JellyPages.com

.:namaku...:.

AHLAN WA SAHLAN

Sebuah blog yang tiada apa....cuma cebisan kenangan sepanjang kehidupan saya.

Semua cerita...mungkin tiada apa utk orang lain...tetapi amat berharga utk saya.

Sunday, July 25, 2010

Aku sakit rupanya...!!!

Assalamualaikum....


Sudah hampir empat minggu bercuti.....tiga minggu yang pertama agak merenyahkan. Setiap malam demam....sebelah kanan badan saya terasa ngilu bagai dihiris2....kata suami kesan bius agaknya...dan sakit tu menyerang sebelah kanan kerana ianya berkaitan dengan urat saraf. Sebelah siang banyak dihabiskan dengan bersendirian....membaca majalah Solusi, mengaji alQuran dan melayari internet. Kalau dah tak larat nak duduk....membaca sambil berbaring...dan biasanya akan diakhiri dengan episod zzzzzzzzzz.......lagi pun ubat yang dimakan amat mendorong saya untuk tidur. Selera makan amat kurang. Mungkin juga akibat berpantang...saya terpaksa makan makanan yang saya kurang berkenan. Tapi setiap hari saya buat orange juice.....utk mempercepatkan sembuh bagi bekalan vitamin C. Juga mendapat hadiah ubat-ubatan dari rakan-rakan.....antaranya ubat gamat madu. Terima kasih lah pada yang prihatin....baru terasa diri disayangi.


Masuk minggu yang keempat...kesihatan saya sudah beransur baik. Tak ada lagi demam2 malam yang memeritkan. Cuma kadang2 mata terlalu payah nak lelap...kadang2 sampai pukul 2 pagi baru saya dapat tidur.


Menelaah majalah kesayangan saya...Solusi...banyak mengubat jiwa dan mengisi kesepian. Semua koleksi saya punggah dan susun di ruang meja study......berhampiran dengan lappy saya. Dari satu topik ke satu topik....hati berasa sangat tenang. Kadang2 saya blog hopping.....membaca coretan kawan2 juga menghiburkan hati saya. Terasa rindu nak berblog kembali. Membaca semua tulisan2 saya yang lama di blog yg tidak sepertinya ini menambahkan lagi keterujaan saya....tak sangka ada artikel2 menarik yang saya telah berjaya hasilkan. Rasa rugi pulak kalau dibiarkan begitu sahaja.....

Teringat satu artikel di dalam majalah solusi yang berbunyi.......

"Ujian yg mendatang dlm hidup kita umpama air limau nipis....jika ia dititiskan pd tgn yg luka akan terasa amat pedih! Untuk memastikan ianya tidak pedih,rawatlah dahulu luka di tangan dgn memakan ubat dan menjaga pantang....pasti tak akan pedih lagi! Ujian tetap akan datang....cuma hati kita yg perlu 'sihat' untuk menghadapinya!"


Apa maksudnya tu???? Kita selalunya menyalahkan ujian yang saban hari datang dalam hidup kita.....walaupun sebenarnya kita tak tahu bahawa ujian itu menyakitkan kita kerana "hati" kita yang sedang sakit!! Kita diuji dengan berita kejayaan orang lain....kita rasa cemburu dan dengki....kerana apa....kerana hati kita diselaputi sifat mazmumah iaitu dengki dan khianat. Orang yang bersih dari sifat mazmumah ini akan tidak merasa apa-apa dengan berita kejayaan orang lain kerana hatinya sihat!!!


Macam juga dengan air limau nipis tadi.....kalau dititiskan pada tangan yang ada luka akan terasa pedih....tapi kalau dititiskan pada tangan yang tidak luka tidak akan berasa apa-apa........itulah perumpamaannya. Ujian yang sering mendatang semuanya mahu menguji kita.....marah,kecewa,menyesal,dendam,keluh kesah.....dan serba penyakit hati. Kita akan rasa marah kerana hati kita tidak sihat......masyaAllah....bertafakkur memikirkan diri sendiri.


