JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Tuesday, February 19, 2013

Percutian ke USS Singapore...Dis 2012.


Percutian kali ini melibatkan 5 buah keluarga besar kami. Pagi 14 Dis (Jumaat) kami semua telah memulakan perjalanan. Yang paling jauh semestinya kami...dari Temerloh, Pahang. Keseronokan anak2 terbayang di mata...sementelahan pula semua sepupu sepapat akan berkumpul nnti...mesti meriah.

Kami semua berkumpul di RnR Ayer Keroh. Kak Ton, Along Adilah, Abang Nizam dan Abang Amir...lima keluarga semuanya. Kami kemudiannya berhenti dahulu di JPO...iaitu Johor Premium Outlet. Orang lelaki menunaikan solat fardhu Jumaat dan orang perempuan melepaskan lelah...di samping menjamu mata dengan pelbagai aneka jenama barangan terkenal...umpama berada di Bandung shj lagaknya.


 Kami semua sangkut di JPO hampir 4 jam....ramai orang ramailah karenah....shopping punya pasal...hehe.

Petang tu... kami semua check in di Hotel New York JB. Esoknya seawal jam 7 pagi selepas menikmati sarapan pagi...kami semua dah ready di lobi hotel.

Bergambar sebentar di lobi hotel....hehe.
Malam tu kami di Danga Bay...di salah sebuah restoren sea food yang terkenal....pelbagai juadah sea food ada...mabelosss.
Gong Gong.....ada berani??

Geo Duck....pernah makan???
Ok...tak pandai dah nak berbicara....ni antara gambar2 yang sempat diambil semasa di dalam USS. Actually mmg tak sempat pun nk tangkap gambar byk pun...sgt sibuk menikmati keindahan,keseronokan bersama keluarga...mmg masa terbaik utk kami bersama...alhamdulillah.
Masa ni...baru sampai....dalam pukul 10.00 pagi.
Kak ngah dan kak long..

Fahem...
Salah seekor karektor yang ada di dalam tu...

Banyak pertunjukan pentas...layan..sambil berehat sebentar menghilangkan lenguh kaki.
Jalan...dan jalan....mujur semua pakai sport shoes.
Yang ni saya tak naik yer....mau tercabut jantung saya.
Beratur masa nak naik transformers...mmg berbaloi sgt. Fahem dan sepupunya...seragam.
Malam baru keluar...lbh kurang 8.00 malam.
Antara peserta lawatan yang paling tua....hehehe.




Actually...masih banyak gambar yang ada dalam kamera kak ngah. Yang sy upload ni gambar2 yang sempat sy rakam dalam kamera hp cap ayam saya. Jadi le....sekadar nak dibuat kenangan.

Sedikit komen sy ttg USS....

1. Memang hebat....masaalah barang mahal tu biasa la. Masa kami masuk...currency kita RM2.51 berbanding 1 USD. Nak buat mcm mana...kene juga shopping barangan kat dalam tu sebagai kenangan kan...

2. Singapore mmg terbaik dari sudut kebersihan. Setiap sudut dlm USS tu ada tong sampah....dan tong sampahnya tak ada yang melimpah spt di Msia.

3. Suraunya terlalu kecik....terpaksalah beratur panjang utk solat jamak dan qasar.

***Boleh pergi lagi......

Salam kasih

Asyiq

Friday, February 15, 2013

Permulaan Yang Baru...Abdullah Fahem.

Hari ini...tanggal 15 Februari ada Majlis Perjumpaan Ibubapa bersama Guru Tahun 6 SK Padang Ampang, Kuala Kangsar. Anak saya yang bongsu...diam tak diam semalam menyambut harilahir yang ke 12....dan tahun ini beliau akan menduduki Peperiksaan UPSR 2013. Anak bongsu...bermakna UPSR terakhir dalam keluargaku. Bagaimana agaknya keputusan Fahem nnti.

Mendidik dua orang anak perempuan sebelum ini tidak sesukar mendidik anak bujang yang seorang ni. Dalam keadaan ayahnya yang bekerja jauh di Temerloh...dalam keadaan saya yang terpaksa pulang lewat setiap hari....namun perhatian kepadanya tetap perlu diberi 200%. Tak boleh lengah. Tak boleh alpa. Anak ini perlukan perhatian tahap maksima.

Pelajarannya setakat ini alhamdulillah. Cikgunya mensasarkan dia untuk memperolehi 5A, termasuk dalam senarai 12 orang target sekolah. Namun begitu...dia perlu dipantau sbb tenaganya sangat banyak. Belum habis menyiapkan homework....dia boleh berhenti sambil memutar2 skru kereta remote controlnya....lepas tu sambung balik buat homework. Hehehe...begitulah keadaannya. Kadang2 boleh menguji juga kesabaran ibunya ni.....

