Syukur tidak terhingga kak long dapat melalui saat2 getirnya dengan tenang...sekarang hanya doa dan harapan agar mendapat keputusan yg cemerlang. Terima kasih juga kepada semua rakan2 blogger yang turut sama mendoakannya. Kalian semua memang baik hati.
Saya suka tengok gambar ni....setiap kali mereka beratur masuk ke dewan peperiksaan sayalah yang akan berdiri merakamkan wajah masam manis mereka bersama debaran dan kegusaran mereka. Inilah di antara wajah2 masyarakat Malaysia yang akan datang. Anak saya??? Dihujung sekali. Sebagai pemegang nama A...A.....,maka dia adalah calon yang pertama dalam senarai calon PMR 2009 di sekolahnya.
Alhamdulillah, banyak sudah perkara merumitkan yang berjaya kami lalui semenjak dua menjak ni....jadi hujung minggu ini adalah waktu untuk bersantai dan merehatkan minda....jauh dari rutin harian biasa. Kami sekeluarga bercuti.....!!! Inilah masanya hendak melegakan semua otot2 yang sudah stress terutamanya dalam tempoh tiga minggu yang lalu.
*******
*****
***
*
Selepas berehat...insyaAllah saya akan kembali ke dunia blogging. Banyak idea dan cerita yang perlu saya kongsikan dengan semua....sarat...mungkin melimpah sudah! Doakan pemergian dan kepulangan kami dengan selamat....amiiin.
9 comments:
wah!! cikgu asyiq nak pergi bercoti ke mana tu???
Lepas semua rsa beban di bahu kak long. Sekarang boleh rehat seketika.. :)
selamat berhoye-hoye!! :)
assalamualaikum...
selamat bercuti & semoga Allah permudahkan dalam perjalanan..
semuga dipermudahkan dalam segala urusanNYa......
huhuhuhu nak g cuti2 semalaysia kew cikgu? huhuhu. semoga semuanya dipermudahkan. Doa ibu kan sangat mustajab ... insyaallah.
xoxo
>_____<
selamat berehat.. legakanlah mana2 yg stress...
salam kak.moga seronok bercuti.ramai org kata jadi cikgu ni best sbb banya cuti.tapi saya tahu yg jd cikgu ni tekanan dia jauh lagi tinggi sebenarnya..il
salam kak...lama xdtg cni...yelah, stlh tumpu perhatian kpd mereka, maka berehat itulah bonusnye...insya'Allah, kejayaan bg mereka yg berusaha...slmt bercuti...
Cuti??Banyak maknanya tu.Pergi bercuti..cuti daripada berblog..Apa2pun moga dipermudahkan urusan
Dear Kak,
Selamat bercuti Kak & family dan semoga Kak Long beroleh apa yang diharapkan..
Selamat Beristirehat..
Post a Comment