JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Monday, July 20, 2009

Kena pandai jawab...!

Ingat lagi zaman aku kecil-kecil dulu, kalau arwah ayah bercerita...kami akan duduk mengelilingi dia dengan pelita minyak tanah di tengah-tengah bulatan. Biasanya kalau masa tu bulan Rejab...salah satu cerita arwah ayah ialah bagaimana Nabi Muhammad diperjalankan di malam hari dari Mekah ke Aqsa dan kemudian dimikrajkan ke langit yang ketujuh. Satu-satu arwah ayah akan bercerita tentang apa yang berlaku di setiap langit...diulang-ulang selalu cerita ini dari masa ke semasa....dan aku pada masa itu akan menganga mendengarnya tanpa sebarang takwil.....terima dan mengangguk faham. Emak juga akan turut sama mendengar, sambil jari jemarinya ligat menganyam tikar mengkuang di penjuru rumah.....kakak dan abang juga tumpang mendengar sambil meniarap membuat kerja sekolah.....


Sekarang aku cuba lakukan perkara yang sama kepada anak-anakku. Selalu juga bercerita perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh arwah ayah...mungkin akan menjadi kenangan pada mereka apabila mereka dewasa kelak. Tetapi perkara pertama yang akan ditanya oleh si bongsuku Fahem ialah "Macam mana dia boleh sampai ke langit ??? Dia naik kapal angkasa macam Sheikh Muzafar ke???" Wah...cabaran ni....macam mana? Macam mana nak jawab dengan soalan tulus ikhlas si bongsu ni???

Aku pun mula bercerita......set induksi yang agak panjang sehingga melopongkan mulut si bongsu itu. Ada seekor semut bernama "Si Gatal" duduk bersembunyi dalam almari pakaian ibu bersama beberapa ekor kawan-kawannya yang lain. Tempat yang paling suka si Gatal tidur ialah di dalam poket blazer ibu yang bersarung plastik. Suatu hari ibu terpaksa pergi berkursus di Kuala Lumpur....dan biasanya kalau menetap di hotel ibu akan bawa blazer ibu untuk membalut tubuh kurus ibu akibat kesejukan pendingin hawa di hotel itu. Tanpa mengetahui si Gatal ada dalam poket blazer itu...ibu terus menyangkut blazer itu di dalam kereta ibu.


Si Gatal yang agak kebosanan di dalam poket blazer pun keluar untuk mencari makanan....fikirnya mungkin ada si bangkai lipas kering di dalam almari ibu untuk dijadikan santapannya. Si Gatal terkejut besar......sehingga menjadi takut untuk terus keluar. Si Gatal berada di dalam sebuah kenderaan rupanya...lajunya bukan kepalang. Dan satu lagi yang paling Si Gatal terkejut ialah dia nampak bangunan KLCC yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Mungkinkah Si Gatal berada di Kuala Lumpur??? Si Gatal binggung memikirkannya. Si Gatal kembali menyorok ke dalam poket blazer ibu akibat ketakutan dan ketakjuban yang amat sangat.


Setelah tiga hari ibu berada di Kuala Lumpur, ibu pun kembali semula ke rumah. Tanpa memikir panjang...blazer tadi ibu sangkut semula ke dalam almari sebelum dihantar ke pusat dobi untuk "dry cleaning". Si Gatal pun segera keluar dari dalam poket blazer ibu dan terus mencari rakan-rakannya yang berada di dalam almari. Rakan-rakannya amat hairan apabila Si Gatal tiada di dalam almari buat beberapa hari.....ke mana hilangnya kamu???


Rakan-rakan Si Gatal: "Kamu pergi ke mana Gatal? Dua tiga hari kami tak nampak kamu?

Si Gatal: "Aku pergi ke Kuala Lumpur!!!"

Rakan-rakan Si Gatal: "Hahaha....tengoklah wei...si Gatal buat lawak bodoh. Kalau kamu pergi ke Kuala Lumpur berjalan kaki entah berapa bulan kamu akan sampai. Silap2...kamu mati digilis kereta dan motorsikal!!!"