Teringat saya dalam satu ceramah Ustazah Norhafizah Musa....beliau pernah berkata...."ibubapa wajib bertaubat sentiasa dari segala dosa. Kadang2 apabila anak kita bermasaalah dari sudut akhlak, bermasaalah dari sudut sosial,bermasaalah dari sudut pembelajaran...jangan terus dituding jari kepada anak tersebut. Selidiklah dulu diri kita...mungkin masih ada berbaki dosa yang tidak terampun...masih ada lagi karat2 dosa yang masih berselaput di hati"

Allahu rabbi. Saya amat takut dengan kenyataan ini. Dosa besar selalunya kita berjaya mengawal diri. Yang paling saya takut dosa yang melibatkan hati. Perasaan hasad dengki, perasaan sombong, perasaan riak, ujub,rasa bagus.....masih bersarang kukuh di dalam diri. Saya amat takut jika dosa2 ini yang akan menjauhkan saya dari nikmat syurga firdaus Allah.....nauzubillahi min zalik.

Lantaran itu....apabila saya melihat anak saya membesar di depan mata...saya seringkali refleksi diri saya kembali. Andaikata ada perkara yang menjengkelkan hati dan perasaan saya....saya cepat2 kembali merenung dan muhasabah diri. Risau saya telah melakukan sesuatu yang menyebabkan anak2 sy jadi sebegitu. Risau dosa2 kita yang menjadikan anak2 kita menyusahkan hati dan perasaan kita. Cepat2 saya kembali kepada Allah. Mohon bantuan Allah untuk bantu saya. Allahu akbar!!

Justeru....ujian besar dalam mendidik anak bongsu ini amat saya rasai berbanding dengan dulu. Jiwa dia jauh sama sekali berbeza dengan kakak-kakaknya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi,kekuatan jiwa yang tinggi serta kreativiti yang tinggi untuk menghadapinya. Moga Allah bantu saya.

Hari ini....cikgu2nya kata..."Abdullah Fahem berpotensi tetapi dia terlalu banyak mulut" Memang tidak dinafikan dia ni jenis yang terlalu peramah....tapi yang saya risau dia peramah di tempat yang salah. Mungkin peramah sehingga menganggu cikgu mengajar, mungkin peramah sehingga menyebabkan rakan2 terganggu konsentrasi untuk belajar....kepala saya berputar ligat.

Balik ke rumah....saya cuba slow talk dengan dia. Nasihat itu dan ini, nasihat begitu dan begini. Saya beri dia peluang untuk meluahkan rasa hatinya.....dan kami berbincang. Alhamdulillah dia boleh menerima. Saya peluk dia...saya katakan....semua manusia pernah buat salah. Namun orang yang rugi adalah mereka yang tidak mahu menerima kesilapan dan membetulkannya. Orang yang bijak....sentiasa akan menerima teguran atas kesilapan serta mahu berubah. Ternyata dia mahu berubah. Alhamdulillah. Selepas ini....nampak gayanya saya perlu gandakan lagi doa untuknya. Doa yang perlu dilakukan dalam solat hajat di penghujung malam yang hening. Allah Maha Mendengar...Allah akan bantu. Yakinlah.

Moga Allah beri saya kekuatan....beri idea dan hidayah untuk mendidik anak2 saya. 


Thursday, February 14, 2013

Azam baru...menghidupkan kembali Dambasyurga.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Dari mana mahu ku mulakan catatan ini....

Tarikh akhir catatan peribadi pada tahun 2010...setelah pembedahan major yang dilakukan di Hospital Besar Teluk Intan.

2011...merupakan tahun terakhir saya di SMK Convent Teluk Intan. Selama enam tahun sy berada di sekolah ini. Pelbagai peristiwa pahit manis yang saya tempuh. Pelbagai jenis manusia saya jumpa. Pelbagai jenis pengalaman kerja yang saya sandang. Namun kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah Maha Kuasa...segala pengalaman itu menjadikan saya lebih kuat dan baharu. Allah maha Penyayang. 2011 adalah tahun kak long mengambil peperiksaan SPMnya. Itu tahun terpenting dalam hidup saya. Kejayaan anak merupakan kejayaan saya juga.

Penghujung tahun 2011...suami saya mendapat tawaran kerja ke negeri Pahang. Disebabkan oleh suasana baru, jawatan yang baharu dan pendapatan yang agak lumayan dari sebelumnya...suami saya menerimanya. Saya pula gagal dalam permohonan untuk bertukar mengikutnya. Semuanya itu ada hikmah. Setelah membuat solat istikharah...saya berjaya mendapat tempat di SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar. Bermakna...saya berjaya balik ke kampung halaman....berjaya duduk semula di rumah kami sendiri setelah enam tahun meninggalkannya kosong. Syukur yang tidak terhingga. Walaupun jauh dari suami...saya berada dekat pula dengan ahli keluarga saya...samada dari belah saya mahupun dari belah suami.

