah2 & buang air besar jer...

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Banyak giler dapt DVD..
Sampai 700..
Hahaha..

Budak2..
Banyak yang perlu dipelajari.
Untuk menang haruslah pertahankan diri..
Hehe..

Arianni said...

Salam,

Pukulan maut!! hehehe
Sabar jer lah..

myQza said...

he he he.. comel je fahem cakap macam tu. komfiden!! he he he..

cikgu disiplin sekolah kakngah n fahem tu mungkin jarang buat kerja. kalau selalu ada spotcheck budak2 mesti takut nak bawa CD atau barangan larangan ke sekolah.

Keri AlHaj said...

hmmm.. yg lepas tu lepaslah. apa2 pun yg baik tu biar Allah je yg balas... yg buruk pun biar Allah juga membalasnya...


hahah... setidak-tidaknya Fahim dah faham satu perkara- tentang kelebihan sedekah - cumanya dia tak faham secara terperinci je lagi. kira ok lah tu..

Anonymous said...

Mcmana boleh bawak CD ke skolah??? Tak faham....

mmg tak faham..

apapun, Fahem jujur..

kredit tuk Fahem..

ASYIQ said...

NoRuLLiSzA ---> Betul...memang dia sesuai ngan namanya...hihi.

Ibu?? Terasa veteran sikit.


Na Shari ---> Budak2 mmg lurus...ckp dr hati. Kita org dewasa dh byk sgt mkn garam...so, bila bercakap pn dh terlebih masin.



Iqbal ---> Terasa sgt bezanya mendidik anak lelaki dgn perempuan. Besar cabarannya...

Amiiin...moga mereka menjadi anak yg soleh.

ASYIQ said...

Tirana ---> Betul kak...mmg kena byk sabar. Kdg2 sampai naik pening.


Ombak Baik ---> ^--^


Abdul Razak ---> Semoga cepat sembuh.


LOL ---> Konsep dlm Islam kalau kita bersedekah 1 perkara maka pahalanya berganda sebyk 700 kali ganda.

Mcm konsep pelaburan...saham utk di akhirat. Tetapi memberi VCD bukan satu sedekah...dia tersilap faham konsep.

ASYIQ said...

Arianni ---> Selalu dah terkena "pukulan maut" nih....mmg hilang kata2.


sI TeDI ---> Tu la pasal...skrg akak dh warning mrk spy tidak lg buat aktiviti2 ni....kalau kantoi nnti susah pulak.


Chimera ---> Pada akak dia menjawab sekadar untuk menang dan "mendiamkan" ibunya....

Terkejut akak bila dikaitkan kewajaran tindakan dia dgn konsep sedekah...aduhai.

Sudah semestinya ibu dia takkan diam di situ aje...panjang lebar jg penerangan akak....tapi still dlm bahasa dan gambaran yg mudah utk dia faham.

ASYIQ said...

aaryani ---> Mmg sy pn tak faham kak yan.

Sy dh beri warning dah....lain kali tak boleh buat lagi.

Kalau tertangkap ibu tak mahu bertanggungjawab...haha. Takut dia.

Sebenarnya...hero sy tu mmg ramai peminat, selalu aje dpt hadiah...terutama dr kawan2 perempuan. Tapi dia tak faham!!!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ASYIQ said...
This comment has been removed by the author.
ASYIQ said...

Nampaknya blog saya masih diganggu gugat oleh "pesakit jiwa" yang kurang senang dengan entry "Kena Tampar vs Kena Cubit"

Bila shoutbox saya dipadam.....menjeritlah "pesakit jiwa" itu kerana tidak dpt menulis sesuatu di blog saya. Justeru itu dia pun register satu blog yang diprivatekan...then menghantar komen ttg entry2 saya. (Hati kecil saya menyatakannya demikian)

Rasanya sy pun celik IT juga...

Samalah mcm menjerit di shuotbox...jejak dia sukar dikesan. Kemudian dia "menasihati" saya seadanya...baik sgt rupa dia.

Untuk pengetahuan anda...silalah baca entry tu sampai habis. Saya mmg akui kesilapan sy...dan cubitan sy tu tak berbekas pun. Nak bawa ke mahkamah pun tak boleh dijadikan bahan bukti. Tetapi yg saya marah ada pihak yg "sakit jiwa" cuba mengadu kpd pihak atasan ttg perkara ini. Fikirlah sendiri apa tujuan dia.

Sy dok berfikir adakah "muridmu" sama identitinya dgn "Pasak Bumi"?

Kemudian tak puas hati menjerit pula di shoutbox.....lempar batu sorok tangan. Tak puas hati lg dtg lg menganggu sy di ruang komen ini. Bukankah ini petanda orang sakit jiwa....keluh kesah dgn dosa dan kesilapan sendiri. Saya tak ganggu orang pun. Orang yg menceroboh blog sy dan hal peribadi saya.

Kemudian tuduh saya bermasalah dgn guru2 di sekolah....toooloooonglah! Siapa yg berprasangka buruk nih???

Saya sebenarnya dah beberapa kali menyerahkan perkara ini untuk diadili oleh Allah. Namun begitu sy dh beberapa kali tunaikan solat hajat dan baca Yaasin utk tenangkn hati....minta Allah tunjukkan perkara sebenar, spy sy tidak buruk sangka pd orang yg salah...

Mungkinkah datangnya komen "Pasak Bumi" menunjukkan bhw Allah telah mendengar rintihan hati saya. semakin lama semakin jelas terbayang situasi sebenar di hadapan mata...! Allah bantu sy spy delete perasaan yg tak betul pd orang yg salah....kebenarannya makin terserlah!

Allah Maha Mengetahui!!

ASYIQ said...

Minta kpd semua orang yg bukan "rakan blogger" saya....sudah2lah!

Saya pun dh hampir lupa, jiwa pun dh tenang...tolonglah tamatkan spekulasi ini di sini. Biarlah Allah sahaja yang mengadilinya.

Saya pun dh akui kesilapan saya. Secara positifnya pun sy dh terima hikmah disebaliknya.

Sy pun berlapang dada dengan "sesiapa" yang ada hasad dengki terhadap kehidupan sy. Saya dah usahakan solat hajat dan bacaan Yaasin utk menenangkan jiwa sy. Sy dah tenang pun...dah berlapang dada pun...sy maafkan semua orang.

So, tamatkanlah perkara ini di sini. Kalau nak hntar komen pun jgnlah diprivatekan blog anda...baru sy akur anda ikhlas memberi komen. Blog yg diprivatekan sama macam orang yg menjerit di shoutbox tanpa link. Sama jer...nak register satu blog private hanya mkn masa 5 minit jer...

TQ.

Pengikut ASYIQ