Si Gatal: "Aku bukan berjalan kaki....aku naik kereta Ustazah Ashikin...dia berkursus di Kuala Lumpur. Kenderaan yang bawa kami amat laju....ambil masa dua jam aje untuk sampai ke Kuala Lumpur....Sungguhhhhhhh!!!!" kata dia bersungguh-sungguh.

Rakan-rakan Si Gatal: "Kalau betul kamu dah pergi ke Kuala Lumpur...apa yang kamu tengok di sana???"

SiGatal: "Aku nampak KLCC, aku nampak Menara KL, aku nampak macam-macam....Kuala Lumpur sebuah bandar yang amat besar." ujarnya bersungguh-sungguh.


>>>>>>>>>>>>>>> Ceritaku tamat. Fahem melopong mendengar ceritaku sambil tersengih-sengih. Faham benar dah ke???


Begitu juga dengan Nabi Muhammad. Pada malam Israk dan Mikraj....baginda diperjalankan dari Mekah ke Aqsa dan kemudian dimikrajkan (diangkat) ke langit oleh sebuah kenderaan malaikat....Buraq namanya. Malaikat dicipta daripada cahaya....malaikat Jibrail bergerak selaju cahaya. Buraq pula ialah kenderaan malaikat...semestinya ia bergerak lebih laju dari malaikat itu sendiri. Macam manusia....katakan manusia boleh berjalan kaki sejauh 20 km mengambil masa 2 jam atau 3 jam....tetapi kereta yang membawa manusia akan membawa manusia sejauh itu mungkin hanya 10 minit sahaja. Hitungkan berapa kali ganda kemampuan sesebuah "kenderaan" untuk membawa "penumpangnya" ke sesuatu destinasi. Pasti lebih laju kan??? So, logiklah kalau Buraq boleh bawa Nabi Muhammad ke Aqsa dan langit ketujuh dalam satu malam sahaja!!!


Fahem mengangguk-angguk macam amat memahami. Tetapi keluar lagi satu soalan dari mulut kecilnya itu......"Nabi Muhammad pakai bekalan oksigen macam Sheikh Muzafar ke ibu???"


Aduhai....macam mana aku nak jawab ni. Terpaksalah aku menggunakan dalil atau hujah al - Quran pula. Kalau Allah nak apa-apa berlaku...Allah hanya perlu sebut "kun fayakun" sahaja...maka segalanya akan berlaku dengan izin Allah. Dia mengangguk-angguk faham. Tak semua yang berlaku memerlukan jawapan logik akal....banyak perkara yang berkaitan dengan aqidah yang kita yakin melalui apa yang Allah wahyukan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Fahem mengangguk lagi tanda akur.........


Aku tersenyum sendiri...itulah bezanya kanak-kanak dulu dan kanak-kanak sekarang. Aku dulu tak pernah terfikir pun nak tanya arwah ayah apa yang ditanya oleh Fahem kepadaku sekarang.....kanak-kanak sekarang semakin bijak!!!

17 comments:

anaklaut said...

salam..akak ASYIQ,

ya pasti pedih kalau cinta tak berbalas..

akak, skrg tak sensitif dah..dah lali..:))

tq singgah anaklaut

p/s: bestnya dengar cerita kak ni..

moga akak dan seluruh keluarga akak dirahmati allah swt hendaknya..

tq.

AiE bAhRi said...

Salam kak..

seronok dengar cerita2 akak. Kalau dh cerita pada anak2 kecil, macam2 soalan yg ditanya.kadang2 soalan tu logik juga untuk ditanya.

Mesti anak2 akan ingat bila mereka dewasa nnti.

ASYIQ said...

Anaklaut ---> Terima kasih juga...sbb anaklaut rajin singgah dan beri komen di blog akak...

p/s MU lwn M'sia mlm tadi apa kesudahannya???


AiE ---> Akak suka dengan soalan2 dan suara hati dari anak-anak...selalunya jujur dan ikhlas...

Budak2 skrg dah banyak pendedahan...

Abd Razak said...

