JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Thursday, February 14, 2013

Azam baru...menghidupkan kembali Dambasyurga.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Dari mana mahu ku mulakan catatan ini....

Tarikh akhir catatan peribadi pada tahun 2010...setelah pembedahan major yang dilakukan di Hospital Besar Teluk Intan.

2011...merupakan tahun terakhir saya di SMK Convent Teluk Intan. Selama enam tahun sy berada di sekolah ini. Pelbagai peristiwa pahit manis yang saya tempuh. Pelbagai jenis manusia saya jumpa. Pelbagai jenis pengalaman kerja yang saya sandang. Namun kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah Maha Kuasa...segala pengalaman itu menjadikan saya lebih kuat dan baharu. Allah maha Penyayang. 2011 adalah tahun kak long mengambil peperiksaan SPMnya. Itu tahun terpenting dalam hidup saya. Kejayaan anak merupakan kejayaan saya juga.

Penghujung tahun 2011...suami saya mendapat tawaran kerja ke negeri Pahang. Disebabkan oleh suasana baru, jawatan yang baharu dan pendapatan yang agak lumayan dari sebelumnya...suami saya menerimanya. Saya pula gagal dalam permohonan untuk bertukar mengikutnya. Semuanya itu ada hikmah. Setelah membuat solat istikharah...saya berjaya mendapat tempat di SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar. Bermakna...saya berjaya balik ke kampung halaman....berjaya duduk semula di rumah kami sendiri setelah enam tahun meninggalkannya kosong. Syukur yang tidak terhingga. Walaupun jauh dari suami...saya berada dekat pula dengan ahli keluarga saya...samada dari belah saya mahupun dari belah suami.

Mac 2011...keputusan SPM Kak Long diumumkan. Alhamdulillah Kak Long berjaya memperolehi 10A+. Syukur yang tidak terhingga. Nampaknya Allah mendengar doa kami bersama. Dia anak yang berusaha kuat. Tahun 2011 merupakan tahun perjuangan dia yang paling besar. Diketepikan segala kepentingan dunia...terutama kepentingan seorang gadis sunti sepertinya. Pada dia...dunia buku adalah dunianya yang satu. Tiada facebook..tiada istilah shopping...dunianya...sekolah...homework...dan buku2 latihannya. Dia seorang anak yang baik...berakhlak mulia,menjaga aurat dengan sempurna,menjaga akhlak dengan sempurna,menjaga solat dengan sempurna...malah melazimi solat hajat dan taubat sentiasa...dan dengan rahmat Allah dia berjaya memperolehi keputusan yang terbaik dan menjadi sejarah dalam hidupnya.


Di bawah Program Bursary, biasiswa penuh di bawah JPA...kak long ditawarkan untuk mengikuti kursus A Level di International Islamic School..anak syarikat IIUM di Gombak. Selama dua tahun dia akan berjuang di situ...dan mengikut jangkaan...beliau akan melanjutkan pengajian ke United Kingdom di Bidang Perubatan bermula September 2014.

Mohon Allah beri dia kekuatan...beri dia kesihatan dan tubuh badan yang sihat untuk menjalani perjalanan yang masih panjang. Selaku seorang ibu...saya tetap berdoa tanpa jemu. Saya yakin akan kekuatan doa seorang ibu. Itu sahaja bekalan yang mampu sy sertakan. Saya juga mengamalkan solat taubat sentiasa....supaya dosa saya diampunkan oleh Allah...semoga dosa saya tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anak2 saya di dunia dan di akhirat...amiiin.

Tahun 2012 pula merupakan tahun PMR untuk anak saya yang kedua...kak ngah. Alhamdulillah...beliau berjaya memperolehi 8A  dalam PMR yang baru diumumkan Disember lalu...dan sekarang kak ngah sedang melanjutkan pengajiannya di tingkatan 4 Sains di SMK Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar.

Kak Ngah byk mendapat semangat dari kakaknya. Perjalanan kak ngah masih jauh. Dia bercita2 mahu menjejaki langkah Kak Long. Sebagai ibu...sy selalu berikan dia kekuatan...berikan dia semangat dan bekalkan doa yang tidak pernah putus. Mohon Allah memberkatinya.

Januari 2013 pula saya ditawarkan sebagai Penolong Kanan Koku...tarikh surat yang sy terima 26 Disember 2012. Tempat kerja yang baharu ini adalah di salah sebuah SABK di Kuala Kangsar iaitu di SM Agama Addiniah AL Islamiahh. Saya menerimanya dengan berlapang dada dan pasrah...walaupun agak takut dengan besarnya amanah yang diberikan oleh Allah ini. Pada saya...Allah mentaklifkan segalanya di atas kemampuan saya. Cabaran ini saya terima dengan penuh sedar bahawa amanah ini wajib dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Allah ya Allah. Barulah saya nampak...kenapa Allah tidak mengizinkan saya untuk mengajar di negeri Pahang...kenapa Allah dorongkan saya untuk kembali mengajar di Kuala Kangsar. Rupa2nya Allah dah sediakan saya sebuah tempat yang terbaik yang pernah saya jejaki sebagai seorang pendidik. Sekolah ini adalah sebuah sekolah agama, semua pelajar perempuan dan memiliki tenaga kerja yang paling terbaik yang pernah saya jumpa. Inilah rahmat Allah....inilah kasih Allah. Setiap ujian yang kita tempuh jangan mudah kita melatah. Apa jua qadhak dan qadar Allah mesti yang terbaik untuk kita...alhamdulillah syukur atas segala nikmat.

Justeru, saya rasa saya perlu kembali menulis. Menulis merupakan passion saya sedari dulu lagi. Walaupun saya bukan seorang yang mahir dalam berbahasa....saya rasa banyak perkara perlu saya kongsikan di alam maya. Saya pernah kecewa berada di alam blog...kerana beberapa tangan dan jiwa 'munafik' yang dtg menjengah. Sepatutnya saya tidak wajar mengaku kalah. Kita ada Allah. Allah adalah sebaik2 tempat kita mengadu dan Dia sebaik2 pemberi balasan...bukan kita.


7 comments:

OmbakBaik said...

kakak ASYIQQQ...

yaa kagum dengan kejayaan akak mendidik anak2 sehingga berjaya dengan cemerlang nye..kongsikan lah resepi2 nye di blog kesyangan akak ni ye..

:)

ASYIQ said...

Tksh OB...OB adalah sebahagian dr nyawa blog ni jgk...hehehe.
Dah ada yg puji...cantiknya lay out. Inbox di FB...hehe...tqvm.
Semuanya tu menambahkan lagi minat dan azam utk terus berkarya insyaAllah.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga Ustazah sihat hendaknya dengan izin~Nya...aamiin

Tahniah atas kejayaan diri ustazah, anak-anak dan suami, semuanya rezeki kurniaan Allah. Moga sentiasa dalam rahmat Allah

ASYIQ said...

Salam Ustaz,

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah. Saya sihat sepenuhnya sekarang.
Justeru...saya merasakan nikmat kesihatan yang ada ini saya akan gunakan untuk mencurah tenaga dan bakti kepada anak kandung dan juga kepada anak didik di sekolah.
Moga Allah bantu sy...ustaz tlg doakan ya.

mamawana said...

Assalam,

Tahniah atas kejayaan anak2. Moga sukses terus.

ASYIQ said...

Salam mamawana...

Tksh atas sokongan ya...:)

Unknown said...

Salam...:)

Pengikut ASYIQ