Mac 2011...keputusan SPM Kak Long diumumkan. Alhamdulillah Kak Long berjaya memperolehi 10A+. Syukur yang tidak terhingga. Nampaknya Allah mendengar doa kami bersama. Dia anak yang berusaha kuat. Tahun 2011 merupakan tahun perjuangan dia yang paling besar. Diketepikan segala kepentingan dunia...terutama kepentingan seorang gadis sunti sepertinya. Pada dia...dunia buku adalah dunianya yang satu. Tiada facebook..tiada istilah shopping...dunianya...sekolah...homework...dan buku2 latihannya. Dia seorang anak yang baik...berakhlak mulia,menjaga aurat dengan sempurna,menjaga akhlak dengan sempurna,menjaga solat dengan sempurna...malah melazimi solat hajat dan taubat sentiasa...dan dengan rahmat Allah dia berjaya memperolehi keputusan yang terbaik dan menjadi sejarah dalam hidupnya.


Di bawah Program Bursary, biasiswa penuh di bawah JPA...kak long ditawarkan untuk mengikuti kursus A Level di International Islamic School..anak syarikat IIUM di Gombak. Selama dua tahun dia akan berjuang di situ...dan mengikut jangkaan...beliau akan melanjutkan pengajian ke United Kingdom di Bidang Perubatan bermula September 2014.

Mohon Allah beri dia kekuatan...beri dia kesihatan dan tubuh badan yang sihat untuk menjalani perjalanan yang masih panjang. Selaku seorang ibu...saya tetap berdoa tanpa jemu. Saya yakin akan kekuatan doa seorang ibu. Itu sahaja bekalan yang mampu sy sertakan. Saya juga mengamalkan solat taubat sentiasa....supaya dosa saya diampunkan oleh Allah...semoga dosa saya tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anak2 saya di dunia dan di akhirat...amiiin.

Tahun 2012 pula merupakan tahun PMR untuk anak saya yang kedua...kak ngah. Alhamdulillah...beliau berjaya memperolehi 8A  dalam PMR yang baru diumumkan Disember lalu...dan sekarang kak ngah sedang melanjutkan pengajiannya di tingkatan 4 Sains di SMK Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar.

Kak Ngah byk mendapat semangat dari kakaknya. Perjalanan kak ngah masih jauh. Dia bercita2 mahu menjejaki langkah Kak Long. Sebagai ibu...sy selalu berikan dia kekuatan...berikan dia semangat dan bekalkan doa yang tidak pernah putus. Mohon Allah memberkatinya.

Januari 2013 pula saya ditawarkan sebagai Penolong Kanan Koku...tarikh surat yang sy terima 26 Disember 2012. Tempat kerja yang baharu ini adalah di salah sebuah SABK di Kuala Kangsar iaitu di SM Agama Addiniah AL Islamiahh. Saya menerimanya dengan berlapang dada dan pasrah...walaupun agak takut dengan besarnya amanah yang diberikan oleh Allah ini. Pada saya...Allah mentaklifkan segalanya di atas kemampuan saya. Cabaran ini saya terima dengan penuh sedar bahawa amanah ini wajib dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Allah ya Allah. Barulah saya nampak...kenapa Allah tidak mengizinkan saya untuk mengajar di negeri Pahang...kenapa Allah dorongkan saya untuk kembali mengajar di Kuala Kangsar. Rupa2nya Allah dah sediakan saya sebuah tempat yang terbaik yang pernah saya jejaki sebagai seorang pendidik. Sekolah ini adalah sebuah sekolah agama, semua pelajar perempuan dan memiliki tenaga kerja yang paling terbaik yang pernah saya jumpa. Inilah rahmat Allah....inilah kasih Allah. Setiap ujian yang kita tempuh jangan mudah kita melatah. Apa jua qadhak dan qadar Allah mesti yang terbaik untuk kita...alhamdulillah syukur atas segala nikmat.

Justeru, saya rasa saya perlu kembali menulis. Menulis merupakan passion saya sedari dulu lagi. Walaupun saya bukan seorang yang mahir dalam berbahasa....saya rasa banyak perkara perlu saya kongsikan di alam maya. Saya pernah kecewa berada di alam blog...kerana beberapa tangan dan jiwa 'munafik' yang dtg menjengah. Sepatutnya saya tidak wajar mengaku kalah. Kita ada Allah. Allah adalah sebaik2 tempat kita mengadu dan Dia sebaik2 pemberi balasan...bukan kita.


Pengikut ASYIQ