Sebenarnya saya pernah kecewa dengan diri saya apabila saya mendapat tahu bahawa saya akan menjalani pembedahan untuk membuang ovarian cysts ini......saya rasa saya ni malang sangat. Kenapa dalam ramai-ramai guru di sekolah, saya yang terpaksa menanggung semua ini??? Bukan orang itu....bukan orang ini.....atau Allah berikan ujian ini kerana saya terlalu jahat dan banyak dosa??? Astaghfirullahal azim........mujurlah hati saya terpujuk sendiri apabila menatap balik buku-buku ilmiah seperti "La Tahzan"....dan "Jangan Melampaui Batas"....juga atas nasihat sahabat2 yang berada di sekeliling saya......alhamdulillah.


Maknanya saya ni ada penyakit lain yang lebih parah.....sakit "hati". Patutlah ujian yang saya rasa itu terlalu pedih dan melantunkan rasa dan perasaan negatif dalam jiwa saya.....dan saya terlalu perit dan pedih....rupanya hati saya telah "luka" dan terlalu sensitif bila dititiskan dengan perahan air limau nipis tadi.....


Saya perlu segera menyembuhkan hati saya......dengan menyapu ubat yang mujarab. Mesti selalu membaca AlQuran dalam kuantiti yang banyak.......agar saya memperolehi hati yang baru dan sihat. Di samping itu juga saya mesti membanyakkan zikir......dengan mematuhi rukun qauli,qalbi dan fi`linya dengan tekun dan tertib. Ya Allah...kuatkanlah azam hambaMu ini. Mesti selalu hadir kuliah ilmu......dengar ceramah2 agama....tazkirah dan membaca buku2 agama.


Adab berubat mestilah berpantang........banyak perkara yang mesti kena jaga supaya ubat dan penawar tadi tidak "tawar". Perkara yang paling penting ialah menjauhi diri dari perkara-perkara lagha yang melalaikan....membuang masa. Aduhaiiii....berjayakah jihad aku ini???


Salam kasih sayang...
Asyiq

Tuesday, July 13, 2010

Wad GD Bilik 26!! Episod 2


Assalamualaikum wbt....

Rabu ----> 30hb Jun 2010

Seawal pagi pkul 5 dah terjaga...mate tak mahu lelap. Terus berwudhuk..tunaikan solat hajat dan membaca surah Yaasin untuk dipermudahkan semua perkara. Badan terasa lesu....tapi air dah mula dimasukkan. Pagi tu memang tak bersarapan sbb puasa dh bermula pukul 2.00 pagi tadi.


Doktor datang silih berganti....doktor (MO) dan doktor pakar sendiri. Pukul 8 nurse beritahu jadual prosedure saya mungkin dilewatkan sikit sebab ada kes kecemasan.....doktor kena jalani pembedahan kepada seorang ibu yang akan bersalin.....menunggu dgn penuh sabar. Aku tak tahu samada prosedure ini mmg wajar dicepatkan atau dilewatkan....kalau cepat selesai lagi bagus. Berani??? Tidak juga berani...hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Pukul 9.00 pagi tiga orang nurse datang berjumpa saya....pakaikan saya baju/uniform prosedure......semuanya serba putih. Saya dibaringkan atas katil untuk ditolak ke bilik prosedure....mengucup tangan ibu dan suami tanpa sebarang kata.....pipi saya pula dicium bertalu2 oleh mereka, nampak setitis air mata di pipi anak sulung saya....ayat yang keluar hanyalah....."doa dan tawakkal" Lidah kelu untuk berkata2 lagi.....


Dimasukkan ke dalam bilik prosedure.....sejuknya menggigit tulang belulang. Mula diperkenalkan kepada doktor yang akan membuat epidural.....dan juga doktor Mas Adi yang akan mengetuai prosedure tersebut sudah ada di situ. Saya amat cam wajah dia walaupun lengkap memakai pakaian prosedure bewarna hijau.....hanya nampak mata sahaja. Macam2 alat mula dilekatkan di badan saya.....kaki dan tangan. Saya diminta bangun dan sambil duduk membongkok tulang belakang saya dicucuk....tiub epidural mula dimasukkan. Kedengaran lafaz "bismillah" dibaca oleh doktor wanita tersebut....syukurlah Allah anugerahkan tangan2 doktor Muslim untuk menjalani prosedure tersebut. Selesai tiub epidural dimasukkan....saya dibaringkan semula. Oksigen mula dibekalkan......dan lampu bulat yang menyuluh muka saya nampak berbalam-balam.....berbalam-balam....dan akhirnya......gelap semua.


........

........

........


