JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, July 27, 2009

Zikrul Maut


Sejak kebelakangan ini saya sering didatangi peristiwa kematian yang tidak disangka2. Bukan kematian disebabkan oleh selsema babi (H1N1), bukan juga disebabkan oleh denggi.....tetapi kematian yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Sememangnya penyakit ini adalah pembunuh no 1 di Malaysia selain kematian disebabkan oleh kemalangan jalanraya.


Pada 5 Mei yang lepas, abang ipar saya yang ketiga telah kembali ke rahmatullah. Tanpa sakit teruk, tanpa terlantar lama di atas katil. Subuh 4hb Mei saya mendapat panggilan telefon dari kakak saya...dalam sendu tangisnya memberitahu yang abang ipar dimasukkan ke unit ICU Hospital Taiping kerana tekanan darah rendah dan buah pinggang yang rosak disebabkan oleh kencing manis. Terkejut sungguh saya kerana setahu saya dia cuma demam ringan sahaja dua tiga hari sebelum itu. Petang itu kami sekeluarga tetap pergi juga menziarahi beliau di Hospital Taiping walaupun jarak perjalanan dari Teluk Intan ---> Taiping mengambil masa hampir 5 jam pergi dan balik. Rupanya itulah ziarah kami yang terakhir kerana keesokkan harinya arwah telah disahkan meninggal dunia pada pukul 2.00 petang. Alangkah mudahnya.


Dia adalah abang ipar saya yang ketiga telah meninggal dunia. Saya mempunyai tiga orang kakak dan semua kakak saya sekarang sudah menjadi ibu tunggal di awal usia 50 an. Kesemua abang ipar saya meninggal dunia dalam usia yang lebih kurang sama iaitu 53 tahun. Abang ipar yang sulung meninggal disebabkan oleh sakit jantung....tahun 2006. Kemudian abang ipar yang kedua meninggal dunia pada tahun 2007 disebabkan oleh kanser usus setelah terlantar menderita lebih kurang 4 tahun. Kemudian tahun 2009. Menantu lelaki emak pula yang tinggal hanya suami saya seorang....


Sekarang kematian berlaku amat mudah. Petang tadi suami saya menerima panggilan telefon menyatakan salah seorang bapa saudaranya sekarang terlantar di wad ICU kerana stroke disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Dengar cerita punca disebabkan oleh seulas durian.....Pesakit darah tinggi tidak boleh makan durian mungkin disebabkan sifat buah ini yang panas. Beliau menjamah seulas durian kerana terlalu teringin...dan akhirnya rebah dan dimasukkan ke wad ICU. Moga2 Allah berikan kami ruang untuk menziarahinya dan mendoakan kesejahteraannya dari kejauhan....


Semalam hari Ahad, saya mendapat panggilan telefon menyatakan kakak ipar saya masuk wad disebabkan tekanan darah yang terlalu rendah. Setelah masuk beberapa botol darah...keadaannya sekarang bertambah pulih...alhamdulillah.


Mari sama2 kita lihat garis kematian yang saya gariskan di bawah!!!


x1-----------------------------------------------x2------x3



x1 ---- tuliskan tarikh lahir anda!!! (semua orang mampu menulisnya dengan bangga!!!)

x3 ---- tuliskan tarikh mati anda!!! (saya pasti seorang pun TAK BERANI nak agak!!!)

x2 ---- andaikan sahaja saya yang sedang menulis entry ini sedang berada di titik x2........(pendek sahaja jarak
dengan x3.....sejam, dua jam atau tiga jam???)



Jadi, sebagai peringatan keras buat diri saya.....sepatutnya jangah lengahkan lagi beberapa perkara di bawah:


1. Jangan lengahkan taubat kepada Allah.

Segeralah bertaubat wahai diri.....mengaku semua kesilapan di depan Allah! Bertaubat nasuhalah kamu!!!


