Assalamualaikum.....
"Marilah sama2 kita kongsikan ilmu ini yang saya petik dari salah satu hasil sentuhan Dato` Dr Haron Din Al-Hafiz........semoga ianya berguna untuk semua para ibubapa yang sedang bergelut membesarkan anak masing-masing"
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.
Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.
Terima kasih, mak anjang kholijah
1 day ago
11 comments:
Salam..:)
Terima kasih atas perkongsian ini..
salam akak..ape khabar? hope sentiasa sihat dalam rahmatNya..
thanks ats perkongsian..walaupon sy xde anak lagi..hatta kawin pun belum :) tp tetap boleh diaplikasi utk adik2 jugak kan..:)
Ustaz Razak....alhamdulillah setelah sekian lama. Ni pun copy n paste shj. Tp rasanya semua org perlukan ilmu2 berkaitan perkara ini terutama yg kita ambil dr golongan bijak pandai...fresh dr Darul Shifa`.
Melatidaisy....boleh digunakan untuk sesiapa shj. Ilmu yg ada boleh dikongsikan terutama jika ada yang bertanya dan meminta pendapat.
oh!saya dah ada anak,jadi saya boleh aplikasikan?hahahaha...
lamanya tak update kak!!!!
Iqbal ....> jangan tunggu dh ada anak baru nak cari ilmu nih.....mai kita sebar2kan pada kwn2 yang lain.
Ye ke dh lama tak update??? Mane ade...hehe
welcome back cu...
hehe lamanya cu tak menulis..tenggelam timbul aje..hehe
adeqya ---> lama? Entah lah...rasa kejap je menyorokkan diri...hehe. Moga2 mood mengupdate entry kembali dtg walau hanya copy n paste.
Hi Kak..
baik sebagai penduan kepada yang berkenaan.
Happy day Kak..
Rindu lak karya kak kat blog.
ngeeeeeeee
nasib anak buah den setakat nih xdegil lagi
hehehe
p/s : Monalisa Ada Kembar? Ingin Tahu Siapa Kembar Monalisa? Layari Blog www.hanspunyablog.blogspot.com utk mengetahui jawapannya
ilmu berguna ...
wuduk ibu bapa??
fes time dgr ..
seb baik wa x degil! ehkekekke
>>___<<
((bila nak update lagi?)) weee ~
assalammualaikum
lama sungguh tidak menyapa
tertarik dengan entri ini
bab air wuduk tu, kalau sekadar mandikan saja, berkesan tak?
Post a Comment