Terdengar suara memanggil2 nama saya......." Ashikin.... Ashikin....kalau dengar saya panggil.....celik mata yer......" Saya dengar tapi tak mampu nak buka mata. Berat sungguh. Usaha juga sebab dipanggil bertalu-talu.........nampak wajah2 orang di keliling saya berbalam2. Cuma dah tak nampak lagi lampu bulat....yang ada lampu empat segi besar.


"Kat mana saya???" Jururawat tu berkata...."alhamdulillah dah sedar....operation dah selesai...puan dah selamat.....kita masuk wad sekarang yer....." "Dah pukul berapa sekarang.....??" "Sekarang dah pukul 12.45 tengahari....."


Maknanya hampir tiga jam lebih saya di bilik prosedure tu....apa2pun keputusan doktor saya berserah......


Saya ditempatkan di Bilik Rawatan Rapi di Wad GD tu. Mak, suami dan anak2 ada disisi. Saya perlu baring lurus di atas katil tanpa berbantal selama 6 jam.....bius epidural pun masih on di belakang saya. 15 minit dipindahkan ke atas katil....saya muntah.....dan kemudian muntah lagi......dan kemudian muntah lagi. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.....bila lega saya tertidur. Mungkin kesan bius masih ada....seluruh belakang,pinggang dan peha saya masih kebas...tak rasa apa2.


Jaga dari tidur jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang....saya belum solat zohor. Itu yang saya ingat dulu. Macam mana nak solat ni??? Setelah berbincang dengan suami....dia membasahkan tuala kecil dengan air paip dan mewudhukkan saya di setiap anggota solat. Itu yg mampu kami lakukan.....suami menyelimutkn saya dengan selimut hospital ke seluruh badan dan saya menunaikan solat zohor semampu yang mampu sy lakukan....dengan gerakan mata dan hati shj. Ya Allah....ampunkan aku kerana tak mampu nak menunaikannya dengan sempurna. Saya berazam untuk menqadha`kannya semula jika saya sudah boleh menunaikannya dengan sempurna. Begitulah cara solat yang saya mampu lakukan untuk waktu2 solat yang seterusnya. Mujur suami turut faham dan mampu membantu saya.....alhamdulillah.


Setelah 6 jam....saya diberi bantal. Bila diberi bantal....saya muntah lagi....dan lagi....dan lagi. Jururawat mengalihkan bantal dan terpaksa baring tanpa bantal sepanjang malam......siksanya tidur malam tu hanya Allah yang tahu. Ingat beberapa kenyataan bahawa "orang sufi memang suka bila sakit.....dan mereka tak suka bila sembuh...sebab sakit menghapuskan dosa2 yang lalu...." Aduh....jauhnya sikap para ahli sufi dengan diriku. Ya Allah...ampunkan semua dosa-dosaku......


Esoknya seawal pagi lagi saya telah dimandikan oleh jururawat2 terlatih tersebut. Baru terasa betapa lemahnya saya.....semua perkara dilayan hatta hanya untuk menggosok gigi. Semerbak bau body lotion mengingatkan saya pada body lotion di rumah.....lavender! Macam mana boleh sama pulak. Terima kasih pada jururawat2 yang lemah lembut melayan saya penuh mesra.....amat terhutang budi pada mereka.


Hari ni amat ceria apabila saya dikunjungi oleh rakan-rakan sekerja. Macam semut kena hurung. Cerita keseronokan di Pulau Pangkor belum habis rupanya......meriah ruang bilik saya....dan saya lupakan kesakitan saya buat sementara. Bila sakit baru terasa kasih sayang mereka semua....mengalir indah dalam urat nadi saya....terima kasih kawan-kawan. Tidak terhingga.


Suhu badan tidak stabil......kadang mencecah 38 darjah C. Setiap sejam suhu badan saya dicatat. Dr Kamarul yang merupakan salah seorang doktor pakar di sini menjelaskan kepada saya bahawa.....ovarian cysts telah berjaya dibuang tetapi ketulan sebenarnya telah pecah dalam tempoh dua tiga hari sebelum ini........(di Pangkor kah????) Saya bebas dari Uterus Fibroid tetapa ada gejala endometriosis .....iaitu sel kulit yang dihasilkan di uterus akibat perubahan hormon telah bertindak seperti 'gam' yang melekatkan usus,tiub fallipio dan ovari yang menimbulkan kesakitan bersangatan semasa haid.....yang saya tanggung dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Petang itu saya dikunjungi pula oleh Dr Mas Adi...doktor pakar yang mengendalikan prosedure semalam. Kenyataan yang sama diterangkan oleh Dr Mas Adi...seperti yang diterangkan oleh Dr Kamarul. Cuma bezanya....penjelasan Dr Mas Adi lebih bersifat kaunseling dan bimbingan.