2. Banyakkan masa untuk bersama Allah.

Terlalu sedikit masa untuk solat sunat, puasa sunat, solat hajat, berzikir, baca Quran.....renungkan!


3. Bayar hutang dengan segera.

Alhamdulillah bab ni saya sokmo clear. Hutang2 yang ada semuanya ada perlindungan insuran.....saya
memang tak suka berhutang. Prinsip saya....ada duit beli....kalau tak, tengok aje.!!


4. Tulislah wasiat

Saya dah lakukan. Semenjak saya hadir kursus ttg perlaksanaan wasiat hari tu saya dah buat surat wasiat.
Yang saya dah print dah ada dalam 'clear holder'.....soft copynya ada dalam folder di My Document. Suami
dan anak2 dah tahu akan perkara ini. Sekarang rakan blogger pun dah tau kan??? Walaupun tak banyak harta dan tak banyak duit bersimpan.....perlaksanaan surat wasiat amat digalakkan.


5. Buat pemeriksaan doktor

Bulan April yang lepas saya dah buat 'executive screening' di salah sebuah hospital swasta di Ipoh. Semua
perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat di mana suami saya bekerja. Alhamdulillah....semua clear kecuali tekanan darah rendah.....border line. Kadang2 ok dan amat cemerlang sekali. Cuma dalam test ini suami saya disahkan sudah ada tekanan darah tinggi...juga di peringkat border line. Kena semakin berjaga2.


6. Selalu minta maaf dengan orang lain

Kalau berjumpa dengan rakan sebaya, sanak saudara kenalah selalu minta maaf atas semua kesalahan
kerana kita selalu tidak pasti bila tarikh kematian kita. Mungkin saya yang pergi dulu atau mereka yang
pergi dulu....


7. Berbuat baik kepada semua orang



.....mungkin ada lagi yang perlu saya lakukan........moga Allah menganugerahkan kita umur yang panjang dalam ketaatan kepada Allah. Moga Allah anugerahkan juga kita jiwa yang sentiasa ingatkan kematian.



Pada suatu hari Rasulullah saw pergi ke masjid, tiba-tiba baginda terdengar ada sekelompok sahabat yang sedang bergurau dan ketawa, lalu baginda bersabda
"Ingatlah mati!! Demi zat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, kalau kamu tahu apa
yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis"

18 comments:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

zikrul maut yg dpt menghidupkan jiwa.. td mmp juga ttg kematian.. ya Allah, mg ditempatkan kita semua di syurgaNya, & digolongkan kita dlm golongan org2 yg beriman..

"Qul innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum"

kematian yg kita cuba lari darinya itu, sebenarnya bukan menjauhkan kita dari nya, bahkan, makin mendekatkan kita padanya..

wallahu 'alam

anak laut said...

salam..

alfatihah buat abang ipar anda, yang telah pulang dijemput ilahi..moga rohnya dicucuri rahmat oleh allah swt..amin.

Tirana said...

Sesungguhnya kematian itu sangat dekat dengan kita..tapi selalu kita terlalai...rasa2 macam lambat lagi nak mati padahal ia boleh datang bila2 masa sahaja.

Dida... said...

Salam Kak Asyiq...

Saya pun sama dgn akak.. sejak berada di Arab Saudi ni.. saya dah terima 5 khabar kematian yg mengejut dari sanak saudara.... dan yg paling sedih.. saya x dpt menemui mereka buat kali terakhir... dan tidak dpt menziarahi jenazahnya... hanya doa sahaja yg saya dpt titipkan utk arwah2...

Terima kasih kak atas peringatan yg berguna ini.... cuma surat wasiat je yg saya x tahu mcm mana nak tulis.. adakah kita boleh tulis mcm kita tulis surat.. ke ada format yg tersendiri?

ASYIQ said...

Salam semua.....

Terima kasih kpd LiS, anaklaut, kak Tirana dan Dida atas kunjungan awal kalian semua...

