AHLAN WA SAHLAN
Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.
Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.
Wad GD Bilik 26!! Episod 2
Assalamualaikum wbt....
Rabu ----> 30hb Jun 2010
Seawal pagi pkul 5 dah terjaga...mate tak mahu lelap. Terus berwudhuk..tunaikan solat hajat dan membaca surah Yaasin untuk dipermudahkan semua perkara. Badan terasa lesu....tapi air dah mula dimasukkan. Pagi tu memang tak bersarapan sbb puasa dh bermula pukul 2.00 pagi tadi.
Doktor datang silih berganti....doktor (MO) dan doktor pakar sendiri. Pukul 8 nurse beritahu jadual prosedure saya mungkin dilewatkan sikit sebab ada kes kecemasan.....doktor kena jalani pembedahan kepada seorang ibu yang akan bersalin.....menunggu dgn penuh sabar. Aku tak tahu samada prosedure ini mmg wajar dicepatkan atau dilewatkan....kalau cepat selesai lagi bagus. Berani??? Tidak juga berani...hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Pukul 9.00 pagi tiga orang nurse datang berjumpa saya....pakaikan saya baju/uniform prosedure......semuanya serba putih. Saya dibaringkan atas katil untuk ditolak ke bilik prosedure....mengucup tangan ibu dan suami tanpa sebarang kata.....pipi saya pula dicium bertalu2 oleh mereka, nampak setitis air mata di pipi anak sulung saya....ayat yang keluar hanyalah....."doa dan tawakkal" Lidah kelu untuk berkata2 lagi.....
Dimasukkan ke dalam bilik prosedure.....sejuknya menggigit tulang belulang. Mula diperkenalkan kepada doktor yang akan membuat epidural.....dan juga doktor Mas Adi yang akan mengetuai prosedure tersebut sudah ada di situ. Saya amat cam wajah dia walaupun lengkap memakai pakaian prosedure bewarna hijau.....hanya nampak mata sahaja. Macam2 alat mula dilekatkan di badan saya.....kaki dan tangan. Saya diminta bangun dan sambil duduk membongkok tulang belakang saya dicucuk....tiub epidural mula dimasukkan. Kedengaran lafaz "bismillah" dibaca oleh doktor wanita tersebut....syukurlah Allah anugerahkan tangan2 doktor Muslim untuk menjalani prosedure tersebut. Selesai tiub epidural dimasukkan....saya dibaringkan semula. Oksigen mula dibekalkan......dan lampu bulat yang menyuluh muka saya nampak berbalam-balam.....berbalam-balam....dan akhirnya......gelap semua.
........
........
........
Terdengar suara memanggil2 nama saya......." Ashikin.... Ashikin....kalau dengar saya panggil.....celik mata yer......" Saya dengar tapi tak mampu nak buka mata. Berat sungguh. Usaha juga sebab dipanggil bertalu-talu.........nampak wajah2 orang di keliling saya berbalam2. Cuma dah tak nampak lagi lampu bulat....yang ada lampu empat segi besar.
"Kat mana saya???" Jururawat tu berkata...."alhamdulillah dah sedar....operation dah selesai...puan dah selamat.....kita masuk wad sekarang yer....." "Dah pukul berapa sekarang.....??" "Sekarang dah pukul 12.45 tengahari....."
Maknanya hampir tiga jam lebih saya di bilik prosedure tu....apa2pun keputusan doktor saya berserah......
Saya ditempatkan di Bilik Rawatan Rapi di Wad GD tu. Mak, suami dan anak2 ada disisi. Saya perlu baring lurus di atas katil tanpa berbantal selama 6 jam.....bius epidural pun masih on di belakang saya. 15 minit dipindahkan ke atas katil....saya muntah.....dan kemudian muntah lagi......dan kemudian muntah lagi. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.....bila lega saya tertidur. Mungkin kesan bius masih ada....seluruh belakang,pinggang dan peha saya masih kebas...tak rasa apa2.
Jaga dari tidur jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang....saya belum solat zohor. Itu yang saya ingat dulu. Macam mana nak solat ni??? Setelah berbincang dengan suami....dia membasahkan tuala kecil dengan air paip dan mewudhukkan saya di setiap anggota solat. Itu yg mampu kami lakukan.....suami menyelimutkn saya dengan selimut hospital ke seluruh badan dan saya menunaikan solat zohor semampu yang mampu sy lakukan....dengan gerakan mata dan hati shj. Ya Allah....ampunkan aku kerana tak mampu nak menunaikannya dengan sempurna. Saya berazam untuk menqadha`kannya semula jika saya sudah boleh menunaikannya dengan sempurna. Begitulah cara solat yang saya mampu lakukan untuk waktu2 solat yang seterusnya. Mujur suami turut faham dan mampu membantu saya.....alhamdulillah.
Setelah 6 jam....saya diberi bantal. Bila diberi bantal....saya muntah lagi....dan lagi....dan lagi. Jururawat mengalihkan bantal dan terpaksa baring tanpa bantal sepanjang malam......siksanya tidur malam tu hanya Allah yang tahu. Ingat beberapa kenyataan bahawa "orang sufi memang suka bila sakit.....dan mereka tak suka bila sembuh...sebab sakit menghapuskan dosa2 yang lalu...." Aduh....jauhnya sikap para ahli sufi dengan diriku. Ya Allah...ampunkan semua dosa-dosaku......
