Sudah hampir empat minggu bercuti.....tiga minggu yang pertama agak merenyahkan. Setiap malam demam....sebelah kanan badan saya terasa ngilu bagai dihiris2....kata suami kesan bius agaknya...dan sakit tu menyerang sebelah kanan kerana ianya berkaitan dengan urat saraf. Sebelah siang banyak dihabiskan dengan bersendirian....membaca majalah Solusi, mengaji alQuran dan melayari internet. Kalau dah tak larat nak duduk....membaca sambil berbaring...dan biasanya akan diakhiri dengan episod zzzzzzzzzz.......lagi pun ubat yang dimakan amat mendorong saya untuk tidur. Selera makan amat kurang. Mungkin juga akibat berpantang...saya terpaksa makan makanan yang saya kurang berkenan. Tapi setiap hari saya buat orange juice.....utk mempercepatkan sembuh bagi bekalan vitamin C. Juga mendapat hadiah ubat-ubatan dari rakan-rakan.....antaranya ubat gamat madu. Terima kasih lah pada yang prihatin....baru terasa diri disayangi.
Masuk minggu yang keempat...kesihatan saya sudah beransur baik. Tak ada lagi demam2 malam yang memeritkan. Cuma kadang2 mata terlalu payah nak lelap...kadang2 sampai pukul 2 pagi baru saya dapat tidur.
Menelaah majalah kesayangan saya...Solusi...banyak mengubat jiwa dan mengisi kesepian. Semua koleksi saya punggah dan susun di ruang meja study......berhampiran dengan lappy saya. Dari satu topik ke satu topik....hati berasa sangat tenang. Kadang2 saya blog hopping.....membaca coretan kawan2 juga menghiburkan hati saya. Terasa rindu nak berblog kembali. Membaca semua tulisan2 saya yang lama di blog yg tidak sepertinya ini menambahkan lagi keterujaan saya....tak sangka ada artikel2 menarik yang saya telah berjaya hasilkan. Rasa rugi pulak kalau dibiarkan begitu sahaja.....
Teringat satu artikel di dalam majalah solusi yang berbunyi.......
"Ujian yg mendatang dlm hidup kita umpama air limau nipis....jika ia dititiskan pd tgn yg luka akan terasa amat pedih! Untuk memastikan ianya tidak pedih,rawatlah dahulu luka di tangan dgn memakan ubat dan menjaga pantang....pasti tak akan pedih lagi! Ujian tetap akan datang....cuma hati kita yg perlu 'sihat' untuk menghadapinya!"
Apa maksudnya tu???? Kita selalunya menyalahkan ujian yang saban hari datang dalam hidup kita.....walaupun sebenarnya kita tak tahu bahawa ujian itu menyakitkan kita kerana "hati" kita yang sedang sakit!! Kita diuji dengan berita kejayaan orang lain....kita rasa cemburu dan dengki....kerana apa....kerana hati kita diselaputi sifat mazmumah iaitu dengki dan khianat. Orang yang bersih dari sifat mazmumah ini akan tidak merasa apa-apa dengan berita kejayaan orang lain kerana hatinya sihat!!!
Macam juga dengan air limau nipis tadi.....kalau dititiskan pada tangan yang ada luka akan terasa pedih....tapi kalau dititiskan pada tangan yang tidak luka tidak akan berasa apa-apa........itulah perumpamaannya. Ujian yang sering mendatang semuanya mahu menguji kita.....marah,kecewa,menyesal,dendam,keluh kesah.....dan serba penyakit hati. Kita akan rasa marah kerana hati kita tidak sihat......masyaAllah....bertafakkur memikirkan diri sendiri.
Sebenarnya saya pernah kecewa dengan diri saya apabila saya mendapat tahu bahawa saya akan menjalani pembedahan untuk membuang ovarian cysts ini......saya rasa saya ni malang sangat. Kenapa dalam ramai-ramai guru di sekolah, saya yang terpaksa menanggung semua ini??? Bukan orang itu....bukan orang ini.....atau Allah berikan ujian ini kerana saya terlalu jahat dan banyak dosa??? Astaghfirullahal azim........mujurlah hati saya terpujuk sendiri apabila menatap balik buku-buku ilmiah seperti "La Tahzan"....dan "Jangan Melampaui Batas"....juga atas nasihat sahabat2 yang berada di sekeliling saya......alhamdulillah.
Maknanya saya ni ada penyakit lain yang lebih parah.....sakit "hati". Patutlah ujian yang saya rasa itu terlalu pedih dan melantunkan rasa dan perasaan negatif dalam jiwa saya.....dan saya terlalu perit dan pedih....rupanya hati saya telah "luka" dan terlalu sensitif bila dititiskan dengan perahan air limau nipis tadi.....
Saya perlu segera menyembuhkan hati saya......dengan menyapu ubat yang mujarab. Mesti selalu membaca AlQuran dalam kuantiti yang banyak.......agar saya memperolehi hati yang baru dan sihat. Di samping itu juga saya mesti membanyakkan zikir......dengan mematuhi rukun qauli,qalbi dan fi`linya dengan tekun dan tertib. Ya Allah...kuatkanlah azam hambaMu ini. Mesti selalu hadir kuliah ilmu......dengar ceramah2 agama....tazkirah dan membaca buku2 agama.
Adab berubat mestilah berpantang........banyak perkara yang mesti kena jaga supaya ubat dan penawar tadi tidak "tawar". Perkara yang paling penting ialah menjauhi diri dari perkara-perkara lagha yang melalaikan....membuang masa. Aduhaiiii....berjayakah jihad aku ini???
Salam kasih sayang...
Asyiq
1 comment:
Salam ustazah,
Semoga Allah limpahkan kembali kesihatan ustazah, dikurniakan kesabaran, ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi musibah yang diturunkan kepada ustazah.
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi kaffarah(penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan.
Moga ustazah terus sihat..amin
Maaf tidak memberi komen untuk n3 sebelum ini, tak perasan lak ustazah ada update. Insya Allah nanti saya komen.
Post a Comment