Jenguk sekejap sebelum bersiap nak ke sekolah. Saya akan balas komen semua....insyaAllah sekembalinya dari sekolah ptg nnti.

Abd Razak said...

Salam...peringatan yg sgt berguna, mudah-mudahan ia dpt memberi semangat kpd semua pembaca utk bersedia secukupnya sebelum kembali kpd Allah SWT.

Firman Allah, "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Allah Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat) QS al-Mulk : 2)

Arianni said...

Salam kak Asyiq..
Al Fatihah buat abang ipar akak dan terima kasih atas peringatan yg begitu bermanfaat..

Anonymous said...

Kematian pasti datang menjemput kita bila2 masa..

Dan ingatan yg baik untuk semua dari N3 ini..

TQ Asyik...

AiE bAhRi said...

Salam kak,

salam takziah dari saya.Al-fatihah bagi merka yang telah kembali ke rahmatullah.

Mati itu pasti dan mengingati mati adalah satu ibadah.Oleh itu, rindulah kematian kerana kerinduaan itu menyebabkan kita akan jadi lebih bersedia lagi.

v said...

Aduhh ... kematian sesuatu yang pasti. Bersediakah kita? Pernahkah kita bersedia? Akan bersediakah kita? Dunia yg fana ini suatu hari akan kita tinggalkan jua ... berserta semua isi kandungannya - keluarga ...

Precious

ASYIQ said...

LiS ---> Sepatutnya kita menunggu kematian...bukan lari dari mati. Statement yang amat tepat!!!


Anaklaut ---> ...moga dirahmati Allah...amin.


Tirana ---> Andai ku tahu...alangkah baiknya!


Dida ---> Lepas kursus dulu kami semua dapat la satu borang berformat yang mesti kita isi...tapi hanya perlu ada tandatangan saksi shj (tak perlu melibatkan peguam). Kalau ada perubahan harta bolehlah kita tukar sahaja...eg tukar kereta baru or etc.

Bagi mereka yg mempunyai harta yg banyak...eloklah menggunakan khidmat peguam.

ASYIQ said...

Razak ---> Berguna untuk akak terutamanya.....


Arianni ---> Syukran...sama2 mendoakan mereka.


Arryani ---> Kematian pasti datang menjemput kita bila2 masa..
Sama2 kita ingat mengingati.


Aie ---> Apabila ada kematian yg melibatkan org yang terdekat dgn kita...kesannya amat terasa. Terasa diri kita terlalu lemah di sisi Allah.

....setuju 100%.

ASYIQ said...

Lili ---> Syukran sudi singgah. Moga kita berurusan lagi selepas ini...

Unknown said...

terima kasih kak kerana berkongsi beberapa perkara yg insyaAllah akan menjadi amalan kami semua..

Mohd Farid said...

Bab hutang itu seeloknya dicatit dan khabarkan pada waris. Dalam Al-Quran sendiri Allah menyuruh kita menulis hutang sebab kita tak tahu bila kematian akan tiba.

Berdoalah semoga setiap perbuatan kita mendapat redha ilahi dan yang paling penting, pengakhiran yang baik.

ASYIQ said...

Iqbal ---> Akak baca dlm entry iqbal yg latest pun ttg kematian jg...perginya jiran iqbal, satu keluarga pulak tu. Kalau yg pergi org2 yg paling dkt dgn kita, kesannya amat terasa. Moga roh2 mereka sentiasa dirahmati Allah.



Farid ---> Hutang...wpun sedikit ttp juga memberi kesan pd kita ketika di alam barzakh. Beritahu waris yg terdkt atau tulis dlm buku2 catatan yg mudah org lain jumpa.

Ummu Mishkah said...

terima kasih kak kerana ingatkan tie yang alpa ini...

ASYIQ said...

UM sahabatku yg dikasihi....sama2 ingat mengingati....berkongsi rasa dan keresahan.

Pengikut ASYIQ