Esoknya seawal pagi lagi saya telah dimandikan oleh jururawat2 terlatih tersebut. Baru terasa betapa lemahnya saya.....semua perkara dilayan hatta hanya untuk menggosok gigi. Semerbak bau body lotion mengingatkan saya pada body lotion di rumah.....lavender! Macam mana boleh sama pulak. Terima kasih pada jururawat2 yang lemah lembut melayan saya penuh mesra.....amat terhutang budi pada mereka.
Hari ni amat ceria apabila saya dikunjungi oleh rakan-rakan sekerja. Macam semut kena hurung. Cerita keseronokan di Pulau Pangkor belum habis rupanya......meriah ruang bilik saya....dan saya lupakan kesakitan saya buat sementara. Bila sakit baru terasa kasih sayang mereka semua....mengalir indah dalam urat nadi saya....terima kasih kawan-kawan. Tidak terhingga.
Suhu badan tidak stabil......kadang mencecah 38 darjah C. Setiap sejam suhu badan saya dicatat. Dr Kamarul yang merupakan salah seorang doktor pakar di sini menjelaskan kepada saya bahawa.....ovarian cysts telah berjaya dibuang tetapi ketulan sebenarnya telah pecah dalam tempoh dua tiga hari sebelum ini........(di Pangkor kah????) Saya bebas dari Uterus Fibroid tetapa ada gejala endometriosis .....iaitu sel kulit yang dihasilkan di uterus akibat perubahan hormon telah bertindak seperti 'gam' yang melekatkan usus,tiub fallipio dan ovari yang menimbulkan kesakitan bersangatan semasa haid.....yang saya tanggung dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Petang itu saya dikunjungi pula oleh Dr Mas Adi...doktor pakar yang mengendalikan prosedure semalam. Kenyataan yang sama diterangkan oleh Dr Mas Adi...seperti yang diterangkan oleh Dr Kamarul. Cuma bezanya....penjelasan Dr Mas Adi lebih bersifat kaunseling dan bimbingan.
Kunjungan dari rakan sekerja baik dari pihak saya mahupun dari pihak rakan sekerja suami juga silih berganti. Meriah juga rasanya....
Hari yang ketiga....hari Jumaat pukul 12.00 tengahari tiub epidural ditanggalkan dari belakang saya. Menurut doktor.....selepas 6 jam barulah saya dibenarkan turun dari katil. Tak sabar rasanya nak berjalan-jalan.......suami yang sentiasa ada di sisi tak jemu2 bercerita itu dan ini....dia tahu saya amat jemu berada di ruang tersebut.
Disebabkan suhu badan tidak stabil saya masih tidak dibenarkan keluar hospital pada pagi Sabtu tersebut. Beberapa botol antibiotik juga telah dimasukkan.....jenuh dah tangan saya dicucuk sana dan sini.....mencari tempat yang baru bagi memudahkan ubat dan air dimasukkan ke tubuh saya. Terus terang saya nak beritahu....naik takut rasanya bila doktor datang nak mencucuk rinola yang baru....sakitnya Allah sahaja yang tahu. Sepanjang saya di hospital rasanya ada tujuh rinola di tangan saya.
Walaupun demam...inilah hari pertama saya makan tanpa muntah. Menu pertama nasi putih dan lauknya ayam masak tomyam. Pertama kali makan pada hari sabtu rasa nak kunyah sekali dengan mangkuk dan pinggan (hehe)......tapi bila dijamah hanya separuh sahaja dari nasi itu yang mampu saya habiskan. Alhamdulillah...kali ini saya dah tak muntah. Segar sikit rasa badan saya.....
Syukur....apabila suhu badan stabil dalam tempoh 24 jam....saya dibenarkan untuk keluar hospital pada hari Ahad.....4hb Julai yang lalu. Rasa syukur ke hadrat Allah....selepas ini akan datang lagi ke hospital ini untuk rawatan selanjutnya. Cuti diberikan selama 42 hari oleh doktor.....7 hari telah berlalu di hospital sahaja.....
Terima kasih kepada semua.....hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Kaku rasanya menulis entry episod kedua ni....banyak yang rasa serba tak kena terutama dari sudut bahasa. Yang penting catatan ini akan saya kenang sebagai salah satu kenangan indah dalam hidup saya......
Salam kasih
Asyiq
8 comments:
salam ...
masyaAllah ummi baru tahu berita ini...
syukur semuanya dah selamat...
Ummi ---> Saya pun dh lama tidak berada di ruang ini....apa khabar agaknya ummi skrg?
kak asyiq...moga baik2 semuanya..
alhamdulillah..semuanya selamat..
Azila ---> Sudah beransur sihat skrg dik...syukur!
salam ukhwah.. blog hopping.. ada masa, jemput ziarah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) jika berminat nak baca TRAVELOGUES IN 45 COUNTRIES.. :)
Asyiq
Sudah lama sangat saya tak kesini. Entah mcm mana tiba2 Allah gerakkan hati untuk kesini.
Semuga Asyiq dan keluarah sentiasa di bawah rahmat Allah dan berada di bawah petujukNya.
Semuga tabah dengan ujian dan dugaan. Amin
JHaZKiTaRo ----> Tkasih sudi singgah. Nnti akak akan berkunjung balas....suka juga pd blog yg bertemakan travelog ni...
Rbain -----> Tkasih....lama juga kita tidak bertegur sape di ruangan ini. Tkasih krn msh ingat pd sy...
Salam ustazah...
Maaf agak ketinggalan di ruang ini kali ini..
Ya memang benar orang sufi suka pada kesakitan kerana itu nikmat bagi mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
Post a Comment