Salam kak,

Ceritanya sungguh menterjemahkan kekuasaan Allah SWT, dipilih contoh yg membolehkan keyakinan itu berkembang menjadi mantap dan teguh, alhamdulillah kak, teruskan usaha memantapkan aqidah anak-anak

arsaili said...

salam..terkenang arwah nenek,,,arwah yang rajin bercerita ..kalau dia tido kat umah, kita org akan paksa dia bercerita

Arianni said...

Salam kak Asyiq..
Terhibur baca cerita akak.. begitulah fitrah anak2 bila ingin belajar..utk mengetahui sesuatu yg baru bagi mrk.. soalan demi soalam diajukan..syabas utk akak!!

Anonymous said...

Kalo nak bercerita ngan budak2 ni, kena standby kita nak jawab apa bila ditanya..

Mind dorang, adakalanya lebih kreatif dari kita..

Unknown said...

best~budak skrg makin pandai?
mungkin la..tapi mungkin lagi tepat kalau kata memandai-mandai..hehe

ASYIQ said...

Razak ---> Perlu sentiasa berfikir utk terus bercerita...tetapi ada keadaan yg menjadikan kita sendiri pun buntu. Menghadapi anak remaja pun lagi perlu kreatif dan kena pandai bermain dgn emosi pulak.


arsaili ---> Itulah kenangan diri adik yang dibawa sehingga dewasa kan??? Sungguh manis untuk dikenang.


Arianni ---> Sifat terlalu ingin mengetahui ni walaupun baik tetapi perlu dituntun dengan akal yang bersih...kalau idak jadi negatif pulak...hihi.

ASYIQ said...

aaryani ---> Karenah anak2...ada yang cekap otak kiri dan ada yang cekap otak kanan...

p/s kekadang bila mood tak baik, banyak kali tanya kena marah juga..hihi.


Iqbal ---> Bila dah masuk kategori 'memandai' maka kita pun kenalah memandaikan jawapan kita pulak. Mana boleh kalah...hihi.

Tirana said...

otak budak-budak sekarang ni kreatif.. Kadang2 terkulat2 kita nak menjawab soalan mereka..hehehe

Keri AlHaj said...

betul, budak2 sekarang kecik2 lagi tanya macam-macam.. selagi mereka tak faham betul, selagi tu soalan demi soalan demi soalan keluar... nak jawab cara lojik org dewasa tu kadang2 mcm tak kena dgn tahap pemahaman diorg, tapi kalau nak terangkan cara logik ikut fikiran budak-budak - kita pulak tak pandai nak jelaskan... heheh... anak buah saya ari tu tanya mcmana baby boleh ada dlm perut ibu dia... mau tak terkulat2 saya nak menjawab... hahahaha...

ASYIQ said...

Tirana ---> "terkulat2" saya suka perkataan ni...dah lama tak guna..hihi. Kalau kita hilang idea maka terkulat2lah jawabnya....hihi.


Chimera ---> Cam na nak jawab tu?? Anak saya masa dia tiga tahun ajak saya pi hospital utk ambil baby sbb org balik dari hospital sure ada baby...hihi.

siti noriza saleh said...

salam asyiq,
siti pun mungkin dok pkr apa nak jwb kalau anak siti lak yg menanya..mahu dia haru..skrg ni pun, kalau dia tgok lori ( yg mcm2 tu, ada 2 tn lah, 1o tanlh, siti ttp ckp namamnyer lori), dia akan pelik..knapa ruper lain tapi nama sama..he he he

ASYIQ said...

Siti ---> Tu yang dikatakan 'terkulat2' tu......terkebil2 bijik mata kita kalau tak dapat idea...hihi.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

mmg susah... :D
budak2 zaman skrg tak mcm dulu..beza benar
kita kena la upgrade cara nak jawab pd budak2 zaman skrg..

tp..klu berlanjutan bertanya..kena baca isti'azah...supaya tidak di ganggu syaitan dan menyesatkan kita..

ASYIQ said...

LiSza ---> Betul, mereka perlu dibimbing. Banyak sgt neuron aktif dalam otak dia org. Tapi kalau tanya yang bukan2 dan tak masuk akal....akak tegur juga hihi.

Pengikut ASYIQ