JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Friday, February 15, 2013

Permulaan Yang Baru...Abdullah Fahem.

Hari ini...tanggal 15 Februari ada Majlis Perjumpaan Ibubapa bersama Guru Tahun 6 SK Padang Ampang, Kuala Kangsar. Anak saya yang bongsu...diam tak diam semalam menyambut harilahir yang ke 12....dan tahun ini beliau akan menduduki Peperiksaan UPSR 2013. Anak bongsu...bermakna UPSR terakhir dalam keluargaku. Bagaimana agaknya keputusan Fahem nnti.

Mendidik dua orang anak perempuan sebelum ini tidak sesukar mendidik anak bujang yang seorang ni. Dalam keadaan ayahnya yang bekerja jauh di Temerloh...dalam keadaan saya yang terpaksa pulang lewat setiap hari....namun perhatian kepadanya tetap perlu diberi 200%. Tak boleh lengah. Tak boleh alpa. Anak ini perlukan perhatian tahap maksima.

Pelajarannya setakat ini alhamdulillah. Cikgunya mensasarkan dia untuk memperolehi 5A, termasuk dalam senarai 12 orang target sekolah. Namun begitu...dia perlu dipantau sbb tenaganya sangat banyak. Belum habis menyiapkan homework....dia boleh berhenti sambil memutar2 skru kereta remote controlnya....lepas tu sambung balik buat homework. Hehehe...begitulah keadaannya. Kadang2 boleh menguji juga kesabaran ibunya ni.....

Teringat saya dalam satu ceramah Ustazah Norhafizah Musa....beliau pernah berkata...."ibubapa wajib bertaubat sentiasa dari segala dosa. Kadang2 apabila anak kita bermasaalah dari sudut akhlak, bermasaalah dari sudut sosial,bermasaalah dari sudut pembelajaran...jangan terus dituding jari kepada anak tersebut. Selidiklah dulu diri kita...mungkin masih ada berbaki dosa yang tidak terampun...masih ada lagi karat2 dosa yang masih berselaput di hati"

Allahu rabbi. Saya amat takut dengan kenyataan ini. Dosa besar selalunya kita berjaya mengawal diri. Yang paling saya takut dosa yang melibatkan hati. Perasaan hasad dengki, perasaan sombong, perasaan riak, ujub,rasa bagus.....masih bersarang kukuh di dalam diri. Saya amat takut jika dosa2 ini yang akan menjauhkan saya dari nikmat syurga firdaus Allah.....nauzubillahi min zalik.

Lantaran itu....apabila saya melihat anak saya membesar di depan mata...saya seringkali refleksi diri saya kembali. Andaikata ada perkara yang menjengkelkan hati dan perasaan saya....saya cepat2 kembali merenung dan muhasabah diri. Risau saya telah melakukan sesuatu yang menyebabkan anak2 sy jadi sebegitu. Risau dosa2 kita yang menjadikan anak2 kita menyusahkan hati dan perasaan kita. Cepat2 saya kembali kepada Allah. Mohon bantuan Allah untuk bantu saya. Allahu akbar!!

Justeru....ujian besar dalam mendidik anak bongsu ini amat saya rasai berbanding dengan dulu. Jiwa dia jauh sama sekali berbeza dengan kakak-kakaknya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi,kekuatan jiwa yang tinggi serta kreativiti yang tinggi untuk menghadapinya. Moga Allah bantu saya.

Hari ini....cikgu2nya kata..."Abdullah Fahem berpotensi tetapi dia terlalu banyak mulut" Memang tidak dinafikan dia ni jenis yang terlalu peramah....tapi yang saya risau dia peramah di tempat yang salah. Mungkin peramah sehingga menganggu cikgu mengajar, mungkin peramah sehingga menyebabkan rakan2 terganggu konsentrasi untuk belajar....kepala saya berputar ligat.

Balik ke rumah....saya cuba slow talk dengan dia. Nasihat itu dan ini, nasihat begitu dan begini. Saya beri dia peluang untuk meluahkan rasa hatinya.....dan kami berbincang. Alhamdulillah dia boleh menerima. Saya peluk dia...saya katakan....semua manusia pernah buat salah. Namun orang yang rugi adalah mereka yang tidak mahu menerima kesilapan dan membetulkannya. Orang yang bijak....sentiasa akan menerima teguran atas kesilapan serta mahu berubah. Ternyata dia mahu berubah. Alhamdulillah. Selepas ini....nampak gayanya saya perlu gandakan lagi doa untuknya. Doa yang perlu dilakukan dalam solat hajat di penghujung malam yang hening. Allah Maha Mendengar...Allah akan bantu. Yakinlah.

Moga Allah beri saya kekuatan....beri idea dan hidayah untuk mendidik anak2 saya. 


4 comments:

OmbakBaik said...

yaa berminat dengan name fahim..tapi tak merasa lagi nak letak kat name anak.. :)

fahem belajar rajin2 okey..insyAllah mesti hebat cam kakak2nye

ASYIQ said...

InsyaAllah...Yaa boleh guna nama tu utk anak lelaki yang setrusnya...hehe.

Doakan utk Fahem yer...

Brahim Nyior said...

Salam, saya masih lagi di Lekir bersama Liza Pipit yang ceria dan happy go lucky.

Untuk tempelan cikgu dalam blog ini, saya cadangkan ubah warna latar atau warna tulisannya kerana 'penampilan' ini tampak tidak membantu pembacaan golongan 'bermata tua' seperti saya.

ASYIQ said...

Haisyyy...mcm le dh tue beno...hehe.
Apa pun...ada masa nnti sy akan adjust semula...insyaAllah.

Kirim salam pd cikgu liza pipit...

Pengikut ASYIQ