Alhamdulillah. Setelah beberapa kali berhajat untuk melahirkan sebuah blog sendiri akhirnya pada hari jumaat yang mulia ni lahirlah blog ini....bersama dengan seribu kesyukuran.
Masalah lambat bukan kerana tiada `ilmu berblog` tetapi terlalu lama memikirkan apakah topik yang mahu dijadikan sandaran di dalam blog sulung saya ni. Akhirnya kerana terlalu suka membaca.....terutama buku-buku motivasi karangan ilmuan tempatan, maka saya mengambil keputusan untuk menulis tema-tema motivasi juga. Mungkin dengan cara ini saya dapat kepuasan jiwa......
Terima kasih kepada suami tercinta yang tidak jemu membimbing....terutama dalam `ilmu berblog`. Akhirnya blog harapan dia ini lahir jua.....terima kasih.