Kunjungan dari rakan sekerja baik dari pihak saya mahupun dari pihak rakan sekerja suami juga silih berganti. Meriah juga rasanya....


Hari yang ketiga....hari Jumaat pukul 12.00 tengahari tiub epidural ditanggalkan dari belakang saya. Menurut doktor.....selepas 6 jam barulah saya dibenarkan turun dari katil. Tak sabar rasanya nak berjalan-jalan.......suami yang sentiasa ada di sisi tak jemu2 bercerita itu dan ini....dia tahu saya amat jemu berada di ruang tersebut.


Disebabkan suhu badan tidak stabil saya masih tidak dibenarkan keluar hospital pada pagi Sabtu tersebut. Beberapa botol antibiotik juga telah dimasukkan.....jenuh dah tangan saya dicucuk sana dan sini.....mencari tempat yang baru bagi memudahkan ubat dan air dimasukkan ke tubuh saya. Terus terang saya nak beritahu....naik takut rasanya bila doktor datang nak mencucuk rinola yang baru....sakitnya Allah sahaja yang tahu. Sepanjang saya di hospital rasanya ada tujuh rinola di tangan saya.


Walaupun demam...inilah hari pertama saya makan tanpa muntah. Menu pertama nasi putih dan lauknya ayam masak tomyam. Pertama kali makan pada hari sabtu rasa nak kunyah sekali dengan mangkuk dan pinggan (hehe)......tapi bila dijamah hanya separuh sahaja dari nasi itu yang mampu saya habiskan. Alhamdulillah...kali ini saya dah tak muntah. Segar sikit rasa badan saya.....


Syukur....apabila suhu badan stabil dalam tempoh 24 jam....saya dibenarkan untuk keluar hospital pada hari Ahad.....4hb Julai yang lalu. Rasa syukur ke hadrat Allah....selepas ini akan datang lagi ke hospital ini untuk rawatan selanjutnya. Cuti diberikan selama 42 hari oleh doktor.....7 hari telah berlalu di hospital sahaja.....


Terima kasih kepada semua.....hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Kaku rasanya menulis entry episod kedua ni....banyak yang rasa serba tak kena terutama dari sudut bahasa. Yang penting catatan ini akan saya kenang sebagai salah satu kenangan indah dalam hidup saya......


Salam kasih
Asyiq

Tuesday, July 6, 2010

Wad GD Bilik 26!! Episod 1

Assalamualaikum semua......


Pagi Isnin 28.6.2010 ---------- mendaftar diri di wad GD Hospital Besar Teluk Intan...katil no 26...bilik seorang...ditemani oleh suami tercinta.



Muka selamba...wajah ceria...dalam hati siapa yang tahu. Hanya Allah yang Maha Memahami. Tukar pakai baju hospital.......kata anak bongsu saya..."baju hijau paling hensem di dunia...".Sempat lagi berkenalan dengan beberapa pesakit lain di bilik berdekatan.....perwatakan cikgu mana nak dibuang...mesra selalu.



Menu tengahari dihidangkan....tengok pn rasa tak lalu nak jamah. Bubur nasi...buah dan jus buah2an. Telefon suami...mak saya masak kari ayam rupanya. Terus order....nasi satu tupperware!! Perlahan2 jururawat memberi nasihat....."Puan...ini diet yg telah ditetapkan. Puan tidak dibenarkan lagi mengambil makanan keras...." Huhuhu.....sayu rasa dihati. Perut yang dikosong disumbat2 juga dengan bubur nasi yang memang tak pernah menjadi makanan kegemaran seumur hidup. Bila ingatkan orang Palestin yang tak cukup makan......terus rasa diri bertuah dapat makan makanan sehebat itu....siap dalam pinggan set yang cantik lagi. Aduhaiiii....



Hari itu diisi dengan pelbagai ujian klinikal.....x ray, scan, ambil darah, timbang berat, ukur ketinggian...bla...bla....macam2 digodeknya saya. Sabar je la.



Hari Isnin berlalu dengan sedikit kepayahan kerana perut sentiasa rasa memulas2...macam orang pulas kain. Sedikit sengsara rasa di hati.




Selasa 29.6.2010 ---------bangun pagi awal sungguh. Mana selesa tidur di tempat baru....asyik terjaga di tengah malam. Mujurlah bilik tidak menyeramkan.....baru sedar yang saya ni berani orangnya.




Sarapan pagi......hanya segelas besar jus oren. Terkejut saya....dengan selamba bertanya pada jururawat yang mesra pelanggan...."ini aje ke?" Dalam hati ingat nak call suami untuk bawak nasi lemak Padang Tembak...dah terbayang kesedapannya!!! "Hari ni puan hanya dibenarkan minum jus buah2an. Tujuannya untuk mencuci perut....esok kan nak operation???" Terkedu saya....macam orang Hindu berpuasa pulak.....minum boleh makan tak boleh...lucu pulak rasa dalam hati. Jangan banyak akaiiii......




Pukul 10.00 pagi saya diberikan pula sebotol kecil ubat cecair jernih tanpa warna. Lupa pulak istilah dalam perubatannya...tapi orang kampung memanggilnya "Julap". Ni memang kes nak beri saya peluang menguasai bilik air 200%. Terasa macam kena dera pulak...mental dan fizikal.




Memang sah...tak sampai tiga jam.....katil -->bilik air -->katil --> bilik air. Naik lembik rasa badan. Angin yang memulas2 perut saya sebelum ni juga kalah dibuatnya......habis semua keluar. Sedikit rasa lega.......




Pukul 4.00 petang ---> sebotol lagi "julap" dihulur. Aduhaiiiiii.......kata nurse...biar semua jus buah2an yang puan minum pun akhirnya akan keluar barulah "mission" ini complete. Nada berlawak...tapi saya sungguh rasa derita. Setengah jam selepas minum "julap" yang kedua....saya muntah. Habis semua julap tu keluar balik.....saya dapat rasa. Rahsia....tak nak beritahu doktor atau nurse yang saya muntah.....taubat tak nak beritahu. Takut dihulurnya "julap" yang ketiga....hehehe. Mission saya juga berjaya. Lantak le apa nak jadi...tak mampu dah nak minum ubat azab tu. Sungguh derita.



Suami, anak2 dan mak datang melawat. Mak masih bawak bubur nasi air tangannya. Namun saya dah tak boleh nak makan. Ingkar kang saya juga yang susah. Badan mula lesu....muka mula pucat. Maklumlah seharian suntuk saya tak jamah nasi. Dari sarapan...makan tengahari...minum petang dan makan malam hanya segelas besar jus buah2an......naik lunyai rasa badan.




Doktor yang masuk ke bilik silih berganti....doktor pakar sakit puan Dr Mas Adi (BOSS no 1 KLINIK 6 GNO) dan doktor pakar bius, Dr Azian....antara doktor2 hebat di hospital ni yang datang menziarahi saya. Belum lagi dicampur dengan Pegawai Perubatan biasa (MO), doktor2 pelatih (Houseman) dan penuntut2 bidang perubatan dari UKM yang sedang buat observation case di sana.Dah beribu maklumat disogokkan dalam otak saya dalam tempoh sehari dua ni.....saya pn dah menguasai pelbagai term2 perubatan....major op,ovarian cysts KIV uterus fibroid KIV endometriosis KIV bla...KIV bla....fuhhhhhhh......banyak lagi.



Dan saya pun dah berani menolak permintaan penuntut2 bidang perubatan UKM yang nak menemuramah bagi melengkapkan dua minggu observation mereka di sini.......bukan berlagak tapi malam tu memang saya rasa lemah sangat. Rasa perlu rehat.



Pukul 9 malam saya diberi ubat tidur. Maka pengsanlah saya.....tidur dan berehat. Pukul 2 pagi dikejutkan.....air mula dimasukkan, dan puasa pun bermula.......



Treng...treng.....berlalulah malam kedua saya di hospital dengan mimpi ngeri.......apa akan berlaku esok hari????



Sabarrrrrrrrrr..........................cerita ni akan bersambung. Dah la lama tak update blog....takkan bila dah update nak cerita banyak2 pulak kan. Bila ada sambungan maka tandanya blog dambasyurga ni akan bernyawalah semula......insyaAllah.


Salam kasih sayang...

ASYIQ.

Pengikut ASYIQ